Pembedahan Ovarian Cyst
Salam.. Alhamdulillah dah hampir 2 minggu berlalu sejak saya menjalani pembedahan bagi membuang cyst ovari. Permulaan... Saya mengetahui saya mempunyai ovarian cyst semasa hari saya keguguran. Mula2 saya pergi ke Taiping Medical Centre dan jumpa doc pakar bahagian O&G untuk check pregancy sebab hari tersebut saya mengalami pendarahan secara tiba-tiba. Masa doc tu buat scan ultrasound dia nampak ada satu bulatan di luar rahim tapi dalam rahim kosong. Dia suspect saya mengandung luar rahim. So, dia suruh tunggu lagi 10 hari. Mama dan abah mertua suruh tunggu sekejap sebab nak bawa saya ke Hospital Columbia Asia sebab sebelum ni mama dan kakak ipar saya biasa dirawat oleh Dr.Khairul (Pakar O&G). Di Hospital Columbia Asia... Masa tu dah bleeding teruk gila. Macam first day period. Dr. Khairul pun sama jugak buat ultrasound check. Tak macam doc sebelum ni Dr. Khairul nampak je bulatan dalam imej scan tu, dia terus suspect saya ada cyst... huhu.. blur.. masa ni pening2 m