Thursday, December 30, 2010

AZWAN ISMAIL.....Gay yang mencetuskan kontroversi panas...

Klip video jurutera mengaku gay dipadam

KUALA LUMPUR: Selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.


“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.

Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan empertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.


Sementara itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan belum menerima laporan atau aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan laman blog terbabit.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SKMM kepada Harian Metro semalam, pihak berkuasa boleh memohon kepada SKMM untuk meminta pihak pemberi perkhidmatan Internet menyekat laman web itu daripada diakses pengguna di Malaysia jika didapati melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Setiap laman web tertakluk kepada undang-undang negara dan untuk kesalahan menghina agama, peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai ialah Kanun Keseksaan dan enakmen jenayah Syariah Negeri yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam bagi negeri berkenaan,” katanya.


SKMM menyeru semua pengguna siber bersikap lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan seperti Internet serta berkongsi maklumat dan informasi yang baik dan positif.

Kredit by: HM30122010.

p/s: Isu ini dah lama tersebar di internet....aku rasa korang semua dah tengok video si gay nie kan....semua orang marah malah mengutuk2.....ulama-ulama pun geleng kepala dengar stekmen mamat nih...tuh la masa buat stekmen tak beringat....bila dah jadik begini baru gelabah...apa punya orang dah!!..."saya gay..saya ok"..bila dah mati..sendirik fikirlah!!

Sapa-sapa yg lom tengok video itu korang google jer la nama dia..*itupun kalau ado laie

Nota Hati: Kita kian hampir penghujung kehidupan...renung-renungkan selamat beramal..

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010....berakhirnya badi 14 tahun

TAHNIAHHH...Harimau Muda!!

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, malam tadi.


Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Mohd Safee bin Mohd Sali...penjaring terbanyak kejohanan kali ini....wahhh tambah-tambah ko gelemer kan Safee....*suker sukerr

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi...*owhhh sadiss

Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia.

~ ape-ape pun tahniah sekali kepada skuad Harimau Muda kerana membawa pulang piala setelah 14 tahun...tak lupa jugak kepada K. Rajagopal, Jurulatih Harimau Muda dan jugak kepada PM kita sebab bagi C.U.T.I esok (Jumaat 31.12.2010)...*ai likeeeeee

Kredit by: KOSMO 30122010

Nota Hati: debaran sudah berakhir... ;)

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Muda!!!...mengaummmlah engkau sekuatnya...

Kami rakyat Malaysia bersatu menyokong team bolasepak Harimau Muda untuk final Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung dari Stadium Utama Gelora Bung Karno jam 8 malam ini...

Bersama-sama kita 1Malaysia memberikan sokongan untuk mereka...

copy & paste untuk FB or Blog tanda sokongan korang...

Benteng hadapan Harimau Muda yang akan beraksi malam ini...

Diharap kepulangan kalian membawa piala yang menjadi rebutan untuk rakyat Malaysia yang sekian lama di idamkan...sebagai hadiah bermakna penutup bagi tahun 2010.

Nota Hati: berdebar-debar menantinya jam 8 malam ini..

Yang Cantik Yang Jelik Di Anugerah Skrin 2010....

Anugerah Skrin telah berakhir...cuma bezanya kali nie rumah dah siap....kemenangan sudah diketahui...langau-langau pun kurang sikit berbunyi kali nih berbanding FFM23 aritu.....yang paling gogar bila pak menteri komen pasal pakaian...huhhhh pedihh

jom layannn gambar2 selebriti nie..cuci mata jer la..
Lisa Surihani & Mia Sara..cute kedua-duanya

Aku suka perempuan ini....kenapa dia nie aku tak nampak seksi erk..yang penting aku suka bajunya itu...so sweet

Rosyam Nor kali nie bawak anak dara..*tetibe kan

Sam & Yana...sopan pakaian yana...Sam aka Adnan Sempit ! ai lap u lah!!

Salah satu pelakon aku leh tapik spring kat dia..Noorkhiriah...menang rezeki anak kedua katanya..beri apa sahaja watak kepada dier...dia boleh lakukan...

ermm..pelik..tersangat pelik...ikut Lady Gaga or Lady sangap?

Maya...nampak berisi plak..ai think dress dia xsesuai gaya cenggitu..nampak dia 'kerendahan' lagi

Norish Karman?.... ;)

Juliana evans...cantikk & sweet...Zizan (RajaLawak) ko tackle jer la awek nih...hakhak

Jue Aziz...yang membuat aku terkesima..sungguh mencunggap sesak napas tgok bajunya itu.... " membuak-buak' ko...

Tahun tanpa pasangan...cian irma...next mesti ada pasangan..ko tengok lah..tak lama.. ;)

Mama lalipop ice-cream...kombinasi kaler dress erra fazira nih sungguh menyebabkan rasa nak slurppp jerr...hikhik

Eja..cantik...agaknya jenis kain & ayaman tuh nampak seolah-olah 'berat' nak membawanya

ermmm...ape yang korang rasa...seperti 'tak siap' si abby nie...baju pun macam tak iron..

kelainan si halimah jonggang nie....shiera skg dah tahu bergaya..

si isteri seperti pengantin plak...*motipp

si suami segak bergaya...tapi sayang si siteri..bertudung tapi bahagian atas tang dada ke lengan..jarang plak..ermmm...ape yang 'ditutupkan' erk....renung-renungkan, selamat beramal

penyakit sebegini dah merebak..klu ditegur sentap tahap langit ke 7....tapi fikirkan sbl berpakaian...kalau selebriti....satu malaysia tengok..buat malu weii..

jejaka hangat...

dan my hero..Aaron Aziz...lapppp uuu!!...ko pakai ape pun aku totap kata ko ensem...gggrgrgrgr

bila ex-boypren terima trofi dari ex-galpren....nampak sesangat air muka Shamsul berubah ketika diumumkan...mencuak-cuak masa naik pentas...ape2 pun kedua-duanya sporting dia ats pentas...

Bila pak menteri komen...Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim...gara-gara pasal minah nihh...

so tak pasal-pasal next anugerah selebriti agak takut2 untuk berseksi-meksi bagai..hehehe
Paling best bila Pak Ajis kita cakap..."sampai boleh betulkan mata lagi"...Erra jawab.."kenyang Pak Ajis malam nie"..lawakkkkkk lawakkk

memang tak patut berpakaian seperti ini...

Kredit by: Beautifulnara & Gua
sowi copy paste jerr..terima kasihh yerr..kira halal arr erk..sila jgn saman saya..saya tidak berwang bukan beruang tapi tidak berwang...

Nota Hati: sesekali publish citer artis plak

Nita...Ex-Girlpren Zahid AF2...Sosak napas pak semaon tengokk...aduyaii


Ermmmm.......tak mau ngomel banyak...nak komen?...sila tinggalkan/click komen korang kat bawah sanunn...

Nota Hati: akai mana..dilututkah?

Kedai Makan Sukaramai...Kg .Abdullah Baginda

Yeahhh klu nak makan luar.....inilah satu-satu kedai yang rajin aku terjah....sedap yang best murahh...well den nie kan segala benda klu leh cari yang murah..lagik murahhh...tp klu bab makan nak murah tapi tak sodap....hampeh gak kan...

tapi kedai nie memang maveles.....cuma hidangan yang korang order time meramai orang adalah lambat....kira klu minum air dah abeh segelas...heheh

Nie citer lama aku perap..lepas melawat Ida (Azuraida) my opismate dapat first baby....kitaorg gie makan dulu sebelum balik ke rumah..

makan 2 orang...tapi lauk selaut..hehehe...udah lapor katanya kan..harus merakus order makanan...dah katanya lapooooo

aku abek menu..daging masak halia, sotong pedas, telo dadar, teh o panas tak sampai Rm15...
si Iena amek tomyam, kailan, udang goreng tepung tapi yg datang sotong plak...ngap jer laa..malas nk tunggu lagikk..Iena bape ko kena erk?..lupe sudah hehehehe

my feveret sotong goreng tapi kalau dorang goreng gaya cenggini..aku dun likee...dah ghupanya cam makan cekodok jerr....aku suka gelung2 satu-satu tuh...bru crispy..

my feveret too...daging/ayam masak halia

Nota Hati: banyak n3 pasal makan tertunggak nie..tungguu

Saturday, December 25, 2010

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N seketika...

Adalah dimaklumkan bahawa blog ai sedang dinaiktaraf seketika...

Oleh itu mana-mana yang korang ternampak 'kecacatan' keganjilan' pada design/deco tak teratur...:umah masih diperingkat ubahsuai...tahun baru ma...kena 'cat' sikit umah....hehehhe

Selesai nanti...korang lleh er komen2 yerr..dialu-alukan.. ;) Lap uols lah!

Kepada sifu contractor umah baru ai nih...wa caya sama lu!!!..cayok cayokkk *clap clap clap

Friday, December 24, 2010

PERINGATAN: Berhati-hati jika menerima SMS ini...

SMS tipu minta tambah prabayar


SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar.


KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

Amazing things happen when you say Yes

"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.

Kredit by: HM 24122010

Nota Hati: aku dh beberap kali terima mesej sebegini kejap mintak top up kan Rm30 or RM50.....mudah saja jangan terpedaya...ABAIKAN!!....paling jelas pembohongan..dalam2 tak dek duit nak mintak top up tuh...leh tukar nombor baru plak...

Wednesday, December 22, 2010

Apabila si Tikus oleh berkicau....maka si burung sudah ada geng baru untuk bergurau senda...

Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung


SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun semalam.

TOKYO - Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.

Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.

"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura.

"Kami memeriksa setiap anak tikus yang baru lahir dan pada suatu hari, kami mendapati seekor anak tikus tersebut boleh berkicau seperti burung," katanya.

Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Makmal tempat penyelidikan itu dibuat dikendalikan oleh Profesor Takeshi Yagi dari Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun yang kini memiliki lebih 100 tikus berkicau untuk kajian lanjut.

Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.

Sebelum ini, saintis-saintis mendapati burung-burung yang berkicau menggunakan bunyi berbeza-beza dan menyusunnya seperti perkataan dalam bahasa manusia serta mempunyai tatabahasa tersendiri. - AFP

Kredit by: HM 22122010

Nota Hati: Maka kucing-kucing diluar sana akan hypertension apabila cik ti (si tikus) boleh berkicau..hikhik

Thursday, December 16, 2010

Kanak-kanak diliwat remaja ketika main masak-masak...

Tersentap terkejut seketika di awal pagi terbaca kisah ini...

Mainan yang sinonim dengan budak-budak baik lelaki mahupun perempuan selain main masak-masak, main guli congkak, police sentri, main sorok-sorok, kawin-kawin...macam-macam ler lagik idea kreatif budak-budak ini..

jom tengok ape yang berlaku baru-baru ini..harian metro hari ini ada melaporkannya..

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila diliwat remaja berusia 15 tahun ketika mereka bermain ‘masak-masak’ di rumahnya di Datuk Keramat, di sini, kelmarin.

Difahamkan, remaja berkenaan rakan kepada saudara mangsa yang berkunjung ke rumah mangsa.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan menjadi ‘isteri’ kepada suspek dalam permainan masak-masak sebelum dia diliwat.

“Kejadian disedari ibu mangsa kira-kira jam 6 petang selepas pulang bekerja apabila anaknya mendakwa sakit pada bahagian dubur.

“Ibu berusia 24 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia diliwat,” katanya.

p/s: biasa kita dengar anak-anak kita suka main masak-masak...iye dolu2 pun kita ada gak main masak-masak jugak..cuma bezanya sekarang ini....sekarang ini budak-budak 'terlebih cerdik'. So berhati-hati dan tengok-tengok kan anak-anak kalian ketika dia bermain diluar bersama kawan-kawannya..terutama yang boleh dikategorikan budak dewasa..

sebagai ibubapa kita tak meminta pekara begini berlaku..tetapi sekurang-kurangnya berwaspada sebelum ape-ape berlaku...sekarang ini kita berasa takut dengan keadaan moral & situasi pada zaman ini...ishhhh mintak dijauhkan lah dari masalah-masalah sebegini...

Kredit by; HM 16122010

Nota Hati: anak-anak adalah penyambung warisan kita...

Finale The Biggest Loser Asia Season 3

Raj from Singapore is The Biggest Loser


A mere one kilogram was the difference between winning and losing.

24-year-old Singaporean, Viveganandam Deveraj (Raj) shed a whopping 67 kilograms to win Season 2 of the popular weight-loss reality show, The Biggest Loser Asia.

The Ngee Ann polytechnic graduate and 3D modeler pipped his closest rival Atikom Laksanapanai (Nai) of Thailand by a mere one kilogram in the show’s dramatic final episode taped in front of a live studio audience at MediaCorp Studios on Tuesday.

In so doing, Raj took home US$100,000 in prize money. Genghis Khan Enrique of the Philippines finished third.

Speaking after his moment of victory, Raj told Yahoo! Singapore he drew motivation to work out even harder after nasty comments criticised his gamesmanship during the 13-episode competition.

And despite beating a total of 15 other contestants on the show to claim the top prize, Raj said this was just the start: keeping the weight off, accumulated from years of bad eating habits, was going to be the real challenge.

“Yes, this is a life-changing experience, but it will not be the defining point in my life,” said a startlingly fitter and trimmer Raj.

“The defining point will be the same time next year, at the end of season 3 of The Biggest Loser Asia, when the highlight will be on me once again. Will I still remain trim and fit, or will I put back all the weight I lost?”

“Winning the prize money is definitely a very big cherry on top of this life-changing experience, but it’s not about who wins the Biggest Loser Asia 2 — it’s about taking control of your life. In this case, every other contestant’s a winner as well,” the avid gamer added.

In the showdown finale, Raj weighed in at a trim 77 kilos – a massive 67kg drop from his original 144kg when he started the competition.

Needing to lose at least 64 kilograms to beat Raj’s weight loss percentage, the popular Nai of Thailand could only manage a 63 kilogram loss at the final weigh-in, thereby handing the title to Raj.

“At that moment, I already made peace with myself and if I had lost to Nai, it would mean that he deserved it more than me,” said Raj.

Third-placed contestant, Filipino internet cafe owner Enrique, hopes that his experience on the show will inspire others to adopt a healthier lifestyle.

“I have so many excuses not to exercise. I have diabetes, hypertension, heart problems, back problems and knee problems. I’m a ticking time bomb. But look at me now, I have all the excuses in the world not to take this step, so if I can do it, so can anybody else,” said the man, who himself lost 53 kilos throughout the entire show.

So what does Raj intend to do with his winner’s cheque of US$100,000?

“I want to use some of the money to set up a charity, to help people like me who need help in turning their lives around.”

Have a look at the before and after pictures:

Raj from Singapore

Nai from Thailand

Genghis from Philippines

Kredit by : Yahoo News

Nota Hati: Next TBLA Session 3..who? ggrrggr

Wednesday, December 15, 2010

Deerland Park, Kuala Gandah Pahang

Kesinambungan kisah Kuala Gandah...sebelum nie n3 pasal gajah...selepas beramah mesra ngan gajah kami ke tempat rusa plak...tempat berdekatan sahaja

Jarak antara tempat gajah dengan rusa nie..drive hanya 5 minit sahaja..

tempatnya masih didalam hutan yang masih belum tercemar...pokok-pokok adalah membesar so tak ler panas sangat tempat rusa nie..

redup dan bersih!...terima kasih lagi kepada perhilitan

intro...muka-muka simpati minta makanan disuapkan...so sweett kan..cam sonyum kat den plak ha..hakhak!

tiket masuk ke deerland nie pada hari kejadian adult RM6 & children (3-11 tahun) RM3 bawah 3 tahun free.

welcome..selamat datang ke Deerland Park...


Tiket dah beli...okeyy jom masuk..kita tengok ape yang ada kat dalam sana...layannnnn!!

Dah nama pun deerland..dah tentu-tentu binatang berjenama rusa yang ado kan.. ;)

time nie masa aku dok hulur makanan (keledek)..berebut-rebut datang menyerang aku...huhh terkezut....feel-feel cam diserang peminat gitu..ekeke

mereka-mereka adalah terlalu jinak...ko nak pegang peluk boleh..kalau dia nampak ko pegang bakul kecik..dia dah tahu dalam tuh ada makanan..kalau ko pusing kawasan pun mereka-mereka ni akan mengekor jer ko...

di celah-celah kawanan rusa yang jinak

si apaknye layan anak-anak yang penakut...mula-mula jer takut..lepas tuh ok dah...propa jer budak2 nie..hehehe

makan timee

rusa nie tk dulik..menyelit jer kat korang..

tengok tuh..dia tahu tourist tuh bawa bakul..semua kerumun nak makan...

yang nie agak berusia kot..tengok tanduknya....yang lain semua dah kontot..dah kena potong

lihat lah leher ku yang jengjang..

mari mari


maghaiikk..sampai panjat ko
dorang nie suka-suka hati jer dera rusa nie..bagi makanan angkat tinggi-tinggi...ciannn rusa tuh



tak tahu ape nama burung nie...very romantika d'amor..

nie ape erk...ermmm

burung ape erk..kakak tua erk...ker kakak tak bape nk tua...gggrrgrgrr


sedang menunjukan kecantikan asli yang orang tak ado...ko hado?


aku tengok dia nie berjam duduk bodo jer cenggitu..

kucing pun ada...tapi aku tengok kucing-kucing nie spesis lain sikit...bukan cam kucing kampung biasa tuh...besau2 ko saiznya...corak bulunya pun lain...kucing hutan kut?

hahahaha...kelako!..berjambul plak ayam kenit nih

rabbit yang sebesar saiz kucing...eiii gerammmnyaaa

ular sawa nie bru lepas 'membuang khazanah'...si penjaganya sedang mencuci & mengelap badannya...

menurut penjaga ular nie...dia kene alert sebarang 'ketidakselesaaan' ular....so dia tahu samada ular itu mahu membuang atau sebaliknya.

Ular nie baru salin kulit katanya...masa aku pegang ular nie..idak ler licin ke ape..ok lah...tapi untuk aku letak kat leher ...idak lahh....kang malam tido ngigau plak...hehehehe

skill menunjukkan aksi terlampau ketika bersama ular...hehehe...


igauna...korang agak berjam dia leh dok statik cenggitu erk..

ini aku lupe namanya...tapi kata penjaganya..mai dari australia...mas dilepaskan berlari-lari terkedek-kedek...comel sesangattt


time bermesra-mesra dengan beruang plak...dalam semua binatang dalam dunia nie..dia lah satu-satunya binatang paling kayo...sentiasa ber'wang... ;)

kesukaannya honey (madu)

sopan jer dia duduk camtuh...bergedut perut dia..hehehe

beruang nie dimandikan sehari 3 kali....ooohhh patut arr aku touch lembut jer bulunya...padat tepu badan dia...jinak...rasa nak peluk-peluk jer beruang niee...ada beran? *wink wink

masa untuk pulang...watamat sudah kisah Kuala Gandah yerr anak-anak semua....next jalan-jalan akan menyusul

harapan korang kalau ada masa lapang cuti-cuti tuh marilah ke sini..tak rugi pun..kalau kat zoo tuh kita penat berjalan...silap-silap nak naik keretapi tuh pun semedang jer penuh kan...disini kawasan adalah didalam hutan..so suasana tuh lain sikit...boleh dengar bunyi-bunyian nyanyian spesis-spesis hutan yang masih terpelihara.

Nota Hati: tertunai sudah hajat untuk ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...