KORANG KAWAN AKU

Friday, November 26, 2010

::EVENTS::

Huhuu..hari ni memang tersangat letih !
tulang 4 kerat ni bergerak dah macam 10 kerat :p
sana sini pergi mari

Tadi siang dari pagi sampai petang ada dekat Uitm Shah Alam.
ikut kawan aku si Khalella shoot gamba orang convo.
rupanya orang yang convo tu budak matrix aku jugak.
nama Azam dan amik hotel management..hoho

Esok, 27/11 ade plan pergi Sunway Piramid lak.
saje sebab ade orang offer nak belanja hot tiket pizza..haha *gul okeh*
kalau dah masuk bab makan jangan tolak beb.
bak kata pepatah malu rugi !

oke la,
aku dah penat.
nanti la aku masukkan gamba yang shoot convo tu sikit ek
hehe..tata.

Gud nyte.
Wan an.
Oyasuminasai.


P/S:
Korang ade pape masalah sakit jiwa atau hati atau otak tak?
kalau ade, aku jumpa ayat ni dan aku memang suka sangat sangat !


Ianya memang pahit,
tapi bila ingat syurga itu manis,
rasa sedikit tenang sebab percaya janjiNYA tak pernah menipu
dan DIA lah yang MAHA BENAR

:)



Tuesday, November 23, 2010

::Saya nak kembali ke zaman kanak kanak::


Dulu,

Saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.


Lama-lama,

Baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.


Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal forensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.


Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit

Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..


Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286).

*from iluvislam.com*



P/S: ANDAI MASA DAPAT DIUNDUR. namun tiada siap terdaya. aku rindu zaman kanak kanak, zaman riang gumbira bermain tanpa kenal erti penat :(



Sunday, November 21, 2010

::RINDUI KAMU::

*Masih kecil. macam baby. nak berenang pon tak reti*

*Bila da besar siket da bole main panjat panjat kan..huhuu*

*Siap meneroka bersama lagi kamu ni* jauh perjalanan luas pemandangan..tetibe kura pandai peribahasa berkat pengajaran aku :p

*haaa kamu ! nyorok bawah tanah tu nape? nak cari pun susah tau tak*

*Bila da besar demand pulak die. nak makan kek. orang bagi daging kambing tak nak pulak* ape kaitan? hahaa

.
.

.

.

.

.

.



RINDUI KAMU SENTIASA
OS DAN AS
:)

Saturday, November 20, 2010

::SOME::

*just seven eleven*



*town. sky. kuala terengganu*

Wednesday, November 17, 2010

::Tragedi malam raya::

Aku ade 2 ekor kura kura..nama os dan as.
kitorang 1 family bela masa dorang kecik lagi.
masa dorang baby besar 5posen.



Kira kalau nak balik kampung pun bawak dorang balik sekali.
kalau nak raya pun dorang raya sekali.
pendek kata sentiasa bersama lah. *dekat dihati macam tv9*
Seingat aku dah 2 tahun kot.
tapi sekarang mereka dah sangat besarrrrr.
letak pun dalam besen dalam bilik mandi.


Maka nya, dipendekkan cerita malam ni ayah aku dah lepaskan dorang kat tasik titiwangsa.
*16/11/2010. selasa. aku akan ingat tarikh ni*
paling sedih sebab aku takde masa nak lepaskan dorang tu.
kurang kurang boleh la tangkap gambar akhir kan.
sedihhh teramat kot :(
mak aku pun sedih same..tapi die tak tunjuk. tapi aku tau..


So, sekarang sedang meratapi pemergian os dan as tersayang.
pergilah sayangkuuu :(


P/s: Merasa kehilangan. abaikan karangan macam budak budak ni sebab aku tengah sedih oke.