Posts

Showing posts from December, 2009

Live worthily!!

Image
Treacher Methodist Girls School Live Worthily Kali ni post pasal sekolah lagi... Sebab dah nak masuk 5 tahun tinggal sekolah... Pelik betul dengan sekolah saya. Masa saya ada kat sana tak mahu pun mencantik2kan dirinya.. Sekarang setelah kepergianku, bukan main lagi sekolah ini berhias.. Saya cemburu.. Galeri Sekolah in progress.. dulu kat sini pondok terbuka. Tempat saya dan kawan2 study. Tempat tunggu parents datang. Tunggu bas bernombor 7 datang. Tempat lepak sambil bergosip liar. Tempat meng'copy' homework. Tempat mengawas students mengutip sampah. Tempat bapak Suhaila berlawan dengan beruk...Ops.. FYI: Taiping Bandaraya Warisan ni, ngah membangun. Ini cerita 5 tahun lepas. Disebabkan penerokaan habitat haiwan liar ni, beruk2 terpaksa berpindah. Kawasan sekolah saya ni laluan mereka la..sebab tu banyak yang sesat. Moral behind the story is, jagalah habitat hidupan liar. Agar anak2 dara kat sekolah ni tak terjerit2 bila nampak makhluk kecil berbulu..(biasala..gurlz) Agar bek
Hari ini... - Kenapa suka sangat mula ayat dengan hari ini? Yelah..i'm talking about today.. kalau esok ayatnya akan bermula dengan 'hari esok'... - Telah membuat drama melayu. Pelik betulla ngan diri sendiri. Ape kau ingat ngan wat drama melayu tu problem leh settle ke? Itulah perempuan..(ceh, ayat standard manusia2 yang merasakan diri mereka kental). - Thanks to bear2 sebab sabar ngan saya dan selalu nasihat saya..thanks jugak sebab always there for me even hari ni lambat respon masa saya cari. Hello..bila masa pulak bear2 leh bercakap??? - Ditinggal keseorangan... sunyi betul rumah ni. Bosan. - Tak jadi keluar sorang2 sebab berasa amat tak seronok keluar jalan sorang2. Tolong temankan.... - Makan, tengok tv dan mengadap laptop. Sungguh la kamu ni membela badan je dok kat umah. - Kalau ada kat maktab sekarang ni... "Jom kuar... bosan." - Mood dah okay..hehe..sangat malu dengan kejadian tadi. Esok... - Hari Ahad..alamak..baru ingat nak gi pejabat pos. Asyik nak g

Ulangtahun Perkahwinan / Anniversary...

Image
Mas Azalea, Amalina, Saya dan Suhaila Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat ayahanda dan bonda sahabatku, Amalina Meor Mohd Aris... Terima kasih sebab jemput kami datang lunch di rumah kamu. Nasi yang kamu tanak (alangkah skemanya ayatku...) sangat sedap.. Kronologi peritiwa hari ini: - Pagi-pagi konfemkan ngan Suhaila jadi pergi rumah Amalina hari ni. - Suddenly get an idea! Apa kata kita terjah umah Mas pulak hari ni...haha.. Nasib kamu la.. - Suhaila sampai ke rumah saya. Menaiki si putihku terus ke tesco. Nak beli buah tangan untuk Amalina. Actually nak bayar bil astro.. tapi pejabat pos tutup. Suhaila kata maybe sebab sembahyang Jumaat.. Pelik la.. Ramai je orang lelaki kat tesco ni padahal masa tu dah pukul 1. Dalam tesco ni mana ada masjid.. Ok, kami terlupa sebentar..hari ini cuti umum sempena Krismas. Patutlah pejabat pos tutup *sigh*. - Pura2 pandai dengan hanya meminta alamat rumah Mas. Padahal tak tahu pun kat mana taman tu. Perjalanan yang sepatutnya 10 minit sudah jadi 45mi

Cikgu cakap ini lawatan sosial..huhu.

Image
Saya sangat terharu pagi tadi sebab my ex-school mate, Amalina merangkap my beloved friend telah menghantar mesej bertanyakan sama ada saya dah sihat atau belum... so sweet. Haha..Congrates..you have been invited to my house for lunch.. ingat senang ke I nak memasak yang special2 untuk someone? Maknanya apa? Someone yang datang petang tadi special la kan.. haha.. silalah mengembirakan diri anda kerana saya telah mengklasifikasikan anda sebagai 'special'. Anda memang special pon... Memandangkan saya telah banyak kali menangguhkan niat untuk ke rumah my another beloved friend, Suhaila, saya pun dengan tanpa syak wasangka dan ragu-ragu telah menjemput Suhaila untuk makan bersama-sama kami. Maaf ye su, anggaplah semua yang hang makan hari ni tanda aku mintak maaf sebab tak pi umah hang lagi. Memandangkan mereka yang datang ni 'someone special' for me, saya pun telah bersabar menunggu mereka yang telah berkata mahu datang waktu tengahari. Rupa-rupanya tengahari mereka pada

Cerita tanpa tajuk

Baru je kejap tadi saya kelaparan. Baru je saya nak panaskan minyak, nak goreng telur. Tetiba mak cakap, "Jomlah kita makan kat luar." Yeay!!! terus tutup api yang menyala kat dapur gas. Sori ye telur..esok atau lusa saya akan makan kamu. Itupun kalau mak saya tak masak yang best. Itupun kalau saya tak rajin nak memasak makanan yang best. Saya pun membawa keluarga tercinta untuk makan malam di K.E Corner. Eh, bukan tadi cakap tak sihat ke? Still tak sihat lagi tapi kelaparan berjaya mengatasi ketidaklaratan (wujud ke perkataan ni?) Sebelum gi makan tadi singgah farmasi dulu untuk beli ubat selsema. Oh, it is not bird flu or H1N1. Menyedihkan sekali. Saya telah berniat untuk makan secara banyak tapi nasik goreng tomyam yang saya makan tak rasa pape. Aik, tukang masak ni tak reti masak ke? Try nasik goreng ayam yang adik punya pulak.. Adik makan nampak best je. Tak rase pape gak.. Sudah.. confirm lidahku sudah tebal kerana tidak sihat. Makan ape pun rase tak sedap. Deria rasa s

Hari apa? Hari Isnin..Hari apa? Hari isnin la...

Image
Selamat hari Isnin!!! Saya bangun pagi dengan mimpi yang menyeramkan. Mimpi pe? Dalam mimpi tu ada orang cakap: "Masa peperiksaan tinggal lagi 5 minit..Sila semak kertas jawapan anda." Oh, ayat yang biasa kudengar.. Saya check front page dah jawab (sejak bila plak kertas exam ada soalan kat front page? Bukankah itu tempat penggubal soalan meletakkan arahan mereka??) Apa yang seramnya? Saya hanya jawab front page..Muka surat kedua, ke tiga, keempat....terakhir tidak dijawab lagi. Dengan menggeletar dan menggelabah, saya cuba untuk jawab soalan tersebut. Rasa cam dah baca banyak kali soalan tu tapi tak faham...dan... Saya terjaga sebab ditendang oleh adik...ganas sungguh perempuan ni tidur. Ok, tipu.. saya terjaga sebab tersedar adik dah bangun. "Kau bangun lambat" Adik dengan bangga berkata demikian pada kakaknya. Eleh..baru terbangun lebih awal dari saya dah berlagak. Bukan sengaja bangun lambat tapi hari ni saya tak sihat (selalu sihat bangun awal tak?). Mak sudah

Boleh ikot ke budget ni??

Image
Betul-betul kena menyimpan duit sekarang ni.. Sem depan kena mula dah sebab dah lewat sangat dah ni. Ada lagi 3 tahun je.. satu sem 2 ribu (kalau dapat la). Cukup 3 tahun dah ada 6 ribu.. Bolehla untuk tambah-tambah.. Elaun sem depan belum masuk lagi tapi saya dah rasa tak cukup dah.. wohoo...kamu makan apa sampai tak cukup?? Budget next sem including - simpanan - makanan (compulsory) - buku / study - top-up - broadband - format laptop & beli anti-virus -ink printer - special occasion Dah takleh makan fast food (bukan elok pun...tapi selalunya teringin). Kena pilih tempat menarik yang tak perlu bayaran untuk rekreasi...(rekreasi?? Suka rekreasi kat mall sebelum ni). Window shopping only.... unless betul2 keperluan baru beli (oo..i perlu semua itu. Tetiba plak!) Oh. terlupa..saya betul2 perlu sport shoes baru untuk sem depan.. Minor pendidikan jasmani..habis lekang sport shoes I (salahkan pj plak..hakikatnya kasut murah. Tapi murah tak semestinya tak berkualiti). Saya jugak kena bel

Busy le sangat

Image
Malam ini mula sibuk Esok pun sibuk juga Lagi ramai orang kahwin lagi bagus Tambah bagus kalau mereka cari my mum untuk tempahan Saya pun dapat job Apakah maknanya bila dapat job? dapat job = duit ahaks... Menu untuk esok: -nasi hujan panas -udang goreng (tempura) -ayam yang tergolek atas daun salad -bergedil daging -ikan siakap tiga rasa -puding ice-cream (strawberry) -gubahan buah-buahan -air oren Ni bukan makanan untuk esok.. yang ni menu tempahan yang lepas

Singa jadian

Image
Semalam seorang manusia telah bertukar menjadi singa jadian ... Pagi ni, seorang manusia telah bangun dengan suara serak. Haha... Memandangkan hidup ni cuma 3 hari (3 hari??...semalam, hari ini dan esok), manusia tersebut pun meneruskan kehidupan harian seperti biasa dengan menjadikan semalam sebagai pengajaran untuk mengahadapi hari ini agar esok manusia itu lebih bahagia...
"Aku tak suka dia jadik menantu aku..." Bapa si lelaki "Tapi kenapa?" Si lelaki "Sebab dia bukan anak doktor. Family kita semuanya doktor." Bapa si lelaki "Dia bakal doktor..." Si lelaki "Keluarga dia dan keluarga kita tak sama. Tengok, apa kerja mak bapaknya?" Bapa si lelaki "Bapaknya bekas polis, ibunya suri rumah." Si lelaki "Kita tak setaraf. Kahwin ngan anak doktor jugak." Bapa si lelaki... Ok, dialog zaman P.Ramlee ni ada lagi orang pakai tak zaman sekarang? Semalam dalam mimpi saya terjadinya dialog ini... dan membuatkan saya terfikir. Ada lagi ke orang yang berfikiran macam ni? Ya Allah, pilihlah untukku barang yang padanya kebaikan dan keelokan pada urusan agamaku dan duniaku dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunju yang baik dari-Mu dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang

Marry ooo Kahwin

Image
Sayakah yang gatal nak kahwin? oo..tidak2 semuanya gara-gara mak.. haha..mak I yang tak sabar nak suruh I kahwin. Gambar-gambar ni bukti mak I dah tak sabar nak dapat menantu. Tapi I nak tema hitam putih Mak silap tema ni Ok, tipu.. Memang mak I tak sabar nak suruh I kahwin tapi gambar di atas ni bukan buktinya. Ni projek baru mak. Untuk hiasan bilik pengantin dan sudut untuk potong kek. Rumah sangat semak sekarang dengan bunga-bungaan "Mak, cantik la..Tak payah la buat untuk jiran. Along nak guna yang ni untuk kenduri kahwin along." "Jangan risau, kenduri kahwin along nanti mak wat grand lagi.." hehe...my mum... Kalau I nak kahwin sekarang pun, dia on je Manalah I tak terfikir pasal kahwin je Mak I wat bisnes untuk pengantin! p/s: Jangan tunggu lama-lama...nanti dikebas orang.. :-) (entri membuktikan hati)

Something is missing...?

Baru je sayang, dia dah pegi Pegi terus plak tu Ni yang tak gemar ni... Mula rasa serik kembali Saya harap bukan salah saya Pape pun, memang syurga tempatnya. Pasal lain pulak... Apa la yang cuba ditunjukkan ye? Saya pun tak faham Mungkin saya kena berbaik sangka Mungkin perasaan mereka benar Saya dah cuba, mungkin tak cukup usaha mencuba takut mencuba lagi sebenarnya, bila dah tahu jawapannya negatif tapi..yang penting saya dah cuba cemburu barangkali atau hasad dengki? Tapi saya tak mengharapkan keburukan terjadi kepada mereka mungkin saya masih sayang cemburu tandanya sayang ok, hati..sudah-sudahla.. Mungkin ini yang terbaik. Pasal lain lagi... Sabarla sikit. 2 hari je bukan 2 tahun.. Hakikatnya bukan 2 hari tapi 3 tahun. Ok, cikgu math dah bermain nombor... Mana nak korek duit ni Ok, saya belajar sabar. Suara dengarkanlah aku, apa khabarnya pujaan hatiku? Aku masih menunggunya, masih berharap di dalam hatinya

Apakah aku ada di hatinya?

Image
Menghurai konflik kejiwaan secara pukal. Faham tak?? (nasib la tak faham..ni kan my empire. Ahaks!!!) Someone just dedicate this song to me. Sangat sweet. Thank you. Sila click link ini untuk mendengar: Hijau Daun - Suara Ku Berharap.mp3 suara dengarkanlah aku apa kabarnya pujaan hatiku aku di sini menunggunya masih berharap di dalam hatinya Okeh.Sekarang memang ngah gila layan lagu ni. Berjiwa romantik hari ini. Rasanya musim bunga menjelma. Kebelakangan ni kerap gak berchit-chat perasaan ngan kawan. Bukan buat ketupat okey. Raya da abis. Sedih kan. Bila org yg kita syg tak syg kita dah... Ada ayat yang agak 'terkesan di hati' (ayat k.cik). Tapi ayat kat bawah ni bukan k.cik yg bagi. Jika tak ada orang yg iri padamu, maka bererti tak ada kebaikan pada dirimu Jika tak ada seorang sahabat pun di sisimu, maka bererti akhlakmu tidak terpuji Jika engkau tak beragama dengan baik, maka bererti hidupmu tanpa pijakan. -Al-Qarni Ok..maknanya bila saya cemburu kat someone, ada kebaikan

Dah besar da rupanya...

Image
Cepat betul masa berlalu.. Dulu masa budak-budak, saya selalu geram ngan angah sebab asyik mengekor je. Nak gi main ngan kawan pun susah. Mesti dia nak ikut. Kalau main ngan kawan-kawan bawak adik, tak rock la... haha. Ada satu hari saya main ngan kawan-kawan, angah ikut. Kami dua beradik je masa tu. Terpaksa bawak sebab abah suruh. Saya pun singgah rumah jiran tingkat atas (dulu tinggal kat flat) sebab jiran tu ada baby. Angah sangat suka tengok baby. Masa tu umur dia 5 tahun. Saya pesan, tengok baby tau, along nak gi main jap. Lama gak saya main pastu bila penat saya balik rumah minum air. Abah tanya, adik mana? Short term memory saya rupa-rupanya sejak kecik dah ada.. adoi..jangan sok saya lupa ada laki sudah la. Abah marah sebab saya tak ingat adik kat mana. Abah cakap, kan tadi gi main sama-sama. Sumpah tak ingat. Abah suruh gi cari adik sampai jumpa. Adik sorang pun takleh jaga. Tak sayang adik ke? Kalau adik hilang? Pastu abah keluar naik motor gi tengok taman permainan yang ber

Janji Bertemu di Syurga

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja' bin Amr An-Nakha'i berkata, "Ada seorang pemuda tampan di Kufah. Dia taat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia mampir berkunjung di Bani An-Nakha'. Dia melihat seorang wanita cantik dari kaum itu sehingga jatuh cinta." "Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang untuk melamarnya. Tetapi, ayah perempuan itu mengabarkan bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tidak bisa padam, bahkan semakin berkobar." "Wanita itu akhirnya mengirim pesan untuk si pemuda melalui seseorang yang bunyinya, 'Aku tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu, atau aku akan mempermudah jalan bagi kamu untuk datang menemuiku di rumahku'." "Pemuda itu menjawab melalui orang suruhannya, 'Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu. "Sesun

Saya dah mula sayang...

Image
Apabila hati mula sayang... Setiap masa terbayang-bayang. Buat kerja apa pun asyik teringat je... Nasib baik mandi masih basah, tidur masih lena (siap termimpi2) dan makan masih kenyang (bertambah-tambah lagi).. Apabila hati dah sayang... Tak dapat jumpa di alam nyata, dapat jumpa yang 2 dimensi pun jadila...(gambar le tu..) Bukan setakat dalam handset (siap buat wallpaper), dalam laptop pun penuh gambarnya (wallpaper again).. Pergi mana pun asyik ingat je kan... Nak beli macam-macam untuk 'si dia'..yang penting 'dia' gembira.. Bila 'dia' gembira, saya pun gembira jugak. Sehari kalau tak berkomunikasi rasa rindu sesangat... Bila dah jumpa, sejam menghadap 'si dia' pun tak terasa masa berjalan... Bila ada masalah, tengok gelagat 'si dia' pun rasa terhibur. Sudahla... Cukup-cukup tu.. Nanti ngalahkan orang yang gila bayang pulak. Si Mok dan Si Mot...aktif pada waktu malam. Orang tido, mereka bermain. Waktu siang, orang nak main mereka, mereka bergu

Gerbang Perkahwinan

Image
Kisah bermula apabila kak cik dan dila datang umah... Mereka datang Taiping nak pergi kenduri kahwin abang Hanim… Alkisah… "Kitorang tersilap tarikh..Kenduri kat umah anim bukan esok tapi lusa.." Dila pun cerita sambil wat muka kesian.. haha...ok..kesian la sangat. Takpe la..Dila ajak gi rumah anim gak esok sebab petang esok mereka nak balik Penang dah.. ada program. Sampai je umah anim kat Kg. Pak Darus, mak dan ayah anim ajak gi kenduri sebelah pengantin perempuan/ hantar pengantin lelaki (abang anim). First time dalam hidup saya gi hantar pengantin… Mak anim kata kami salah tarikh sebab nak dapat rezeki besar (dapat makan lauk pengantin)… Di rumah Hanim…Tunggu family Hanim bersiap untuk hantar abang dia..(kitorang plak yang lebih2) Dah sampai kat umah pengantin perempuan…Cepat pilih nak yang mana…Sorry, ada satu je yang belum berpunya…huhu Ish..kak cik ni…orang nak amek gambar makanan…haha Kak cik dah lapar…lame sangat tunggu tadi ek.. Saya dapat mak

Ahli keluarga makin bertambah

Image
Keluarga saya dah bertambah!!! Dulu 4 orang je... sekarang dah jadi 6...dah tambah 2... Alamak...makin kecohlah rumah ni... makin meriah la... Makin ramai makin sempit la... Sempit? Ala...Nanti nak tengok tv pun mesti berebut. Saya nak tengok channel 701... Adik nak tengok Cartoon network... Mak nak tengok TV3... Family members yang baru mesti ada favourite channel sendiri... Ala... Nanti saya ngadap laptop mesti ada yang cakap "Along..nak main laptop jap." Hamboi...ingat ni mainan murahan ek... sedap je... Tapi... Family members yang baru ni cute... Rajin pulak tu...Rajin bersenam... wa...bagus untuk body shaping... Masalahnya bau dia kuat... mungkin saya kena belikan one drop perfume untuk mereka... Comel la... kecik sungguh... Haha...sudah...sudah... Family saya bertambah dengan new born baby... eh...tak2...new buy baby... eh, baby ley buy ke?? tak jugak... yang betulnya... NEW BUY HAMSTER.. Mereka ni baru je berkenalan ngan saya pagi tadi so tersangatlah pemal

Kasih Sayang

Image
Kasih sayang itu titi Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali Kasih sayang pengikat diri Dari kasih timbul simpati Dengan sayang ada persaudaraan Kerana kasih ingin berbakti Saling sayang maaf memaafkan Kasih sayang itu baja Kasih sayang penyubur jiwa Kasih sayang itu penawar Penguat cinta penghapus duka Kasih manusia sering bermusim Sayang manusia tiada abadi Kasih tuhan tiada bertepi sayang Tuhan janjinya pasti Tanpa kasih sayang Tuhan Tiada simpati tiada persaudaraan Tanpa kasih sayang Tuhan Tiada bakti tiada kemaafan Kasih sayang itu titi Kasih sayang penghubung hati Kasih sayang itu tali Kasih sayang pengikat diri Kasih sayang pada semua Kasih sayang sesama kita Kasih sayang oh dunia Moga selamat di akhirat sana

2010 yang misteri...

Image
Tahun depan tahun 2010...semua orang pun tahu la.. Tahun depan dah semester 3... tak semua orang tahu... Saya dah agak pening sekarang. Ada lagi berapa tahun ek??? Tahun 2007 masuk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang. Foundation setahun setengah. 2009 buat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan major Matematik.. Ada lagi 3tahun. Ada lagi 6 semester... Kawan-kawan tanya: Ko lagi bpe tahun stadi? Saya jawab: 3tahun lagi. Kawan-kawan: Lama gila. Ko stadi pe? Saya: Aku buat medic... Caye x??? Kawan-kawan: Peh!! hebat la... Saya: tak la.. aku wat education... haha.. Kawan-kawan: Hampeh! Saya: Aku tak suruh pun kau caye... haha Ada kawan dah grad...(Diploma)...Ada kawan ngah praktikal...Ramai kawan dah final year... Saya...3 more years to go... Best sebenarnya study ni...you are what you think. Setiap kali mula semester akan ada azam baru...eh..bukan... Azam yang diperbaharui... Tahun depan pun azam yang diperbaharui dalam aspek kehidupan sebagai pelajar.. Nak study rajin-ra

Semakin bosan, semakin banyak post...

Image
Pagi tadi saya buat breakfast untuk family... Dah tu nape hidang dalam polisterin?? Ni bekal untuk mak dan adik. Mereka pergi Grik pagi tadi...lusa baru balik. Sedih je pas masak ni... adik komen, "Mak masak lagi sedap..." memang la...ape punya adik. Mak dah masak berpuluh tahun. Sabarlah... I'm still learning, ok! Ala...xletak garam je... lagipun sos takde..Dah la ni first time goreng koey teow tanpa pantauan oleh mak. Selalu mak tukang rasa dan tambah-tambah. Tapi mak cakap... "Ok, sedap lagi daripada kedai punya." Tengok! Mak I puji taw. Mak masak memang lebih sedap daripada beli kat kedai. Saya jawab, "Kurang masin tu tandanya along belum nak kahwin lagi.." Eleh kutuk-kutuk pun angah tambah 2 kali. Pukul 5 petang tadi suruh angah beli roti canai tapi dia sibuk melayan my space sampai pukul 8 malam. Dengan merajuknya, saya pun masuk dapur dan buat cucur bawang (cekodok). Bancuh tepung ngan telur, jadi lembik... cair sangat sampai takleh jemput. Adoi

KMK dalam kenangan...

Image
Kolej Matrikulasi Kedah Tempat apakah ini??? Tempat ni la yang buatkan saya struggle study sebab pointer sem 1 sangatlah teruk. Saya jatuh cinta yang teramat sangat pada masjid tempat ni. Sanggup pas balik kelas pukul 4 duk dalam masjid sampai pukul 6.30 baru balik bilik. Dalam masjid tu, suka baring ngan best friend sambil tengok kubah masjid.. sangat menenangkan. Pertama kali hidup sebagai budak asrama. Sebelum ni budak sekolah harian biasa je... Makanan kat sini sangatlah murah. Banding ngan tempat belajar sekarang...dapat makan ape dengan seringgit? Kat KMK setiap malam akan cari makanan yang paling murah tapi mengenyangkan. (nasik putih + telur masak kicap = RM 1)...sungguh murah bukan?? Selalu tension sebab kelas mula hari Ahad...tapi hepi sebab kelas habis hari Khamis... Setiap pagi akan terkejar-kejar pergi kelas sebab malas iron baju waktu malam. So, akan terlewat sebab pagi baru nak iron baju. Pastu jalan selaju boleh sampai terasa nak tanggal tulang kaki. Malu weyh kalau lam

Lockdown

Semalam dalam National Geographic cerita tentang prison and their inmates di beberapa penjara di luar negara (Amerika kalau tak silap). Campur dokumentari semalam, saya sudah menonton 3 dokumentari berkenaan Lockdown. a) Banduan wanita. b) Banduan lelaki. c) Banduan kesalahan berat. (malam tadi) Pandangan saya selepas menonton dokumentari tersebut, 1. Penjara yang ditunjukkan tersangatlah luas dan terletak di kawasan terpencil (sebab saya tak nampak pun ada kawasan perumahan atau bandar berhampiran dengan penjara tu.) 2. Sel ataupun bilik bagi setiap banduan sangat bersih. Mungkin mereka takde sampah pun nak dibuat. Dalam sel yang ditunjukkan terdapat katil, meja, sinki, tandas dan rak. Semuanya konkrit dan logam. Setiap banduan dapat satu sel seorang. Maknanya dapat bilik sendiri la. 3. Secara kasarnya, jadual setiap banduan ialah duduk dalam sel, makan dan balik semula dalam sel. Hanya banduan yang berkelakuan baik dan mendapat keistimewaan sahaja boleh keluar bersiar-siar selama sat

Mood swing again

Image
Hari ni ganas ckit so gne ak... Mood swing hari ni (marah+frust+sedih). Tak la swing sangat kot sebab kelompok perasaan hampir sama dan saling berkaitan. Menyesal pun ada... kalaulah ak lebih sabar...(cam iklan keselamatan jalan raya plak) Ok..sudah! Teruskan... Ak rindu diri ak yang dlu... skarang ak rindu someone. Rasa nak nangis kat riba dia macam dlu2.. Time ak frust dia yang bg ak semangat. Even ak degil n kuat melawan. Tak nak dengar cakap dia, dia buat tak tahu je dan terus-terusan nasihat ak. Dia tahu. Ak luar je melawan. Dalam hati ak terima pe yang dia cakap... Harap-harap dapat jumpa dia ASAP..tp..paling cepat pun next year... Sekarang.. rasa nak lari jauh-jauh... Duduk atas gunung bertapa ke.. huhu.. Kawan, ak rindu nak dgr ang pujuk ak..*mengada sungguh* Kawan, ak rasa paip air mata ak dah bocor...