Kenapa Anda Perlu Daftar Pemilih?


Malaysia kini mempunyai 15 JUTA warga yang berkelayakan untuk menjadi pengundi, dengan kata lain, 15 JUTA inilah yang bakal memilih siapa bakal meneruskan legasi kepemimpinan Malaysia, Negara yang kita cintai.


Namun, dalam bilangan 15 JUTA itu, yang telah sedia ada adalah 11 JUTA orang, masih terdapat 4 JUTA pengundi berkelayakan tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Angka 4 JUTA ini bukan angka yang sedikit, 4 JUTA pemilih baru ini bakal penentu masa depan Negara. Bilangan inilah yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang.


Setiap daripada kita sering melaungkan pendapat dan idea tentang apa yang kita mahu, ada yang berceramah, ada yang membuat demonstrasi, dan banyak lagi lagak dan gaya. Akan tetapi sedarkan kita, yang menjadi pemilih adalah kita, jika sekadar berdemo dan berarak menunjukkan ketidak puasan hati, tetapi tidak mengundi, tidak ada gunanya.


Sistem pemilihan di Malaysia, telah membuka ruang kepada warganya untuk memilih siapa yang kita mahu bagi meneruskan legasi pemerintahan, tetap dengan yang sedia ada atau membuat pembaharuan supaya Malaysia mendapat nafas baru, semuanya di tangan anda!


1 UNDI daripada kita bakal memenangkan idealisme yang di sokong, dan tanpa 1 UNDI kita itu, harapan untuk melihat Malaysia di terajui oleh kerajaan yang telus akhirnya hanya akan tinggal harapan. Tanggungjawab sebagai seorang pemilih sangat besar, jika kita mengundi dan memenangkan pihak yang salah, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan kita pastinya akan dipertanggungjawabkan atas pilihan itu.


Begitu juga jika kita memandang enteng tanggungjawab sebagai pemilih, kita tidak mengundi walaupun layak dan secara tidak langsung kita biarkan pihak yang tidak sepatutnya menang itu terus selesa, maka dengan hal itu juga kita akan dipertanggungjawabkan!. Anda hanya ada satu pilihan…


DAFTAR PEMILIH DAN TURUN MENGUNDI!!!


Siapa Yang Layak Untuk Mendaftar Sebagai Pemilih?


Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.


ANDA SUDAH LAYAK?...DAFTAR SEKARANG!!!


Di mana Boleh Mendaftar?


(a) Pejabat-pejabat SPR

(b) Pejabat-pejabat pos berkomputer

(c) Wakil-wakil jabatan

(d) Wakil-wakil parti politik (daftar baru sahaja);

(e) Pasukan Outreach SPR


* Di syorkan supaya selesaikan saja urusan daftar pemilih di pejabat pos berkomputer yang berhampiran, sangat mudah dan cepat. Hanya perlu membawa diri dan kad pengenalan, urusan seterusnya akan diselesaikan oleh pegawai yang bertanggungjawab, anda hanya perlu menunggu dalam masa 10-15 minit, kemudian semak dan tandatangan, mudahkan?

Bagaimana Cara Mendaftar?


Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a) Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b) Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c) Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d) Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftarlah Sekarang, Ianya Mudah!


Sebenarnya urusan daftar pemilih tidak rumit dan tidak juga mengambil masa yang lama, hanya dalam masa sekitar 10 - 15 minit, ianya dapat diselesaikan dan anda berpeluang menunaikan hak kepada agama, negara dan bangsa!

Masa Depan Pilihan Kita!


Melihat kepada perkembangan semasa, senario politik di Malaysia sekarang nampaknya tidak menentu. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk memperbaiki keadaan ini, dan caranya adalah dengan MENGUNDI!, tetapi untuk mengundi pilihan hati, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH terlebih dahulu!.


Masa depan negara pilihan kita!, kitalah yang yang mencorakkannya, jika putih, putihlah ia, jika hitam, hitamlah ia. Jangan pula setelah segalanya selesai, baru kita merungut itu dan ini, menyalahkan pihak – pihak yang lain dan sebagainya, sedangkan diri sendiri tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya dilakukan.

Daftar Pemilih, Mengundi : WAJIB!


Memilih pemerintah yang adil adalah wajib bagi mengelakkan berlaku kezaliman dalam Negara yang tercinta. Jika kita hanya menjadi penonton kepada senario yang berlaku, tidak ambil peduli, maka tindakan itu adalah satu tindakan yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan TIDAK AMANAH!.


Bilangan 4 JUTA yang masih belum mendaftar seperti yang telah disebutkan ini jika ia condong kepada Barisan Nasional, maka tampuk kekuasaan berkemungkinan besar akan kekal sebagimana sekarang buat masa ini, sebaliknya jika ia condong kepada Pakatan Rakyat, maka peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat bakal berlaku, begitulah hebatnya kuasa kita sebagai pemilih!


Memilih antara Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat adalah hak kita, timbanglah antara baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Mengambil bahagian dalam memilih kerajaan yang benar – benar adil adalah satu KEWAJIPAN, justeru sebelum layak untuk mengundi adalah WAJIB untuk kita MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH!...

Artikel sumbangan : insan.celik.sinar.harian



































Tulisan Muhammad yang diterbalikkan






Soalan: Hampir saban tahun IFF diadakan dan ia menerima kritikan, khususnya daripada segi pakaian model yang dikatakan tidak melambangkan Muslim sejati kerana tidak menutup aurat, rambut terdedah dan berpakaian tipis. Komen Datuk?

Jawapan: Saya tidak melihat kritikan itu menjatuhkan, sebaliknya melihat dari sisi positif walaupun orang mengaitkan ada negatif. IFF sebagai landasan baik untuk pereka kerana baru-baru ini saya ke Jakarta dan seorang pereka di sana mengatakan jualan busana Muslimah meningkat ke 80 peratus sejak IFF pertama diadakan. Berbalik ke isu tadi, memang ada yang mengatakan kenapa masih membenarkan model tidak menutup aurat dibenarkan mengadakan pertunjukan, tetapi jawapan saya mudah saja dan akan sama sepanjang masa iaitu, saya tidak mahu melakukan sesuatu dengan ekstrem atau keterlaluan. Pada saya sekiranya model mengenakan selendangpun sudah cukup baik. Saya tidak mahu kalau terlalu ketat syaratnya, maka golongan bukan Islam takut untuk datang menyaksikan IFF. Memang saya tahu soal aurat, tetapi saya tidak mahu ‘memaksa’ orang menerima cara sebegitu. Pada saya biarlah usaha menutup aurat itu datang secara sendiri tanpa paksaan kerana ia lebih ikhlas. Lambat laun apabila kerap mendengar mengenai IFF, mungkin ada yang terbuka hati untuk mengenakan tudung dan menutup aurat

Petikan Temubual dengan Pengerusi dan Pengasas IFF, Datuk Shah Rezza

Sumber: http://www.simplysiti.com/author/admin/page/31/


Anda rasa macam mana? Bila tengok gambar di atas ni teringat sebuah syarikat televisyen didenda RM 50,000 kerana menyiarkan iklan yang dianggap menghina islam pada hari raya lepas, yang ni macam mana ya?

Kompleks Tabung Haji Revisit


Dah sampai musim haji 1431H, dah setahun berlalu semenjak kami menjejakkan kaki ke bumi barakah itu. Jumaat lepas8/10/2010, direzekikan Allah untuk turun ke Kelana Jaya, Ambil kesempatan untuk solat Jumaat di Masjid Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, sehari sebelum penerbangan pertama Jemaah Haji musim ini.

Bagi yang tidak pernah lagi ke sana selepas kembali dari Haji 1430H jom sama sama kita recall balik zaman kita ke sana...



Khemah khemah peniaga

Bazaar Haji Namanya


Masjid Tabung Haji, dah dicat baru perasan tak kubahnya?
Bangunan Kompleks Tabung Haji
Khemah tempat persinggahan terakhir jemaah haji dan keluarga untuk bersama
Kelihatan hari tu dah ada Jemaah Haji yang akan berangkat esoknya mula mendaftarkan diri, mungkin datang dari jauh kot.
Ingat lagi Pagar ni? Dari dalam pagar inilah kita melambai lambai pada ahli keluarga
Sini tempat saya memakai Ihram, Bahagian Atas Masjid Tabung Haji
Pemandangan dari Atas Masjid


Lagi pemandangan, Dah ada ahli keluarga datang menghantar


Ya Allah... sampaikan lah lagi kami ke sana untuk Banyak Kali lagi.........

Al-Azhar minta Iran musnahkan makam Abu Lu'Lu'ah



Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here

DUBAI (Farraj Ismail)
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb (gambar) untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai (gambar).



Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.


Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.

Baghai melawat tempat lain

Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.

Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.

Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).




Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.

Pembunuh Omar

Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.


Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.

Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.

Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.

Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.

Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."


(Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)

Tempat-Tempat Mustajab Berdoa Di Masjidil Nabawi

Semasa di Masjidil Nabawi, sudah semestinya para jemaah akan berebut-rebut untuk mendapatkan ruang solat / berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, terutamanya di Raudhah. Rasa tidak puas sekiranya tidak dapat solat atau berdoa di Raudhah. Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Antara rumahku dan mimbarku adalah termasuk taman syurga dan mimbarku berada di atas telagaku" - Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Berada di Raudhah bererti berada di taman syurga. Solat di Raudah bererti solat di taman syurga. Jesteru itu, Raudhah adalah salah satu tempat mustajab untuk berdoa. Maka dengan itu jemaah berpusu-pusu berebut untuk mendapatkan ruang solat di Raudhah. Di dalam Raudhah sendiri, terdapat beberapa lagi tempat yang dikenal pasti lebih afdal untuk berdoa iaitu:


1.
Di mehrab Rasulullah s.a.w



Mehrab Nabi dan Di Sebelah Kanan Ialah Mimbar Nabi:
Gambar dari Internet utk view yang lebih luas.
2.

Suasana Berhampiran Raudhah Sebelum Solat Subuh 12/05/2010 jam 4:29 am
Raudhah Berada Di Sebelah Kiri Gambar Ini.
Yang Kelihatan Mimbar Usmani bukan Mimbar Rasul.
Perhatikan, Tiang-Tiang Tidak Berwarna Putih -- Bukan Kawasan Raudhah

Inilah Kawasan Raudhah: Perhatikan Tiang-Tiangnya Bewarna Putih.
Gambar Diambil Pada 11/5/2010 jam 4:45pm - 2 jam sebelum Maghrib.


2. Di tiang aisyah

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam masjidku terdapat satu tiang jikalau manusia tahu kelebihannya nescaya mereka akan mengadakan undian untuk solat di situ." Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat bertanyakan mengenai tiang tersebut kepada A'aisyah r.ah, tetapi A'aisyah r.ah enggan memberitahu kedudukan tiang tersebut. Namun setelah para sahabat pergi, kelihatan A'aisyah membisikkan sesuatu kepada anak saudaranya iaitu Urwah Ibnu Zubair. Setelah itu Ibnu Zubair sering melakukan solat di salah satu tiang di Raudah tersebut. Akhirnya tiang itu dikenali sebagai tiang A'aisyah. Sekarang ini pada tiang itu tertulis Usthuwanah Aisyah.


Tiang A'aisyah
Gambar Diambil Pada 11/05/2010 jam 4:45 pm Iaitu Selepas Solat Asar


3. Di tiang taubat

Iaitu tiang tempat sahabat, Abu Lubabah Al Anshari mengikat dirinya untuk beberapa lama dan berkata, Demi Allah saya tidak akan melepaskan ikatan ini hingga Allah mengampuniku dan Rasulullah s.a.w. melepaskanku."

Ketika Allah menurunkan ayat pengampunannya, baginda Rasul sedang berada di rumah istrinya, Ummu Salamah ra. Ummu Salamah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw tertawa di waktu dini hari, maka aku bertanya, "Apa yang membuat baginda tertawa dan semoga Allah senantiasa membuatmu tertawa gembira?" Rasulullah menjawab, "Abu Lubabah telah diampuni." Kemudian Ummu Salamah berkata lagi, "Bolehkah aku memberikan kabar gembira ini kepadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Boleh jika kamu menghendaki." Setelah itu Ummu salamah berdiri di pintu kamarnya --ayat hijab belum diturunkan--, kemudian berkata, "Wahai Abu Lubabah aku membawa berita gembira buatmu, Allah telah mengampunimu." Setelah orang-orang tahu tentang pengampunan itu mereka saling berlomba untuk melepaskannya, tetapi dia berkata, "Jangan, demi Allah! Biar Rasulullah sendiri yang melepaskanku.

Ketika Rasulullah melewatinya seusai salat Subuh, beliau melepaskannya dari ikatannya. Dari sini dinamakanlah tiang itu dengan tiang Taubat.

Rasulullah selalu menunaikan salat-salat sunatnya di tiang ini, selalu datang ke situ setelah salat Subuh, juga iktikaf sambil bersandar kepadanya.

4. Di mimbar rasulullah saw

Mimbar Nabi merupakan sempadan Raudhah. Sempadan tersebut ditandai oleh tiang bewarna putih dan juga karpet yang berwarna putih kehijau-hijauan. Di belakang mimbar ini terletak pangkin yang digunakan oleh mu'azzin untuk melaaungkan azan.


5.
Perhatikan Warna Karpet dan Juga Warna Tiang
Yang Menjadi Sempadan Kawasan Raudhah

Mua'zzin Sedang Melaungkan Azan Subuh
Pada 12/05/2010 Jam 4:12am


5. Kesemua kawasan raudah

6. Di Pangkin ahli-ahli suffah yang banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi saw spt Abu Hurairah r.a., Abu Zarrin al-Ghafiri, dll.

Menunggu Masuk Waktu Maghrib Di Pangkin Ahli Suffah
Gambar Diambil Pada 12/05/2010 Jam 6:24pm

Juadah Untuk Berbuka Puasa Di Pangkin Ahli Suffah

Pangkin Ahli Suffah: Gambar Dari Internet

Usahakanlah agar kita dapat berada ditempat-tempat tersebut untuk melakukan solat-solat sunat spt solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, berdoa, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan sebagainya.


Kredit: http://msaadhamid.blogspot.com