Credit to: emjay
Saya juga sebahagian daripada produk di bawah mungkin...Anda bagaimana,setuju?
Assalamualaikum wbh
Segala puji kepada Allah yang memberikan begitu banyak rahmat kepada diriku ini.
Pada 25 Jun pukul 8.18 pagi, saya telah mendapat PM dari pembaca Laman Emjay daniajohor berbunyi begini "emjay....mana pergi lama dah tak update blog nie.wasalam”.
Saya begitu terharu dengan PM ini. Rupanya pembaca laman emjay ini dan mungkin pembaca lain juga tertunggu-tunggu akan update saya terkini maklumlah update yang lepas hanya dilakukan pada 15 Jun lalu iaitu 10 hari lepas.
Saya sebenarnya baru saja kembali pada lewat petang semalam Ahad setelah berkampung di somerset Rompin semenjak khamis lepas. Menguruskan program motivasi staf fakulti. Memang terlalu banyak untuk diselaraskan sehingga laman emjay tidak dapat diupdate untuk tempuh yang lama.
Saya sentiasa bersyukur dengan Allah SWT dikurniakan 6 orang anak 4 puteri dan 2 putera. Saya cuba membayangkan seandainya Allah memberikan hanya seorang anak atau mungkin tidak ada anak langsung sebagaimana ramai pasangan masa kini. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.
Saya mengingatkan semua pembaca dan diri saya supaya membalas segala nikmat anak yang diberikan oleh Allah SWT dengan sewajarnya dan bukan dengan melakukan kesyirikan sebagaimana dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf ayat 189 –190
"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami/isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata "sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur" Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak yang sempurna, maka kedua-duanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya itu. Maka Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan"
Sememangnya ramai ibu bapa hari ini membalas rahmat anak yang diberikan sihat dan selamat oleh Allah SWT dengan melakukan syirik seperti memasukkan pensel dan pembaris di dalam bekas tembuni yang di tanam atau memungut tangkal agar anak dilindungi dari gangguan syaitan atau dengan meletakkan objek seperti paku, gunting dan surah Yasiin berhampiran bayi. Semua pekerjaan ini adalah pekerjaan syirik yang bakal mengundang pelbagai musibah dari Allah.
Apabila Allah mengurniakan seorang bayi lelaki atau perempuan, kenanglah rahmat bagaimana Allah perintahkan bayi ini untuk menyusu dari puting susu emaknya. Sebagai ibu, berdoalah agar dapat menyusukan bayi selama tempuh dua tahun. Berbagai rahmat dari amalan ini. Antara kebaikan amalan menyusukan bayi selama 2 tahun ini ialah:
1. Anak sangat kurang mendapat penyakit sebagaimana bayi yang menyusu botol
2. Kurang kos untuk membeli susu bayi – menjimatkan
3. Kurang kerja seperti memasak air dan membancuh susu
4. Ibu bapa tidak perlu bangun malam membancuh susu
5. Anak lebih sihat berbanding anak yang menyusu botol
6. Ibu insyaAllah tidak akan mengandung dalam tempuh menyusukan bayi ini.
7. Badan ibu akan cepat kembali slim macam sebelum mengandung kerana segala bekalan makanan dalam badan si ibu akan ditukarkan menjadi susu ibu.
Begitulah antara rahmat Allah kepada ibu yang menyusukan anak.
Sewaktu seorang anak dilahirkan, dia adalah seorang raja yang paling hebat di dunia dan tidak ada seorang raja pun di dunia yang lebih hebat dari mereka. Apabila perut lapar, dengan satu perintah sahaja, ibu akan datang untuk menyusukan anak ini. Apakah perintah universal yang digunakan oleh siraja berumur satu hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah “MENANGIS”. Dengan perintah menangis ini juga segala dayang-dayang akan berkerumun untuk melayani kehendak si raja kecil ini. Bila tidak selesa kerana kencing atau berak, si raja kecil akan menangis. Bila sakit juga akan menangis. Pendek kata hanya dengan satu perintah sahaja iaitu menangis, segala kehendak si raja kecil ini akan dipatuhi oleh segala dayang-dayang yang terdiri dari ibu, bapa, kakak, abang, nenek, datok, orang gaji dan sebagainya.
Tabiat menangis untuk memerintah akan dikekalkan selama mungkin oleh si raja kecil ini. Lebih lama lebih menyeronokkan. Saya sendiri pun yang sudah berusia lebih 50 tahun merasakan seronok sekiranya sentiasa ada dayang-dayang yang setia memandikan saya, menyuapkan saya, memakaikan baju, memandu kereta saya dan melakukan segalanya untuk saya. Namun adakah tabiat ini sesuatu yang terbaik bagi diri saya? Jikalau saya di layan sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun dan kemudian layanan ini dihentikan mungkin atas sebarang alasan, apakah akan terjadi kepada saya? Bolehkah saya berdikari? Adakah saya akan menjadi orang yang tabah? Adakah saya akan menjadi orang yang sabar? Adakah saya akan menjadi orang yang rajin? Adakah saya akan mampu menguruskan diri saya sendiri? Sebenarnya, membesarkan saya sebagai raja dari usia 1 hari sehingga 20 tahun hanya akan mengundang lebih banyak masalah kepada diri saya di kemudian hari.
Merubah sikap anak dari seorang raja kepada seorang hamba hendaklah dilakukan seberapa segera kerana ini akan lebih menguntungkan anak ini dan juga menguntungkan kedua ibu bapa mereka. Kadang kala kita perhatikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun apabila selepas berak, masih ibu bapa mereka yang membersihkannya sedangkan ada anak yang ketika berusia 6 tahun sudah dilatih membasuh baju mereka sendiri selain membasuh pinggan mangkuk.
Anak besar yang masih kerap menangis menunjukkan anak ini masih mengekalkan sifat raja. Seorang anak kecil yang tidak lagi menangis menandakan anak kecil ini alhamdulillah telah berjaya membuang sifat raja.
Saya pernah melihat seorang anak saudara saya yang sudah berusia 8 tahun masih memerintah dengan tangisannya terutama sekali apabila berada di shopping complex. Si anak ini akan terus menangis sehingga ayahnya membelikan permainan sebagaimana yang dihajati anak kecil ini. Sifat ini sebenarnya adalah satu sifat yang patut dielakkan dan sebenarnya ibu bapa kanak-kanak ini sedang mengajar anak kecil ini nilai degil dan kepala batu dan semoga semua orang lain hanya mendengar kehendaknya sahaja.
Persoalan paling utama kini ialah bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak kecil membuang sifat raja yang dikurniakan Allah semenjak dilahirkan? Ilmu psikologi barat mengajar pelbagai ilmu untuk mendidik sebahagiannya adalah jelas baik namun sebahagiannya pula jelas amat buruk terutama sekali ilmu yang tidak menggalakkan ibu bapa merotan anak-anak. Bagi saya ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhamad SAW adalah ilmu yang terbaik dan tiada tolok bandingnya. Jikalau ilmu dari nabi Muhamad ini dilaksanakan di Malaysia, insyaAllah tidak perlu dibangunkan bangunan penjara di Malaysia serta kira-kira sejuta umat Malaysia yang menagih dadah dapat dielakkan. Sebagai contoh apabila seorang penagih dadah telah disahkan mengambil dadah, terus ikat di depan masjid dan selepas solat asar, rotan mereka ini kerana telah mengambil bahan yang memabukkan sebagaimana hukuman rotan ke atas orang yang minum arak. Rotan ini bukan sebagaimana hukuman rotan kini yang tersangat kuat. Hukuman rotan dalam islam adalah lebih lembut tetapi bilangannya adalah lebih untuk mendidik dan bukan untuk membunuh. InsyaAllah kalau dilaksanakan hukuman ini, tidak ada rakyat Malaysia yang akan menghisap dadah sebagaimana sangat jarang umat Arab Saudi yang ingin mencuri kerana takutkan dipotong tangannya.
Apa yang ingin saya jelaskan didalam tulisan saya kali ini ialah ROTANLAH anak-anak kecil untuk mendidik mereka kerana ilmu ini sudah diajarkan Nabi Muhamad SAW sebagaimana disebut Nabi untuk merotan anak-anak apabila sudah mencecah usia tertentu tetapi masih tidak mahu solat. Islam menyediakan pahala dan dosa serta syurga dan neraka. Pada pandangan saya, menggunakan rotan untuk mendidik berserta ganjaran apabila anak melakukan sesuatu yang baik adalah amalan terbaik.
Berdasarkan pengalaman membesarkan anak-anak ini, memanglah amalan merotan anak adalah cara terbaik untuk mendidik anak. LEBIH AWAL MEROTAN, LEBIH CEPAT SIFAT RAJA DAPAT DIBUANG DARI DIRI ANAK-ANAK DAN LEBIH CEPAT ROTAN DAPAT DIGANTUNG (disimpan untuk adiknya pula). Jikalau mengikut pengalaman dan didikan arwah guru saya, usia anak kira-kira 1 ½ tahun sudah boleh dimulakan rotan walau pun setengah anak ini belum pandai bercakap. Mungkin pada usia ini, apabila anak kecil gemar melontar barang hingga merosakkan permainan sudah melayakkan untuk dirotan dengan ringan sahaja. Bila anak ini sudah berjaya untuk tidak lagi melontar barang, berilah ganjaran seperti menggosok kepala atau dicium.
Pada usia ini, rotan dilakukan bukan untuk benar-benar menyakitkan tetapi untuk merasakan sedikit perasaan sakit dan mengelakkan anak ini melakukan tabiat yang tidak sepatutnya dilakukan. Kadang-kadang sekadar menunjukkan rotan sudah berjaya mendidik anak ini dalam usia ini. InsyaAllah sekiranya amalan merotan ini diamalkan dengan konsisten bersama kaedah ganjaran, amalan merotan sudah boleh dihentikan pada usia anak ini mencecah 4 tahun. Insya Allah anak ini akan patuh kepada kedua ibu bapa hanya dengan arahan lisan tanpa menggunakan rotan.
Bahagian mana pula yang paling baik untuk dirotan? Menurut pesanan arwah guru, bahagian terbaik untuk dirotan ialah tapak tangan dan tapak kaki. Elakkan dari merotan bahagian lain kerana merotan bahagian lain hanya akan menjadikan anak lebih degil. Merotan tapak tangan ada kalanya mengundang bahaya kerana akan menyebabkan kecederaan terutama sekali apabila anak ini menutup tapak tangannya dengan menggenggam jarinya. Kalau ingin merotan di tapak tangan, adalah lebih baik agar ibu atau bapa memegang jari-jari anak ini agar rotan hanya menyentuh kawasan di tapak tangan sahaja.
Gunakanlah rotan sahaja dan bukan pembaris, tali pinggang atau penggantung baju. Menurut pesan arwah guru, menggunakan rotan membawa rahmat dari Allah kerana mengamalkan sunnah nabi berbanding objek lain. Ini telah terbukti melalui pengalaman membesarkan anak. Lain kesannya apabila menggunakan pembaris atau penggantung baju.
Bagi ibu bapa yang mengamalkan amalan merotan kepada anak yang sudah berusia lebih besar seperti 10 tahun dan 15 tahun, cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu bapa ini adalah jauh lebih mencabar berbanding merotan anak yang berusia lebih muda seperti 2 tahun. Kadang-kadang ibu bapa akan tewas kerana amalan merotan yang dilakukan pada usia ini tidak mendatangkan kesan sebagaimana dihajati. Apa yang perlu difahami ialah, peringkat permulaan merotan bagi kanak-kanak berusia lebih dari 6 tahun, sememangnya mendatang kesan yang menakutkan di awal proses ini kerana ia akan lebih mengundang pelbagai kesan sampingan yang bukan-bukan yang berbentuk negatif. Sila baca artikel saya bertajuk MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati. Yang diterbitkan pada 17 Mei 2007. Segala perbuatan baik insya Allah terpaksa melalui kesan yang seolah-olah negatif di awal proses namun sekiranya diteruskan berserta doa dan bertawakal kepada Allah ia bakal mengundang kejayaan sebagaimana dihajati selepas satu tempuh waktu.
Adalah perlu sekali diingati dan difahami bahawa kekecohan akibat amalan merotan diperingkat awal ini akan mengundang kegusaran. Dalam tempuh membersihkan perigi buta “sikap raja” ini, pertentangan akan berlaku antara kehendak ibu bapa untuk menyingkirkan sifat raja dan kehendak anak ini untuk mengekalkan sifat raja. Pertentangan ini akan berterusan untuk satu tempuh waktu berdasarkan ketekunan, consistency dan kesungguhan dari kedua-dua pihak ini. Satu pihak perlu memenangi pertentangan ini. Sekiranya anak yang menang, ibu bapa akan kecewa dan terpaksa menggantung rotan tanpa mencapai sesuatu. Anak akan terus dengan sifat raja. Sekiranya Ibu bapa yang memenanginya pula, alhamdulillah anak akan menjadi anak yang baik yang bakal mengundang pelbagai rahmat lain dari Allah.
Pertentangan dan peperangan dari dua pihak ini akan mencapai satu peperangan utama besar yang klimaks yang amat menggusarkan kedua-dua pihak. Pada peringkat ini, Allah sahaja yang tahu bagaimana tekanan perasaan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada ibu bapa. Inilah peperangan yang bakal menentukan halatuju si anak ini. Apa yang saya maksudkan di sini ialah anak kecil ini akan mengeluarkan segala kudrat dan akalnya untuk memenangi peperangan agar dapat terus kekal menjadi raja. Kadang-kadang setelah dirotan, anak ini akan menunjukkan perangai yang tidak diduga sama sekali seperti orang kerasukan syaitan dengan merosakkan pelbagai barangan di rumah dan ada pula yang menyerang ibu atau ayahnya. Sekiranya perlu, ibu dan ayah perlu melakukan sesuatu seperti mengikat tangan dan kaki anak kecil ini dan terus merotannya mungkin di tapak kaki. Kadang-kadang setelah diikat kaki dan tangan, perlu dikurung pula di dalam bilik air untuk satu tempuh yang lama. Tujuannya adalah untuk memenangi peperangan ini semoga ibu bapa dapat mendidik anak dengan cara yang paling baik dan terus membuang sifat RAJA. Sekiranya peperangan yang paling besar ini dimenangi oleh pihak ibu bapa, insya-Allah tidak lama lagi rotan ini hanya diperlukan sekali sekala sahaja dan mungkin tidak lama selepas itu ia sudah boleh terus digantung.
Dalam setiap kali merotan, sekiranya anak kecil ini terus menangis setelah dirotan, ini maknanya ia masih ingin menunjukkan sifat rajanya dan ingin memprotes tindakan ibu ayah ini. Pastikan ini tidak berlaku, sekiranya anak ini menangis selepas dirotan, tambahlah merotannya sehingga anak ini tidak lagi menangis.
Apa yang perlu diingat oleh ibu bapa ketika merotan ialah amalan ini dilakukan bukan kerana perasaan benci dan marah kepada anak tetapi adalah kerana ingin mendidik anak ini agar menjadi seorang insan yang berguna disisi agama bangsa dan keluarga. Dicadangkan setiap kali ingin merotan, ambillah air sembahyang dan berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah memudahkan proses didikan ini. Ia memang satu proses yang berat namun kesudahan proses ini adalah sesuatu yang menarik.
Kini ilmu merotan ini telah saya ajarkan kepada mereka yang benar-benar ingin berkongsi ilmu dengan saya. Ada antara mereka yang saya minta merotan anak mereka yang membuat perangai yang tidak elok di rumah saya didepan saya. Alahmdulillah anak hamba Allah ini telah berubah menjadi lebih positif dan lebih mudah dibentuk.
Gunakanlah amalan merotan untuk mendidik anak ini dengan sewajarnya terutama sekali apabila tidak sembahyang. Kesalahan-kesalahan lain seperti mencuri barang adik beradik, tidak mengemas bilik, tidak mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya juga boleh juga dirotan.
Saya sewaktu kecil dahulu banyak dirotan oleh emak saya namun setelah dewasa tidak ada pula sifat benci kepada ibu saya ini malahan saya mengucap syukur alhamdulillah atas segala pengalaman yang saya telah lalui.
Terima kasih dan alhamdulillah Ya Allah kerana mengizinkan saya dididik untuk merotan anak-anak saya. Semoga jasa ayah ibu yang mendidik saya dibalas sewajarnya oleh Allah dan begitu juga dengan arwah guru saya yang sangat saya kasihi semoga diterima Allah segala amalannya.
Sekian wassalam wallahualam
lawatilah laman emjay di http://emjayjb.multiply.com/
Emjay