Kenapa Saya tak Update Blog ini? - 2

"Baba nak pergi mesyuarat ke? Balik lambat ek?"

kali pertama dengar soalan tu terdiam jugak tapi memang saya dah acap kali pesan tiap tiap malam sebelum keluar supaya duduk elok elok kat rumah, Sememangnya dia dah tahu kalau saya mahu keluar balik setelah sampai ke rumah memang itulah salah satu tujuannya.

Seboleh bolehnya saya sendiri mahu waktu malamnya atau hujung minggunya adalah bersama keluarga tapi semenjak dua menjak kebelakangan ini terutama selepas april dan selepas "putik"hajat tersebut makin kurang kesampaian.

Kadangkala terselit juga bisikan bisikan jahat untuk merungut dgn situasi sekarang tapi bila teringat balik kata kata Dr Muhaya(1) "kita letih kerana buat benda baik tak nak ke?" bolehlah buat pujuk hati sekejap. Then bila mendapat tahu pimpinan dan org atasan keadaanya lagi berganda2 dari saya (2) suara2 sumbang tersebut melemah seketika.

Kadangkala kecil hati juga bila mendapat tahu ada rakan2 yg kemahiran dan kelayakan dirasakan lebih daripada kita tapi boleh "bersenang lenang" tapi bila di ajak utk sama sama macam macam kesibukkan mereka dtg. Sedangkan kita nak mengajar anak solat dan mengenal huruf pun terkejar2 .Takpelah saya pun tak tahu lagi bagaimana saya pada masa hadapan entahkan turut sama menjadi sebahagian drp statistik itu.

Tkasih kpd ummu muhammad, saya kira mungkin ini adalah antara adjustment yg perlu beliau buat, kena tinggal, saya balik beliau, muhammad,amiir,dan 'ali telahpun tidur nyenyak. Hari minggu yg hampir tidak sama dengan orang lain, nak memasak pun kena tunggu hari minggu tapi masa tulah saya kebanyakkannya takde. Itu tk dicampur dgn rumput yanng semakin memanjang di halaman rumah.

Malam ni seperti malam malam sebelumnya saya akan terus berpesan kpd amiir" amiir duduk mmolek deh, baba nak gi mesyuarat" moga moga kerja buat ini kalaupun tidak menambah pahala atau meningkat darjat, cukuplah ianya dpt menghapuskan dosa dan mendatangkan barakah kpd saya dan keluarga.

Itu selepas waktu pejabat.Waktu pejabat? Kelmarin dpt panggilan kena pergi training ******* di TM Net. TM Net Cyberjaya? Hmmmm...dah hampir tiga tahun saya tidak ambil kesah dan mengelak drp melalui pejabat tu. Saya ingat saya tak akan pijak lagi kaki ke situ rupanya tidak........



Nota: Ditulis Pada Hari Rabu Minggu Lepas> Tengah tak hilang "culture shock" lagik :P

(1) : Forum anjuran IU bersama Dr Muahay, Ust Anwar Ridzwan & Kak Ogy
(2) : Komitmen Pemimpin

a) "Keluar ke medan , guna membawa mesej perjuangan Islam yang suci ini , kekadang memakan masa 3 hingga 4 hari . Kekadang pula sampai berminggu . Malah kereta saya adalah rumah no . 1 saya . Tak banyak masa saya di rumah . Rumah saya tak ubah seperti rumah persinggahan atau rumah kedua.

Isteri saya bagaikan isteri no . 2 yang di"madu"kan dengan perjuangan ini . Demikian anak - anak , mereka hanya sempat menemui walid mereka di hujung - hujung bulan atau minggu"

b) "Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sudah 3 malam tidak pulang ke rumah kerana menghadhiri majlis - majlis anjuran parti"

c)"Yb. Salahudin Ketua DPP Pusat yg lebih mesra saya panggil Abg Din . Ahli Parlimen , tetapi ke hulu ke hilir menghadhiri program parti hanya dengan menaiki bas . Demikian juga Mazlan Aliman"
-Ust Nasarudin Tantawi

d) "Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah – amalan beliau sejak berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.

Mulanya saya fikir kaset atau CDnya dipasang, tetapi selepas meninjau ke dalam baru nampak beliau sedang memberi tazkirah sambil duduk tersimpul dengan kedua belah tanganya di topang ke belakang.



Beliau kelihatan begitu tidak bermaya. Menurut pegawaiaya sebaik saja lepas dari menemui doktor di HUSM pada tengah hari, beliau terus ke kampung Dewan Beta Hilir semata-mata kerana ingin melihat proses memasukkan chemical ke dalam pohon depu.

Sanggup hadir

Mendengar penjelasan pegawainya itu saya jadi terdesah. Betapa Tok Guru walaupun dia penat dan keuzuran namun sanggup juga hadir semata-mata hendak menyaksikan proses memasukan chemical ke dalam batang pokok berkenaan.

Padahal kalau hendak dikira, peristiwa itu tidak begitu penting apa lagi beliau dalam keadaan kurang sihat. Namun tidak siapa berani menghalangnya dan itulah sifat Mursyidul Am Pas itu beliau sanggup mengagahkan diri demi tugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.

Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.




Apa yang dapat disaksikan petang tadi mengenai MB itu sungguh menginsafkan dan sekaligus menunjuk betapa komitednya beliau kepada tugas dan tanggungjawabnya.

Biarpun dia kelelahan dan keuzuran namun amanahnya kepada Allah diteruskan juga. Menyampaikan takzirah meskipun dalam keadaan yang sungguh letih menjelaskan bahawa beliau begitu jujur dengan nekadnya bahawa dakwah atau kerja menyeru manusia ke jalan kebaikan tetap diteruskan meskipun di pangking perihatan.

Sementara kegigihannya mengagahi diri bagi melihat kerja-kerja memasukan chemical ke dalam batang depu itu serta mengagahi diri menziarahi orang sakit pula menunjukkan betapa tanggungjawabnya yang dipikulnya sebagai ketua kerajaan tetap dipundaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun."
http://msomelayu.blogspot.com

Kenapa Saya tak Update Blog ini?

Kenapa yer? Agak agak...?