Posts

Showing posts from May, 2010

Sickness on the first night at home.

Image
Kenapa entah. Silap makan apa tak tahu. Hari ni makan nasi kat kenduri je. After maghrib je terus berulang alik masuk tandas. Disebabkan saya makan sikit je daily, so nothing to throw out. Keluar air je. Luckily saya minum air banyak-banyak. Tidur awal malam tadi. My mum bagi minum air kelapa muda then baru boleh lelap.  Malam tadi membuatkan saya serik: - makan lauk kenduri. -makan nasi goreng cili padi. Which I ate the day before. Maybe my stomach 'terkejut'. Mr, Someone dah jeling baik punya masa I order nasik pedas tu. Perut tak tahan. Maybe I kena belajar lupakan makanan yang pedas-pedas. Owh.. no adventure. Adventure la sangat. Kena macam malam tadi baru 'adventure' tergolek-golek tahan sakit.   Ni jawapan untuk cik Fatin yang telah tag saya. 1. Go to your My Pictures (or anywhere in your partition where your photos are kept), and select the 8th photo folder. 2. Select the 8th photo in the 8th photo folder. 3. Post the 8th photo in the 8th photo folder a

I'm home.

Lepas subuh je terus berdesup pergi mandi. Takde orang pun dalam toilet. Haha. Menunjukkan betapa awalnya saya bangun pagi tadi.  Katil, clear. Meja, clear. Sampah, dah buang. Bear-bear dah simpan dalam almari. Bye for now my beloved room. See you next month. Pasal suprise pop-up card malam tadi... Suppose saya dan Mr. Someone pergi breakfast tapi saya dah minum shake so, Mr. Someone kata nak breakfast kat hometown je.  Ish, bila nak bagi card ni. Maybe nak suruh berhenti kat R&R nanti. Gi buang air kejap then boleh bagi suprise. Belum pun naik Jambatan Pulau Pinang, suddenly he said: "Nak card pop-up."  I shouted loudly... aa!!! Macam mana bleh taw ni. Orang nak buat suprise. Nape gi baca blog malam tadi. Ish, saya update blog pun dah lewat semata-mata tak nak dia baca. Hoho.. Suprise plan failed. I'm really bad in planning suprise for him. Tapi takpe, yang penting he likes the card.  Buat-buat likes pun I dah kembang hati. Lepas ni saya akan lebih berhati-hati.

Something must or no?

Tomorrow is Mr. Someone's birthday. Selamat Hari Lahir..  He asked me to wish him so I pun wish la. "Tak best pun wish." Haha.. This year is quite different. We do nothing. No Secret Recipe cakes. No present. Of course he have got his present earlier. About the cakes.. we are on diet now. Hehe. No cakes for this year.  Kejap ye. Better I text him to wish his birthday. Nanti saya gak sedih jadi orang ke berapa belas. Hoho. Disebabkan hadiah dah bagi awal-awal lagi, so macam tak best pulak tak bagi apa-apa kan esok. So based on his pop-up birthday which I got last year for my birthday, I pun berusaha la menyiapkan pop-up card yang simple for him. Saya tak creative macam dia tapi tulisan saya better. Taip je. Print. Hoho. Sebenarnya tadi berhasrat nak tunjuk greeting card yang saya siapkan untuk dia. Nak tunjuk jugak greeting card yang dia bagi. Malangnya lepas cucuk-cucuk USB pada laptop, tak detect pulak. So, tak ada gambar. Tunggulah bila dia sudi nak detect. Menunjuk

Jamuan akhir semester.

Image
Dah jadi acara rasmi setiap kali habis exam mesti ada acara makan-makan. Semester ni pun tak terkecuali. Even though kami tak mampu nak buat acara makan-makan kat hotel berbulan-bintang, makan-makan di restoran berkelas tinggi (almaklumlah, akhir semester, pitis sik ada. Hamek kau..campur semua skali.), alhamdulillah jamuan kelas semester ni berjalan lancar. Macam biasa, we have so much fun walaupun ada orang yang terluka jari sebab disuruh hiris sosej sekali jari sendiri dihirisnya. huhuhu....So, tengok la few pictures ni yek. Acara suap-menyuap sebab kelaparan seharian tahan perut untuk makan malam. Cekodok time!! Bakar-bakar serah kat diorang ni la..Semua girls surrender.  Hasil bakaran.. I manage to eat 3 pieces. Sooo many!! Jagung tu baru test power je berapa lama dia tahan duduk atas bara api.  Menyibuk kejap. Yeay! I don't have to cook this time. I just came to eat. Yummy!! McNa the butter girl.. hehe Kacau McNa buat kerja (^_^) Cik Tulip..cik Tulip... The girls. 

Bad feeling...

I have this kind of feeling every time it comes to school holiday. Uneasy Nervous Butterfly in my stomach Tapi skarang ni bukan stakat butterfly, I can feel ants walking (crawling?) in my stomach. Tak tahu sejak bila saya dah tak berapa suka cuti sekolah I don't want to have long term holiday. Few days should be enough. Let see what will happen this holiday. Hopefully everything going on smoothly and happily InsyaALLAH Petang ni exam last All the best! Malam ni pulak ada jamuan kelas untuk semester ni. P/s: Saya berasa sangat berduka cita kerana tak dapat makan mee goreng yang sedap tu. Mr. Someone janji nak masak kan. Saya tuntut janji tu!!!

3 papers more to go!!

Killer paper, Statistic dah berjaya dilalui pagi tadi. Apakah pula nasib paper Math Resources esok? Hehe.. Alhamdulillah paper tadi ot bad.. Hopefully cukup markah nak dapat A. Itulah.. coursework dapat markah rendah. Encik pemeriksa... sila jadi baik hati ye.. Buat kawan-kawan, semoga berjaya. Jujur ye dalam peperiksaan. Toyol-toyol ni jangan main okeh. Bahaya untuk kesihatan. Haha.. Pandai pulak cakap pasal kesihatan. Nota kaki: Mahu sambung study... + petang tadi baru tahu mesin cash deposit boleh masuk kad.. ish.. hulu betul!

Kertas pertama selesai sudah...

Huhu.. Tahniah kepada diri saya sendiri kerana telah berjaya menghabiskan paper Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Gumbira. Gumbira. Sebab... Dapat jawab almost all. Hehe. Jawab je. Arahan pada kertas pun suruh kita jawab semua soalan. Bukan jawab semua soalan dengan betul kan. Haha. I'm losing weight!!! Who wants to join me?? Jom la. Hihi...

Bila exam kena study. Kalau nak tido je bleh?

Not in mood menulis sekarang. HAHA... Stusy, study pastu zzzzzz.... Wish me luck k.

After 1 week...

Alhamdulillah selepas seminggu nampak dah hasilnya. Kesihatan makin baik. Alhamdulillah.  No more gastrik. Alhamdulillah.  Mudah bangun pagi. Kalau tak mesti solat subuh pukul 7. Alhamdulillah. Looking forward to see my further progress. Keep losing weight. Usaha!!

Jom kawan-kawan...

Sesiapa yang nak turunkan berat badan bersama-sama saya?  Jom usaha bersama-sama. Hehe..

45 or 60?

Image
Take positive when you are reading this post. This post is based on my life experience. Just to share my opinion.  Me in 2005 with one of my good friend. I'm so chubby. Hehe. Not the point okeh. Me in 2009 with my beloved sister. One of my best friend ever!   46 dan 60? Apa ye? Saiz seluar? Berat badan? Tidak...   45 dan 60 yang menjadi tajuk di atas merujuk kepada bidang tudung. Ada juga bidang 35 rasanya. Just nak share kenapa saya pilih tudung bidang 60. Saya mula tukar bidang tudung semasa di Matrikulasi Kedah pada tahun 2006.     Kenapa?   -  Saya nampak perempuan yang bertudung labuh kelihatan cantik. - Rangka badan saya besar, saya rasa tudung bidang 45 yang saya pakai sebelum ni tak cukup untuk cover my body. - Lepas try pakai tudung bidang 50, rasa a bit comfortable sebab rasa terlindung. Apabila dah get use barulah saya berubah ke bidang 60 dan alhamdulillah sampai sekarang. Semoga berterusan. InsyaALLAH..amin.. - Rasa lebih yakin dan selesa.  Pendapat dan pandanga

Disiplin!!

Saya perlu disiplin. Otherwise everything will be sia-sia. Disiplin.

Apabila idea tersekat-sekat.

Banyak benda nak tulis sebenarnya tapi banyak gak benda yang difikirkan sampai akhirnya tak tulis apa-apa. Persoalan dan jawapan penting untuk hari ni: Soalan: Apa beza takutkan manusia dan takutkan ALLAH? Jawapan: Apabila kita takutkan manusia, kita akan menjauhkan diri dari manusia tersebut tetapi semakin kita takutkan Allah, semakin kita dekat denganNYA. Soalan: Apa bezanya meminta pada manusia dan meminta pada ALLAH? Jawapan: Minta pada manusia sekali dua masih okeh. Minta tiap-tiap hari? Mahunya kena sumpah. Huhu. Semakin kita meminta pada ALLAH, semakin DIA sayang pada kita. Meskipun begitu ini tidak membuktikan bahawa ALLAH memerlukan kita meminta kepadaNYA. DIA tak perlu pada kita. Kitalah yang sentiasa meminta pada DIA tetapi ego kita yang menyebabkan kita sombong untuk meminta padaNYA. Mintalah dan akan DIA kabulkan. Nota kaki: Fitrah manusia itu perlu kepada Tuhan, larilah jauh mana pun, akhirnya kita akan kembali mencari DIA.

Tag men'tag'...first time ni kena tag. HAHA. Excited ke?

Saya telah ditag oleh ex-rumet saya, Yana.. huhu. Baru perasan ni la blog dia yang sebenarnya. Sebelum ni penah ber'blog' walking kat blog dia tapi lepas tu saya dah malas ber'blog walking'. Maybe saya patut ber'blog jumping' huhu... Below are the answers: 1. Adakah anda merasakan anda hot? Hot ? Jap gi amek termometer sukat suhu. Normal je. Hehe..  Quite a hot-tempered person.  Kalau definisi 'hot' yang bermaksud cun melecun dan mengancam keselamatan awam tu, itu bukan saya. Harap maaf. Sila cuba sekali lagi. 'Hot and spicy'! I like.. Hehe. Sudah! Berhenti! 2. Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan skrg Ish.. quite confidential la..hehe. Sorry saya memilih untuk tidak upload wallpaper saya. Ada perjanjian yang perlu dipatuhi.  3. Cerita pasal gambar ini Wallpaper di atas ye? Gambar yang diambil oleh adik kesayangan semasa pergi ke Taman Rama-rama di Pulau Pinang.   4. Kali terakhir makan pizza Hmm..tarikh tak ingat tapi masa SBE le

Perut Kembung!!! Jalan macam ibu mengandung.

Lenguh-lenguh satu badan. Rasa macam baru semalam pergi membajak sawah. Adoi.. Padahal tak pernah pun membajak sawah. Memijak sawah dengan kaki ayam pun tak pernah. Eh, mengapa menggunakan kaki ayam? Bukankah ada kaki sendiri? Okay. Memijak sawah dengan bare foot  pun tak pernah. Ni semua padah tarian jumper. Bukan. Bukan. Bukan salah jumper. Salah orang yang pergi jump tanpa stretching. Buat-buat hebat konon-konon badan tough. Haha..padan muka sudah berjalan seperti ibu mengandung.. Ibu mengandung? Sangat comel... comel sebab ada baby dalam perut. Perut kembung sebab jumper juga ke? Oh, tidak. Perut kembung sebab banyak minum air. Bila mahu mula belajar ni. Exam dah dekat. Berita kurang menyenangkan. Kebanyakan assignment semester ini sangat teruk markahnya. Kena usaha lebih dalam exam kalau nak result dan pointer bagus. Ish. Kena study! Special wishes dedicated to several person: 1. Asmat Syafiqah Faudzi Be patient! Ingat...hope is simmering under sorrow. I love you, my beloved f

Students of Mathematics Education (3 MTED 2)

Image
Saje nak post gambar kawan-kawan sekelas yang dah hampir 3 tahun bersama-sama. 2 and a half year more to go....I'm really happy to be with all of you. Hanya beberapa gambar sahaja yang dapat di 'upload' buat masa ni. Aktiviti masa lapang semasa pensyarah tiada di kelas. Ini aktiviti wajib. Selalu terjadi apabila ada asignment yang perlu dihantar pada hari tersebut. Tido berjemaah. Bukankah lebih merapatkan ukhuwah. Huhu.. ada dua orang je yang berpura-pura tido. Teka siapa mereka??? Antara gambar formal. Terpaksa menjadi skema sebentar. Kelas kami menang Pertandingan Keceriaan Bilik Kuliah. Hari ambil gambar ni hari Khamis sebab tu semua pakai baju batik maktab.Comel tak cikgu-cikgu matematik ni?  Okey...apabila MTED2 beraksi!    Semoga kita semua terus berjaya pada masa hadapan. Once a teacher, always a teacher. LOVE ALL OF YOU!

Golden Rules... something yang tak diterapkan semasa bersekolah dulu.

Image
Golden Rules Treat other people with kindness and respect Be a good listener Be honest at all times Be confident! take part! have a go!!! Put your hand up if you want to say something Be positive Keep the classroom tidy and respect the class equipments Work hard and try your best Tadi saya baru je tengok video cara mengajar matematik. Video ni tunjuk cara-cara mengajar matematik secara students' centre. Something interesting have grabbed my attention. Board dalam kelas tu ada pamerkan Golden Rules. Mula-mula tengok mat saleh (not my tutor En Mat Salleh ye), pelik tengok budak-budak kat sana sangat sopan masa belajar. Tak ada bising-bising unless discussion. Itupun terkawal. Semasa cikgu bertanya, mesti ada yang angkat tangan. Kenapa ye? Kalau di sini, masa cikgu tanya berapa ramai yang angkat tangan? Bila cikgu suruh cuba, berapa ramai yang nak cuba?  Suddenly saya nampak Golden Rules. Owh, patutla anak-anak orang putih camni. Diorang dilatih macam tu rupanya. Maybe masa sa