Semalam mood rajin datang lagi. Bukan apa, bahan dah ada apa salahnya gunakan sebelum terpaksa masuk dalam cikpah ( tong sampah ). Resepi mudah dan menyenangkan. Paling utama mengenyangkan.
Bahan-bahan ( 1 orang )
1) 2 biji telur
2) Garam secukup rasa
3) Sedikit cheese
4) Salad
5) Tuna
6) Mayonis
7) Sos cili
8) Baby tomato 3 biji
Cara-cara
1) Kacau telur & garam hingga sebati
2) Masukkan dalam pemanggang ajaib ( lebih cantik strukturnya )
3) Taburkan cheese & tunggu hingga telur masak
4) Gaulkan tuna dengan mayonis
5) Letak salad, campuran tuna mayonis, tomato & sos cili
6) Gulungkan dan potong ikut saiz yang anda suka
* Boleh gantikan tuna dengan bahan lain. Boleh buat daging burger, ayam, udang, ketam & apa saja menu kesukaan anda. Boleh masukkan timun atau lebihkan sayur hijau yang lain.
Menu simplekan? Itu yang aku suka buat. Menu ini sesuai untuk mereka yang berdiet atkins. Aku sekarang dalam fasa 2, jadi boleh masukkan tomato. Yang berinduction boleh abaikan dahulu sekejap.
Aku suka buat menu macam ini. Motif? Nak bagi makan sayur hijau banyak-banyak. Sumbat dalam itu tak sedar ngap banyak. Hahaha.
Lepas ini nak cuba menu simple apa pula ya? Ada cadangan?
16 dak comei sayang YUI:
owh..engatkan guna roti tadi..telur rupanya..thanks for sharing..nnti boleh cuba..^^
sedap2...menu mcm ni mmg akak suka.
sedap nii.. boleh la try and error.hihi :P
nampak sedap ni yui :)
aku tabik spring dgn puan nursha kita.. still diet lagi. tgok hr tu dah kurus dah tu.. sila jgn buat sy jeles sgt..
buat menu lunch pun sedap gak ni
Sedappppp ;D
simplenya nk bt dan melazatkan ni..
sedap nmpak..mesti cuba resepi ni :)
wahhh menyelerakan la.. sedap ni
salam yui...nice sharing..:))
btw menabung volkswagen :)
Msti sdap ni kn..
Msti sdap ni kn..
alahaaiii nmpak sedap la plak...
Akak suka ambik resepi atkin, tp seallu failed nak fokus bebetul..huhuu
Tak pecah erk telur tu
Post a Comment