tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label yui jawab apa anda tanya. Show all posts
Showing posts with label yui jawab apa anda tanya. Show all posts

Friday, January 06, 2017

Yui jawab apa anda tanya

Haritu saja up entry untuk benarkan korang tanya satu soalan sebelum 2016 melabuhkan tirai. Jadi dalam entry ini Yui akan menjawab setiap soalan yang diajukan.


Soalan pertama dari KakZakie
Selalu promo produk kecantikan siap tunjuk macamana hasilnya
Betulkah Yui pakai semua produk tersebut?
Sebab kakak nampak Yui memang dah berkulit bersih:)



Jawapan Yui,
Yang mana Yui pakai, Yui akan mention. Sebab Yui menjual pelbagai jenis produk. Hehehe. Kalau customer tanya, Yui akan jawab sejujurnya. Kadang untuk kita sendiri tak berapa ok, tapi untuk orang menjadi. Berniaga sebab nak membantu orang lain juga. Terima kasih puji kulit Yui, Yui pakai Tati, eh ehh  =)


Soalan kedua dari Sally Samsaiman
Novel yang Yui rasa paling memberi kesan tahun ni?


Jawapan Yui,
Tiada satu pun novel Yui beli tapi Yui ada beli buku Descendants of The Sun versi bahasa Melayu dan ada pelbagai gambar. Jadi Yui nak habaq, itulah buku yang beri kesan pada Yui sebab berulang kali Yui tengok cerita itu dan berulang kali juga air mata mengalir. Sobsobsob.


Soalan ketiga dari Norhayati Mohd Isa
Apakah azam Yui tahun 2016 yg telah terlaksana ?


Jawapan Yui,
Azam takde tapi cincin idaman 2015 ada. Sampai lajak tahun dah tak dapat ni. Hahaha.


Soalan keempat dari E'in
adik yui dh kawen.. yui bile lg? eh jgn marah! kbai!!! :p


Jawapan Yui
Soalan biasa dah tu. Hahaha. Yui ea? InshaALLAH, baru nak merancang. Eh eh =p


Soalan kelima dari Siqah Hussin
Apa yang paling Yui nak untuk tahun depan? :D


Jawapan Yui
Tahun 2017 ni nak apa ea? Nak tunang/nikah. Wakakaka, padahal takde langsung persiapan awal. Tapi Yui nak dapatkan balik cincin impian 2016 yang belum lagi diperoleh. sobsob.


Soalan keenam dari Timm Bill
yui keje as ape eh? hoho..hihi, punya xtau nk tnya apo..kiki


Jawapan Yui
Yui kerja swasta di Ar-Rahnu X'Change ( bahagian emas ).


Soalan ketujuh dari Dunia Zumal
Yui, ada tips tak utk berjaya dalam bisnes?


Jawapan Yui
ALLAH, macam tak layak nak bagi tips sebab Yui masih suam kuku/peniaga bilis lagi. Tapi melalui pembacaan dan pemerhatian. nak berjaya, kena KEKAL BERUSAHA. Chaiyok zumal!


Ok, selesai dah menjawab. Moga puas hati dengan jawapan yang diberikan ya. Thank you korang sebab rajin bertanya. Ekekeke.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 13, 2016

Yui jawab apa anda tanya

Ewaaaahhh,
Kemain tajuk rasa minta lempang. Oklah, ini gara-gara entry "berani" aku bagi sesiapa yang nak tanya, tanya aje. Jadi, ini entry untuk memberi jawapan.


Nurfaezah Abdullah : Anak no berapa?
Yui : Nombor 1 a.k.a Kak Long


Siqah Hussin : Yui umur berapa, kerja apa, tinggal mana?
Yui : Tahun 2016 bersamaan 28 tahun, kuli di Arrahnu, Sg Siput, Perak


Diana RashidAkak ada baca kat satu blog ni dia kata boleh mandulkan kucing seawal 3 minggu..tapi ada hari tu akak tanya Fuzie dia kata kena tunggu 3 bulan sebab nak menyusu anak..

Tapi kan ..kalau kita nak mandul kan dalam masa 3 minggu tu boleh ke?boleh ke kita beli botol susu kucing dan susukan dia je sementara nak tunggu mak dia ok ..

Keliling rumah akak ni banyak kucing jantan.Tu yang risau sangat ni..Sejak beranak sampai sekarang akak tak bagi lansung Cici keluar sebab takut kucing jantan dekat..

tak nak la dia mengandung dah sebab anak dia ni banyak .lagipun takut jiran2 tak suka je

Yui : Yui pernah mandulkan ibu kucing yang baru melahirkan anak. Tapi Yui buat lepas sebulan dua dia beranak. Alhamdulillah okay, kalau akak berani, boleh buat. Ikut nasihat veterinar. Kurung adalah langkah yang terbaik untuk elak dia mengawan lagi sementara menunggu masa untuk dimandulkan.


Siti Nurzafirah : Siapa Syafiq?
Yui : Teman tapi mesra. InshaaALLAH kalau ada jodoh, dialah bakal imam


Ok, selesai sudah menjawab. Semua dah tahu kan?
Kalau rajin, aku buka lagi episod Anda tanya, Yui jawab. Eceeeeeeh!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 24, 2013

[7] Yui jawab apa anda tanya

Entry pertama di pagi hari Isnin adalah untuk menjawab pertanyaan anda dalam [7] Anda tanya yui jawab. Jom baca jawapan dariku.


1) Eza Boom Boom : Macam mana nak konsistem update blog kalau student macam eza ni? 
Yui : Pertama sekali thanks suka baca blog yui. Untuk hal macam itu, yui cadangkan sediakan entry siap-siap iaitu autopublish. Sekurangnya sehari satu entry pun dah memadai. Bukan setakat sesuai untuk student macam Eza, pekerja macam yui ni pun boleh amalkan. Tambahan kalau pergi kursus, lagi busy memanjang. Taknak blog terabai, buat autopublish. Tapi jangan lupa jejak balas ya.


2) Umie Artoqiemie :  nusha orang mana? apa yang best kat negeri kelahiran nusha? 
Yui : Lama dah orang tak panggil ai nusha. Hihi. Yui orang Perak. Dilahirkan di Parit Buntar. Apa yang best? Harus baca segmen { ini }.


3) Ain Syahirah : Kak Yui pernah tak ada parut jerawat? Kalau pernah, produk apa paling berkesan hilangkan parut jerawat yg kak Yui pernah guna?
Yui : Alhamdulillah kulit akak takde masalah jerawat. Kalau time "bulan mengambang" mungkin ada seketul keluar lepas itu hilang. Akak just pakai produk Safi =)


4) Eca Dwinky Asha : ari tu yui g bandung,berapa banyak duit yg yui belanjakan?
Yui : Yui ada update jumlah perbelanjaan kasar yang dikeluarkan. Eca boleh rujuk entry { ini }. 


Minggu ini hanya ada 4 soalan. Maka cepat sahaja entry ini ditaip. Haha. InsyaALLAH GA bulanan Nurul Yui akan dilancarkan. Sabar menanti okay.


Jemput baca entry penuh { sini }
Rasa sebelum Ramadhan, order sebelum Syawal
=___=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 22, 2013

[7] Anda tanya Yui jawab

Sesi tanya kembali lagi. Sekali seminggu sahaja sesi macam ini. Jom teruskan lagi sesi tanya ini. Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Kenapa suka berblog? [ soalan ]
Untuk menambah kenalan dan bertukar pendapat[ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retiskan. Tangan dibahu, mata ke atas. Haha!


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.

Sesi keenam bertanya


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 17, 2013

[6] Yui jawab apa anda tanya

Untuk entry ini adalah berdasarkan soalan di [6] Anda tanya Yui jawab. Tunaikan janji sebaik mungkin. Hihi.


1) Syazana Zain : ok so nak tanya movie terbaru yui tengok cerita apa?
Yui : Movie terbaru yang duk ada memang tak tengok. Last tengok bulan lepas, 18/5/2013. Cerita Star Trek. Serious bagi yui sangat best walau pelakon yang ada sangat sikit.


2) Nurul Baidurah : Umur Yui berapa tahun yerk??
Yui : Untuk tahun 2013 25 tahun. Yui bagitahu tarikh lahir ya 18/10/1988. Nanti jangan lupa bagi gift. Hihi.


3) Amanda Suria : Yui dah berpunya ker?
Yui : Walaweh soalan akak. Buat masa ini masih kepunyaan mak dan abah. Walau bagaimanapun sudah hampir 5 tahun mengenali seseorang. Alhamdulillah harinilah genap 5 tahun  =)


4) Azizah :  adik yui yg affat tu masih belajar kat Port Dickson?? 
Yui : Ada lagi yunk tahun ini kat PD. InsyaALLAH raya ini dia balik. Kot-kot nanti kami pergi sana, boleh jenguk Jijah kan. Jijah ada sini bila?


5) Rosmiza Ali : Yui duk Ipoh kan? area mana ye?
Yui : Yui menyewa di Lahat. Tak jauh dari AEON Station 18. Tapi hari biasa sahaja ada. Sabtu Ahad di Sg Siput. Di teratak ibunda dan ayahanda.


6) Cik Nur : Nur nak tanya pasal cucuk vansin kucing tu..berapa yea kos dia..? dan yui pegi klinik swasta ke kerajaan?
Yui : Untuk cucuk vaksin RM 30 sekali cucuk. 3 bulan pertama tiap-tiap bulan harus cucuk dan kemudian setahun sekali. Setakat ini yui pergi veterinar kerajaan. Lebih murah.


7) Zulhilmi Tempoyak :  zulhilmi hensem x..?
Yui :  Hensem dari segi aspek macam mana ea? Yui pun tak pasti nak kategorikan. Tapi tengok gambar nampak comel. Hihi. Sedap mata memandang. Luaran tak penting, yang penting hati budikan?


Ok, settle sudah segala pertanyaan. Moga jawapan yang diberi memuaskan hati anda. If ada apa-apa, boleh komen di entry naaaa.


InsyaALLAH minggu depan ini ada lagi sesi soal jawab.


Korang yang nak berkenalan dengan blogger baru, boleh terus klik pada namanya. Siap letak link blog. Meramaikan kawan takpe, jangan menambah musuh!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, June 15, 2013

[6] Anda tanya Yui jawab

Sesi tanya kembali lagi. Sekali seminggu sahaja sesi macam ini. Itupun kalau mood mari. Hihi. Jom teruskan lagi sesi tanya ini. Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Berapa banyak yui update dalam sehari? [ soalan ]
Hari biasa paling sikit 2-3 entry, Sabtu dan Ahad satu entry sahaja[ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retis. Lalalala.


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 10, 2013

[5] Yui jawab apa anda tanya

Entry ini untuk aku jawab pertanyaan kalian berdasarkan entry { ini }. Terima kasih kepada mereka yang bertanya.


1) Kakzakie : Sampai bila agaknya pergolakan politik Mesir akan berakhir? 
Yui : Sampai bila itu kita tak pasti. Yang pasti kita doakan segalanya berakhir. Takkan nak pergolakan selama-lamanya. InsyaALLAH, sampai masanya nanti pasti ada perubahan


2) Aishah Jahirah :  apa pendapat yui kesukaran graduan sekarang untuk dpt kerja tetap? 
Yui :  Tak dinafikan, memang agak payah nak dapat kerja. Tambahan lambakan graduan yang semakin bijak pandai. Persaingan semakin ramai. Untuk kerja sambilan pun sukar tambahan kerja tetap. Bagi yui, kerja sahaja mana dulu asalkan halal. Tak perlu nak ikut sangat taraf pendidikan kita. InsyaALLAH rezeki itu ada. Yang penting jangan memilih sangat. Dari nak dapat kerja tetap terus duduk rumah menganggur pula.


3) Ayut : yui suka seorang kawan yang macamna ek? 
Yui : Yui suka kawan yang tak lupa kawan. Ingat saat susah senang. Tidak terlampau berkira atau suka mengungkit. Sebenarnya yui berkawan dengan semua tak kira macam mana. Asalkan bukan kawan yang tikam dari belakang.


4) Eca Dwinky Asha : tema perkahwinan yang yui impikan???
Yui : Amboi, tanda seru sampai 3x! Hahahaha. Oklah, secara jujur tak terfikir pasal tema perkahwinan. Asalkan simple dan sedap mata memandang cukupla. Kih kih.Tema bunga gitu.


5) Cik Nur : Sinchan makan berapa kali sehari? 
Yui : Paling sikit 2x sehari. Jenis Shinchan, dia akan pergi pada bekas makanan dia dan akan goyangkan supaya kita dengar. Itu tandanya dia nak makan tapi sikit sahaja. Makan sikit tapi kerap. Kucing lain pun sama.


6)  Maya MustWany : macam mana biznes craft? bila nak bukak kedai?
Yui : Alhamdulillah okay. Ada permintaan, adalah craftnya. Kedai? InsyaALLAH. Buat masa ini lebih kepada online dan kedai hanyalah rumah sahaja. Hihi. Doakan ya.


7) Anonymous :  Kat puo amik kos ape?
Yui ambil Diploma Pengajian Perniagaan ( Pengurusan ). Terima kasih Anon sudi bertanya.


Selesai sudah menjawab. Moga jawapan yang diberi memuaskan hati yang bertanya. InsyaALLAH minggu depan sambung lagi ya.


Settle sudah hantar Lela untuk cucuk vaksin.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, January 14, 2013

[4] Yui jawab apa anda tanya

Entry permulaan di hari Isnin haruslah untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam entry [4] Anda tanya Yui jawab


Cik Nur : Sehari berapa byk blog yg yui wajib BW? 
Yui : Yang WAJIB haruslah update dari bloglist. Lepas itu yang mana datang komen. Bukan apa, dashboard yui KERAP masalah maka itu sahajalah inisiatif yang ada. If dashboard ok, yui terjah aja. Selalunya lebih 30 blog sehari, tak kira plak =__=

Yousuf : Apa khabar? 
purata sehari berapa ramai yang jenguk blog yui ni ek?
Dah berapa kali dapat cek dari nuffnang?
Yui : Alhamdulillah sihat. Berapa ramai ea, kalau check kat Nuffnang, uv dalam 300+. Baru sekali cashout Nuffnang. InsyaALLAH hujung bulan nak buat lagi kalau takde masalah.

Mimie : Dah berapa ramai blogger yang Yui dah jumpa?
Yui : Kalau ahli keluarga Blogger Perak dah ramai jumpa. Yui pun pernah jumpa kak Intan Berlian, Ratu pecut Jijah, Hanis Zuber, kak Eintan dan semalam baru jumpa Ika Rongok.

Cekbolat : Boleh senaraikan sifat lelaki yang diblacklist dalam hati yui ?
Yui : Wah, kelassss soalan. Jujur yui tak suka lelaki panas baran dan cemburu buta tuli! Perokok tegar pun tak minat. Moga bakal suami yui TIADA sifat macam ini. Amiiin.


Itu sahaja soalan untuk sesi keempat. If takde halangan, InsyaALLAH diteruskan Sabtu ini pula. Terima kasih kepada yang bertanya dan moga anda puas hati dengan jawapanku.


UPDATE :
Cinta Misterikenapa buat soal jwb ni?
Yui : Salah satunya sebab yui takde idea nak buat entry apa. Tapi motif utama nak bagi peluang kepada mereka yang sudi bertanya. Itu sahaja. =__=


# Update selepas ini, berjumpa blogger Cik Ika Rongok.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, January 12, 2013

[4] Anda tanya Yui jawab

Sesi bersoal diteruskan minggu ini. Ada lagike yang nak tanya? Oh ya, pertanyaan tidak terhad kepada peribadiku semata-mata. Mungkin juga nak tahu hal lain. InsyaALLAH, ada jawapan aku bagi saja.


Silalah tanya apa sahaja soalan di entry ini. Ingat ya, entry ini. Soalan yang mempunyai tanda "?" sahaja akan dijawab. Mudah kan?


Contoh :
Apa yang yui suka makan? [ soalan ]
Yui suka makan apa sahaja yang halal =__= [ jawapan ]


Jika tiada apa-apa masalah, jawapan akan diberikan dalam entry pada hari Isnin. Sabar menanti ya sayang. Kih kih. Bajet kau retis. Lalalala.


Nak baca soalan-soalan sedia ada? Klik sahaja link di bawah okay.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 31, 2012

[3] Yui jawab apa anda tanya

Sebelum ada yang keliru, soalan-soalan ini berdasarkan entry [3] Anda tanya Yui jawab. Maka entry kali ini adalah bagi menjawab pertanyaan bloger-bloger berkenaaan.


Tihara : Boleh tak akak nak tau nama2 semua kucing yui?
Yui : Total sekarang ada 22 ekor. Yui bagitahu yang bernama jelah ya. Eton, Shinchan, Eton Junior, Oyen, Kelabu, Asap, Hitam, Pelik, Kika dan lain-lain panggil meow aje. Kih kih.

Nurfariza  : Yui tgh study ke sekarang? If ye, kat mane? If x, keje ape?
Yui : Dah habis study. Sekarang kerja di Ar- Rahnu X'Change di Ipoh.

Ayut : Ui study mane dulu?
Yui : Di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh.

Steffany Daph : Kak yui, asal dari mana yer ?
Yui : Akak dilahirkan di Parit Buntar, Perak =)

UPDATE :

CIk MudaApakah perancangan Yui untuk tahun 2013 akan datang besok?
Boleh senaraikan wishlist 2013 yui?
Yui : Rancang nak bercuti luar negara. Wishlist? Oh mak ai, nak tunang boleh? hahaha.

Sharina elyana : dr mana yui dpt idea craft?
Yui : Dari benda yang comel =__=

Okay, setakat itu sahaja soalan yang diajukan. Pada yang nak bertanya lagi, sila bertanya di entry berkenaan ya. Korang jangan marah sebab aku tak jejak balas lagi, insyaALLAH hari Rabu ku ganti puas-puas. 


Nak buka blog sangatlah slow sebab kuota dah habis. Adik gian main game, geram rasanya. Maka, sabar menanti kunjung balas dariku ya. Terima kasih memahami.

# AL hari ini. Selamat bekerja pada yang kerja =__=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, December 29, 2012

[3] Anda tanya Yui jawab

Episod pertama dan episod kedua sesi pertanyaan sudah dijawab. Jom teruskan untuk sesi ketiga. Mana tahu ada lagi pertanyaan yang korang nak ajukan. Biar korang tanya sampai tak tahu nak tanya apa, aku tutup segmen ini. Kih kih.


Maka silakan tanya apa saja soalan di entry ini. Diingatkan sekali lagi ya, persoalan yang mempunyai "?" sahaja akan dijawab ya. Sekian terima kasih =__=


Contoh : 
Yui, apa hobi yui ya? [soalan
Yui suka buat craft buat masa ini [jawapan]



InsyaALLAH takde apa-apa akan dijawab Isnin sebab hari Isnin aku cuti. Takut ada hal lain perlu buat. Cadangnya nak ke Veterinar.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 24, 2012

[2] Yui jawab apa anda tanya

Jawapan dalam entry ini adalah berdasarkan soalan dalam entry [2] Anda tanya Yui jawab. Walau ada yang tiada tanda "?"  tapi takpe, kali ini aku jawab ya. Lepas ini, tak jawab tau sebab korang tak tanya namanya tu. Hihihi.


Siti Farhanayui bila nak blnje kita?
Yui : Bila awak datang Station 18, Ipoh yui belanja ya =__=

Tihara
yui study kat mana dulu?

di mana percutian impian yui?
apa kenangan paling manis bagi yui?

Yui : 
Di Politeknik Premier Ungku Omar, Ipoh
Takde percutian impian lagi ni kak. Hihihi.
Paling manis bila satu keluarga berkumpul. Setiap kali berkumpul itulah kenangan manis bagi yui.

Teratak Hati : Yui umur berapa?
Yui : Tahun 2012 yui berusia 24 tahun

Nadia Johari : Tempat mana yui selalu pergi
Yui : Selalu pergi AEON Station 18, Ipoh sebab beli makanan situ. Kih kih kih

AzizahMacamner masa yui bekerja yui boleh luangkan masa berblog eh?
Yui : Suka soalan ini. Okay, untuk pengetahuan anda, yui bekerja menghadap pelanggan. Kira ada pelanggan baru ada keje. Maka bila yui boleh bw, balas komen, chat, tonton drama on9 kiranya time tu yui freelah ya.

Sharina : yui..kenapa cute ??
Yui : Itu tanya pasal yui ke tanya pasal blog? Lalalala.

Wanieysyui happy tak dengan kerja yui sekarang
Yui : Alhamdulillah yui happy kak. Suka sangat lagi tenang dari sebelum ini.

kenapa adress web yui ada no 1706 ye?
maksud akak yang www.nusha1706.blogspot.com tu?
apa maksud nombor tu?
Yui : Alahai malu nak jawab soalan ni. Okay, secara jujur mula-mula dulu bina blog pasal nak ceritakan kisah aku dan Shapit. nusha1706 maksudnya Nurul+ Shafiq dan kami mula kenal pada 17/06/2008 melalui myspace. Kira link blog ini macam tanda ingatan lah. Wink wink.

AyutYui buat craft idea dtg dr mane ek?
Yui : Dari benda yang cute dan comel pada pandangan mata. Kadang-kadang dari google image juga.

Che Roslizabila nak kawen?
Yui : Kalau boleh kejap lagi =p

Nurul Husna kalau akak tunang yui datang tak?
Yui : Kalau area sini insyaALLAH mai je kak. Hihihi. Kalau tak bersangkut hal lain-lain.


InsyaALLAH segmen macam ini akan diteruskan lagi. Selagi ada persoalan dari anda, aku jawab sebaiknya ya. InsyaALLAH. Moga jawapan ku menepati soalan kalian.









guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, December 17, 2012

[1] Yui jawab apa anda tanya

Sebelum orang lain keliru, boleh rujuk entry Anda tanya Yui jawab untuk lebih memahami ya. Seperti dijanjikan hari Isnin yui menjawab segala soalan yang diajukan. Soalan yang lebih kurang sama dari blogger berlainan, aku jawab sekali jelah ya.


Cinta Siswi, Eca & Nur Farahiza : Yui bila nak kawen?
Yui : Kalau boleh harini juga nak nikah. Ahakz! Dia tak masuk minang yui, camne yui nak kawen? Pinangan orang lain ditolak walau hanya merisik khabar demi dia =__=


Jijah : Apa azam tahun 2013?
Yui : Cerita pasal azam, yui ni jarang nak berazam bagai sebab takut tak tercapai. Tapi tekad nak simpan duit ni. Bayar hutang. Hahaha!


Cik Nur : Apa hobi yui?
Yui : Buat masa sekarang hobi yui adalah bercraft.


Azhafizah : Yui ada resepi baru?
Yui : Ada tu ada tapi belum buat. Dah buat, yui up entry ya.


Lizza Licha & Nur Anis : Sekarang yui keje apa ?
Yui : Yui bekerja di Ar-rahnu X'Change, francais Bank Rakyat di Ipoh.


Aimi : Umur sis berapa?
Yui : Kalau ikut tahun 1988 umurku 24 =__=


Adyna : Bila nak bertunang?
Yui : Bila perancangan itu ada, insyaALLAH majlis akan berlangsung.


Tihara : Yui suka colour apa?
Yui : Paling suka pink, Tengok blog pon dah tahu =)


Myra Jay : Macam mana dapat idea untuk bercraft?
Yui : Wujud setelah sukakan benda yang comel. Kadang-kadang dari google image. Tengok gambar kartun. Tengok benda yang cute.


Ayut : Agak-agak nak jemput ayut tak?
Yui : Jangankan ayut, insyaALLAH semua reader blog ini bakal dijemput.


Itu sahaja soalan untuk episod pertama. Pertanyaan bagi episod kedua hari Sabtu ini. Soalan yang sama jika diajukan lagi, aku bagi link entry jawapan jelah ya. Hihihihi.


# Yang ku tahu, ku jawab. Aku merancang dan ALLAH menentukan.


Update : InsyaALLAH segmen macam ini setiap minggu
bergantung juga kepada masa dan mood =p





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^