Isnin, Februari 28, 2011

sibuk

Tak dapat nak update blog..
sibuk,biasalah hujung bulan..

ok..bye nak siapkan keje dulu..

Jumaat, Februari 18, 2011

♪ Selamat Hari Lahir SYG ♪

Selamat Hari Lahir Sayang♥
Genap umur sayang ku yang ke 31 Tahun.
Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.

mintak maaf sebab tidak dapat memberikan
apa2 yang istimewa untuk abang.
Tapi mama dah bagi hadiah kan?
Lebih awal dari birthday abang..




Khamis, Februari 17, 2011

☼ Qistina dah 11 bulan ☼


Nak bagitahu hari ni usia Qistina sudah 11 bulan 1 hari..
Sepatutnya kena update semalam tp disebabkan sifat
malas tu melanda tiadalah entry terbaru.
Ada ke orang nak baca blog aku ni??abaikan♥..

Bulan depan usia Qistina sudah setahun,cepatnya masa berlalu
kenapa qistina tak boleh berjalan lagi,gigi pown tak ada lagi..
mulutnya pok pek pok pek..tak tahulah bising pasai ape.
kalau lambat bagi susu merajuk..
sekarang ni dah pandai pulak turun dari katil dan sofa sendiri..bahaya tau..
Dari hari ni kena lebih berhati-hati..yang lebih merisaukan sejak umur Qistina 10 bulan
Qistina langsung tak nak makan bubur dgn nestum..






Isnin, Februari 14, 2011

♥ mata bergerak-gerak ♥

Sejak beberapa hari aku mengalami masalah kelopak mata bergerak-gerak. Menurut kepercayaan orang tua-tua, mata bergerak-gerak bermakna kita akan menerima berita yang sedih. aku cuba mencari di internet tentang masalah ini. Berdasarkan pencarian aku dalam alam maya, ramai yang menghadapi masalah mata bergerak-gerak dan terdapat pelbagai andaian atau kepercayaan tentang perkara ini.Ramai juga orang di luar sana yang tidak percaya tentang kepercayaan ini.Bagi aku,aku percaya sebab perkara ni dah banyak kali berlaku pada diri aku.

Seingat aku dulu aku pernah mengadu dekat seseorang dan orang tu tanya mata bergerak belah mana?aku cakap belah kanan"owh,kalau belah kanan berita baik @ gembira.Belah kiri tu kita nak nangis @ benda yang tidak baik akan berlaku dekat diri kita.Korang percaya tak semua tu?

beberapa hari ni mata belah kiri aku selalu bergerak & aku rasa tak sedap hati,
kesudahannya memang betul perkara yang tidak baik berlaku pada diri aku.

Jumaat, Februari 11, 2011

Selamat Tinggal Sayang

Hai..sekarang baru sempat nak update blog hari ni sibuk sangat almaklumlah awal bulan banyak report kena hantar.Lagipun aku dah kena tinggal dekat ofis ni sorang2..Teman aku yang sorang ni dah resign semalam hari terakhir dia bekerja dekat sini.


Mulai dari hari ni aku kenalah buat kerja sorang2 dan terpaksala ambik alih semua keje yang dia buat.fuhhhh...banyak tu,rasanya nanti nak makan pun tak sempat.Bos aku dah bagi greenlight suruh cari orang untuk bantu aku...[hahaha..i like] Terima Kasih bos sebab memahami aku..
Ok,nak sambung buat keje pulak..



Rabu, Februari 09, 2011

percubaan

Cuba update BLOG melalui sms..

Selasa, Februari 08, 2011

jika korang diberi PELUANG,korang nak ape?

Hai..

Dah lama tak update blog,cuti CNY selama seminggu berada di Kelantan..Best dapat cuti lama tambah sekali dapat gaji + Bonus(hahaha)..
Tajuk entry cilok dkt wall k.as rasa tertarik dengan tajuk tu...

JIKA KORANG DIBERI PELUANG,KORANG NAK APE?

*Dalam fikiran macam2 aku nak,kalau ada hutang aku nak langsaikan semua hutang(dapat gaji takde nak fikir kena bayar ape2)
*nak ulangi zaman percintaan dengan suami..
* nak ulangi jgk masa mula2 mengandung,terlalu excited..