Selamat hari rabu u alls !! hehe arini aku kene buat opening
sampai laa closing.. sebab staff aku yang satu-satunya yang ada tu , offday..
So dari duduk melanguk menunggu customer datang , eloklaa rasanya aku merepek
apa yang patut kat blog ni.. Walaupon aku takde idea sebenarnya, tapi ikut
jerlaa rentak jari jemariku yang tak berapa nak runcing nihh.. hehe
Hurrmmm… tengah dok piker-pikir apa nak type tetibe datang idea..
Ting !! Imagine ada lampu mentol kat atas kepala aku yerrr.. Baru kejap ni ,
tak sampai lima minit aku tengah piker apa nak type , ada laa sorang minah melayu
lalu kat tepi kiosk aku.. Pucuk dicita
ulam mendatang sungguh ! ( sila rujuk kamus kalau tak faham maksudnya yer ) Minah
ni keje kat depan kiosk aku ni jerkk, butik Brands Outlet, dah lama aku
peratikan perangai dia ni.. Tapi malas nak amik port , sebab tak bawak untung
pon kat aku..
Minah ni aku syak dia supervisor @ manager kat butik depan
ni, sebab aku pernah Nampak pagi-pagi dia yang bagi briefing kat staff-staff
lain.. Yang aku tak berkenan perangai minah ni sebenarnya ialah…. Peel dia yang
kekwat tak tentu pasal tuu.. Serius aku tak faham manusia yang macam gini, ko
kekwat dapat apa ntahh.. Lain ler kalau
ko kekwat , duit ko makin beranak pinak ker , muka berseri –seri persis wardina safiyah , boleh la aku terima.. Urghh
! ini awak tu orang biasa jer koott , takat pangkat supervisor tu tak payah nak
feeling CEO sangatlaah nyah..
Sebenarnya apa yang buat aku hangin dengan minah ni , sebab
dah 2,3 kali aku cuba senyum kat dia.. Tapi boleh takk…!! Dia terus paling muka dia kat tempat lain , konon-konon tak Nampak
laa aku senyum kat dia .. #choii taau ! Mula-mula tu aku bajet memang dia tak
perasan laa, tapi dah masuk kali ke-2, ke-3 sah laa ko memang ada masalah
dalaman nyah.. Staff aku pon pernah kene camtu, siap dapat jelingan anjelina
jolie lagi.. #pedihh
Mula-mula tu aku ingat minah ni sorang jer laa yang kekwat
tak tentu pasal, sekali rupanyerr dengan anak-anak ayam (anak2buah) dia ponn
dia ajar kekwat kooo.. Motif ?? Masa kiosk Dna baru bukak , ada laa jugak
sorang staff dia ni tegur-tegur & senyum –senyum , tapi sekarang ni kalau
lalu jelling pon tidak yer.. Rupanya staff aku citer, pernah time anak ayam dia
tengah borak dengan staff aku , boleh tak supervisor dia tu panggil masuk
dalam, tak kasi borak-borak.. Derrrr…. Padahal staff dia tu tengah break time
lagi kot.. sajer nak medengki la tuh !
Okey cukup sampai situ aku kutuk minah melayu tu..
Now aku
nak citer lak pasal neighbour sebelah kiri aku plak, kedai sebelah ni ialah kedai
barang baby. Staff dia semua cina, dari manager sampaila anak ayam dia.. Masa 1st
day keje lagi , manager cina ni dah tegur-tegur aku , siap boleh
tengok-tengokkan kedai aku lagi , kalau aku nak pergi toilet ke , pergi tapau
makan ker.. Macam nilaa semangat
kejiranan yang kita nak kan.. hehehe
Dan masa mula-mula kitaorang baru bukak, sales agak teruk
dia siap bagi aku semangat lagi untuk buat sales.. huhu dan kadang-kadang kalau
time dia sengal dia datang laa kiosk aku , borak-borak buat lawak bodoh versi
cina dia .. hehe mampu jugak laa buat aku tergelak.. :D
And the best part masa aku tanyer dia , “ u manager ker kat
sini ker ?? “ dia tak bagitau pon dia manager.. Dia just cakap “ Saya kuli
sajer maa.. Kene kerja keras buat sales , kalau tak saya pun kene tiaw dengan
boss atas “
Masa ni aku pon percaya laa dia bukan manager , sebab aku
tengok dia memang rajin giler buat sales & buat keje macam staff biasa..
Sampailaa aku tahu sendiri dari staff dia , yang bagitau dia tu manager.. huhu berbeza kan , dengan citer minah melayu
kat atas tu..
Moral of the story , budi bahasa mencerminkan jiwa , bangsa & personaliti kita.. Aku tak faham kengkadang dengan orang melayu kita walaupon hanya
segelintir jer.. Pangkat tak seberapa , kekwat nya ngalahkan ko artis no 1
Malaysia.. Patutnya kalau kita ni jadi ketua , tak kesah laa manager ke ,
supervisor ker, CEO ker, ko laa yang patut lebih ramah dan latih anak-anak ayam
ko supaya mesra dengan orang , tak semestinya dengan customer jerk.. Ni tidak ,
dah laa keje bidang khidmat pelanggan tapi tak mesra macam mana tuhh.. Baek ko keje stor jer nyah, takde sape sakit hati tengok muka ko yang kekwat tu..
*senyum kambing*
Jadi kengkawan , mari laa kita senyum walaupon gigi ko berlilit besi sekali pon kalau senyum tetap manis... Tengok kambing kat atas ni, kan manisss... heheh sebab tu laa orang selalu kate senyum kambing , orang tak kate senyum anjing ke , senyum kucing ker.. Lagipon
bukan susah pun nak senyum , tak perlu kene bayar pon.. Lain laa setiap kali ko
senyum tu kurang duit dalam poket ko , lain laa kesahnya.. Yerr tidak?? okeylaa aku nak layan lagu M.Daud Kilau jap , amik mood nak senyum arini sampai ke malam.. #mampu ?? =))