Kutip mana mana tah..

Tulisan ni takde kena mengena dengan Hari Wanita y ang akan disambut pada isnin depan. Bacalah macam masuk mata kanan keluar mata kiri.


Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


---- sumbangan:Lelaki ensem

Peluk Islam kerana kagum

Peluk Islam kerana kagum

JEDDAH: Tersentuh dengan upacara serba ringkas pengebumian pemerintah Arab Saudi, Raja Fahd, yang diadakan di Riyadh awal bulan ini, seorang paderi terkenal Itali terbuka hati untuk memeluk Islam, menurut laporan akhbar.

Paderi berkenaan yang menonton upacara pengebumian menerusi televisyen satelit kagum dengan persiapan serba sederhana di upacara itu, lapor akhbar Al-Riyadh tanpa menyebut nama paderi itu.

Raja Fahd dikebumikan di tanah perkuburan Al-Oud sehari selepas dia menghembuskan nafas terakhir dalam upacara ringkas yang dihadiri ramai pemimpin dunia.

Pendakwah Islam, Dr Abdullah Al-Malik, berkata upacara pengebumian ringkas Raja Fahd memberikan kesan dramatik kepada minda paderi berkenaan yang membawa kerelaannya memeluk Islam.

“Walaupun dia membaca banyak buku Islam sebelum ini, ia tidak membawa impak sama,” katanya.

Ini kes kedua tokoh utama Itali memeluk Islam membabitkan Arab Saudi dengan empat tahun lalu, duta Itali ke negara itu, Torquato Cardilli, memeluk Islam.

“Paderi berkenaan menonton upacara pengebumian Raja Fahd dan seorang lain menerusi televisyen dan tidak menemui sebarang perbezaan.

“Cuma ada satu sembahyang jenazah diadakan untuk kedua-duanya dan mayat dikebumikan di dalam kubur serupa. Contoh baik ini mempengaruhi paderi terbabit dan mendorong dia memeluk Islam,” kata Malik.

Pendakwah Islam di Itali pernah memberikan buku dan kaset mengenai Islam kepada paderi terbabit sejak 15 tahun lalu tetapi apa yang membuka hatinya ialah kesederhanaan upacara pengebumian diraja.

“Saya pernah membaca beberapa buku mengenai Islam dan mendengar banyak kaset Islam sejak bertahun-tahun dulu, ia tidak pernah menarik minat saya.

Katanya, dia percaya upacara itu akan mengubah fikiran ramai orang dan mendesak media Islam memberi tumpuan kepada cerita berkaitan toleransi dan kesaksamaan dalam Islam untuk menarik minat lebih ramai orang bukan Islam memeluk agama suci itu.

Pengarah Yayasan Pendidikan Islam di Jeddah, Badr Al-Olayan, berkata penghijrahan paderi berkenaan kepada Islam ialah ‘berita amat baik.’ – Agens

Fakta Jabatan Kaji Cuaca

atomic explosion - 6 - KingShot1952


Entry One

Penangan Bom Atom yang digugurkan pada 6 dan 9 Ogos 1945.



corpse

--Mayat seorang kanak kanak


prehiro

--Sebelum

posthiro

--Selepas Macam Lepas Tsunami


dome atom

--Selepas kejadian

Atomic Bomb Dome in Hiroshima

--60 tahun selepas itu


first bomb

--Inilah ghupe bom yang digugrkan pada tarikh tersebut digelar "fat boy"


Entry Two

Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.

Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.

Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jerebu
Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?
Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Jerebu, Kabus atau Kabut?
Jerebu sering disalah anggap dengan kabus atau kabut. Pada awal pagi atau selepas turunnya hujan apabila suhu rendah dan kelembapan tinggi, kabus dan kadangkala kabut terbentuk di kawasan lembah dan tanah rendah. Ianya akan hilang perlahan-lahan setelah matahari naik. Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.

Adakah Jerebu Merbahaya?
Jerebu yang berasal daripada sumber semula jadi seperti garam laut dan debu tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif. Semasa episod jerebu, orang awam digesa supaya mengikut arahan / nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Bagaimana Kita Boleh Kurangkan Kejadian Jerebu?
Pertama, hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini. Peningkatan kenderaan bermotor juga merupakan sumber utama zarahan jerebu di bandar. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya. Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah, malah merupakan juga sumber zarah terampai di atmosfera. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan generasi akan datang.

Apakah Peranan Kerajaan?
Dua agensi pusat yang terlibat secara terus dengan hal-hal berkaitan jerebu ialah Jabatan Alam Sekitar dan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (PKM). Kedua-duanya di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. PKM memonitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca disamping beberapa parameter yang berkaitan dengan kualiti udara ambien. Salah satu parameter yang diukur ialah kepekatan jumlah zarah terampai yang berkaitan secara langsung dengan keamatan jerebu. Parameter cuaca lain seperti ketampakan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin merupakan petunjuk penting dalam memahami fenomena jerebu dan meramal kejadian dan kehilangannya. Aktiviti pemonitoran dan penyelidikan yang dijalankan oleh PKM merupakan sebahagian daripada usaha negara dalam mengawal dan mengurangkan jerebu.
Kerjasama rapat dikalangan semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta media massa amat diperlukan semasa episod jerebu bagi memastikan semua data yang diperlukan dalam membuat keputusan diperolehi dan sebarang nasihat dapat disebarkan dengan cepat kepada orang awam. Diperingkat serantau, ASEAN telah memulakan Pelan Kerjasama ASEAN Pengurusan Pencemaran Rentas Sempadan untuk menangani isu-isu seperti jerebu rentas sempadan.

I'm Fat !!!

Entry One

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"


Entry Two

Cara Mengira Keseimbangan Berat Dengan Tinggi

Indeks Jisim Tubuh : Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian

Contoh : Jika berat badan saya 72 kg dan ketinggian anda 1.72 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.9584
Kemudian bahagikan 72 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 24.3

Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obeseity berat badan berlebihan

Nasib baik aku bukan termasuk golongan yang berlebihan.

Entry Three

Tunggukan esok artikel sempena bom atom

AWAS!!!!

Entry One

NISAN RAJA FAHD HANYA BATU KOSONG

p/s: Saya ingat nak menulis sedikit mengenai peristiwa ni tapi tengok tengok Pak Subky dah tulis dulu dan idea pun lebih kurang (Not to say dia curik idea saya eheh) so kira pakai yang Pak Subky punyalah. Nice writing, baca sampai habis.Harap sabarlah jugak kali ni gambar lebih sikit mungkin kalau tak pakai streamyx tu lambat lah sikit nak loading( Ada unsur unsur iklan sikit ayat ni :P )

UMAT Islam dan seluruh penduduk dunia adalah bersama keluarga Raja
Fahd dan keluarga diraja Arab Saudi bersimpati pilu atas kemangkatan
raja Arab yang berpengaruh dan kaya raya.( Utk makluman Almarhum/keluarga diraja Saudi adalah yang pernah disenaraikan oleh Majalah FORBES sebagai yang terkaya di dunia)

King's Palace & Crown Prince's Palace

King's Palace & Crown Prince's Palace

Selain dari baginda seorang raja negara Arab yang berpengaruh, sudah
tentu baginda adalah orang yang begitu berkuasa dan boleh menentukan
apa saja untuk hidupnya dan masyarakatnya.

Dalam suasana begitu berkuasa, baginda menerima keputusan yang ikut
ditentu dan dikuatkuasakannya selama baginda berkuasa mengenai
layanan kematiannya dan pemegang takhta negara itu sebelum dan
selepas ini.

Ia patut menjadi perhatian semua manusia terutama orang Islam betapa
pengkebumian seseorang Islam itu tidak mengira sehebat mana pun
hendaklah disempurnakan sesederhana mungkin, serengkas dan secepat
mungkin.

Demikianlah acara pengkebumian Al Marhum Raja Fahd adalah sangat
rengkas dan tidak menunjukkan kemegahan dan kehebatan. Beratus-ratus
kali rengkas dibandingkan dengan kematian Pope John Puat 11 dan Raja
Monaco beberapa bulan lalu.

Farewell Tears

Farewell Tears


ARCHBISHOP PLACES VEIL OVER FACE OF POPE

ARCHBISHOP PLACES VEIL OVER FACE OF POPE


CARDINAL RATZINGER CELEBRATES FUNERAL OF POPE JOHN PAUL II

Cardinal Joseph Ratzinger, (Pope Sekarang), uses incense to bless the casket of Pope John Paul II


coffin was lowered into the grave beneath St. Peter's Basilica.

coffin was lowered into the grave beneath St. Peter's Basilica



Bukan tulisan ini bertujuan untuk mengkritik mana-mana system
terutama agama orang lain, tetapi adalah untuk melihat sesenang itu
acara pengkebumian seorang raja Arab Saudi semasa hidupnya berkuasa
memengaruhi harga minyak dunia.

Jika tidak kerana raja sekarang terpaksa menunggu kunjungan pembesar
dunia di hari pekembumian itu, tentu jenazah Raja Fahd itu
disemadikan lebih segera dan lebih senang.

Tiada sebarang pengusungan yang menandakan keagungan. Hanya jenazah
yang sudah dikafankan diselimuti oleh satu kain penutup berwarna
biasa, diletak di atas pengusung yang diusung beramai-ramai, malah
ia lebih sederhana dari yang diterima oleh seorang rakyat Palastin
biasa yang terbunuh oleh peluru Israel.


FA2MM7

FA3X7



Jenazah kanak-kanak Palastin yang dibunuh Israel diusung beramai-
ramai dengan usungan yang berhias sederhana juga tetapi ia jauh
lebih hebat dari yang diterima oleh Raja Fahd.

Jika hiasan dan layanan itu menjadi ukuran kehebatan, maka jenazah
seorang kanak-kanak Palastin lebih hebat dari jenazah seorang raja
Saudi yang berkuasa penuh.

Hatta raja dan pembesar beragama Islam selain dari Saudi tidak
berupaya melaksanakan layanan seperti yang diberikan kepada raja
Saudi itu.

Baginda dimakamkan bersama kubur orang lain yang tidak membezakan
mana makam dan mana kubur. Semuanya kubur dan seolah-olah tiada
makam. Semua kubur itu ditanda dengan ketul batu yang kosong. Tiada
nisan bersurat ia kubur siapa dan tarih matinya. Keluarga masing-
masinglah yang tahu makan dan kubur ibu bapa masing-masing.

Saudis pray for the soul of late King Fahd

Solat Jenazah ke atas Raja Fahd

he shrouded body of late Saudi King

Syaikh Nasim, seorang pendakwah terkemuka di zaman kita ini, yang
terkenal di barat dan di kalangan orang ternama, juga tidak asing
bagi masyarakat di Malaysia pernah memberi raja dan keluarga raja di
Malaysia yang merainya betapa keraian yang diberikan kepada jenazah
Iskandar Zulkurnain, raja agung pernah menguasai dunia dari Lautan
Atlantik ke Lautan Pasipik di zaman purba Islam.

Kerananya diusung ke tanah perkuburan dengan kedua belah tangan dari
paras buku lali hngga ke jari-jari dapat dilihat orang ramai. Kedua
tangannya terhulur keluar sebelah atas keranda.

Ia adalah untuk perhatian semua manusia selepasnya, betapa berkuasa
sekalipun seorang manusia seperti Raja Iskandar Zulkurnain itu,
dengan segala kekayaan harfa dan pemberian opeti raja-raja lain,
tetapi baginda pergi meninggalkan istana dan mahligai ke kekubur
dengan dua tangan kosong yang dapat dilihat oleh orang ramai.

Keluarga dan pembesar Iskandar Zulkurnain tidak memandai-mandai
untuk berbuat demikian kerana reaksi risiko dari masyarakat ada
tinggi. Tetapi diyakini ia adalah wasiah raja itu sendiri. Maka
barulah orang hidup berani berbuat demikian.

Arab Saudi mempnyai cukup tanah untuk membuat benteng dan binaan
atas kubur raja-rajanya. Tetapi kubur raja-raja Saudi adalah contoh
yang terbaik yang wajar diberi perhatian oleh orang Islam di
Malaysia.

Saya tidak berhajat untuk menyentuh makam raja-raja di mana-mana dan
kubur-kubur Perdana Menteri di Masjid Negara, tetapi sekadar kubur
rakyat jelata di sekitar Kuala Lumpur ini rata-rata dipenuhi dengan
binaan-binaan kecil di permujkaan kubur masing-masing.

makam1

Makam Negara

Ia menjadikan suasana kubur kawasan batu-bata yang sesak. Penjimatan
tanah kubur dalam era tanah kubur sempit dan terhad tidak dapat
dilakukan. Di kampung-kampung yang rakyat rata-rata miskin, tanah
kubur masih dapat dijimatkan. Justeru kubur rata-rata berbatu nisan
saja, maka antara dua kubur lama yang berjiran masih boleh digunakan
untuk ahli kubur yang baru.

Kubur di Kuala Lumpur yang berselerak dengan batu binaan,
menyukarkan pengusungan jenazah baru yang terpaksa melalui dan
melangkah kubur yang ada, dan batu binaan itu dijadikan tempat duduk
semasa mengkuburkan ahli kubur yang baru.

Alangkah besarnya bidaah kubur-kubur bertujlis ayat-ayat suci di
langkah manusia mengusung jenazah.

Bila bapa saya meninggal, orang kampung minta kebenaran saya untuk
membuat binaan di kuburnya. Kata mereka makam bapa saya layak diberi
penghormatan begitu dan tidak menjadi kesalahan.

Saya pun suka masyarakat menghormati bapa saya dan kubur. Emak dan
kakak saya yang jarang keluar rumah melainkan atas izin suami,
mengiatkan saya jangan setuju dengan pengikut-pengikut bapa saya.
Pesan bata saya, jangan hiasi kuburya begitu.

Bagaimana kubur bapa dan emak saja ada nisan bersurat yang cantik
juga. Saya kubur mereka tidak sesederhana kubur Raja Fahd, Raja
Faisal dan lain-lain. Saya terasa malu kepada masyarakata Saudi.
Bapa dan bonda saya orang kebanyakan, tetapi kubur mereka lebih
hebat dari kubur Raja Fahd sedang baginda adalah raja dunia.


Saudi ruling palace in Riyadh

Saudi ruling palace in Riyadh

Kubur bapa saya sangat sederhana dari kuburan kebayakan ahli kubur
Malaysia, tetapi kesederhanaan itu masih kalah dibandingkan dengan
makam Raja Fahd. Baginda lebih sederhana.

TOMB OF POPE JOHN PAUL II

TOMB OF POPE JOHN PAUL II


Saudis look at the grave of late King Fahd

The grave of late King Fahd. Tempat Tinggal Transit sementara menanti Yang Kekal

Ust Fadzil

Makam Ust Fadzil



Terfikir juga untuk menggantikan nisan mereka dari batu yang cantik
itu dengan seketul batu kosong seperti pusara Raja Fahd. Tetapi saya
belum memutuskannya takut jadi isu di kampung.

Saya mungkin ada pandangan kritis tentang pemerintahan Raja Saudi,
tetapi saya suka dengan layanan kematian mereka. Islam mahu serba
sederhana dan rengkas. Raja Saudi berjaya melaksanakannya dengan
baik. Yang baik dari raja Arab itu wajar dicontoh. Jangan yang tak
baiknya dicontohi dan baiknya tidak dipedulikan.

Raja Abdullah yang menggantikan Fahd wajar mengekalkan yang baik itu
dan menjuahkan yang tidak baik dari yang lama.

Subky Abdul Latif
SeTAPAK
04/08/05


Entry Two

Berhati hati

Macam serupa tapi sekali kali TAK SAMA!!!!!!!!!!!!!!!

siratul mustaqim

siratul mustaqim1

siratul mustaqim2

Menarik.....

Entry One

MATI: AKHIR KEHIDUPAN ATAU PERMULAAN PERJALANAN AKU INGIN HIDUP SELAMANYA

Firman Allah swt bermaksud:”Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati.” (Surah Ali Imran, ayat 185).

ORANG ISLAM BOLEH JADI KAYA KE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim).

AKU NI CERDIK ATAU DOT DOT?

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Orang yang sempurna akalnya (yakni cerdik dan pintar) ialah orang yang suka memeriksa dirinya sendiri, di samping banyak beramal sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Ada pun orang yang lemah (yakni yang bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa nafsunya dan berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal).”(Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

AZAB KUBUR: BOLEH PERCAYA KE?

Rasulullah saw bersabda maksudnya:“Kubur adalah tempat pertama menuju akhirat, kalau seseorang itu sudah lepas dalam persoalan kubur, maka ujian selepasnya akan menjadi lebih ringan, tetapi kalau belum lepas, maka yang sesudahnya akan menjadi lebih hebat / dahsyat lagi." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

TENGOK ORANG MATI SENANG JE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesungguhnya mati itu adalah amat pedih seumpama ditetak dengan pedang beberapa kali atau digergaji atau digunting dengan beberapa kali guntingan.”(Hadis riwayat Abu Na'im).

AKU KAYA, AKU PANDAI, AKU SIHAT SEBAB AKU USAHA SENDIRI.

Sabda Baginda saw bermaksud:“Pergunakan (rebutlah) lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum keadaan tuamu, keadaan sihatmu sebelum datang keadaan sakitmu, keadaan ketika engkau kaya sebelum datang keadaan engkau miskin, keadaan ketika engkau lapang sebelum datang waktu sibuk, dan keadaan semasa engkau masih hidup sebelum datang kematianmu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Credit to : http://syashasya.tblog.com/


Entry Two

Hari ni hari Jumaat Jom Selawat..


1. Baginda bersabda kepada malaikat yang bermaksud: "Apabila seseorang mukmin membaca selawat sekali untukku, maka selawat itu akan diambil oleh malaikat Izrail dengan izin Allah dan akan disampaikan ke kuburku.

"Maka berkata malaikat itu, Wahai Muhammad, seseorang sudah pun membaca selawat untukmu. Lantas dijawab oleh Muhammad: Aku akan membalasnya dan sewajarnya orang itu mendapat syafaat daripadaku."

Rasulullah meminta malaikat menyampaikan 10 selawat kepada orang itu. Kemudian malaikat pergi ke arasy menyampaikan peristiwa itu kepada Allah. Allah meminta malaikat menyampaikan 10 lagi selawat.

Sumber Berita Minggu, 29.9.96


2. Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :



"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Petikan :

"Himpunan Cerita-Cerita Lelaki dan Wanita dalam Al-Qur'an dan Hadis"

Buku 9,Halaman 121-122

3. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim



Entry Three



Lama tak de citer realiti pasai Amiir ...nantilah...

Mencari Cinta

Rahim Noor minta maaf kepada Anwar, kes selesai luar mahkamah
Wednesday, August 03 @ 13:57:40 MYT


"Anwar akan dibayar sejumlah wang gantirugi tetapi pihak mana yang bayar tidak akan diberitahu"


KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor meminta maaf secara terbuka dari bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan maaf itu dibacakan oleh peguamnya di Mahkamah hari ini dan menyebabkan kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

Harakahdaily difahamkan ia diselesaikan dengan permohonan maaf dari Rahim Noor itu dan Anwar akan menerima sejumlah bayaran ganti rugi tetapi tidak diketahui jumlahnya dan pihak mana yang akan membayarnya.

Menurut peguam Anwar, Gobind Singh Deo, Peguam Rahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah terbuka hari ini.

Anwar menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara ekoran tragedi 'Mata Lebam' yang dialami Anwar ketika di tahan oleh polis selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri 1998 lalu.

Suruhanjaya Bebas yang dibentuk selepas itu mengesahkan Rahim yang memukul Anwar dalam lokap di Bukit Aman sehingga matanya lebam.

Rahim juga telah dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini.

"Kami hanya boleh menyebut sejumlah wang akan dibayar kepada Anwar manakala Rahim akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Anwar dan keluarganya," kata Gobind.

Anwar dikatakan menerima kedua-duanya dan telah menarik balik samannya itu dan bersedia melupakan segala yang telah berlaku ke atas dirinya itu.

Gobind juga mengesahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan kerajaan tidak akan memohon maaf tetapi hanya Rahim sahaja.

"Nampaknya Anwar melihat permohonan maaf dari Rahim itu jujur dan gembira dengannya," kata Gobind lagi.

Bagaimanapun, Gobind menegaskan, kliennya membuat saman ini bukan kerana wang tetapi ingin memberitahu pasukan polis tindakan (Rahim) itu tidak wajar dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
- ZS

Catatan:

a. Penulis Buku 50 Dalil dah dihukum bersalah dan dipenjara setahun
b. Pendakwa raya kes telahpun meninggal selepas koma untuk tempoh masa yang lama
c. Penumbuk telahpun mengaku bersalah
d. Saksi utama telahpun ditangkap berkhalwat dan berzina
e. Penulis surat telahpun dibuang daripada keluarga, ayah tak mengaku anak
f. Yang dituduh telahpun dibebaskan Mahkamah
g. Penuduh?


Entry One



1. Malaysia antara negara terbaik di dunia untuk didiami - Kajian

KUALA LUMPUR 7 April - Beberapa kajian di peringkat antarabangsa tahun lalu menyenaraikan Malaysia antara negara yang terbaik di dunia untuk didiami berdasarkan kualiti hidup, pekerjaan dan keselamatan.


Sumber Utusan Malaysia 8 April 2005

2. Kenaikan kadar tol Plus perlu rasional- 20/12/2004

Pengumuman Menteri Kerja Raya mengenai kenaikan 10 peratus kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi semua jenis kenderaan mulai 1 Januari 2005 mendapat pelbagai reaksi negatif. Alasan kenaikan tersebut adalah berdasarkan kepada perjanjian baru yang dimeterai antara syarikat konsesi lebuh raya berkenaan PLUS Expressway dengan kerajaan pada 8 Julai 1999 yang membenarkan kenaikan tol 10 peratus tiga tahun sekali sehingga 2029.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive


3.Petrol 10 sen, diesel 20 sen

KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel masing-masing 10 sen dan 20 sen seliter - berkuat kuasa esok.
Dengan keputusan terbaru itu, harga runcit baru petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.62 seliter, petrol (RON 92) RM1.58 seliter dan diesel RM1.281 seliter.
Di Sabah dan Sarawak pula, harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.60 dan RM1.61 seliter, RON 92 RM1.58 seliter di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.284 dan RM1.278 sen seliter.
Kali terakhir kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel ialah Mei lalu, juga sebanyak 10 sen dan 20 sen


Sumber Utusan Malaysia 1 Ogos 2005

4. Tarif elektrik akan naik -- Kadar baru tidak bebankan pengguna berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kerajaan akan mengumumkan struktur baru kadar tarif elektrik dalam tempoh terdekat ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan kadar baru itu tidak akan membebankan pengguna berpendapatan rendah dan pengguna berhemat.Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik memberitahu, kadar tarif elektrik negara tidak disemak semula sejak 10 tahun lalu.

Tarif elektrik yang rendah sekarang, katanya, menyebabkan ada orang kaya memasang pendingin hawa di stor rumahnya, tempat menyimpan wain dan cerut.(Kadar tarif baru itu akan diumumkan) secepat mungkin, tidak mungkin pada tahun hadapan kerana ia terlalu lama,kata beliau kepada pemberita

Sumber Utusan Malaysia 3 Ogos 2005



Entry Two

1. Gaji ahli Parlimen naik 10% -- Kesemua kenaikan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2004

KUALA LUMPUR 11 April - Gaji dan elaun semua ahli Parlimen termasuk menteri akan dinaikkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2004.Ini bermakna, setiap seorang ahli Parlimen secara puratanya akan mendapat tunggakan elaun lebih RM6,000 mengikut tarikh lantikan atau pemilihan.

Pendapatan baru bulanan ahli Parlimen ini selepas Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dibaca untuk kali pertama pada sidang Dewan Rakyat, hari ini diluluskan.
Kali terakhir elaun bulanan ahli Parlimen dinaikkan sebanyak 10 peratus ialah pada tahun 2002.



Sumber Utusan Malaysia 12/04/2005


1. Gaji dan elaun Perdana Menteri dinaikkan daripada RM20,751.50 kepada RM22,826.65.
2. Timbalan Perdana Menteri pula daripada RM16,516.50 kepada RM18,168.15 sebulan.
3. Gaji menteri-menteri Kabinet dari RM13,552 kepada RM14,907.20.
4. Gaji timbalan menteri pula dari RM9,861.50 kepada RM10,847.65.
5. Gaji bulanan Setiausaha Parlimen juga ikut naik iaitu dari RM6,534 kepada RM7,187.40.
6. Anggota Dewan Rakyat akan mendapat saraan bulanan sebanyak RM6,508.59 dari RM5,916.90
7. Anggota Dewan Negara pula sebanyak RM4,112.79 dari RM3,738.90.
8. Yang Dipertua Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat, gaji bulanan kedua-duanya akan dinaikkan daripada RM12,496.90 kepada RM14,846.59.
9. Gaji Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat pula,dinaikkan daripada RM8,800 kepada RM9,680 sebulan.
10.Gaji Ketua Pembangkang sebanyak RM3,496.90 akan dinaikkan kepada RM3,846.59 sebulan.


Ringkasan dari
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive


2. Adun dapat tambahan RM50,000 lagi

DUN yang bersidang hari ini, turut meluluskan kenaikan gaji Adun sebanyak 10 peratus.
Dr Mohamad Khir berkata, kenaikan itu selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan elaun Anggota Parlimen melalui pindaan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan), April(Rujuk keratan akhbar 12 Apr 2005) lalu.

Sumber : http://www.mbselangor.net.my

Kenaikan yang dimaksudkan adalah kenaikan elaun Menteri Besar, ahli-ahli EXCO dan ADUN Selangor yang diluluskan oleh dewan undangan negeri Selangor semalam.

Kenaikan 10 peratus itu pula dikebelakangkan penguatkuasaannya iaitu bermula tahun 2004 Bermakna tunggakan elaun untuk MB sahaja selama 19 bulan mencecah RM25,000. Boleh beli sebuah rumah kos murah!

Bermakan berkuatkuasa serta merta elaun Menteri Besar adalah RM14,175.15, Timbalan MB RM7,440.29, EXCO RM6,109.29 dan ADUN RM4,112.79

-Petikan Dari http://n32.blogspot.com/