TEKA LAH TEKI

Assalammualikum lama tidak berjumpa .

Maaf rasanya sudah setahun saya tak tulis blog ni banyak kerja sekolah , kan baru masuk sekolah 2015 ,
sekarang  saya sudah berumur 11 tahun , saya demam hari ini penat betul .  Saya lama tak layan blog ini huhuhu , hari tu masa main teka - teki kat sekolah ngan kawan teringat teka - teki Najya hehe lawak betul .

Masa tengah tengok TV atam tanya soalan pasal binatang , Naim tengah main basikal kat luar , masa tengah main semua bagi teka teki . Best , semua dah tanya masa Najya pulak menanya , dia cakap

Najya : Dalam banyak banyak binatang binatang apa yang main basikal ?
AMIIR: MONYET
Najya : salah
Atam : gajah
Najya : salah
Atam & AMIIR : Habis tu apa ?
Najya : jawapanya Naim

Semua orang tergelak dengar teka teki Najya
Adakah patut !!!!!

Hehehe (:
18/11/2014

Esok ada jamuan exitednya ingat nak bawak nasi goreng abu sedap betul 6 pot banyak sangat .Tapi ada sikit masalah tahun 2015 Ust nashriq tak jadi guru kelas dah huhuhu.Tapi saya masih suka sekolah tu ada kawan dan ada ramai cikgu yang baik . Kepada pembaca2 blog Nuun.Blogspot.Com saya sangat gembira kepada pembaca2 baca lah lagi banyak yang akan ditulis tapi sekarang lewat malam saya nak tidur assalammualaikum pembaca2




















































































17/11/2014

penat betul tadi saya dah tulis hampir separuh muka surat dan sebab sesuatu terjadi kat ipad terundo dan kosong baliklah jadinya huhuhu . penatnya tapi sebab bosan kenalah buat jugak.15/11/2014
saya mendapat anugerah pelajar terbaik kelas 4 hamzah iaitu sains hampir 5 jam menunggu akhirnya dapatlah ambik hadiah masih malu lagi walaupun dah lepas naik pentas .Beberapa bulan yang lepas saya ke Aceh dan PD .Masa naik kapal terbang best sangat bila dah sampai perkara pertama ialah rehat dan tunggu maghrib nak solat kat tahfiz kawan An jemput tapi sekejap je dan balik tidur lah jawabnya hehe keesokkan harinya saya ke tempat berkenaan kes tsunami yang berlaku 10 hari lepas ummi meninggal terharulah jugak melihat mangsa2 tu selamatkan diri habislah pengembaraan saya kat Aceh.Cerita kedua ialah di PD family day ngan tok tapi keluarga ummu and abu tak pergi dan andak gak tapi paling best maklong pun ada setelah 4 tahun tak jumpa kali berhadapan anjang pulak. Sambung tadi kat mana ek .... ha baru ingat kat PD kami buat bbq mandi dan lain2 kami naik banana boat dan dijatuhkan  kat tengah lautan dan kena berenang menyesal gak la , penat betul Naim best sangat sampai tak nak naik boat untuk tengok kitorang fist time mandi sambil protect ayam yang kita cucuk ngan lidi dan makan protect dari ombak. best giler. bye bye sekarang dah malam nanti saya sambung balik huaarg ngantok betoi .
11/09/2013 10:36 AM by Www.nuun.blogspot.com 0 comments
Pada hari jumaat pada bulan lapan yang lalu kami pergi ke korea kami pergi ke situ selama lima hari hari pertama pergi rumah sewa dari subway jalan je dah sampai ,pada hari kedua pula kami pergi ke gwanghamun ada patung besar subhanallah tapi masa berjalan selepas tengok perarakan raja, kaki saya melecet sakit sangat terus amiir balik tak sempat nak tengok museum perang korea tapi tak rugi gembira alhamdulillah hari ketiga kami pergi ke masjid terbesar korea besar dan cantik banyak orang arab ,selepas solat  maghrib disana kami ternampak orang yang ingin memeluk islam semoga dia masuk islam dengan sempurna
Nama saya Amiir.Anak kepada Ummu Amiir dan Abu Amiir.Saya akan menyambung cerita pada tahun ini tahun 2013 sekarang saya berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Abim Sungai Ramal Dalam Kajang universiti pertama yang mahu saya pergi adalah universiti di Madinah,Makkah dan United Kingdom di Scotlandsaya bercita-cita ingin menjadi saintis yang berjaya insyaallah
3/26/2013 2:51 PM by Www.nuun.blogspot.com 0 comments
Cobaaaaan

King to lay foundation stone for biggest
expansion of Prophet’s Mosque



24 September 2012 - 08 Thul-Qedah 1433 H

MADINAH — King Abdullah, Custodian of the Two Holy Mosques, is scheduled to lay the foundation stone for the biggest expansion project for the Prophet’s Mosque, apart from more than 10 mega-development projects, during his visit to Madinah, Monday.

Prince Abdul Aziz Bin Majed, Emir of Madinah Region, said that King Abdullah’s visit was in line with the monarch’s concern for the conditions of the citizens and his desire to see to their needs, as well as his keenness to develop Madinah and complete the mega-development projects in different fields.

This expansion is considered to be the biggest following King Fahd's expansion of the Prophet’s Mosque. The project will accommodate huge numbers of visitors to the Prophet’s Mosque, besides worshipers at peak hours during the Haj and Umrah seasons. The expansion is designed to help the huge number of worshipers to perform their prayers with ease, comfort and peace of mind.

The expansion project is set to commence immediately after the Haj season this year. The demolitions will start after the contractor cuts off all the services to the buildings to be demolished. This will be done after all financial entitlements are handed over for expropriation of properties.

The number of properties to be demolished has reached 100, distributed in the eastern and western sides. The total compensation for an area estimated at 12.5 hectares has reached SR25 billion.

King Abdul Aziz Library will be the most prominent structure to be demolished west of the Prophet’s Mosque, apart from the new Haram markets and several well-known hotels.

The project will be carried out in three stages. The first stage will have a sufficient area for 800,000 worshipers, while in the second and third stages, the eastern and western courtyards of the Haram will be expanded so as to accommodate 800,000 more worshipers. The Central Area in the vicinity of the Prophet’s Mosque will be redeveloped almost fully. It will be provided with new services supporting the Prophet’s Mosque.

A comprehensive plan has been laid down toward reducing the increasing pressure by raising the current capacity of 550,000 worshipers to a future capacity of 780,000 worshipers. This will be done through the expansion of the Haram’s eastern and western courtyards, taking into consideration the flow of pedestrians that requires further expansions.

According to the project plan, the general and social courtyards surrounding the Prophet’s Mosque will be improved. The hotels included in the expansion can continue to operate until the site is readied for the expansion projects. The hotels will then be demolished due to the need for 12.5 hectares of land for facilitating the northern expansion.

The canopies project of the Prophet’s Mosque is one of the mega-projects that King Abdullah has issued directives for. The number of canopies has reached 182, and 68 more canopies will be added in the eastern courtyards. These will cover an area of 143,000 square meters surrounding the Prophet’s Mosque from all four directions. About 800 worshipers can pray under each canopy.

http://www.saudigazette.com.sa/index...20120924137344



Selasa: 24 Julai 2012

Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, telah menugaskan 7 imam untuk memimpin solat tarawih dan tahajud di Masjidil Haram.


Mengikut jadual, Sheikh Abdullah Al-Johani dan Al-Sudais, akan mengetuai solat Tarawih pada hari-hari ganjil dalam 20 hari pertama bulan Ramadhan. Sheikh Saud Al-Shoraim dan Sheikh Maher Al-Moaiqli pula akan memimpin solat pada hari genap, Akhbar Al-Eqtisadiah melaporkan.

Dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Al-Johani dan Al-Moaiqli akan mengetuai solat Tarawih  manakala Al-Shoraim dan Al-Sudais akan memimpin solat tahajjud.

Sheikh Saleh Al-Taleb menyampaikan khutbah Jumaat yang pertama dan mengetuai solat Jumaat pada hari pertama Ramadan.Empat solat Jumaat yang akan datang akan diterajui oleh Sheikh Osama Khayyat, Al-Shoraim, Sheikh Saleh bin Humaid, dan Al-Sudais.

Doa Khatam Al-Quran akan dipimpin oleh Al-Sudais manakala Humaid akan memimpin solat Eid Al-Fitr.

Ia adalah satu jadual yang sibuk bagi imam Masjidil Haram pada bulan Ramadan.

Mereka juga dijadualkan akan bertemu dengan Raja Abdullah untuk jamuan makan malam yang dihoskan oleh baginda sebagai menghormati ulama dan pegawai kanan di Istana Al-Safa yang terletak berhampiran Kaabah.

Bilik khas untuk para imam telah  disediakan di istana tersebut.Selain itu terdapat juga bilik-bilik khas bagi mereka di dalam masjidil Haram berhampiran pintu pagar utama dan para imam akan berada di sana pada kebanyakan masa mereka di bulan yang mulia ini.

Mereka dari masa ke semasa akan sentiasa menguji hafalan.Mereka akan menahan diri dari kebanyakan urusan duniawi dan sentiasa kekal dalam suasana yang khusyuk serta tawadhuk.

Jemaah dan pengunjung ke tanah suci mempunyai kekaguman besar untuk imam.Ramai daripada mereka tidak sabar-sabar untuk melihat mereka atau cuba untuk menyalami mereka.Oleh itu, setiap kali imam masuk ke dalam kawasan solat, memimpin solat dan meninggalkan tempat solat ,mereka akan diiring oleh pengiring keselamatan. Terdapat kira-kira 10 pegawai keselamatan yang menjaga keselamatan mereka.

Apabila seseorang imam mengetuai solat di yang mataf (kawasan tawaf) dekat dengan Kaabah, salah seorang ulama dan imam kanan akan sentiasa berdiri di belakang beliau untuk membetulkan apa-apa kesilapan yang mungkin berlaku ketika beliau membaca al-Quran.

Yang paling penting di kalangan para ulama ini adalah Pengerusi Majlis Tertinggi Kehakiman Syeikh Humaid, yang juga kanan imam dan khatib Masjidil Haram.Beliau terkenal kerana pengetahuan yang mendalam dan hafalan menyeluruh Al Quran

Antara ulama kanan termasuklah Al-Sudais, yang menghafal seluruh AlQuran ketika berusia 12 tahun. Al-Sudais telah berkhidmat sebagai imam dan khatib Masjidil Haram selama hampir 30 tahun. Al-Sudais, terkenal dengan bacaan al-Quran merdu yang telah memberi inspirasi kepada umat Islam di seluruh dunia, baru-baru ini telah dilantik sebagai Presiden untuk Urusan Dua Masjid.


Sumber: http://www.arabnews.com/ramadan-keeps-haram-imams-busy
Gambar: Internet

Kalau boleh pergi masa ni....



Marmar baru di luar Masjidil haram


Mekah - Beratus-ratus jurutera dan buruh bekerja sepenuh masa untuk memasang jubin marmar baru yang tahan haba di pekarangan Masjidil Haram untuk untuk keselesaan para jemaah dan pelawat.

Semua jubin marmar di pekarangan luar Masjidil Haram akan digantikan dengan jubin marmar baru dari jenis Yunani Thassos yang mampu menahan haba. Jubin marmar ini adalah dari jenis yang sama dengan yang dipasang di kawasan Al-Mataf ( tempat tawaf) di dalam Masjidil Haram.

Pemasangan jubin marmar baru sekarang sedang dilakukan dengan teliti supaya tidak mengganggu pergerakan jemaah yang memasuki atau keluar dari Masjidil Haram.

Jubin marmar lantai baru ini dapat mengekalkan suhu yang sama pada siang hari dan malam , Ini membolehkan pengunjung berjalan berkaki ayam pada sebelah petang tanpa rasa haba mana-mana. Thassos marmar menyerap kelembapan pada waktu malam dan mengekalkan suhu sejuk walaupun dalam cuaca panas.

Jurutera juga sedang berusaha untuk menempatkan semula tempat untuk membuat azan Ia kini menjadi berhampiran Gate Al-Safa. Kawasan baru yang disediakan dengan peralatan moden dan alat hawa dingin.

Sumber berkata bahawa kawasan muazzin baru akan terletak berhampiran Al-Safa Gate sehingga selepas haji di depan apabila projek mengembangkan kawasan tempat tawaf telah siap.

Disunting dari SaudiGazette
Jibril As datang kepada Kekasih kita Nabi Sallallahu alaihi wasallam selepas peristiwa Mikraj untuk mengajar baginda cara berwudhu dan solat.

Mengikut sejarah, di tempat tertanamnya kepingan marmar gelap di Shazarwan itu lah tempat dimana proses pengajaran itu berlaku .



Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Jibril turun dan mengimami solat, dan aku bersolat bersamanya, maka aku bersolat bersamanya, maka aku bersolat bersamanya dan kemudian aku bersolat bersamanya,"dan baginda mengira lima kali pada jarinya ...

Allahua'lam
Makkah TIDAK Mecca !

Makkah 1885

Makkah 1885

Gambar gambar awal Makkah yang diambil oleh Snouck Hugronje pada tahun 1885

Kota suci bagi umat Islam ialah Makkah. Ia tidak "Mecca". Arab Saudi secara rasminya telah menukar ejaan nama bandar ini kepada "Makkah" beberapa tahun lalu selepas menyedari penyalahgunaan perkataan oleh media Barat dan pengarang Barat. Dan itulah cara yang sepatutnya. Kita tidak suka jika nama kita sendiri di salah eja atau disebut dengan cara yang tidak betul. Bagaimana pula pada waktu yang sama kita boleh membenarkan perkara yang sama dilakukan kepada mana-mana ikon kita yang paling penting?

Malangnya ramai orang, walaupun sesetengah orang Islam masih terlepas pandang mengenainya. Ia semakin diperhatikan dengan penuh kebimbangan bahawa semua jenis perniagaan melakukan kesilapan dalam menggunakan nama "Mecca". "Motor-Mecca", "Mecca Group", dan sebagainya. Perlu dimaklumkan kepada pihak pihak berkenaan bahawa penggunaan perkataan "Mecca" untuk menamakan perniagaan mereka adalah kurang elok.

1.5 billion muslim dari seluruh dunia, memandang kota suci ini dengan penuh penghormatan. Untuk merosakkan nama bandar yang mulia ini dengan menyalahgunakan penggunaan namanya tidak boleh diterima.

Terkini, "British Rank Corporation", yang memiliki rangkaian kedai-kedai judi dan hiburan di bawah nama "Mecca", telah membuang nama Mecca dari depan kedai kedai mereka hasil bantahan dari Umat Islam Britain. Umat ​​Islam daripada Luton di UK telah membantah penyalahgunaan nama bandar yang mulia ini.

Dalam kebanyakan kes, ia dilakukan kerana kejahilan, tidak sengaja. Jika dibantah dengan tegas tetapi sopan, kebanyakan syarikat akan memberikan respons yang baik dengan menukar nama.

Umat ​​Islam juga perlu digalakkan untuk mengguna pakai ejaan Makkah, bukannya ejaan lama yang tidak betul. Madinah lebih perlu dieja sebagai Madinah daripada dieja sebagai "Medina". Pengetua dan pendidik institusi pendidikan seperti Madrasah, Sekolah Islam, akademi, penulis Islam, penulis, penyelidik, cendekiawan digalakkan untuk menggunakan ejaan yang betul.

Umat ​​Islam mempunyai kewajipan iaitu perlu berhati-hati dan tegas dalam bertindak terhadap apa-apa yang mempunyai unsur penghinaan dan tidak hormat kepada Islam atau umat Islam seluruh dunia. Setiap bandar, bandar, wilayah, negara perlu mempunyai satu kumpulan yang berdedikasi dan komited untuk memenuhi peranan ini demi Ummah dan Islam. -

Disunting dari: Artikel Abu Atiyyah, Afrika Selatan


Makkah TIDAK Mecca !

Makkah 1885

Makkah 1885

Gambar gambar awal Makkah yang diambil oleh Snouck Hugronje

Kota suci bagi umat Islam ialah Makkah-tul-Mukarramah. Ia tidak "Mekah". Arab Saudi secara rasminya telah menukar ejaan nama bandar ini "Makkah" beberapa tahun lalu selepas menyedari penyalahgunaan perkataan oleh media Barat dan pengarang Barat. Dan itulah cara yang sepatutnya. Kita tidak suka jika nama kita sendiri di salah eja atau disebut dengan cara yang tidak betul. Bagaimana pula pada waktu yang sama kita boleh membenarkan perkara yang sama dilakukan kepada mana-mana ikon kita yang paling penting?

Malangnya ramai orang, walaupun sesetengah orang Islam masih terlepas pandang mengenainya. Ia semakin diperhatikan dengan penuh kebimbangan bahawa semua jenis perniagaan melakukan kesilapan dalam menggunakan nama "Mecca". "Motor-Mecca", "Mecca Group", dan sebagainya. Perlu dimaklumkan kepada pihak pihak berkenaan bahawa penggunaan perkataan "Mecca" untuk menamakan perniagaan mereka adalah kurang elok.

1.5 billion muslim dari seluruh dunia, memandang kota suci ini dengan penuh penghormatan. Untuk merosakkan nama bandar yang mulia ini dengan menyalahgunakan penggunaan namanya tidak boleh diterima.

Terkini, "British Rank Corporation", yang memiliki rangkaian kedai-kedai judi dan hiburan di bawah nama "Mecca", telah membuang nama Mecca dari depan kedai kedai mereka hasil bantahan dari Umat Islam Britain. Umat ​​Islam daripada Luton di UK telah membantah penyalahgunaan nama bandar yang mulia ini.

Dalam kebanyakan kes, ia dilakukan kerana kejahilan, tidak sengaja. Jika dibantah dengan tegas tetapi sopan, kebanyakan syarikat akan memberikan respons yang baik dengan menukar nama.

Umat ​​Islam juga perlu digalakkan untuk mengguna pakai ejaan Makkah, bukannya ejaan lama yang tidak betul. Madinah lebih perlu dieja sebagai Madinah daripada dieja sebagai "Medina". Pengetua dan pendidik institusi pendidikan seperti Madrasah, Sekolah Islam, akademi, penulis Islam, penulis, penyelidik, cendekiawan digalakkan untuk menggunakan ejaan yang betul.

Umat ​​Islam mempunyai kewajipan iaitu perlu berhati-hati dan tegas dalam bertindak terhadap apa-apa yang mempunyai unsur penghinaan dan tidak hormat kepada Islam atau umat Islam seluruh dunia. Setiap bandar, bandar, wilayah, negara perlu mempunyai satu kumpulan yang berdedikasi dan komited orang ramai untuk memenuhi peranan ini demi Ummah dan Islam. -

Disunting dari: Artikel Abu Atiyyah, Afrika Selatan



A. Puasa Sunat Amalan Rasulullah SAW

Puasa Isnin dan Khamis

Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi). Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)

Puasa Hari-Hari Putih – Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari). Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177)

Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim). Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa. Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah). Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari. Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).

Puasa Muharam

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

Puasa hari Asyura (10 Muharam)

Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”.

Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi. Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Puasa Enam hari pada Syawal

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173). Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56). Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).

Puasa Nabi Daud AS

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).

B. Kecenderungan melakukan puasa sunat yang dikait dengan peristiwa besar dalam Islam, contohnya:

Nisfu Sya'ban.

Tidak terdapat nas nas yang sahih yang menyebut bahawa sunat berpuasa pada hari tersebut, akan tetapi, terdapat hadis hadis contohnya dari A'isyah ra. yang meriwayatkan bahawa Nabi sawbanyak berpuasa didalam bulan Sya'ban dan adakalanya tidak berpuasa pada bulan tersebut. Misalnya hadis: "Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan bahawa : beliau tidak berbuka (berpuasa sepanjang bulan), dan adakalanya baginda tidak berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa (pada bulan tersebut)".

Sama sahaja ganjarannya berpuasa pada mana mana hari didalam Sya'ban, tanpa menetapkan khusus pada 15 Sya'ban sahaja. Yang wujud didalam hadis adalah sunat berpuasa pada 3 hari pada setiap bulan, iaitu hari yang ke 13,14 dan 15.

Puasa 27 Rejab sempena peritiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa tersebut memang masyhur tarikhnya 27 Rejab, akan tetapi tidak ada dalil sahih yang menyebut bila ianya benar benar berlaku. Lebih lebih tidak ada dalil yang sahih yang mengatakan sunat berpuasa pada hari tersebut. Yang sahihnya adalah digalakkan berpuasa pada bulan Rejab tanpa mengaitkan dengan malam Isra' dan Mi'raj.

Puasa 12 Rabiul Awal (hari kelahiran Nabi saw).

Tidak ada nas yang menyokong disunatkan berpuasa pada hari tersebut. Bagi mereka yang ingin berpuasa, Nabi saw mengalakkan berpuasa pada hari Isnin. Ulama ulama juga berselisih pendapat mengenai tarikh kelahiran Nabi saw, dimana ada juga yang mengatakan Nabi saw dilahirkan pada 9 Rabiul Awal.

C. Hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

1 Syawal (hari raya aidil fitri)

10 Zulhijjah (hari raya aidil adha)

Hari-hari tasyriq: 11, 12 dan 13 zulhijjah

Hari syak mungkin hari mula berpuasa (30 sya'aban)

Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suami

Sempena Perlantikan kali kedua Sultan Kedah sebagai YDP Agong


C2929

C3123A
Pertabalan kali pertama sebagai Agong


RA10793

RA10789

Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong di Istana Negara



L10967
Penyerahan Cokmar UKM kepada Datuk Hussein Onn Menteri Pelajaran

L13284

L13283

RA10185


RA10199

Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur dari Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan di Istana Negara

RA12303


RA12285
LawatanNegara ke Arab Saudi

RA12222
Menunaikan Haji di Makkah

Gambar Ihsan Jabatan Penerangan

Kaaba to be wash on Saterday 10 Dec




Makkah, Muharram 13, 1433, Dec 8, 2011, SPA

On behalf of the Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah bin Abdulaiz Al Saud, Pirnce Khalid Al-Faisal bin Abdulaziz, Governor of Makkah will commence washing the holy Kaaba on Saturday.

Antara Dua Lagu...




Abu Bakar (Abdullah ibn Abi Quhafah)

Abdullah bin Abi Quḥāfah, adalah sahabat kanan dan bapa mertua Rasulullah saw.Dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya dari puak suku Quraisy Bani Tamim. Mengikut Imam at Tabari Beliau adalah seorang lelaki berkulit putih, nipis, kurus, berjanggut jarang, bentuk badan yang sedikit membongkok, mata cengkung dan dahi menonjol.

Hotel Exterior

Lokasi Rumah Abu Bakar sekarang dibangunkan Hotel Hiton Makkah, Di tingkat4 bangunan ini didirikan surau untuk memperingati tempat asal kediaman Abu Bakar di Makkah.

Antara fakta mengenai Abu Bakar

a. Abu Bakar adalah lelaki pertama (selepas akil baligh) yang menerima kenabian Muhammad saw
b. Isterinya Qutaylah binti Abd-al-Uzza tidak menerima agama Islam dan dia diceraikan. Isteri yang lain, Ummu Ruman, menjadi seorang Muslim.
c.Mereka yang memeluk agama Islam atas inisiatif Abu Bakar:

  • Uthman Ibn Affan
  • Al-Zubayr Al Awwam
  • Talhah Ibn Ubaydillah
  • Abdur Rahman bin Auf
  • Sa a`d ibn Abi Waqqas
  • Abu Ubaidah ibn al-Jarrah
  • Abu Salamah
Dalam peperangan Uhud anak Abu Bakar Abdul Rahman ibn Abu Bakar, yang masih belum memeluk Islam waktu itu dan berperang dari sebelah Quraisy, tampil ke hadapan dan melemparkan satu cabaran untuk bertanding. Abu Bakr menyahut cabaran itu tetapi dihalang oleh Rasulullah saw.


AlQuran dan Hadis mengenai Abu Bakar

a. Disebutkan di dalam Al-Quran sebagai "kedua-dua yang terletak di dalam gua" dalam rujukan kepada Peristiwa Hijrah, di mana Rasulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi sewaktu dikejar oleh puak musyrikin di dalam gua Thur.


Pintu Gua


Pemandangan dari dalam Gua Thur, tempat Rasulullah dan Abu Bakr duduk bersembunyi


إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)

"Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), ketika kedua-dua yang terletak di dalam gua, ketika itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Allah menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan Allah itu yang amat tinggi. Dan Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana.

b. Dalam Perang Tabuk, Rasulullah saw telah meminta kaum Muslimin agar berinfaq pada jalan Allah. Datang Abu Bakar membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Abu Bakar maka Rasulullah saw bertanya apa yang ditinggalkan kepada ahli keluarganya,jawab Abu Bakar

"Aku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya."Perbuatan ini tidak ditegah oleh Rasuullah saw dan merupakan keistimewaan khusus pada Abu Bakar disebabkan kekuatan dan kekentalan iman beliau yang telah diketahui oleh Rasulullah saw

Allah telah merakamkan perkara ini dalam ayat 18-21 surah al-Lail.

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)

"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas, Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)".

c.
Rasulullah diriwayatkan pernah berkata lebih kurang maksudnya "Tidak syak lagi, aku terhutang budi kepada Abu Bakar lebih daripada orang lain mengenai persahabatan dan kekayaan. Dan jika aku mengambil Khalil dari pengikutku, aku pasti akan mengambil Abu Bakar, tetapi persaudaraan Islam yang mencukupi. Biarlah tiada pintu masjid kekal terbuka, kecuali pintu Abu Bakar



Pintu ini(disebelah BabuSsalam, tapak asal rumah Saidina Abu Bakar, Masjid Nabawi dibesarkan hingga ke kawasan ini pada zaman Abu Bakar

Kisah kecintaan Abu Bakar kepada Rasulullah saw

Pada suatu ketika di awal penyebaran Islam, Abu Bakar telah diseksa oleh kafir Quraisy dan dipukul dengan begitu teruk oleh pemuka Quraisy, antaranya oleh Utbah bin Rabi'ah yang telah menerajang Abu Bakar dengan tapak kasutnya, menyental-nyental di seluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak kelihatan mana hidungnya mana mukanya.

Abu Bakar kemudian diusung pulang ke rumahnya dalam keadaan tak seorang pun menyangka yang beliau masih hidup lagi, apabila beliau sedar kembali, lafaz yang mula-mula beliau ucapkan adalah:

Apa yang Rasulullah buat?

Mereka yang melingkungi beliau memarahinya kerana soalan itu dan kemudian berpesan kepada ibunya Ummu Khair supaya memberikan makanan dan minuman kepadanya, setelah ibunya bersendirian dengan Abu Bakar, beliau menyuruh supaya Abu Bakar memakan dan meminum, tapi beliau masih lagi bertanya:

Apa yang telah Rasulullah lakukan?

Jawab ibunya: Demi Allah aku pun tidak ada maklumat mengenainya. Kata Abu Bakar pula: Cuba ibu pergi bertemu Ummu Jamil binti al-Khatab tanyakan dia mengenai Baginda itu? Lantas ibunya pun keluar hingga bertemu Ummu Jamil dan berkata: "Abu Bakar bertanya khabar mengenai Muhammad bin Abdullah".

Jawab Ummu Jamil: Aku tidak tahu mengenai Abu Bakar dan tidak tahu juga mengenai Muhammad bin Abdullah Tapi kalau puan mahukan aku pergi bersama puan menemui anak puan itu bolehlah aku ke sana.

Jawab Ummu Khair: Ya! Apa salahnya, beliau terus bersama-sama Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakar terlentang membujur, Ummu Jamil menghampiri beliau dan berkata: Demi Allah golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasan kepada golongan fasik lagi kafir itu, aku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka itu,

Abu Bakar terus bertanya: Apa yang Rasulullah lakukan? Jawab Ummu Jamil: Ini Ibumu sedang mendengar cakapmu itu: Tak usah ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi: Baginda selamat dan sempurna. Tanya Abu Bakar: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil: Baginda di rumah Ibnu al-Arqam.

Kata Abu Bakar: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan menjamah sebarang makanan pun atau meminum minuman, kecuali setelah aku menemui Rasulullah!


Abu Bakar dan Perlantikan Umar

Pada penghujung hayatnya, beliau menulis surat mencadangkan penggantinya. Dalam surat tersebut beliau menyatakan seperti berikut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakar bin Abu Quhafah di waktu akhir hayat di dunia ini, sedang keluar darinya, dan permulaan tempoh di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku dalam keadaan begini melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun buat Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itu sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

Hari ini terdapat ramai keluarga yang merupakan keturunan Abu Bakar.Kebanyakan mereka dikenali dengan nama Siddiqui Dan Al-Atiqi Atau Al-Atiqi (Al-Ateeqi)








Haj Day 2
5 November - 9 Dhu al Hijjah
The Covering of the Kaaba replaced




HOLY KAABA COVERING REPLACED WITH A NEW COVERING (SPA) 9-12-1432 h

Makkah, Dhu-AlHijjah 9, 1432, Nov 5, 2011, SPA

The covering of the Holy Kaaba in Makkah was replaced today, Saturday the ninth of the month of Dhu-AlHijjah.

The customary annual replacement of the cover of the Kaaba was carried out by the personnel of the General Presidency of the Affairs of the Grand Mosque and the Prophet's Mosque.

They lowered the old dress of Kaaba and replaced it with the new dress which was made of pure silk at the factory of the covering of the Holy Kaaba.

The process to replace the dress took place in the presence of employees General Presidency of the Affairs of the Grand Mosque and the Prophet's Mosque and the factory of the covering of the Holy Kaaba.

It is worth mentioning that the total cost of the dress of Kaaba is 20 million riyals.



Changing of Kiswa - Hajj - 2011 1432