Assalamualaikum.
Baru lepas baca 1artikel dan aku rasa tertarik untuk berkongsi kat sini.
(Posted by
Mohd Adha Mohd Zain)
TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya
tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera
bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi
yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam
satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat
Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan
Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel
mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang
dengan penduduk Palestin.
"Dalam kajian kami, askar Israel yang
terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami
gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan
menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
"Walaupun
kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat
ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu,
namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya
dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
"Selepas menemu
bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa
berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka. "Dianggarkan
separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas
terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah
manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
"Pernah
seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah
menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang
terlibat dengan Al-Qassam.
"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak
yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya,
jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.
Tambahnya
lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera
masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.
- KOSMO!
P/S:
Pembalasan. Macam-macam bentuk.
Kalau bukan secara fizikal, mental dan emosi pun bole.