Monday, November 26, 2012

talkin' bout precision !!

talking about precision, the germans re well known for their precision engineering.....what  about precision marching?

US marines?

ahaa..

wait till you see the japs !




 

Wednesday, November 21, 2012

awas!! selimpang biru!!

 
 
 


entah cemana aku terjumpa satu gambar ni...mamat mana originally mendonlodkan gamba nie aku tak pasti..

seat belt katebang tu siap dibuatnyer berselimpang...plus selamber inersen jer dengan muka kering..

yang amat pasti aku ketawa nak pecah perut nengok..oopss sorii..hehe

heppi giler coz bangladesh seri malam tadi kot?..

aharkk!!

Sunday, November 18, 2012

politik kita yang penat...dan tenat!


Sejak Mac 2008 hingga kini  politik malaysia yang semakin kalut terutamanya sesama Islam Melayu memperlihatkan kegagalan dalam usaha untuk kita menggapai titik pertemuan sesama agama. Hasrat melihat sekurang-kurangnya keredaan percakaran sesama kita rupa-rupanya bertukar menjadi kebencian yang meluap-luap!
 
Di manakah silapnya?
 
Kearah mana  halatuju politik yang ingin dibawa oleh parti-parti politik Islam Melayu menghadapi tekanan senario politik negara yang kian tenat?
 
Kita harus menerima hakikat bahawa PRU13 kali ini adalah yang paling getir kerana jika silap percaturan akan menentukan nasib survival agama dan bangsa kita dan memungkinkan peralihan kuasa pemerintahan negara secara mutlak dan sah pertama kalinya oleh kaum bukan bangsa Melayu!
 
Akan tetapi yang menghairankan ialah kita masih tidak penat-penat membanting sesama kita antara satu sama lain?
 
Baru-baru ini solat hajat di Kota Bharu, ribuan umat islam mengaminkan doa menghancurkan sesama Islam hanya kerana bebeza parti dan fahaman politik?
 
Masih sanggupkah kita mengamin doa sebegini??
 
Apakah sememangnya semua ilmuan dan ahli-ahli agama di tanahair ini bersetuju untuk di'fatwa'kan bahawa UMNO itu kufur atau kafir?
 
Tidak mungkin mereka-mereka ini sebegitu jahil dalam agama hingga membolehkan doa sebegini?
 
Apakah tidak sesuai jika kita memohon doa disamping memohon kemenangan , kita panjatkan juga doa semoga Allah memberikan hidayah serta petunjuk dan melembutkan hati seteru masing-masing dalam usaha mencelikkan mata dan memperbetulkan sesama Islam yang lain?
 
 
 
Sumber ; jinggo-fotopages.video
 
 
Sementelah menahan penat membungkam sesama kita, kita dari semasa ke semasa akan dihinggapi penendang tambahan oleh 'mereka-mereka' untuk memastikan kita lebih tenat. Contohnya baru-baru ini juga ERT dan Tenaganita mendesak dihapuskan atau dipinda hak-hak pribumi yang termaktub dalam perlembagaan. Adakah 'mereka-mereka' ini ikhlas atau semakin kurang ajar?
 
Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.
 
Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.
 
Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.
 
“Proses ini termasuk pemansuhan semua undang-undang, peruntukan dan dasar diskriminasi. Secara khususnya, peruntukan diskriminasi berikut harus dimansuhkan atau dipinda untuk menghapuskan unsur-unsur diskriminasi,” kata kajian tersebut, sebelum menyenaraikan Artikel 5 (4), 8 (2), 9, 10, 11, 12 (1), 14, 15, 24, 26, 89, 153 dan 161 Perlembagaan Persekutuan
 
- Sumber blog AIDC
 
 
 
 
PKR dan DAP memang sah-sah akan setuju dengan laporan ini, tetapi PAS yang sebahagian besar ahlinya adalah Melayu/Islam apakah turut bersetuju menghapuskan Artikel 89 dan 153 Perlembagaan Persekutuan?
 
Adakah pendekatan assobiyah, tahaluf siasi atau hukum hudud kini ditakwilkan atau diterjemahkan semata-mata kerana tujuan politik?  Semakin terpinga-pinga rakyat marhaen dengan hujah membolehkan dan menghalalkan sesuatu oleh  ilmuan masing-masing. Semakin bercelaru rakyat marhaen dengan matlamat menghalalkan cara.
 
 
 
 
 
 
 
Ketepikan ketaksuban yang ada, hulurkan salam sesama kita untuk sama-sama bangkit memperlihatkan umat Islam di tanahair ini bersatu suara.........nescaya akan gementarlah 'mereka'  dan melenyapkan sikap kurang ajar 'mereka-mereka'  yang semakin bongkak semenjak dua ini.
 
Apakah kita masih 'ditidurkan' oleh 'mereka'?
 
(Gambar Kanan ; Ini yang kita ingin lihat - Bersatunya UMNO dan PAS!)
 
 
 
 
 
 
'Mereka' umpama biduk lalu kiambang bertaup sedangkan kita umpama enau didalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Alangkah indahnya jika kita akan masih tetap bersama dan bersatu suara setiap kali dicabar atau diperlekehkan oleh 'mereka' terutamanya perihal isu-isu berkaitan agama dan bangsa walaupun kita dari parti-parti politik Islam Melayu yang berbeza!
 
Terlalu bernafsu ingin menjadi pemandu bersendirian akhirnya kita semua hanya menjadi penumpang...
 
Waktu itu rupanya kita menjadi penumpang yang tidak akan dihiraukan oleh pemandu walau berkali-kali loceng turun dibunyikan...

Lebih malang lagi bahawa bas itu kepunyaan kita...teramat manis bagi 'mereka' kerana bukan hanya 'mereka' yang memandunya bahkan tuanpunya yang kini menjadi penumpang pada masa itu tidak mampu lagi bersuara!!

Thursday, November 15, 2012

'mereka' dah mula..kita? tunggu apa lagi?

 
 
pru13 sudah semakin hampir..
 
PAS tetap dengan pendiriannya bahawa ianya adalah  parti yang berteraskan perjuangan islam,  lebih islamik berbanding antara parti-parti melayu islam yang ada di tanah air...amanat hadi awang di era 80an yang membawa tahap kafir mengkafir dan jihad menentang UMNO dan hingga kini UMNO  menjadi belasahan dalam setiap pentas ceramah PAS...untuk kita bersatu sesama islam PAS dan UMNO? ide yang ditentang kuat sebilangan besar pimpinan pas mengakibatkan penyisihan hasan ali dan ustaz nasha.....PAS, merasakan lebih penting menjaga hati DAP dan PKR...
 
PKR tetap tegar dengan perjuangan menentang kerajaan sekarang yang dikatakan penuh dengan korupsi, kronisma, nepotisma, mengamalkan undang-undang penjajah, sistem kepolisian yang menjadikannya anjing kerajaan...pelopor demo jalanan...membakar hati rakyat bangkit menentang kerajaan...UMNO djadikan medan  pembantaian dalam setiap pentas ceramah PKR...untuk kita bersatu sessama islam PKR dan UMNO? ide yang jauh panggang dari api kerana PKR sebuah parti berbilang kaum seharusnya penentang kuat ide menubuhkan kerajaan perpaduan...PKR,  juga merasakan amat perlu menjaga hati DAP dan PAS...
 
UMNO masih dengan pegangan politik yang dikatakan sederhana dipelbagai sudut...mempersoalkan gabungan pakatan yang dikatakan rapuh...mempertikaikan niat sebenar tujuan PKR yang didalangi kuasa asing untuk berkuasa serta mempertikaikan PAS sebagai sebuah parti islam malah memperlecehkan suara serta usaha penerapan islam PAS dalam gabungan pakatan...untuk kita bersatu sesama islam UMNO dan PAS? usaha yang hanya tenggelam timbul kerana dikatakan hanya inginkan penyatuan apabila UMNO dirasakan kini sudah lemah....UMNO, terbawa-bawa sikap kesederhanaannya hingga amat takut kalau-kalau akan menguris hati parti-parti komponen BN yng terdiri dari MCA, MIC. GERAKAN, PPP etc...
 
tapi sedarkah kita apa pula yang sedang berlaku di sebelah sana?
 
DAP, MCA, MIC, GERAKAN serta NGO yang berteraskan kaum...apakah mereka menjaga hati 'kita'?
 
adakah kita mengkaji pattern serta pendekatan 'mereka' terutamanya terhadap yang melibatkan isu kaum, agama dan hak sejak kebelakangan ini?

lihatlah disekeliling kita dan renungkan semula...


 




 






apakah kita memahami maksud risalah ini? dikatakan terjemahannya ialah ;

"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."

                                                         Risalah-risalah tersebut  yang di letakkan dan ditampal ditempat-tempat awam.
 
 

difahamkan risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah DAP di Melaka pada 09/11/2012.

Mungkin ada yang dapat membantu dari segi menafsirkan makna terjemahannya bagi mengelakkan fitnah...akan tetapi jika maknanya benar seperti yang tertera di atas, maka cuma ada 3 soalan yang ingin aku tanyakan;

  1. Orang Islam/Melayu di seluruh Malaysia...masihkah kalian mengamalkan taksub kepada parti masing-masing sampai kepada tahap taat setia yang keterlaluan demi menjaga hati 'mereka'?
     2.  Najib, Hadi Awang dan Anwar....apakah agama dan bangsa kalian berbeza?

     3.  Gendang perang telah 'mereka' bunyikan...apa yang kita tunggu lagi?




Tuesday, November 6, 2012

they say no to sandy...we say yes to sandy


 
maybe some underestimate the hurricane sandy…knowing superstorm or so called a ‘perfect storm’ is coming with thought of america’s modern networking, lessons learned  from the 911 in facing public chaos  plus well equipped and well prepared actions in facing the disastrous moment…still succumbed at last, bow to the force of mother nature.
just imagine, this is America…it is not 3rd world countries somewhere in asia or africa.
it was monday night on 29 october, superstorm sandy with 80mph winds slams northeast, triggers massive blackouts and flooding ….and the aftermatch, worse than we thought.
 
 
sandy was not dayslong onslaught but just within hours as the storm further makes its way into inlands.
came as surge of seawater, flooding its tunnels and subway, blackout, made peoples homeless and deaths.
 
a week after, still commuters battled unruly crowds and snarled traffic to return work monday, authorities scrambled to clear tonnage of debris, tens of thousands of people unable to return homes, night of near freezing temperature without heat and power.
 
 
short of gas (petrol), supplies and hiked prices for food and water.
learning hardship in modern country, facing crisis.
definitely it takes much longer for the 10 affected northeast states to recover.
 
but this time why america?
 
 
 
not that we want to but could not imagine if typical to sandy hits peninsular and then hooked to the right heading east malaysia.
 
we are grateful living beings here? nay, i don't think so...
 
over here,  we adore hardship and we love crisis.
 
creating our very own 'sandy'.... 'slamming' and 'bashing'  among us...enticing a 'perfect storm'.
 
interesting uhh?
 
only God knows…