Berikut adalah review untuk filem MATRIX RELOADED.
Untuk filem ini, saya tidak letakkan sedutan video kerana mahu memendekkan review-review filem matrix ini. Dari sedutan lepas;
Mr.Anderson suatu jasad dalam matrix sering bertanya-tanya, apakah itu Matrix. Demi mencari jawapannya, dia bertemu dengan Morpheus. Lantas, di tinggalkan dunia matrix dan mulai melalui suatu perjalanan keyakinan. Tika itu juga, di sering di sebut-sebut tentang dirinya adalah The One walaupun dia tidak yakin akan hal itu. Akhirnya, dengan mati diri, dia bangkit semula dan mulai sedar siapa NEO dalam MATRIX itu.
---------------------------------------------------------------------------------
Neo telah menjadi the one bila dia sedar siapakah dirinya di dalam dunia Matrix,
Pada masa yang sama. Oracle telah menghilang entah kemana.
(di baca: Pabila sedar, Oracle/Masa akan hilang bahkan 'tiada', Masa bukan lagi satu point ke satu point seterusnya, tapi bersifat infinity... suatu LOOP yang sentiasa berulang dalam perspektif yang berubah-ubah)
Akan tetapi, Oracle sangat di perlukan kerana untuk memenuhi prophecy/ramalan yang menjadi permainan di dunia bahkan telah menjadi kepercayaan Morpheus agar Zion boleh di selamatkan
(dibaca: Dunia akan sentiasa dipenuhi 'cerita masa' depan dan akan menjadi kepercayaan dan di terapkan ke dalam agama dan adat. Ini adalah demi untuk meneruskan kehidupan agar dunia sentiasa di penuhi dengan harapan. Dari sinilah manusia akan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.)
Di samping itu juga, Neo memerlukan Oracle untuk menjawap persoalan tentang mimpinya, dimana Trinity akan 'mati'.
(dibaca: Inilah di sebut 'mimpi mukmim itu suatu berita/kenyataan'... Peristiwa akan datang akan di visualkan dalam pelbagai keadaan. Samada dejavu, mimpi vivid, meragasukma atau ilham. Tapi, kesan akibat 'mimpi' itu terpulang pada tindakan kita. Di sinilah 'fikir' amat berperanan. Buat baik dapat baik, buat jahat dapat jahat.)
Untuk mengetahui, berbaloikah Neo bertemu dengan Oracle 'yang baru',
Maka Neo harus berdepan dengan Ujiannya.
(dibaca: semakin tinggi ilmu, semakin berat beban yang akan di tanggung. Scene ini adalah mengenai AMANAH. Jika berlakon boleh pegang AMANAH, makanya, tumbanglah diri sebelum mampu menadah. Itulah beratnya AMANAH KHALIFAH)
SERAPH dulunya adalah pekerja bagi MEROVINGIAN, tapi telah membelotinya. Kemudiannya, dia menjaga ORACLE. Dengan kunci di tangannya, dia boleh access 'the backdoor'.
(dibaca: Seraph menjaga Oracle@MASA. Seraph juga memiliki kunci kepada 'Backdoor' yang mampu merentas masa/tempat. Dia juga bekas pekerja Merovingian yakni 'penjaga data'.
SERAPH bermaksud 'singular'. Dengan info itu, saya mengandaikan Seraph adalah mengenai BAKA. Mengikut terma tasauf melayu; BAKA ini adalah 'keturunan'. Origin BAKA bermula dari ADAM a.s hingga kini, tersimpan dalam 'backdoor' yakni DNA. Jadi, SERAPH bukanlah watak, tapi suatu system yang sentiasa bersama Oracle/Masa)
Setelah berjaya melepasi ujian, Neo dibawa melalui 'backdoor'.
Backdoor punyai ribuan pintu yang mampu merentas masa dan tempat.
Di hujung Backdoor, ada satu pintu yang memisahkan dengan 1 pintu lain. Satu pintu istimewa.
(dibaca: Backdoor itu boleh lah di umpamakan sebagai DNA atau JALURAN MASA/MEMORI yang infiniti, terkandung dalam diri manusia. Ia boleh di access tetapi dengan 'kunci yang betul'. Dalam terma tasauf; ia di kenali 'SAKA BAKA'. Boleh di ertikan sebagai 'ilmu generasi dahulu yang terkandung dalam 1 jalur warisan'. Kerana inilah Nabi menasihatkan agar MENJAGA KETURUNAN.)
Di suatu tempat, tika NEO bertemu dengan Oracle, di sinilah Oracle memperkenalkan dirinya sebenar. Bertanyalah NEO, samada bolehkan Oracle ini dipercayai kerana dia adalah salah satu sistem dalam dunia Matrix. Maka, jawap Oracle; itu terpulang kepadanya.
Di samping itu; Oracle menawarkan 'gula-gula' pada Neo walaupun Neo teragak-agak untuk menerimanya. Oracle tahu, akhirnya Neo akan mengambil juga.
(Dibaca: Masa adalah suatu 'sistem' dalam kehidupan. Masa akan memberi kemanisan dunia, andai tersalah langkah, ia boleh menjadi suatu keburukan Dan itu semua terserah pada diri sendiri untuk menilainya)
Selepas Oracle beredar, pada tika itulah Agen Smith tiba...
Kini dia bukan lagi dari sistem bahkan telah 'upgrade'. Semakin hebat Neo, semakin hebat dia.
Dan kerana itu jugalah, dia mampu untuk mengubah sesiapa saja di Matrix, menjadi dirinya.
(dibaca: Agent Smith adalah alter ego Neo. Ini bolehlah di tafsirkan sebagai sifat Keakuan. Me, Me, Me... and Me. Aku, Aku, Aku dan AKU !!! Sifat ini terhasil dari 'perasaan berjasad dan berkemampuan fizikal'. Lebih berkuasa si jasad/diri, lebih EGO jasad itu semakin jadi. Inilah di namakan CINTA DUNIA. Penyakit Wahn)
Melalui arahan Oracle; Neo di arah agar berjumpa dengan KEY MAKER.
Neo-Trinity-Morpheus dengan beraninya berjumpa dengan MEROVINGIAN,
sesuatu program yang mengawal segala data dan lebih memihak kepada 'dark side'.
Di sisinya, seorang wanita cantik, bernama PERSEPHONE.
Tidak mudah untuk MEROVINGIAN melepaskan KEY MAKER kepada mereka bertiga melainkan ORACLE di musnahkan.
(dibaca: Secara umumnya, bolehlah ia di tafsirkan sebagai AZAZIL (the fallen angle@LUCIFER).
Azazil adalah 'ketua malaikat' sebelum di usir@fallen. Kerana itulah ia miliki ilmu yang cukup banyak. Dunia menjadi 'gelap' adalah kerana ilmu yang di salah guna demi 'keakuan/Ego' yang mana mahu berkuasa. 'Darkside of the men' itulah dinamai Syaitan yang Nyata. Kejahatan bukan untuk di takuti, tetapi harus berhati-hati.)
Pada saat yang sama juga, MEROVINGIAN telah berlaku curang terhadap PERSEPHONE. Hal ini menyebabkan dia cemburu lantas memberi jalan untuk Neo-Trinity-Morpheus menemui KEY MAKER.
Ini terjadi dengan 1 syarat, 'kiss me'; kata Persephone kepada NEO. Takkala inilah TRINITY cemburu.Walaubagaimanapun, selepas semuanya selesai, mereka bertiga bertemu dengan KEYMAKER tanpa sebarang masalah dengan bantuan PERSEPHONE.
(dibaca: kerana ilmulah azazil ego. Itulah yang telah mencuranginya. Kerana itulah dia terusir dari rahmat. 'kiss me' itu bermaksud; 'rasai penderitaan-ku'... Sudah tentulah, Trinity@deria@diri rasa tidak mahu derita itu berulang lagi. Rahsia menuju Keymaker adalah dengan memahami penderitaan Persephone; yakni memahami usul terjadinya IBLIS yang jarang manusia berani untuk singkapkannya. Ini terjadi kerana manusia TAKUT dengan kejahatan sedangkan takut itu tidak seharusnya kepada sesama makhluk.
Secara simbolik:
Neo-Trinity-Morpheus (diri-deria rasa-ilmu ketuhanan) dengan yakin mendatangi Morpheus yakni 'IBLIS dalam diri' yang menyimpan Keymaker (DNA ORIGIN). Dengan memahami usul PERSEPHONE - MORPHEUS ini (terkandung dalam huruf Alif Ba Lam Ya Sin), maka ketemulah Keymaker yang terkurung itu.)
Sebelum bertemu dengan KEYMAKER, mereka semua telah bertembung dengan dua penjaga penjara yakni; ABEL dan CAIN. Takkala itu jugalah ABEL di bunuh. CAIN di suruh oleh PERSEPHONE untuk memberitahu MEROVINGIAN tentang tindakan mereka itu.
(dibaca: ABEL dan CAIN adalah kisah tentang Habil dan Qabil, yang mana Habil di bunuh. Di sini, diceritakan tentang godaan iblis yang mana kehendak berkuasa itu menyebabkan manusia saling membunuh. Dengan ilmu jugalah, manusia semakin hebat. Makin hebat, makin luas kemusnahannya.)
'CAUSE and EFFECT, my love'
itulah kata-kata Persephone kepada Merovingian untuk menangani Neo-Trinity-Morpheus dan Keymaker.
Neo bersendirian melawan musuh manakala Trinity dan Morpheus cuba menyelamatkan Keymaker dari The TWINS. Akhirnya; The Twins di kalahkan oleh Morpheus dan Keymaker berjaya di selamatkan.
(dibaca: Dengan yakin, Neo@diri itu akan berjaya menangani ilmu-ilmu jahat yang boleh mempermainkan dirinya. Di samping itu juga, KARMA@YINYANG@buruk baik akan sentiasa memburu Trinity@deria kita agar kita mengikuti kehendak duniawi. The Twins adalah 'emotionless'/tidak berperasaan'. Hanya dengan jalan ketuhanan, karma ini akan di patahkan yakni dengan 'bersederhanaan' / Neutral)
Di suatu saat;
telah berkumpul semua ahli, KEY MAKER memperkenalkan dirinya.
Dia harus bertemu dengan NEO agar dapat menyerahkan kunci menuju THE SOURCE.
Untuk tugas itu, semua harus bersatu...
Berkatalah Keymaker kepada 3 ketua disitu:
"There is a building. Inside this building, there is a level; where no elevator can go...and no stair can reach.
This level is filled with doors.These doors lead to many places.Hidden places.But one door is special.
One door leads to the source.... only the one can enter"
"terdapat 1 bangunan, di dalamnya, terdapat 1 tahap, di mana tiada 'lift' yang mampu capai, tiada tangga boleh capai. Di sini, terdapat pintu-pintu yang membawa ke banyak tempat. Tempat tersembunyi. Tapi ada 1 pintu yang istimewa, yang membawa kepada 'saripati'. Hanya the one yang akan memasukinya"
(dibaca: 3 ketua itu boleh lah di andaikan sebagai 3 bangsa yakni arab-israel-jawiah@mala-ur (Bani Ibrahim a.s) atau 3 bangsa di 3 tempat berbeza dari Bani NUH a.s.
Hanya tiga 'believer' ini yang mampu mencapai pintu 'saripati' itu. Dari 3 jalur utama ini, telah terbina 'saka baka'@backdoor untuk di capai. 'Hidden Places' boleh di andaikan sebagai 'ilmu tersimpan/tersembunyi'
Setibanya di 'backdoor', Neo-Morpheus-Keymaker telah bertembung dengan Agent Smith yang tiba entah dari mana. Akibatnya, Key Maker terbunuh walau mereka berjaya tiba di PINTU RAHSIA itu. Untuk meneruskan perjalanan, hanya NEO seorang saja yang mampu menuju ke suatu tempat yang di huni oleh THE ARCHITECT.
(dibaca: Backdoor adalah jaluran sakabaka,warisan,keturunan,DNA yang mengandungi pelbagai memori/ilmu/data. Takkala itu jugalah agent Smith@alter ego, sifat keakuan akan muncul. Lebih berilmu, lebih power, maka lebih berkuasa terhadap dunia.
Untuk menuju kepada THE SOURCE, Morpheus dan Keymaker tidak mampu sampai ke tahap itu...
Ini bererti, untuk memahami saripati, morpheus@ilmu keagamaan dan Keymaker@'status pemegang rahsia seperti ahlul bait/messiah/brahman etc' harus di lepaskan. Tika ini, harus tiba dengan 'kosong'. Tiada kemampuan apa-apa. KOSONG... cuma ada 'Neo' dan 'architect' sahaja.)
Tika bertemu dengan THE ARCHITECT;
dia memperkenalkan dirinya sebagai 'father of matrix'. Dia membina Matrix berasaskan pengalaman THE ONE. Bahkan terdapat 5 THE ONE sebelum NEO (neo adalah versi the one yang ke-6).
Dengan membiarkan NEO kembali kepada THE SOURCE, maka MATRIX seterusnya boleh di bina (yakni versi ke-7). THE ORACLE pula adalah 'Mother of matrix' yang berperanan sebagai 'the game' agar THE ONE boleh mengumpul pengalaman dan ilmu, dan seterusnya membolehkan The Architect membina versi Matrix yang lebih hebat. The Key Maker pula tugasnya adalah membawa Neo bertemu dengan The Architect, sebelum The one menuju pintu THE SOURCE.
Kerana keengganan NEO, maka saat itulah NEO bukan lagi mengikuti 'plan' The Oracle atau The Architect. NEO percaya pada dirinya dan pada saat itu jugalah dia cuba menyelamatkan TRINITY dari mati (sama seperti visi yang pernah di lihat dalam mimpinya).
(dibaca: Bolehkan saya andaikan The Architect itu 'tuhan'? Tapi, bagaimana mungkin NEO tidak menuruti 'tuhannya'... dan kenapa The architect perlukan NEO sedangkan The Architect lah paling 'berkuasa' di situ?!
Semua sistem seperti Oracle@masa, Seraph@Baka, KeyMaker@pencetus Baka/jalan, The Architect@tuhan?! hanyalah suatu perjalanan untuk NEO mengutip pengalaman dan ilmu agar membolehkan Matrix di naik taraf dan ini akan menyelamatkan Zion dari musnah.
Tapi, Neo tidak berkehendak begitu kerana 'cinta'nya pada TRINITY melebihi semua itu. DIRI harus Bersyahadah/menyaksikan kehidupan. "Menyaksikan" memerlukan deria dan rasa untuk itu. Tanpa deria rasa, ia tidak berguna.
Kerana itulah manusia menjadi 'makhluk teristimewa'. Saat 'hidup inilah untuk mengenal tuhannya. Bila sudah mati, ia hampa.
Disini, pernyataan ini bukan bermaksud menolak Ketuhanan atau bertuhan, tapi ia lebih bermaksud begini:-
'Tuhan' itu bukanlah ICONIC yang ada di sesuatu tempat, di sesuatu simbol, di sesuatu kalimah.
Bukan juga bertuhankan diri jasad itu. Bukan juga sesuatu yang tidak di saksikan.
Di sebut dalam Quran; 'aku lebih dekat dari urat mereh-mu'. Menyaksikan 'tuhan' itu melalui kesan ciptaanNYA tapi bukan ciptaan itu di sembah-sembah. )
Dek kerana keyakinan; NEO mampu menyelamatkan TRINITY dari 'mati'. Pada scene ini, NEO memegang jantung/hati TRINITY, dan saat itulah TRINITY hidup kembali.
(dibaca: bila tinggalkan segalanya, deria tidak berguna. Ia 'mati' dalam hidup. Oleh kerana kehidupan ini adalah suatu syahadah@penyaksian, maka deria itu harus sentiasa bersemadi bersama. Melalui hatilah diri dan jasad akan bergerak seiya sekata. Menyaksikan kehidupan bersama. Sentiasa 'zikir'/ingati bersama.)
Di akhir filem, Neo dengan berat hati memberitahu semua yang ada; lebih-lebih lagi Morpheus, bahawa segala 'ramalan/prophecy' adalah suatu tipu daya.
Peranan THE ONE adalah untuk mengutip data/ilmu/pengalaman untuk meneruskan pembinaan MATRIX. Manusia tetap akan binasa. Saat itulah, sudah ketiadaan apa-apa lagi untuk di sandarkan. Kini, mereka dengan keupayaan diri mereka sendiri.
(dibaca: ramalan masa depan yang kebanyakkannya terkandung dalam kepercayaan adat dan agama kadang kala menyebabkan umat sentiasa menunggu dan terus menunggu. Bila semua itu di tinggalkan, maka mereka harus berusaha dengan diri mereka sendiri. Dengan ilmu yang tersedia ada, dengan kudrat di berikan dan pilihan di tangan... maka dunia boleh berubah.. walaupun manusia tetap akan musnah.
Di ringkaskan; NEO kembali kepada 'syariat' atau keadaan kebiasaan. Tapi, itu bukan penamatnya.)
Nota:
- The source adalah 'bahan bina' untuk membina dan mencipta dunia MATRIX
- The Architect adalah jurutera/designer/creator yang bertanggungjawab untuk membina system dan dunia Matrix
-
THE ONE adalah DATA UTAMA yang di kumpulkan oleh seorang manusia untuk
di 'leburkan' ke dalam The Source dan dengan hasil data itu, The
Architect akan membina semula Matrix yang di 'upgrade'. NEO adalah The One dalam versi ke-enam ini.
-
The Oracle adalah system yang bertanggungjawab untuk membuat The One
mengumpul data-data penting untuk di bawa ke The Architect Sekian review untuk filem MATRIX RELOADED ini. Maafkan saya andai ada fahaman saya tidak selari dengan anda. Jika tidak setuju, silalah tinggalkan komen dengan bernas tanpa mengkritik bebas. Perspektif lain juga di galakkan dan mungkin akan di siarkan untuk siri yang akan datang. Insyallah, andai di izinkan, review MATRIX REVOLUTION akan tiba nanti. Wallahualam
sumber rujukan:
- QURAN dan Hadis
- Harun Yahya
- 'Hakikat Insan'; Tok Kenali melalui Tn.Hj.Laksamana
- Buku 'Mengenal ROH' tulisan A.Taib Naim
- Buku 'Risalatul Murid Panduan Jalan Tarikat' oleh Imam Habib Abdullah
- Buku 'sejarah pusaka Khalifah wali Agama Islam' susunan Auliya Ma'dudin
- dan banyak lagi
+ comments + 6 comments
Salam penulis,
Di sini saya ada sedikit penambahan melalui pemahaman saya berkenaan matrix. berikut adalah :-
NEO:Manusia pilihan yg diberi petunjuk hidayah.
TRINITY:Agama,deria rasa beragama
MORPHEUS:Malaikat Jibrail,Pembimbing Wali Allah-Cth:Nabi Khidir.
ORACLE:Luh Mahfuz,ketetapan,hukum kehidupan dunia.Cth-ibarat roda.
SERAPH:Ujian hidup utk penilaian ke'IKHlAS'san.jangka masa diperlukan setiap Neo berlainan.Cth-Nabi Muhammad saw 40 tahun,nabi Musa as dan lainnya berlainan.
BACKDOOR:Ukuran nilai IKHLAS yg menyampai kepada tujuan yang setara.Cth:Ikhlas level manusia dan level Allah xkan sama.
CANDY:Ujian Oracle pada Neo.Cth:Byk ulama menolak tarekat.
AGEN SMITH:Sifat keburukan dalam diri,hawa nafsu Cth:Melawan hawa nafsu diri sendiri.
MEROVINGIAN:Iblis yg menggoda/menghalang perjalanan sang 'Salik' atau pencari Tuhan sejati.
PERSEPHONE:Kasih sayang Tuhan,perasaan bertuhan,mencintai Tuhan yg Satu.Cth:Redha dalam rahmatNya.Cth2:'Allah swt itu rupa2nya cemburu apb Dia diduakan'.
KISS ME:Mencium cinta Tuhan/Allah.Mendetikkan IKHLAS semata2 keranaNya akan membuka jalan kepadaNya'Keymaker'.
TWIN:Perasaan ragu-ragu/was-was boleh menyerap sesiapa sahaja.Cth:Dimana ada was-was,disitu Iblis.
CAUSE&EFFECT:Kesan bercinta dgn Tuhan yg Satu.Cth:Lautan api sanggup ku renangi.
ABEL&CAIN:Choice,pilihan, samada setiap langkah kerana Tuhan yg Esa atau Iblis yg mempunyai ilmuNya.
ARCHITECT:Nur Muhammad dan bukan Allah swt/Tuhan yg Esa.Walaupun sama, namun perbezaan cukup2 terahsia.
ZION&TRINITY:Pilihan samada Cinta atau pengorbanan.Kedua2nya menghasilkan kunci Taat atau Ikhlas.
Kesimpulannya, erti kehidupan ini adalah untuk setiap makhluk mengenalnya sebelum mereka dikembalikan kepadaNya..Makanya,pasti ada nikmat disitu yang dikurniakan kemudan..ya itulah kenkmatan sejati.dari awal penciptaan dengan kasih sayang, kembalinya kita kepadaNya dgn kasih sayangNya..
Kepada saudara penulis, diharap adalah sedikit sebanyak penambahan saudara andai ada kesilapan supaya menjadikannya kebaikan pada semua..wassalam.
Benar sesungguhnya ALLAH tidak membezakan umatnya.
Setiap manusia diberi peluang untuk menyaksikan /syahadah.
Guru hanyalah penunjuk jalan / pembimbing.
Dunia/nafsu adalah hijab.
Untuk sampai lebur dan karamlah.
Minumlah air keikhlasan dan pakailah pakaian penyerahan.
Saat itu, dunia dihujung jari anda, susun dan aturlah..........
Salam
terima kasih andi husin, sangat bermakna tulisan tuan. Insyallah saya akan compile kan pandangan itu dalam siri ke 5 nanti. Ini kerana, tiap kita memandang matrix itu dari pelbagai sudut. Siri matrix ini adalah sudut pandangan saya. Jadi, ingin saya nak tau juga sudut pandangan orang lain.
tuan ismail:
benar telahan tuan. jadi, guru sebagai pemacu tapi diri sendirilah yang akan menerokai 'matrix' mereka sendiri. dan sudah pasti. ia bukanlah ilusi.. tp realiti yang harus di perjuangkan
asslamualaikum..
menarik sekali ulasan tuan.
terma baru. twinflame bertemu mencetuskan apa? di suatu sudut yang tak kelihatan.
CADANGAN: The Architect ingin menguji NEO dengan menyatakan 5 The One sebelum NEO telah tiada dengan kewujudan NEO ke 6 dan pilihan untuk NEO ke 6 berundur diri dari dalam Matrix dengan ciptaan baru NEO ke 7. NEO ke 6 memilih untuk menamatkan Jalan Cerita Yang Tiada Penghujungnya. Tidak melawan, NEO ke 6 melepasi ujian tahap KEBERANIAN KEBENARAN. Kesedaran untuk tidak lari daripada tanggungjawab Qada' dan Qadar Ilahi.