Detik untuk diingati

Entry One:

Hari ini dalam beberapa ketika lagi seluruh umat islam yang datang dari seantero dunia akan memulakan secara rasmi ibadah haji mereka dengan berwukuf di 'arafah. Antara yang sedang berada di sana sekarang ibu amni, bapa fawwaz,chaotic mother,ismael haneyya (dah vote ke utk beliau, kalau belum click) dan ramai lagi lah ada antaranya saudara mara kita semua. Insya Allah moga moga mereka semua di sana mendapat haji akbar yang mabrur.





Sementara tu acara tahunan setiap kali umat mula meninggalkan kota mekah untuk ke 'Arafah juga bakal berlangsung iaitu upacara menukar kelambu kaabah.





Tu kat Mekah dan 'Arafah kita kat Malaysia dan tempat tempat lain pula? takkan nak tengok jer depa dapat pahala.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : "Puasa pada hari Arafah, aku mengira supaya Allah mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..." - riwayat Muslim dan Abu Daud.

Entry Two:

Hari ni





"Apa yang telah luput tidak akan dapat dikembalikan dengan melihat ke belakang tetapi dengan melangkah ke hadapan, Insya Allah, kerana mati dan hisab berada di hadapan"


Entry Three:

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha dari kami sekeluarga

Dua Tahun Berlalu...



"Ya Allah ampunilah Umi dan belas kasihanilah dia sebagaimana dia telah mengasihaniku semasa aku masih kecil."






"Jangan ucapkan Selamat Tinggal
Ucapkanlah Hingga Kita ketemu Lagi
Walaupun ianya tidak akan lagi di bumi Tuhan
Mudah-mudahan Bertemu kita di Syurga-Nya nanti"



16/12/2006 - Genap 2 Tahun Pemergian Ummu Amiir....

"Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia"

Ahlen Ahlen Ahlen

Entry One:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Al Mulk :2


Alhamdulillah... we received our third son on 26th November 2006 two weeks earlier than then expected delivery date..at 1.33 p.m..



ahlen ya 'ALI

Entry Two:

Kenapa 'Ali?

1. Nama pilihan Maknye dari dalam perut lagik
2. Nak kena huruf A kot kat depan.
3. Tok Wan Ali?

'Ali sahaje ke? (Ramai orang tanya soklan ni)

Plan awal awal lagi kalau laki nak letak nama 'Ali Uthaymeen - padanan nama Sahabat dan nama salah seorang ulama besar. Tapi lepas risik risik kena tukar plan.. keluarlah cadangan nama nama antaranya

'Ali Zuhairi
'Ali Hanafiah
'Ali Husaini (Aiks?)

Dan beberapa nama lagi... tapi lepas buat shortlist bla bla etc...( zaman nak bagi nama amiir husaini dulu kena buat undian tapi last last tak pakai jugak keputusan tuh hehehe)

akhirnya hari ketujuh

ahlen ya 'ALI HUZAIFI AHMAD FAIZAL




'Ali Huzaifi?


1. Sempena nama Imam Masjid Nabawi (Refer Entry Four Kejap Ada Kejap Takde)
2. http://www.jamiat.org.za/al-jamiat/v38huzaifi.html

3.http://www.jamiat.org.za/isinfo/huzaifi.html


Entry Three:


Macam mana dengan mimpi mardhiah12 tu? Kalimatin Sawaain Bainana

Nabi SAW pun pernah mimpi masuk Mekah buat haji. Para sahabat punyalah bersiap last last tertangguh sampai tercetus "ketegangan" antara Rasul SAW dan sahabat esp dengan Sayyidina Umar akhirnya mereka dapat masuk juga ke Mekah bukan setakat untuk buat haji tapi Fathul Makkah sekali...

Mimpi orang baik baik ni biasanya Rukyah Sadiqah Insya Allah

Entry Four:

OPss... which one is betul ni? Third son or Second Son? First also correct maaa conclusion:

1. The First among Equal - Muhammad
2. The Really First - Amiir Husaini (Muhammad ada abang sebelum ni namanya Thariq tapi meninggal dalam kandungan, duk teman ayah dia la ni)
3. The First in The Family - 'Ali Huzaifi

So mana satu betul? semua pun betul......
Entry One:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

AL Mulk :2


Awal minggu ini disampaikan khabar seorang juniro di Universiti dulu yang "kehilangan" putera/bayi sulung mereka.Takziah kepada mereka dari jauh kami mendoakan agar mereka dimasukkan di dalam golongan seperti yang dimaksudkan oleh Rasul SAW.

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:"Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:"Ya." Allah bertanya lagi: "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab:"Ya". Allah bertanya kali ketiga:"Apakah kata hamba-Ku?"Malaikat menjawab:"Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:"Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'."

Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

Riwayat al-Hakim


Source: Laman Web EHadis

Entry Two:

Minggu ni juga menandakan telah hampir dua minggu Tok Nek Muhammad( Datuk Ummu Muhammad) kembali ke rahmatullah setelah terlantar untuk satu tempoh masa yang agak lama.Kiranya Ummu Muhammad hilang datuk dan nenek kedua duanya tahun ni.Atas kertas kedua duanya telah sampai waktu dan ketika kerana sakit tua. Pengalaman bagi abu amiir sebab dapat tengok perjalanan dari sakit biasa ke sakit yang agak teruk kemudian terlantar nazak dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir. Yer mungkin agak susah juga waktu tu nampaknya di tambah pula setelah disuntik dengan ubat untuk membolehkan paru paru berfungsi tapi mungkin hikmahnya seperti yang digambarkan oleh kata kata berikut:

"Sayidina Umar bin al-Khatab, r.a., pula pernah berkata: "Apabila seseorang mukmin masih menanggung sedikit dari dosa-dosa yang tidak dihapuskan oleh amalan baiknya Allah akan menjadikannya menderita susah sukar "Sakratul maut" supaya Ia dengan penderitaan yang demikian dapat mencapai tingkatan martabatnya dalam Syurga; adapun orang yang kafir pula, apabila ia melakukan sesuatu perkara yang baik di dunia, maka Tuhan memudahkan dia menghadapi "Sakratul maut", supaya dengan itu dapat ia menerima balasan kebaikannya itu di dunia, kemudian ia akan terus ke Neraka pada hari akhirat kelak."

Allah a'lam itu hikmah yang mungkin boleh nampak yang tidak nampak banyak lagi termasuk kepada yang masih hidup.


Entry Three:

Teringat petikan tulisan terbaru saiful islam mengenai akhirat

"Di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak. Banyak penindasan yang tidak dapat dibela. Kalau tiada Akhirat, sempit dada dibuatnya. Kerana adanya Akhiratlah, hidup di dunia ini bermakna. "

Mafhum dari tulisan tersebut dalam peristiwa di yang telah berlaku

Kalau nak diikutkan hati siapa yang tidak sedih, hilang akal atau tak keruan bila kehilangan orang yang kita kasihi tapi kepercayaan kepada adanya akhirat dan pembalasan yang dipertemukan kembali dan ianya merupakan "reunion" yang abadi. Yang penting doa dan husnu Zhan yang tidak putus kepada Allah moga moga kita di sini dan ahli kita di sana digolongkan setempat bersama sama orang orang yang mendapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

"Engkau juga menangis, wahai Rasul? ." Rasulullah saw menjawab "air mata berlinang, hati terkoyak - koyak, namun kami tidak akan berkata kecuali yang diredhai Allah. Wahai anakku Ibrahim, sungguh kami sedih atas perpisahan ini."

Ucapan Nabi SAW sebagai menjelaskan kehairanan Abd Rahman bin Auf sewaktu kewafatan putera baginda Ibrahim pada usia yang masih kecil.(Kalau tak silap setahun sebelum kewafatan Nabi SAW dan peristiwa ini juga menjadi sebab turunnya Surah Al Kauthar sebagai membalas kata kata buruk musyrikin kepada Nabi SAW bahawa Nabi SAW telah terputus rahmat/@keturunan? dengan kematian tersebut. Biasalah Orang Arab kan bangga kalau ada anak laki)


Entry Four:

Selamat Berangkat kepada Mufis dan Aida.Tak lupa juga kepada Chaotic Mother Semoga kembali dengan haji yang mabrur, perjalanan yang diterima Allah dan perniagaan yang tidak rugi.Doakan semoga kami yang masih di sini dipermudahkan Insya Allah
(ummu amiir teringin sangat untuk ke sana, dulu sewaktu balik dari Sudan, tak dapat ke sana kerana ketiadaan Mahram yang diterima oleh pihak berkuasa. Kemudian hayatnya di dunia terhenti juga sewaktu nak menghantar jemaah yang nak ke sana Tertulis bahawa haji untuk beliau disempurnakan oleh Hamba Allah yang lain. ummu muhammad dapat surat pengesahan untuk kesana kali pertama tak silap sewaktu awal awal abu muhammad "di jemput". Kali kedua dapat surat tahun ni terikat dengan kontrak di tempat kerja beliau pula paling awal 2008 baru boleh pergi. Moga dipermudahkan dan ada hikmahnya yang Allah tak tunjuk lagi.)


Entry Five:



Fadhilatnya: Dari Syaddad bin Aus RA dari Nabi SAW bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta ……" . Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga.

(HR Bukhari)

Siaran Khas Sempena Perhimpunan Agung UMNO




abu amiir: Dulu pun ada cadangan ala ala ni jugak . Orang Klate jugak yang cadang isk isk pada padalah.....nanti menyesal kemudian hari


Kerajaan dicadang tubuh Institut Pemikiran Dr Mahathir

Cadangan tubuh Institut Pemikiran Dr Mahathir dapat sambutan

Kerajaan setuju tubuh Institut Pemikiran Dr. Mahathir

Institut Pemikiran Dr. Mahathir di UUM



http://www.ipdm.uum.edu.my/Institut/Pengenalan.htm

Lepas ni dekat link UIAM adalah tu link ke Fakulti Islam Hadhari...

Terima Kasih, Syukran, Xie xie, Thank you

Entry One:

"rajin2 la update blog ya? (hehe.. kasi pressure sket...) ;)"

Sorry lambat update : Sampai kena Pressure baru nak Update... Tak sempatlah last week...

Entry Two:

On the open house note.... it was a success? erm part orang datang success lah kot tapi part people and food management kena improve lagik lah.. ..overall Alhamdulillah.. .. kami dapat capai matlamat kami.. menguatkan kembali silah dengan jiran jiran terdekat .. dan juga sesama adik adik dan sedara mara opis mate bla bla....


Menu apa yer (khusus untuk yang tak datang hari tu)

a) Hidangan Berat

spagheti
- Yang ni dah separuh jalan majlis dah habis bersekali dengan mangkuk mangkuk dia habis, terpaksa refill dengan mee dan meehoon .Terpaksa kirim dekat ayah ngah amiir suruh pergi beli spaghetti. abu amiir ngan ummu muhammad pun terpaksa amik syif terpaksa keluar pergi carik bekalan gelas, mangkuk makanan yang baru. Kepada yang tak sempat jumpa abu amiir or masa datang rumah hari tu sorry lah ek.

laksam
- Ni plan asal nak masukkan dalam menu baitul futuh kami... tapi terpaksa keluarkan sebab nak buat kuah leceh tapi...last last terpaksa masuk balik bila mak ummu muhammad tau menu utama dah abis, yang ni pergi buat dengan kawan dia lah....

dan ini...

satay

Perlu descripsi lagik ke? Saper datang lewat petang jumpa lah kot....


b) Hidangan Istimewa untuk tetamu

- Specialities from two families (become one BIG Family) Teras Jernang & BB Bangi


popia
puri

c) Hidangan Istimewa untuk Keluarga

ketupat-sotong

- Yang ni trial dulu Alhamdulillah jadik..kalau ada Rezeki bolehlah share dengan korang in the future...



Untuk semua yang datang..Jazakallah... terima kasih kerana membawa barakah ke rumah kami..:), Untukyang tidak berkesempatan datang atas halangan yang tidak dapat dielakkan Insya Allah masa masa hadapan jemputlah

Mohon maaf banyak banyak atas kekurangan/kekhilafan sama ada dari segi makanan tempat ataupun layanan dari pihak kami sekeluarga. Terima Kasih & Jangan serik untuk datang lagik kalau ada jemputan.


Selamat Hari Tue Juga kepada Tiga orang tetamu kami yang hari lahirnya pada tarikh tersebut ( ibu afiq, eny & nad )

Entry Three:

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apakah salah seseorang di antara kamu tidak kuat membaca sepertiga Al Qur'an pada satu malam ? Maka para shahabat bertanya, "Siapa di antara kita yang mampu melakukannya, wahai Rasulullah ?". Beliau menjawab, "Allahul Wahidush Shamad (yakni surat Al Ikhlas) sepertiga Al Qur'an " (HR Bukhari, Malik, Ahmad, Abu Dawud, An Nasa-i, dari Abu Sa'id Al Khudri)

What They Did Last Raya?,Boleh Raya Tanpa Ria & Baitul Futuh.....

"Tahniah faizal, cantik sekali perancangan Allah. Terasa mcm baca kisah novel pulak. Semuga diberkati Allah sentiasa."

| **.**.06 - 11:33 pm |

Message ni dihantar oleh seorang akak pada saya sewaktu saya nak walimah dengan Ummu Muhammad dulu. Kiranya kali ini giliran saya pula untuk mengembalikan ucapan tersebut kepada beliau. Tahniah dan Mabruk.


Entry One:


PA240482

Apa pun Salam Eid Fitri dulu dari kami sekeluarga moga moga Allah senantiasa merahmati kita semua baik yang masih hidup ataupun yang telah pergi


Entry Two:

What They Did Last Raya?

Jumaat 20/10
Ziarah Ummu Amiir. Bertolak ke Kedah, Kampung Nenek Ummu Muhammad dan Ummu Amiir. Singgah rumah TokNjang di Penang Iftar kat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Tiang, Pendang Rumah Tok Lang Muhammad. Tidur sane.....

Picture424_21Oct06

Anok anok sapo lah ni....



Sabtu 21/10
Pagi pergi Rumah Pak Ngah Ummu Muhammad , Tengahari plak gi berjalan jalan ke Alor Star,Rumah Tok Wan Ali gi ziarah mak cik pak cik Ummu Amiir ( Promotion: Sape pi Aloq Staq takde tempat tido boleh menginap di Homestay Koharum nak nombor contact amiir husaini no ahli: Lupa). Petang Iftar Rumah Tok Lang makan ikan Sepat ngan Kari Kepala Ikan pergh...

Ahad 22/10
Ziarah Kubur Tok Wan dan Tok Nek Muhammad. Bertolak ke Kota Bharu. Singgah Di Tasik Banding...Sampai Rumah Tok Ma kul 4

Isnin 23/10 - Malam Raya
PA230453

Mascara ke apa tu???























PA230449


HIsh bebudak nih.....


Selasa 24/10

Raya. Dikunjungi oleh anak murid Tok Ma selepas 30 tahun tak jumpa.Sekarang dah jadi Usahawan involve dengan MINDEF di KL. Datang bawa anak isteri sekali, so recall habislah masa dolu dolu. Teringat satu kata kata beliau hari tu "Anok murid hok pandai terlajak ni jarang hok ingat ko cikgu dia. Selalu hok ingat ke Cikgu ni hok selalu kena cubit perut, kena berdiri atas kerusi ke, kena round padang ke, bila dia berjaya esok esok baru dia ingat ko cikgu dio" . Dok citer pasal anak anak murid lain, ada yang dah jadik CHief Inspektor, ASP yang masa belajar teruk dulu sekarang dah jadi pakar tulang ada. Pakar Buah Pinggang.
Malam Raya Pertama - Abg Edy Abg Edy.....Nak main dengan Abg Edy


Picture435_24Oct06


Rabu 25/10

Raya Kedua - Rombongan Pengantin Lelaki ke Terengganu - Ayah Ju Kawen


PA250609

Khamis & Jumaat 26 & 27/10

Raya Ketiga & Keempat - Duk Rumah Ummu Muhammad Tak sihat. Jumaat Gi Klinik. Jumaat Ziarah kubur Tok An Amiir

Sabtu 28/10

Raya Kelima - Kenduri Rumah Tok Mi - Sampai Petang, Ziarah Tok Bah Amiir - Malam Flat.....Kira Tak jumpa aaa Mama Hanan

Ahad 29/10

Raya Keenam - Bertolak ke Rumah Ayah Nor ( Datuk Muhammad) , Rumah Mak Ngah dan Ibu Muhammad Main dengan Kak Aisyah. - Malam nak Gi rumah Tok Teh Amiir tapi depa dah tido dengan amiir amiir sekali tertido dalam keta.Takleh minum Gelas Besar

Isnin 28/10

Raya Ketujuh - Ziarah Abu Muhammad .Bertolak Balik Ke Bangi



Entry Three

Baitul Futuh - Part 2

Sahabat sahabat, jemputlah ke baitul futuh kami pada hari ahad ni.. di alamat... No 19 Jalan 3/22 Bandar Baru Bangi... dari pukul 12..:). ( Dari Matahari Tegak sampai Matahari Terbenam Insya Allah SEMUA dijemput sekeluarga tak kira sape pun.) tanpa kecuali Insya Allah ada rezeki masing masing sedikit sebanyak.

Peta seperti di bawah.

Exit dari tol Bangi Jumpa Roundabout ambil pukul 12 jumpa next roundabout boleh ambil

a. Pukul 12. Jumpa First Traffic light ambil Kanan kemudian terus sampai ke Rumah ATAU
b. Pukul 3. Jumpa First Simpang (hadapan ILKAP) Terus Jumpa Simpang Ambil Kanan terus sampai ke Rumah

Kalau tak jumpa jugak telefonlah...Jemput semua ek tlg sampaikan pada yang mengenali kami. Moga moga kedatangan semua bakal disertai oleh malaikat yang membawa rahmah ke Rumah Kami.

Rumah Kami

Ahlen..Kullu 'Aamin Wa antum Bikhair......

Tahniah to Aida & Mufis



Entry One :

Hadis hadis mengenai Lailatul Qadar & Ijtihad Ulama

1.Hadis yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad daripada Ubadah bin Somit, bahawa beliau bertanya Rasulullah s.a.w. tentang malam al-Qadar, lalu Baginda menjawab: “Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan, maka hendaklah kamu bersungguh-sungguh mencarinya pada sepuluh malam akhir Ramadan".
2. "Sesungguhnya malam al-Qadar itu pada 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau pada akhir malam Ramadan". (Musnad Imam Ahmad 5/318).

3. Daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Carilah Lailatulqadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh akhir Ramadan". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Dalam bab berkenaan, Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain : Rasulullah s.a.w bersabda : “Malam al-Qadar itu adalah malam ke- 27.” Sekumpulan ulama salaf bersetuju tentang waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah.

5. Sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpandangan malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27 kerana perkataan dalam surah al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam al-Qadar merupakan kalimah yang ke-27 daripada surah tersebut. Ini adalah hujah mereka. (Ibn Kathir, h. 3823).

6. Dari Uqbah, iaitu Ibnu Hariith, katanya: Aku mendengar Ibnu Umar r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Carilah lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir

7. Dari Salim bin Abdullah bin Umar, bahawa ayahnya r.a. telah berkata, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang lailatul qadar: Sesungguhnya ada segolongan orang di antara kamu yang bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang pertama. Namun sebahagian mereka bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang terakhir. Oleh itu, carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir.

8. Dari Salim dari ayahnya, katanya: Ada seorang lelaki bermimpi, bahawa lailatul qadar itu jatuh pada malam kedua puluh tujuh. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Menurutku bahawa mimpimu memang benar bertepatan dengan sepuluh hari yang terakhir. Oleh itu, carilah ia pada bilangannya yang ganjil.

9. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: Carilah lailatul qadar pada hari ketujuh yang terakhir.

10. Sahih Bukhari : Hadith No. 974

Narrated Abu Salama (Radi Allah Anhu) : I asked Abu Sa'id (Radi Allah Anhu) about the Night of Qadr and he said, "We practised Itikaf in the middle third month of Ramazan with Prophet Muhammad (sal-allahu-alleihi-wasallam). In the morning of the 20th of Ramazan, the Prophet Muhammad (sal-allahu-alleihi-wasallam) came to and addressed us and said, " I was informed of the date of the Night of Qadr but I was caused to forget it, or I forget, so search it in the last ten nights of month of Ramazan."

11.Sahih Bukhari : Hadith No. 975

Narrated 'Ibn Abbas (Radi Allah Anha): The Allah's Messenger (sal-allahu-alleihi-wasallam) said, "Look for the Night of Qadr in the last ten nights of Ramazan on the night when nine or seven or five nights remain out of the last ten nights of the Ramazan."

12. Sahih Bukhari : Hadith No. 976

Narrated 'Ibn Abbas (Radi Allah Anha) in this quotation: Allah's Messenger (sal-allahu-alleihi-wasallam) said, "The Night of Qadr is in the last ten nights of the month of Ramazan either on the first nine or in the last (remaining) seven nights of Ramazan."

13.Sahih Bukhari : Hadith No. 977

Narrated 'Aisha (Radi Allah Anhu) : With the start of the last ten days of Ramazan, Allah's Messenger (sal-allahu-alleihi-wasallam) used to tighten his waist-belt (i.e. hard work) and used to offer Salat (Prayer) all the night, and used to keep his family awake for the Salat (prayers).


14. Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”

Agak agak dah terlepas ke kita? atau hari Khamis malam Jumaat ni mungkin? (malam 27) Jadi apakah amalan rasa rasa boleh dilakukan dalam baki baki terakhir ni?

Didalam Sahih diriwayatkan Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Othman, Sahih Jaami' Saghir - 6341).

Hadis Abu Daud dan Tirmudzi : "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiam sepenuh malam"



Entry Two:

Bagaimana Aidil Fitri Disambut?

1. Daripada Abi Said al-Khudri ra berkata : “Sesungguhnya Nabi s.a.w keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha ke musolla dan seawal perkara yang dilakukan ialah menunaikan solat…” (hadith sahih Bukhari no. 905 dan Muslim no. 889 dan lain-lain).

sesungguhnya baginda keluar pada hari Aidhil Fitri dan bertakbir sehingga sampai ke tempat solat dan sehingga selesai menunaikan solat dan apabila selesai solat maka barulah berhentilah takbir” (hadith mursal sahih yang mempunyai syawahid oleh Ibn Abi Syaibah no. 487 Jilid 1 dan lihat Kitab Sahihah oleh Syeikh Albani ra no. 170).

2. Daripada Umm Athiyah ra : “ Rasulullah memerintahkan kami (para muslimah) supaya kami keluar pada hari Aidhil Fitri dan Adha yang hamba mahupun yang haid dan kanak-kanak serta orang tua maka yang didatangi haidh tidaklah bersolat sebaliknya mendengar khutbah dan mendoakan para muslimin maka aku berkata kepada baginda : wahai rasulullah dikalangan kami ada yang tidak mempunyai jilbabnya maka baginda bersabda : “ Maka pakaikanlah jilbab kepadanya oleh saudara perempuannya dari jilbab mereka” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890).


3. Daripada Jabir ibn Abdillah ra berkata : “Sesungguhnya Nabi s.a.w sewaktu hari raya akan menukar jalan (sewaktu pergi dan kembali)” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 987).

4. Daripada Abu Hurairah ra berkata : “Sesungguhnya baginda Nabi s.a.w sekiranya keluar pada hari raya maka baginda akan kembali pada jalan yang lain dari jalan yang dilaluinya sewaktu keluar” (hadith sahih riwayat Ibn Majah no. 1301 dan lain-lain).

5. Daripada Ali ibn Abi Tahlib ra yang berkata : “Sesungguhnya termasuk sunnah ialah keluar pada hari raya dengan berjalan kaki” (Hadith hasan riwayat Tirmidzi).

6. Dari riwayat Ibn Umar ra yang menyebut : “Sesungguhnya Nabi s.a.w keluar pada hari raya dengan berjalan dan pulang dengan berjalan” (hadith sahih riwayat Ibn Majah).



Entry Three:

Lately ni agak kalut pasal isu Kenyataan Ust Fauzi mengenai ucapan Selamat Hari Deepavali etc. Bila duk tengok tengok isu ni plus dengan semangat kongsi raya yang tak abih abih lagi dipertikaikan ( kalau tahun ni mcm tahun lepas lah Deepa Raya ( Depa ke or Kita yang nak raya ni?) .Boleh ke tak boleh ( biasalah Malaysia boleh semua nak boleh) nak kongsi raya etc. Mungkin kita boleh renung perkara perkara di bawah kot:

a. Negara yang diketahui pernah menganjurkan kongsi raya adalah Malaysia. Pernah Gong Xi Raya, Kongsi Raya dengan Krismas dan Deepa Raya.

b. Tidak pernah kedengaran dalam mana mana hikayat adanya negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian, Buddha, Hindu yang pernah menganjurkan Kongsi perayaan agama mereka dengan Islam walaupun atas alasan masyarakat majmuk di negara mereka ( India tak pernah - roboh masjid babri adalah, rogol muslim di kashmir adalah... Cina tak pernah, England dan US pun tak pernah, Thailand pun tak pernah - tengok apa depa buat kat selatan Thai)

c. Negara majoriti umat islam yang pernah diketahui pernah menganjurkan kongsi raya adalah Malaysia. Adakah ini mungkin kerana bersabit dengan fakta bahawa satu satunya negara di dunia ini yang mengamalkan Islam Hadhari?

d. Katakanlah pada suatu hari nanti, dominasi muslim di Malaysia ni berkurangan sehingga menjadi minoriti dan tidak berkuasa lagi. Agak agak pemimpin masa tu dari non muslim terhegeh hegeh mcm kita ke sekarang nak buat kongsi raya.

e. Kebanyakkan ( Kenapa kebanyakkan ek? bukan semua ) orang yang arif mengenai agama telah setuju bahawa tidak ada konsep kongsi raya di dalam islam. Apa tujuan hari raya dalam Islam? " Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni'matNya menghidayat kamu " itu tujuan dia... takkan nak sama Raya yang disyariatkan kepada kita dengan "raya - raya" yang lain tu. Kalau ikut sirah pun Raya kita ni dibuat bagi menggantikan dua hari raya yang orang arab telah rayakan pada zaman tu.

Ke sedara sedari rasa macam mana?

Abih tu tak bolehlah kalau nak gi melawat rumah kawan kawan kita masa Deepavali nanti? Sape kata tak boleh? pergi ajerlah sedap apa muruku.

Entry Four:

baby1

So Laki ke Perempuan ni? Hint: Refer to Surah Al Fath, Asbabun Nuzul, Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Hudaibiyah. :P





Oklah Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari abu amiir sekeluarga , Maaf Zahir dan Batin .Open House? Datang jer....

Kullu 'Aamin Wa antum Bikhair......

Popia Sambal,Roasted Chicken with BBQ Sauce,Ikan Lemak Cili Api with Belimbing Buluh,Siew Park Choi with Oyster Sauce,Sambal belacan, Budu & Cencalok,

Entry One:

Malam ni kita akan mula memasuki 10 malam terakhir Ramadhan yang merupakan final lap untuk sesiapa yang ingin membuat tambahan pelaburan kepada buku akhirat masing masing dengan amal ibadat seperti yang telah disyariatkan dan disunnahkan. Di dalam salah satu malam malam 10 yang terakhir ini juga terkandungnya Lailatul Qadar yang mana kepentingan malam tersebut telah diterjemahkan oleh Rasul SAW melalui mafhum hadis hadis di bawah:

1. "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

2. "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

3." Apabila telah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Bila dan bagaimana untuk kita mencari malam tersebut?

1."Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

2."Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3."Malam al-Qadar adalah malam yang ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )


Apa pun yang pasti pendapat yang kuat mengatakan ianya terkandung dalam salah satu dari 10 malam tersebut, confirm ada nak senang kita "full swing" lah sikit 10 mlm tu buat lebih dari biasa. dan yang penting jangan lupa saranan Rasul SAW seperti di bawah:

"Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : "Sebutlah doa "Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" {Allahumma Innaka 'afuwwun, Tuhibbul 'afwa Fa'fu 'anni}

Jom kite...

Entry Two:

Ingat tak amiir sembang sembang dengan baba minggu lepas? Esoknya amiir demam.. uhuk uhuk... terkejutlah jugak Ummu Muhammad sebab tak pernah tengok amiir demam..

Picture393_04Oct06

" baba..amiir muntah........"

Entry Three:

Sabtu lepas berpeluang join iftar . Dah lima tahun dah umur program ni, kali ni buat di tempat kali pertama ia diadakan dulu iaitu di Rumah UM. Ramai jugak mai menu pun mengancam macam macam ada... ada Popia Sambal,Roasted Chicken with BBQ Sauce,Ikan Lemak Cili Api with Belimbing Buluh,Siew Park Choi with Oyster Sauce,Sambal belacan, Budu & Cencalok,Udang Sweet Sour,Laksa Johor,Bubur Jagung ,bla bla bla bla . amiir, muhammad ,cik na, mak baba sumer pergi walaupun demam walaupun sampai lambat... yang penting bole jumpa dgn kawan kawan baru..nufayl & tasneem tader , amni, umar ,ikmal dengan fawwaz dengan afiq ada... umar pun aktif gile malam tu (ambil berkat nama umar mukhtar kot dakpun umar alkhattab, tapi sesama kami pun ada umar alkhattab jugak namanya nape dia tak datang ek hari tu merajuk ke?)

Some of the Photos..


ahm1


ahm2

"Bodyguard baba ngan mak...macam Charlie Angels pulak..."

;miir muhd 026

"ahli ahli majlis mesyuarat tangga" Penasihat kehormat ada berdiri kat belakang tu.


ahm5

Muhammad : Umnooooo terus maraaaa untuk rakyat malaysiaaaa.....
Umar :Eh silap lagu lah... ni majlis bukak puasa
Amiir: Mana manalah korang...



ahm4

ahm3

" Sesi Bergambar "




Sesi sebelum balik macam mana pulak?





;miir muhd 027

Amiir: "Umar tuuuuuuruuuuuun nanti jatuh"
Muhammad: "Takpe takpe nanti abg mamat pegi pegang Umar"

Muhasabah Ramadhan

Entry One:


bila nak update ni :P
mardhiah12(bukan nama sebenar :p) | Homepage | 10.03.06 - 8:52 pm | #

abuamiir: Tengah lintang pua chu kang aaa sekarang...

Entry Two:

"Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama"


Minggu ni dah masuk minggu kedua kita dalam bulan Ramadhan dan akan memasuki 10 malam yang kedua. So rasa rasanya tang mana kualiti puasa kita? macam mana puasa tahun ni dengan ramadhan tahun lepas? Masing masing kita pun tahu kualiti ramadhan kita pada tahun lepas, kalau ada yang rasa rugi sebab tak dapat buat sebaik mungkin pada ramadhan tahun lepas, seminggu lepas yang telah berlalu tu kita dah baiki ke apa yang kita rasa kerugian tu? Bagaimana pula pada hari hari yang akan datang? Nak tahap lama ke or nak yang cemerlang gemilang dan terbilang.........Mudah mudahan kita tak terucap dialog sama macam tahun lepas. dapat buat lebih baik sikiiiiiiiiit pun dari tahun lepas pun Alhamdulillah...

Entry Three:

Semalam 3 Oct besday ayah ngah.

Entry Four:

Malam kelmarin masa jalan kaki dgn amiir balik rumah mak tuk (mak ummu muhammad), selepas solat tarawikh sembang sembang dgn amiir

abu amiir: umi amiir mana?
amiir: tade
abu amiir: tade? Gi mana?
amiir: gi keje
abu amiir: hish keje mana?
amiir: umi mati la, umi amiir mati
abu amiir: (terdiam sat)sape cakap umi mati
amiir: tuk cakap (mak ummu amiir)
abu amiir: baba kate apa....umi dekat Aaa?
amiir: Allah....

Bila cakap pasal mati dan terutamanya yang berkaitan dengan org di sekeliling kita. abu amiir try recall rupa rupanya semenjak dari tahun 2000:

2000 : Tok Bah amiir
2002: Ayah Muhammad
2004: Ummu Amiir
2006: Tok Nek Muhammad & Tok An Amiir

dan kelmarin 2 Oct genap 6 tahun Tok Bah amiir meninggal dunia (juga pada hari isnin)
bila menyentuh pasal kematian dan orang yg terdekat,antara abu amiir dan ummu muhammad salah seorang dari kami hampir hampir pasti akan melalui peristiwa ini buat kali kedua yang paling utama bagi kita semua adalah mati itu pasti.....

Janganlah lagi......

Lama tak sempat update harapnya artikel super panjang sebelum ni tu dah dihadam kot...ok jommmmm

Entry One:

Artikel menarik hari ini..anak beranak hadis melayu.....

abuamiir: Nak ubah benda benda ni makan masa sikit tapi pada yang sama kena ada sifat lapang dada, berhikmah dan jauhkan unsur unsur nak merendah rendahkan serta menghina oranglah...

Artikel di atas sesuai dibaca bersama artikel ini

Entry Two:

Petikan beberapa laporan akhbar

1. Syor jawatan utama sampai akhir hayat
GEORGETOWN: Jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar dicadangkan supaya dipegang oleh pemimpin yang sama sehingga akhir hayat kecuali mereka tidak lagi mampu memberi khidmat seperti jatuh sakit. berita penuh

Usul jawatan PM, MB disandang sepanjang hayat
PULAU PINANG 10 Sept. – UMNO Bahagian Arau dalam mesyuarat perwakilannya baru-baru ini meluluskan usul yang mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dijawat sehingga akhir hayat bagi mengelakkan berlakunya krisis kepimpinan pada masa depan.

abuamiir: Ingat jawatan tu macam nabi ke boleh pegang sampai mati? Sape ketua bahagian tu ek

2. Syor lantik duta promosi negara
CHANGLOON 10 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum menyarankan kerajaan menggunakan kebijaksanaan dan kebolehan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu mempromosikan Malaysia kepada negara luar.

abuamiir: Kalau offer ni dibuat sebelum pemilihanlah...saya ghase ghaselahlah mesti Tun tak jadi nak bertanding perwakilan :P....by the way... Nak jadi perwakilan bahagian pun tak layak ...... takkan jadi duta promosi boleh lak..

3. ‘Poligami menjadikan saya lebih sihat’
UNAIZAH, Arab Saudi 10 Sept. – Mempunyai seorang isteri merupakan satu amalan biasa dalam masyarakat Islam. Berkahwin dua atau tiga mengundang masalah tetapi berkahwin empat dan hidup bahagia dengan pendapatan sederhana sebanyak RM3,797 (4,000 riyal) bukan sahaja jarang berlaku tetapi sukar dipercayai.

Komen: Memang sihat aaa sebab tak payah sakit kepala,jantung or hati fikir pasal minyak naik, tol naik, letrik naik.Sane boleh aa buat, tol takde, minyak murah, Belanja minyak keta ngan bayar tol kat malaysia ni dah leh kaver sorang isteri pertama agaknya kat sane... tahun depan naik lagi tol kabarnya...


4. Tukar keris di bendera UMNO
SUNGAI SIPUT 9 Sept. – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mencadangkan Keris Panca Warisan berwarna hijau yang terhunus pada bendera UMNO sejak 60 tahun lalu digantikan kepada lambang lain yang lebih sesuai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menegaskan, lambang keris tidak bersarung tidak lagi sesuai digunakan kerana walaupun ia melambangkan hak serta perjuangan orang Melayu tetapi ia juga membawa maksud pergaduhan.

Komen: Hahahaha ingatkan tukau dasar ke tukar presiden ke apa tadih....

Entry Three:

Jumaat lepas first time amiir husaini diperkenalkan secara langsung dengan Dr Aziz Rantissi, Syeikh Ahmad Yasin, Syeikh Solah Syuhada melalui program tayangan video dan makluman perkembangan terkini di Lubnan sebelum dan selepas gencatan senjata.Taklimat disampaikan oleh Dr Rani Osman (sape ni? carik sendirik aaa) dan disusuli dengan kutipan derma. Alhamdulillah kedatangan menggalakkan walaupun ianya adalah program yang dirancang dan diorganise dalam masa kurang seminggu .Hampir RM2000 berjaya dikumpul. Masa tengok video Dr Aziz tu dengan iringan nasyid yang bersemangat terdiam aa kejap die, tiba turn tayangan slides duk sibuk kacau An ( Tokwan Muhammad) last last duk kejar kucing. Tapi alhamdulillah dia stay sampai habis program bole tunggu baba die kemas tempat etc.

Ingat lagi tulisan ummu amiir pasal Dr Aziz Rantissi
" still sad with Adel Aziz Rantissi's news.. was thinking this morning after my late Isya' prayers that how I wanted my children to have the spirit like pejuang HAMAS.. but terfikir pulak.. if the time comes, am i prepared to be as strong as the ummahat in Palestine to let them go.. "


....Rabbighfirli......my iman is weak! "


By sekarang kalau ditanya ummu amiir pasti dengan laju beliau menyatakan kesediaan beliau....... ya lah itu sahaja jalan pintas ke syurga untuk manusia biasa dan jalan paling cepat untuk "reunion".

Ahad lepas pula amiir dan muhammad dengan diikuti oleh abu amiir dan ummu muhammad ikut program dengan kengkawan MMU di Teras Jernang, fruitful session sape tak datang takde sebab... rugi banyak kalaupun tak rugi pahala..... rugi ilmu, rugi experience sharing, rugi makanan best best, rugi otak otak free yang sheeril & dayang bawak, rugi dapat special price utk dot dot dot...(abu nufayl jer tahu ni......)

Bulan puasa ni ada lagi dengan pengisian dan agenda yang lebih menarik insya allah so sesiapa yang berkenaan jenguk jenguklah email anda selalu untuk mendapat jemputan.



Penutup:

GAZA: Ketika dunia memberi tumpuan kepada isu di Lubnan dan Iraq, penduduk Gaza sebaliknya kini di ambang bencana kemanusiaan terutama kebuluran berikutan tindakan kejam rejim Zionis di kawasan itu lebih dua bulan lalu. Kesengsaraan 1.5 juta penduduk Palestin yang terkurung di Gaza dan diharamkan meneruskan kegiatan ekonomi seperti berniaga, bertani dan menangkap ikan selain hidup dalam ketakutan kerana serangan kejam Israel hampir setiap hari, didedahkan akhbar perdana Britain The Independent dan akhbar Israel sendiri, Haaretz.

Bulan Ramadhan nanti macam mana lah mereka..................

Allahumma Ballighna Ramadhaan.............

Nantikan...

1. Rasulullah SAW bersabda "Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya".

2. Dari Abdullah Bin Mas''ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

3. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.

Ada apa pada 29, 30 dan 31 Ogos.....

Lina Joy : Recall Dulu dulu

Kenapa Saya ops.....
Salam....

Kenapa saya kata kes Hartina kita kalah?


Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun
1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat
menemui bapanya,Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd.
Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab
peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat
dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School
A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang
pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza
(17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang,
tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu
dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun.
Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai
kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.Bayangkan
bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya
setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami
tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya
kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.
Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang
Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di
Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk
kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di
Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari
situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di
Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut
hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik
kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat
pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci,
telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada
kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam
6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak
menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang
ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan,
saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah
lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung
pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru
kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin
memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan
surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang
mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah
menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah
tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa
saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang
zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di
Mambang di Awan,Kampar.Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki
tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang
banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki
ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama
mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung
perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan
pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang
bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya
langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada
6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga
10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk
tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang
demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan
saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu
membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah
dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi
agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar
namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan
perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin
dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu
kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut
hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran
perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat
dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah
menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru
lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan
kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang
ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar
terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya
mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus
ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan
dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya
kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat
laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah
dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami
tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada
malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi
tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana
awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang
bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan
sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad
pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada
saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak
menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas
kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya
cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam
26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan
teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu
di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan
saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama
saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam
bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki
telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu
akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00
tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah
reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat
panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin
menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah
menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami
berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei
1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah
menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas
pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah
daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat
Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia
tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak
30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan
Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan
malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati
dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk
proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah
segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke
Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap
bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima
sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah
menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam
di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami
memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya
menetap di BatuCaves untuk menguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita
dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus
mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke
Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis
tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang
mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara
sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat
dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat
dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang
diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik
berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan
susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak
berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip
mereka.Empat minggu kawan sayamencari,minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang
diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu
ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan
Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.
Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah
menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996
sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai
Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah
pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami
meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan
diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu
buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya
kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali
kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya
diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali
namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam
masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai
pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan
kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki
Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya
sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan.
Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes
ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan
bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya
saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya
melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh
kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya.
Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa",
saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu
berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika
itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah
membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk
memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil
anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri
Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali,
tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam
bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.
Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh
tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang
lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi
mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak
dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar
panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar
yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut
keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah
sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama
dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya
berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya
Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan
barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meterdihadapan
saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate
saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk
bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun,
seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk
menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk
mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang.
Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu
melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang
meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan
bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana
tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada
di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.
Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya
ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar
tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan
Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang
dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran
polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa
ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad
saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua
hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang,
Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang
rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan
senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.(En.Kamaruddin terhenti
seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00
seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya
masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung
dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina
dan rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh
perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun,
tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan
jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah
saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis
Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang
turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu
usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia
Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang
menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu
polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan
kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan
tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?
Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak
polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang
merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua
minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa
dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak
mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan
supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah
tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara
palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan
kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes.
Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami
sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih
bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya
harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul
persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya
yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah
An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang
dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak
dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah
menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada
rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah
caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina
kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam
agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak

memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui
atas perbuatannya itu.


Kenapa Saya Kata Kes Aishah Bokhari kita pun tak menang?


http://aishahb.tripod.com

Doakan yang terbaik pada Pandangan Allah

Entry One:

Ibu ke Mekah doa Lina Joy kembali ke pangkuan Islam

Oleh Sadatul Mahiran Rosli


KUALA LUMPUR 17 Ogos – Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali semula ke pangkuan Islam.

“Ini adalah amanat dan harapan mak sebelum mak bertolak menunaikan umrah.

“Alin, baliklah ke pangkal jalan dan bertaubat,’’ rayu ibu itu yang mahu dikenali sebagai Mak Som kepada Azlina dalam satu pertemuan dengan pemberita di sini hari ini.

Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya Alin dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Menurut Mak Som, keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.

“Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.

“Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam,’’ katanya dengan nada sedih.

Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.

Hadir sama dalam pertemuan yang diaturkan oleh Majlis Perundingan Wanita Islam dan Mothers in Iman itu ialah dua adik-beradik Azlina dan jirannya.

Tambah Mak Som, Azlina merupakan anak ketiga daripada enam beradik telah cukup diberi pendidikan agama sejak kecil.

“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.

“Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,’’ jelasnya.

Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.

“Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,’’ katanya.

Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidakpernah diduga keluarganya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.

“Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,’’ katanya.

Beliau sebagai wakil keluarga berharap rayuan ibu dan keluarganya mendapat perhatian Azlina.



lina joy

p/s : "Kes Jamaludin Osman (Joshua) Kita Kalah,Kes Suzy Teoh pun, Kes Ong Wan Chan Kita Kalah, Kes Natrah Kita Kalah..."

Entry Two:

Khusus pada peminat ronaldinho

http://www.emaratalyoum.com/Default.aspx?selpg=335

The news was published today in emirates today/emaratalyoum newspaper in reference to what was published in "Mondo" Spanish newspaper that:

He hopes that Israel would win the war against Lebanon
He is welling to give some Jewish kids in Israel gifts carrying his signature!
And finally he says that he is ready to support Israel financially through its war!!!!


TAMBAHAN:30/8/06

Penafian oleh Beliau:

http://www.ronaldinhogaucho.com/
http://www.fcbarcelona.com/eng/noticias/noticias/n06082817.shtml

Kejap Ada Kejap Takde

Entry One:


Lama tak dengar cerita? Sibuk ke?....


































Dulu dah janji nak menulis tapi asyik bertangguh, tunggu lah dulu ... tade masa lagik.. tak sempatlah... masa tak sesuailah...last last terus tak tertulis. Dulu abu amiir ingat nak menulis sedikit selepas pulangnya ke Rahmatullah datuk abu amiir dua bulan yang lepas. Salah seorang yang banyak berada di hadapan membantu kami sekeluarga sewaktu awal awal kami melalui detik detik yang getir selepas bapa abu amiir kembali ke rahmatullah dulu. Tanggungjawab yang terus ditunaikan walaupun si anak telahpun mempunyai keluarga sendiri. Semoga Allah merahmati dan menjadikan segala amalan baiknya sebagai perisai, penghapus dosa dan juga nilai tambah pada kedudukan beliau di alam "sana" sekarang. Alhamdulillah abu amiir sekeluarga sempat juga untuk pulang menziarahi beliau dua minggu sebelumnya dan juga pada hari kembalinya sempat untuk pulang walaupun terpaksa berkejar dari Ipoh ke KLIA dan KB untuk menyempurnakan jenazah beliau sebagaimana beliau pernah membantu dan mengajar abu amiir menyempurnakan jenazah ayah abu amiir enam tahun yang lalu.

Betul ke sibuk? atau betul ke masa kita tak cukup? macam mana nak kurangkan masalah tersebut? mungkin sedikit sebanyak panduan di bawah boleh diikuti......

Motivasi Mutiara Dr Danial - Keutamaan Dalam Hidup 2006-07-12

daniel

Assalamualaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan,

Alhamdulillah pertandingan bolasepak Piala Dunia FIFA telah selesai. Semoga kesemua kita kembali seperti sediakala dan tidak lagi kita terabai dan alpa dengan perkara-perkara yang kurang penting. Pada pagi ini Dr Danial hendak mulakan dengan memohon maaf terlebih dahulu sebab saya hendak menceritakan tentang satu insiden yang berlaku yang melibatkan diri saya. Oleh sebab cerita ini mempunyai perkaitan dengan diri saya sendiri, saya perlu memohon maaf sebab takut disalah fahami oleh pihak anda. Tujuan saya menceritakannya kerana disebalik kisah ini ada satu iktibar yang hendak saya sebutkan akhirnya.

Baru-baru ini selepas selesai saya menyampaikan satu ceramah di luar kawasan Pulau Pinang dan di hujungnya saya mengatakan dalam masa 2 bulan lagi insyaallah buku terbaru saya akan diterbitkan. Buku yang bertajuk Kecemerlangan Islam Dari Teropong Sains. Saya mengatakan bahawa di dalam buku itu saya memfokuskan tentang sains. Diantaranya ialah solat dan sains, Zikrullah dan sains. Kesemuanya yang berkaitan dengan islam, saya kaitkan dengan sains. Insyaallah 2 bulan lagi akan diterbitkan dan ia merupakan buku ke 11 Dr Danial alhamdulillah.

Selepas itu saya telah dikerumuni oleh satu kumpulan pensyarah dari universiti tertentu. Mereka bertanya kepada saya bagaimana saya boleh memberikan masa sehingga boleh menulis sebanyak 11 buah buku sedangkan saya juga sibuk dengan klinik, motivasi di radio, khutbah, ceramah-ceramah, syarikat, keluarga dan seumpamanya. Satu soalan yang berbentuk peribadi yang susah untuk saya menjawabnya sebab jika saya menjawab, seolah-olahnya saya hendak menceritakan tentang kehebatan diri sedangkan saya masih menyedari saya masih lagi lalai,alpa, cuai. Disudut ibadah masih banyak lagi kekurangan yang ada pada diri saya. Masakan saya bersedia untuk menceritakan tentang kehebatan saya. Itu tak mungkin bisik hati kecil saya. Saya tidak mahu menipu diri sendiri tetapi saya perlu menjawab sesuatu.

Akhirnya saya bertanya kepada mereka. Sekarang musim bolasepak piala dunia PIFA. Adakah anda semua bangun pagi untuk menonton bolasepak. Kesemua pensyarah itu tersenyum simpul sambil mengakui ada menonton bolasepak. Dalam masa sebulan ini hampir setiap pagi kami akan bangun untuk menonton pertandingan bolasepak. Saya bertanya kepada mereka adakah mereka tidak merasa mengantuk. Mereka mengakui merasa mengantuk tetapi oleh sebab mempunyai matlamat dan tujuan untuk bangun menonton bolasepak maka hilanglah mengantuknya. Saya berkata kepada mereka, saya alhamdulillah kerana tidak sekalipun saya bangun pagi untuk menonton bola.

Mereka berkata mungkin Dr Danial tidak meminati bola. Tidak!! kata saya. Saya berbohong jika mengatakan kepada anda bahawa saya tidak meminati bola. Alhamdulllah ketika di sekolah Menengah Jelutung dahulu dari tingkatan 1 ? 5 saya mewakili sekolah dan dalam masa itu kami telah menjadi johan seluruh Pulau Pinang sekali dan naib johan seluruh Pulau Pinang sekali.. Ketika belajar di luar negara iaitu Alexandria saya menjadi kapten bolasepak pelajar-pelajar Malaysia di sana. Jadi saya meminati bolasepak malah pernah menjadi kapten semasa berada di luar negara satu ketika dahulu. Saya amat meminati bolasepak tetapi tidak bangun pagi untuk menonton bolasepak.

Mengapa??. Saya merasakan itu membuangkan masa. Saya ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan. Jika tuan-tuan sanggup berkorban seperti yang dilakukan untuk bangun pagi kerana bolasepak, tuan-tuan boleh menulis lebih banyak buku daripada saya. Boleh menghafaz quran, hadis-hadis, menguasai bahasa arab untuk memahami bacaan al-quran dan boleh melakukan banyak lagi perkara kebaikan jika tuan-tuan sanggup berkorban sebagaimana yang tuan-tuan lakukan untuk menonton bolasepak sebulan ini.

Rumusannya ialah kita ini sibuk tetapi sibuk kepada perkara yang tidak penting. Sebab itu kita tidak banyak boleh mencapai kegemilangan dalam hidup walaupun kita sibuk kesana kemari. Bagi saya, tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan orang yang berjaya ialah orang yang menjadikan perkara utama itu utama dan perkara kedua itu kedua. Orang yang sentiasa tidak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang ialah mereka yang menjadikan perkara kedua itu pertama atau dalam bahasa sekarang sekundar menjadi primar.

Mari sama-sama kita kenali keutamaan dalam hidup kita. Tentukan keutamaan. Meminati bolasepak adalah perkara biasa terutama bagi kaum lelaki. Sekarang kaum hawa pun nampaknya sudah meminati bolasepak. Tetapi ingat, jangan sampai bolasepak menjadikan kita tersepak. Jangan sampai kita yang menjadi bola bukan bola yang menjadi bola. Kita yang terpelanting ke sana kemari disamping juga dengan bola. Jangan itu berlaku kepada kita. Akhirnya kita akan merungut tidak ada timelah. Tidak ada masalah untuk mengaji quran, tidak ada masa untuk menulis buku. Tidak ada masa untuk menghafaz sedikit sebanyak dari quran. Tidak masa untuk melakukan kebaikan itu dan ini. Tidak ada masa!! masa!! masa!! sedangkan persoalannya ialah bukan kita tidak ada masa cuma kita tidak pandai untuk mengurus masa. Masa ada. Kita menarik nafas sepenuh masa tetapi tidak pandai mengurus masa.

Maka benarlah Allah swt berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 1-3 yang bermaksud " Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, mereka itu ialah mereka yang khusyuk dalam solatnya dan tidak menghabiskan masa untuk melakukan perkara yang sia-sia". Itulah contoh orang-orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka menjaga solat bukannya bangun pagi untuk menonton bolasepak kemudian tidak bersolat subuh. Mereka menjaga solat dan khusyuk dalam solat. Kedua mereka tidak membuang masa kepada perkara yang tidak penting.

Semoga insyaallah kita tidak membuang masa pada perkara yang tidak bermanafaat dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kita bersama untuk melakukan yang terbaik bagi hidup kita. Insyaallah. Boleh saja meminati bola tetapi jangan anda dan saya menjadi bola. Semoga
Allah memberikan kekuatan kepada kita.

(Credit to Brotherfaiz)


Entry Two:
" America recognizes that civilians in Lebanon and Israel have suffered from the current violence, and we recognize that responsibility for this suffering lies with Hezbollah. It was an unprovoked attack by Hezbollah on Israel that started this conflict. Hezbollah terrorists targeted Israeli civilians with daily rocket attacks. Hezbollah terrorists used Lebanese civilians as human shields, sacrificing the innocent in an effort to protect themselves from Israeli response."

" Some say that America caused the current instability in the Middle East by pursuing a forward strategy of freedom, yet history shows otherwise. We didn't talk much about freedom or the freedom agenda in the Middle East before September the 11th, 2001; or before al Qaeda first attacked the World Trade Center and blew up our embassies in Kenya and Tanzania in the 1990s; or before Hezbollah killed hundreds of Americans in Beirut and Islamic radicals held American hostages in Iran in the 1980s. History is clear: The freedom agenda did not create the terrorists or their ideology. But the freedom agenda will help defeat them both. "

hezbollah_logo

" Hezbollah, of course, has got a fantastic propaganda machine and they're claiming victories and -- but how can you claim victory when at one time you were a state within a state, safe within southern Lebanon, and now you're going to be replaced by a Lebanese army and an international force? And that's what we're now working on, is to get the international force in southern Lebanon. None of this would have happened, by the way, had we -- had 1559, Resolution 1559 been fully implemented. Now is the time to get it implemented. " George W Bush - August 14, 2006

Ada apa dengan Resolusi 1559?

Entry Three:
" Umat Islam masih lagi alpa meskipun perancangan jelas yang dipimpin oleh Amerika bagi merubah peta rantau Arab bermula dengan menamakannya sebagai Timur Tengah yang baru. Berdasarkannya, Amerika bertindak sebagaimana seorang tuan bertindak terhadap hambanya, atau sebagaimana seorang pemilik bertindak terhadap barang-barang milikannya. Ganjilnya, kita tidak mampu menentang.

Amerika Syarikat mahu rantau ini berubah dengan Israel menjadi satu-satunya kuasa yang mencengkam dan boleh memaksa agar segala kehendaknya terlaksana terhadap semua negara Arab. Sesiapa yang tidak percaya terhadap hakikat ini, dia hendaklah melihat kembali kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Seluruh dunia menyeru agar genjata senjata segera dilakukan, namun Amerika adalah satu-satunya negara yang menentang dengan menyeru agar peluang diberikan bermatlamat untuk merubah hakikat realiti yang sedang berlaku.

Bahkan lawatan yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Amerika, Condoliza Rice lewat dilakukan bertujuan memberikan peluang kepada Israel untuk menyempurnakan perancangannya untuk memusnahkan semua prasarana kehidupan di Lubnan dengan meruntuhkan rumah-rumah, membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan menyebabkan ribuan rakyat kehilangan tempat tinggal. Inilah Amerika sebenarnya. Selagimana ia menjadi pemberi perintah dan larangan kepada negara kita, maka selama itulah kita akan tetap menjadi hambanya yang sentiasa patuh kepada segala perintah dan larangannya! "

"Saya tidak membezakan antara Syiah dan Sunnah, meskipun Syiah berbeza dengan kita dalam beberapa perkara cabang. Mereka tetap terdiri daripada ahli La ilaha illallah. Mereka mempunyai persamaan dengan kita dalam banyak perkara-perkara prinsip. Mereka bersama-sama dengan kita dalam lingkungan umat Islam, sebahagian yang tidak terpisah daripadanya.

ahmedinajad

Namun saya mempunyai kata-kata nasihat yang ingin saya sampaikan kepada mereka. Saya tidak bersetuju dan mengutuk sikap fanatik yang ditunjukkan oleh Syiah di Iraq. Saya menyeru agar mereka meninggalkan tindakan keganasan yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara mereka dari kalangan ahlis sunnah. Mereka hendaklah menghalang daripada berlaku penyembelihan yang sedang berlaku, kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada penjajah Amerika dan regim Zionis" Dr Yusuf Al Qaradawi 27 Julai 2006


Entry Four:

Saya pernah mendengar ada cerita yang menkhabarkan bagaimana Hashemi Rafsanjani (Mantan Presiden Iran yang tewas kepada Ahmadinejad dalam percubaan untuk menjadi presiden kali kedua) sewaktu menziarahi maqam Rasulullah SAW beliau telah meludah kepada maqam Abu Bakar (mungkin juga Umar Al Khattab sekali) Kejadian tersebut telah menyebabkan Syeikh Huzaifi sewaktu dalam khutbah beliau selepas itu menghentam secara terbuka perbuatan tersebut yang menyebabkan Rafsanjani dan rombongan mereka bangun dan terus keluar dari Masjid Nabawi.Insiden tersebut juga telah menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua negara menjadi tegang seketika. Apapun mungkin ada sahabat yang boleh sahkan lagi cerita ini source yang saya dengar ini dalah reliable.

rafsanjani

rafsanjani tehrean

Iranian Former president Akbar Hashemi Rafsanjani (L) prays during Friday prayers at a University in Tehran July 21, 2006


Almarhum Said Hawwa dalam bukunya Khomainiyyah – Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif Khomeini: Keganjilan pada Aqidah dan Pendirian yang ditulis selepas melawat sendiri Iran menyeru melalui risalahnya agar pemuda-pemuda yang bekerja untuk Islam tidak tertipu dengan Revolusi Iran dan strategi Khomeini yang menghidangkan kepada umat Islam sebuah model negara yang batil, mundur dan dipenuhi perhambaan sesama makhluk. Beliau juga mengingatkan kita supaya tidak mengabaikan amaran-amaran Rasulullah SAW tentang kemunculan Dajjal bersama Yahudi dari Asfahan dan Khurasan sebagaimana yang tertera di dalam beberapa buah hadith sahih di dalam Sahih Muslim dsb
(Credit to Saiful Islam)

Kalaupun Hizbullah yang ada pada hari ini masih dengan anutan yang sama dengan Khomeini ataupun Khameini.Biarlah sokongan dan bantuan kita pada mereka bukan kerana anutan mereka .Biarlah ia dibina atas dasar kemanusiaan.

Nasrallah_and_khamenei

Leader of Hezbollah, Sheikh Sayyed Hassan Nasrallah kisses the hand of his mentor Iran's supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei, Courtesy of MEHR NEWS AGENCY.

zoher

Palestinian carry the body of Zoher al-Kafarnah, 50, who was killed by an Israeli air strike on Monday during his funeral in the northern Gaza strip August 14, 2006

anak zoher


The son of Zoher al-Kafarnah, who was killed by an Israeli air strike on Monday, mourns during his funeral in the northern Gaza Strip August 14, 2006