Cuti sekolah dah berakhir seminggu lebih dah, orang lain mungkin cuti cuti ke kameron, ke bandong, ke mana mana lagi lah. Nak pergi South Africa, jauh sangat, jadi kitaorang balik ziarah Tok Mah Muhammad (tader gambar sebab tertinggal telefon) ngan pusing beberapa tempat di KL sempena kedatangan Tok Ma ke KL.

Ke mana pergi?

Tasik Titiwangsa. Dulu tempat ni popular dengan Eyes on Malaysia ( yang dah dipindah ke Melaka). Amiir duk siap menuntut janji nak kayuh perahu/shuttle tapi bila pergi tanya tak boleh lah pulak seorang dewasa dan 3 orang budak....)


Lepas gi Taman Tasik titwangsa, kempunan nak kayuh perahu, pergilah pulak ke Taman Tasik Perdana atau Lake Garden. Tasik ni adalah tasik yang tertua di KL, ada dari tahun 1800-an lagi.
Kat sini pun mula mula kempunan juga bila dibagitahu pukul 230 petang baru buka sedangkan jam masa tu baru pukul 1230, hmmm takkan nak tunggu....



Apa lagi pergi muzium lah, bawak Tok Ma sekali....

Hari tu saya ceritakan saya hanya peri Dewan Pameran 2 Memorial Tun Abd Razak, kali ni kita pergi Dewan Pameran 1 pula iaitu bangunan Sri Taman tu sendiri.


Apa ada dalamnya?

kerusi yang selalu digunakan oleh Tun Razak

Dulu laman ni pernah diadakan persandingan anak Tun Hussein Onn. Kat sini juga katanya ada kolam yang kununya mengikut cerita orang kampung yang DS Najib minta ayah beliau buat tapi Tun Razak tak nak sebab pakai duit rakyat, tapi at last macam mana ada jugak kolam tu saya pon tak tahulah.... jadi tak tahulah betul ke tidak cerita ini.

Bilik tidur utama dan bilik air yang pernah digunakan oleh kedua dua PM.

Kerusi ni pula terletak di anjung sebelah belakang bersebelahan dengan bilik tidur utama. Dulunya digunakan oleh PM ke 2 dan ke 3 untuk berehat sambil menikmati pemandangan yang menarik.

Lepas gi memorial, masih ada masa lagi, nak tunaikan janji Muhammad pula iaitu gi Planetarium Negara yang terletak bersebelahan dengan memorial tu. tapi rupanya tutup hari isnin jadi kami menyeberanglah jambatan di planetarium untuk ke muzium negara.

kebetulan ada pameran menarik iaitu pameran keranda.Pameran ni diadakan untuk menngisahkan urusan/cara/peralatan/gambar pengkebumian berdasarkan kaum agama dan zaman. Antara yang sempat diambil gambar...



Tanam mayat atas pokok pun ada.... agaknya ni asal usul sejarah langsuir kot :P



Fuhh mahal dari rumah kitaorang!!!!

Keranda kerbau ni umurnya 3000 tahun kalau tak silap.

Akhirnya setelah penat pusing sana sini sementara tunggu nak kayuh sampan, tercapai jugaklah hajat.....



ni gambar tidak ada kena mengena dengan lawatanlah...
Berita yang tidak dilaporkan dalam TV dan suratkhabar


Kita sambung lagi unreported event. Dua minggu lepas selepas balik dari Terengganu, pergi lah pula ke Taiping. Hajatnya nak balik terus selepas habis program, tapi tak berapa berani nak ambil risiko memandu dalam mengantuk, bermalamlah di sana

Esoknya selepas sesi renang amiir husaini dan biasalah lawatan ke zoo tepenglah



Ikan Arapaima - Ikan air tawar terbesar di dunia.....di Zoo Taiping

Budak mana tah ponteng sekolah, join budak tadika lain tengok badut kat zoo


Lepas semua semua tu barulah boleh bertolak balik, sebelum tu singgah makan tengah hari di gerai fevret dulu Mum's Prison Corner, betul betul bersebelah Hotel Seri Malaysia. Kari Ikan Sembilang dia kau kau:)



Sampai KL dekat pukul 4, terus ke KL sentral amik Cik Na, tapi kena tunggu Ummu Muhammad pula pukul 630 jangka sampai dari Gelugor, apa lagi pergi Muzium aa eh Memorial TunHussein Onn.


Asalnya bangunan ni adalah kompleks pejabat perdana menteri yang digunakan semenjak dari merdeka sehingga ke tahun 1999 bila che det pindah ke putrajaya.




Apa yang menarik?

Aras 1 memorial ini ini juga terdapat replika Pejabat Tun Hussein Onn ketika menjadi Perdana Menteri di mana susunan bilik ini dikekalkan sepertimana asal.


macam ni lah rupa pejabat Tun Hussein

Dulunya macam ini.....

Tempat di mana letaknya replika ni pula adalah lokasi asal Pejabat Timbalan Perdana Menteri.


Pejabat TPMdi Putrajaya sekarang

Pameran lain yang ada

Aras 2 dimulakan dengan memperkenalkan salasilah kekeluargaan Tun Hussein Onn bermula dari zaman datuknya, Dato’ Jaafar Muhammad yang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Johor pertama dan Dato' Onn bin Jaafar





Aras 3 mempamerkan bahan-bahan berkaitan jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Tun Hussein Onn melalui dasar-dasar yang telah dilaksanakan semasa era pemerintahannya.


Di sini juga dipamerkan saat-saat akhir Tun Hussein Onn sebagai seorang negarawan, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.



Apa lagi yang mengujakan saya, tentulah nak tengok camna rupa pejabat perdana menteri. Tempatnya ditingkat dua bangunan utama bangunan memorial ini


Dulunya selalu dijadikan latar belakang PM bergambar dengan tetamu beliau

Mana pejabat PM, betul betul sebelah gambar tu


Tapi tak leh masuklah pulak. Kita tengok gambar lamalah.Sewaktu digunakan dan gambar pada tahun 2009.Kredit kepada pemilik asal




Gambar 2009


Kat Putrajaya macam mana pula pejabat PM?


Zaman Dr M



Hari ini zaman Suami Rosmah ( Baca betul betul)




Juga bilik mesyuarat kabinet yang terletak bersebelahan dengan pejabat perdana menteri. Juga tak boleh masuk, terpaksalah bergantung kepada gambar lama

Ni lah rupa kat mana isu negara dibincang setiap hari rabu,naik pernaik harga gula ka, nak penaik tol ka, nak bagi lesen judi pun bincang kat sini(mesyuarat kabinet) dulu baru bawa pergi ke parlimen.
Bilik Mesyuarat Kabinet di Putrajaya




Selepas mengunjungi MTHO (memorial tun hussein onn), kami pergi pulak singgah di Taman Tasik Perdana,tak tahu dah ada taman permainan yang agakbesar,amiir pun apa lagik





Malamnya bila dah lapar menjamu selera di wong Solo..Boleh tahan untuk dicuba lagi. Dun Bangi ni rasanya macam macamdah ada, nasi arabnya,tupai tupai, sup utara, beriyani gam, yati ayam percik, mohd chan abdullah banyak lagi lah tak abih nak round kedai makan. Malam tu kami cuba set bandung untuk 5-6 orang