Salam,maaf tak sempat update di sini.latest update bolehlah tengok FB.sebab di sana laju sikit banding dgn di sini.
Esok kami akan berwukuf, di Malaysia bagi yg mampu puasalah .gamjarannya diampunkan dosa setahun yg lps dan setahun g akan dtg .selamat hari raya juga in case kalau tk sempat update lg sblum raya(mmg pun sbb tgh pulun wukuf dan doa utk semua)
Perjalanan kami kali ini saya kira mungkin berbeza dengan perjalanan perjalanan kami sebelum ini. Bukan sahaja perjalanan kali ini bakal merentasi jarak yang jauh yang merentasi banyak negara dan sempadan,ianya juga adalah perjalanan yang kami harapkan insyallah bakal menyempurnakan apa yang 'membina' islam iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bagi yang berkemampuan.

Bukan setakat itu sahaja, pelbagai rentetan peristiwa yang kami lalui sehingga membawa kami bersama untuk melalui perjalanan ini.

2001

Saya masih ingat tahun di mana saya dan keluarga menunaikan umrah buat pertama kali pada September 2001.Di selubungi kebimbangan, serangan balas Amerika terhadap Makkah yang membuatkan saya dan keluarga memanjatkan doa dan harapan kepada Allah supaya dilindungi dan dijauhkan daripada segala bahaya. Saya masih ingat antara doa saya dalam tawaf dan saie selain kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, saya turut memohon kepada Allah supaya urusan walimah saya dan ummu amiir dimudahkan dan dicepatkan dan kami dapat sama sama menunaikan haji pada masa yang akan datang. Saya kira itulah yang saya dan ummu amiir pada ketika itu berada di Sudan harapkan.

Ummu Muhammad pula pada tahun sama selepas mendirikan rumah tangga dengan Abu Muhammad terus mendaftar untuk menunaikan haji.Pendaftaran dibuat di Terengganu dengan harapan untuk menunaikan haji lebih awal berbanding jika mendaftar di Selangor.

2002

27 Mei 2002, Abu Muhammad kembali ke rahmatullah meninggalkan Muhammad yang menjengah dunia tiga hari kemudian bergelar anak yatim. Sepatutnya Muhammad dijadualkan lahir 26 Mei 2002, tapi perancangan Allah melangkaui batas pengetahuan dan kemampuan manusia. Tahun yang sama disember 2002 saya dan ummu amiir mendirikan rumahtangga, setahun selepas saya kembali dari Makkah.


2004

Tawaran mengerjakan haji untuk Ummu Muhammad dan Abu Muhammad datang dari Lembaga Tabung Haji, Ummu Muhammad menolak dan haji badal disempurnakan oleh Ayah Abu Muhammad pada tahun tersebut. Tahun yang sama juga seperti yang ramai sedia maklum, Disember 2004Ummu Amiir kembali ke Rahmatullah sewaktu dalam perjalanan pulang untuk menghantar sepupu kami yang bertugas sebagai petugas kesihatan untuk rombongan haji pada tahun itu. Saya masih ingat bagaimana saya 'menengking' pegawai tabung haji yang menjawab panggilan saya setelah beliau kedengaran meninggikan suara bila saya meminta untuk ditangguhkan menghantar sepupu saya bagi membolehkan saya ke hospital.(Saya menerima panggilan kecemasan sewaktu dalam perjalanan menghantar terlebih dahulu sepupu saya, setelah menunggu ummu amiir yang tidak pulang pulang, telefon tidak berjawab). Tahun berikutnya saya terus sempurnakan haji badal untuk Ummu Amiir beserta dengan badal untuk datuk saya.


Malam ini Insya Allah kami akan memulakan perjalanan yang kami kira satu bab besar dalam hidup kami setelah melalui pengalaman masing masing yang begitu berbeza. Moga moga Allah menerima dan mentakdirkan catatan amal yang baik untuk perjalanan kami ini. Moga moga juga doa ummu amiir dan abu muhammad yang tidak kesampaian di dunia digantikan dengan takdir yang lebih baik untuk mereka berdua di'sana'. Mungkin apa yang kami masing masing doa dan hajatkan iaitu untuk sama sama mengerjakan haji tidak menjadi realiti di dunia Allah jualah yang maha arif lagi maha bijaksana mengetahui takdir yang terbaik untuk kami semua. Tidak semua yang kita doakan dan hajatkan dimakbulkan sama dengan apa yang kita hendak tapi hikmah yang Allah sediakan jauh melampaui batas pengetahuan makhluknya yang lemah.

Salam maaf untuk semua terutamanya kepada keluarga kami di Kelantan, Bangi, Kedah dan Terengganu. Saya sendiri secara peribadi amat terhutang budi kepada kedua dua keluarga ummu amiir dan ummu muhammad atas faham dan tolak ansurnya mereka kepada kelemahan saya. Sungguh dalam banyak situasi seringkali saya merasa bersalah, rendah diri dan sebagainya kerana tidak dapat mengimbangi dan menunaikan permintaan kedua dua belah keluarga selain daripada keluarga saya sendiri. banyak lagi yang saya dan ummu muhammad ingin nyatakan disini tapi rasanya tiada yang lebih baik selain dari mengharapkan Moga moga Allah menyediakan balasan yang sebaiknya, diampunkan dosa, diangkatkan darjat disisi Allah untuk mereka semua.

Salam sayang untuk Muhammad, Amiir Husaini dan 'Ali Huzaifi, moga moga mereka menjadi anak anak soleh yang bakal menjadi bekal kami. Moga moga kami selamat pergi dan balik, dikurniakan haji yang mabrur, saie yang masykur dan perniagaan yang tidak merugikan.Kepada Allah kami gantungkan harapan dan tawakkal

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka





Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba





Kutip barang haji di pejabat LTH bangi


Ni semua yang nak collect barang dan urusan lainlah

Apa yang dapat dari sponsor tahun ni?

Ni gudang mydin, beli barang barang


Kami mendapat maklumat pengesahan terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini kira kira sebulan dua sebelum berpuasa. Masa tu kursus haji bersiri di masjid masjid negeri dan dan daerah telahpun hampir ke penghujung. Kami hanya berkesempatan untuk mengikuti kursus haji intensif yang diadakan sebelum puasa (bertembung dengan beberapa event seperti konvokesyen Ayahsu Amiir di Darul Quran dan beberapa 'arrangement' lain.

Kursus Haji Perdana peringkat negeri Selangor pula diadakan seminggu selepas kami balik dari cuti Eidul Fitri. Bertempat di Masjid Negeri Shah Alam



Ummu Muhammad baru sampai untuk mendaftar.Ingatkan kami sahaja yang lewat sejam, rupanya ramai lagi jemaah yang terlambat sampai, jem 'rumah terbuka' kot.

Khemah makanan untuk jemaah haji lelaki

Kalau tak mahu makan makanan yang diediakan boleh menjamu selera di gerai gerai jualan yang dibuka khusus sempena kursus ini.

'Model Kaabah' yang bersedia untuk' ditawafi'. Saiznya kira kira 1/berapatah daripada saiz asal.


Suasana di 'Arafah' selepas solat Asar, kira kira 2000-3000 jemaah yang menyertai kursus ini.Kat sini boleh lagi merasa aircond, kat sana khemah VVVVVVVIP jerlah kot...





Jemaah sedang 'bertawaf umrah' dengan dibimbing oleh pembimbing dari Lembaga Tabung Haji. Kemudiannya diikuti dengan saie.

Malamnya pengisian diteruskan dengan sesi forum perdana menampilkan Ust Zahazan(yang akan pergi pada 20/11/2009) dan Ustazah Ummi

Selesai berforum, jemaah semua mengikuti kursus praktikal mengutip dan melontar. Kenapa buat malam? sebab kat sana nanti pun akan melontar sebelah malam.

Selesai 'Tawaf haji' Jemaah teruskan dengan 'Saie haji'

Gambar saie ni kredit to arsadik.blogspot.com




Perasmian penutup oleh Sultan Selangor. Maaf gambar tak elok, mana nak capture gambar,mana nak bersalam dengan raja lagik :P

Lepas majlis penutup, semua balik meninggalkan tapak kaki dan botol botol kosonng bersepah di dewan seminar masjid, Deyyy ingat ini botol macam pasir/batu makkah ka kena tinggal tak boleh buat balik.
Antara peristiwa yang saya tak dapat ikuti bila saya dan ummu muhammad pergi nanti adalah ihtifal sekolah amiir yang akan diadakan pada Sabtu 14/11/2009 dari jam 1:30 hingga 6:30 petang.

Tahun ni mungkin amiir gi dengan tok ma ngan tuk dia lah kut..

Kalau tahun lepas amiir kena buat syarahan bahasa arab bertajuk birrul waalidain (berbuat baik kepada ibu bapa), pastu kena sajak (nabi anak yatim) tahun ni Insya Allah kena persembahkan Ching Ai (kalau tok wan dia tengok agaknya sah aku kena antar pergi sekolah cina :P ), Your Mother dan 1234.

Masa berlatih ngan amiir duk baca lirik satu satu

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.


Jatuh plak air mata, nasib baik budak budak ni tak perasan....

Almarhum Dr Fathi Yakan dalam kitabnya “Qawarib al-Najat fi Hayat al-Du’at (Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Para Pendakwah) mengupas panjang satu hadith pendek yang diriwayatkan oleh Abu Zar al-Ghifari. Ini menunjukkan peri pentingnya penelitian kepada 5 perkara yang menjadi wasiat Rasulullah SAW kepada kita dalam permusafiran menuju kepada hari kiamat. Sabda Baginda SAW:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال لأبي ذر: “لو أردت سفرًا أعددت له عدة؟ قال: نعم، قال: فكيف سفر طريق القيامة، ألا أنبئك يا أبا ذر بما ينفعك ذلك اليوم؟ قال: بلى بأبي أنت وأمي، قال: صم يوما شديد الحر ليوم النشور، وصل ركعتين في ظلمة الليل لوحشة القبور، وحج حجة لعظائم الأمور، وتصدق بصدقة على مسكين، أو كلمة حق تقولها، أو كلمة شر تسكت عنها”

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Zar: “Jika kamu ingin bermusafir, adakah kamu mengadakan perbekalannya?” Katanya: Ya. Baginda bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan permusafiran kamu untuk menuju ke hari kiamat. Mahukah kamu aku tunjukkan beberapa perkara yang akan memberikan manfaat kepada kamu pada hari tersebut?” Katanya: Bahkan, dengan nama ibu dan bapaku. Baginda bersabda:

“(1) Berpuasalah kamu pada hari yang panas terik, sebagai bekalan pada hari dibangkitkan kelak,

(2) Bersolatlah dua rakaat pada kegelapan malam, sebagai bekalan dalam kesunyian kubur,

(3) Tunaikanlah satu ibadah haji, sebagai bekalan menghadapi urusan-urusan (akhirat) yang besar/ agung,

(4) Bersedekahlah kepada orang-orang yang miskin dan

(5) Berkatalah dengan kalimah-kalimah yang benar, dan diamlah daripada mengatakan kalimah-kalimah yang jahat.”

Dipetik dari Blog Ust Nazri Chik


Download Screensaver with 360 degrees view of Masjidil Haram at : http://www.3dmekanlar.com/sites.html#MEKKE_MescidiHaram
H1109

Mungkin ada yang perasan bila saya mula keluarkan istilah tu, beberapa orang juga yang buat tak kisah dan ramai yang mungkin meneka neka apa di sebalik perkataan di atas. Ada kaitan dengan H1N1 kah?

Ya secara tidak langsung (sipi sipi) memang ianya menyentuh juga wabak yang sedang merebak di seluruh dunia pada ketika itu sehinggakan bila terjadinya pandemik tersebut baru saya teringat kembali satu hadis ( tak pasti sahih ke tidak sebab saya baca dulu dalam buku syiah-mereka pertikaikan hadis ini) yang mana bila akhir zaman nanti semua khinzir akan dibunuh, lalu pemuka pemuka syiah persoalkan kenapa dicipta khinzir kemudian dibunuh tanpa apa apa sebab.

Bagi yang perasan dan dapat meneka saya kira memang mereka dapat meneka dengan betul bila dikaitkan dengan suasana saya menulis dan saya ungkapkan istilah di atas dalam posting sebelum ini.

H1109 adalah singkatan kepada H-1-10-9 @ H + A + J + I@ Haji November 09. Bagi yang masih belum mengetahui Insya Allah saya dan Ummu Muhammad akan berangkat menunaikan Haji pada sabtu 14 November 2009. Kami akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada sabtu jam 3:00 pagi. Pesawat akan berlepas pada jam 7:30 pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada jam 11:10 pagi.



Semalam (7/11) Alhamdulillah kami telah adakan sedikit majlis kecil kecilan untuk bersua muka dan bermaaf maafan sebelum kami pergi. Mohon maaf kalau ada yang tidak dapat jemputan memandangkan keputusan untuk buat majlis tersebut pun dibuat pada saat saat akhir dan ianya tidak dibuat di kediaman kami ianya dibuat di rumah keluarga ummu Muhammad.

Hari ni pun masih ada yang datang berkunjung dan insya Allah pintu rumah kami terbuka kalau ada yang ingin mencuri sedikit masa untuk turun ke Bangi sebelum hari sabtu nanti. Seperti yang saya pernah minta pada teman teman yang bakal menunaikan haji seblum ini iaitu memohon supaya kami dimurahkan rezeki untuk sampai ke Makkah, kali ini giliran kami pula menerima 'pesanan' untuk turut mendoakan mereka supaya dapat juga menunaikan haji. Insya Allah kami akan doakan. Insya Allah yang saya tahu akan turut sama berangkat menunaikanhaji pada tahun ini ialah Menteri Besar Kelantan , Naib Presiden Pas dan Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd harap harap kalau ada rezeki dan kemudahan bolehlah berjumpa disana.

Insya Allah dari semasa ke semasa sebelum Sabtu ni saya akan cuba update blog ni seberapa kerap yang saya dapat. Doakan kami...