Posts

Senarai Hitam PTPTN: Apa Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sebelum Ke Luar Negara

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 15 Januari 2017 (tahun ini) saya telah pergi melancong ke Phuket Thailand selama empat hari (15 - 18 Januari 2017). Alhamdulillah saya telah selamat pergi dan kembali ke tanah air dengan membawa seribu satu memori indah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.   Namun apa yang ingin saya kongsikan pada entri ini bukanlah tentang pengalaman saya melancong ke Phuket (InshaAllah saya akan kongsikan pada entri seterusnya) tetapi berkenaan dengan SENARAI HITAM PTPTN. Sejak kebelakangan ini kita sering membaca berita yang terpapar di laman sosial tentang kekesalan netizen Malaysia terhadap ketegasan kerajaan menyenarai hitam nama peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan tanpa kompromi.   Ramai yang terkandas di lapangan terbang dan dipaksa untuk melangsaikan tunggakan penuh serta-merta bagi membolehkan nama yang disenarai hitam ditarik balik. Bagi yang mempunyai backup savings mungkin m...

Tips Melancong ke Ho Chi Minh Vietnam

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera , Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk anda yang ingin merancang melancong ke Ho Chi Minh City Vietnam. Saya sudah menjejak bumi Ho Chi Minh sebanyak dua kali. Walaupun pengalaman sebanyak dua kali ini boleh dikatakan kurang berbanding dengan mereka yang sering datang ke sini atas urusan perniagaan (memborong barang niaga), tetapi anda boleh anggap tips-tips yang bakal saya berikan ini sebagai pandangan pertama dan panduan bagi orang yang pertama kali ini ke sini. Informasi penting semasa berada di Ho Chi Minh Vietnam: #1 Bahasa - Kita boleh menggunakan bahasa Melayu di beberapa buah tempat seperti Benh Tanh Market dan Cho Bin Tay  Market . Selain dari tempat-tempat tersebut, sila pastikan yang anda boleh berbahasa Inggeris dan pastikan duit tukaran dalam Vietnam Dong ada untuk memudahkan anda menaiki teksi balik ke hotel (pilihan terakhir sebelum tersesat). #2 Matawang - Benh Tanh Market dan beberapa kawasan utama membeli-...

Perancangan Melancong ke Seoul Korea (Musim Luruh)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 30 Oktober 2015 (Jumaat), saya dan seorang rakan lagi merancang untuk melancong ke Seoul Korea dan akan berada di sana selama 4 malam 5 hari. Syarikat penerbangan pilihan kami sudah pasti Air Asia di mana pihak Air Asia banyak menawarkan tambang lebih murah daripada syarikat penerbangan lain! Musim Luruh (Autumn) Kenapa memilih musim luruh? Kerana kecantikan musim luruh dan cuaca sejuk pada musim itu mendorong kami lebih memilih musim luruh berbanding musim-musim yang lain. Memandangkan rakan saya juga adalah seorang photographer, sudah pasti kami ingin memilih musim yang terbaik untuk rakaman memori di sana. Seawal rancangan, kami berdua merancang untuk pergi pada musim sejuk (winter) tapi memandangkan musim tersebut sudah pastinya akan menterhadkan aktiviti kami, adalah lebih baik kami pergi pada musim luruh. Tambahan pula, pada tarikh dan bulan berkenaan adalah paling sesuai untuk kami melancong sedikit jauh keluar dari Mal...

Bandung Indonesia (22 - 27 June 2013)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Di sini saya hanya ingin berkongsikan sedikit gambar kenangan semasa melancong ke Bandung Indonesia pada 22 hingga 27 Jun 2013. Ini merupakan hadiah percutian sempena hari jadi saya pada 17 Jun namun saya pergi ke sini tanpa teman tetapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar serta selamat pergi dan kembali.                 

Bercuti di Labuan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 14 Julai 2012, saya telah pergi ke Labuan. Walaupun percutian singkat ini tidak dirancang, namun ianya memberikan saya satu tanggapan baru terhadap pulau Labuan setelah sekian lama tidak pergi ke sana. Semasa saya kecil, Labuan boleh dianggap sebuah pulau bandar yang maju dan terkenal. Apabila Aidilfitri menjelang, penduduk sekitar Sabah, Sarawak dan Brunei berpusu-pusu ke Labuan untuk membeli-belah terutamanya kain untuk dibuat baju Melayu dan baju kurung. Hingga satu tahap jika bot laju atau kapal ekpress penuh penumpang, kami sanggup merentas lautan menaiki bot nelayan kecil. Nasib baik apabila cuaca baik namun nasib akan kurang baik apabila cuaca tidak baik dan lautan bergelora. Seingat saya, semasa kecil saya pernah pergi dua kali ke Labuan dalam keadaan laut yang bergelora. Ombak ganas melambung bot kecil kami, nenek mengikat badan saya menggunakan pelampung kecil dan menutup saya di bawah kanvas. Namun, kali ini apabila saya k...