Saturday, December 10, 2011
Wedding kawan saya....
Friday, December 9, 2011
Saya itu ini...
Friday, October 21, 2011
Hari ini............
Saturday, September 10, 2011
Selamat Kembali menjadi student semula.~
Sunday, September 4, 2011
S E L A M A T H A R I R A Y A , MAAF ZAHIR BATIN..
Monday, August 22, 2011
PEN PAL
Friday, August 19, 2011
Mandi kan Kucing Meow-meow
Monday, August 15, 2011
LUAHAN EMOSI > saya tak paham
saya tak paham kenapa dia buat macam tu... she didn't act normally as i know her this past of years........ okay, she is like the type perempuan jenis API.. (i just read about it PEREMPUAN ADA 4 KATEGORI. : API, ANGIN, AIR, TANAH.)
Perempuan jenis api : read from this link.
huhu....bertambah sakit hati bila dia macam taktau bersyukur dgn segala yang dia ada + lebih2 pulak nak jeolous kan orang laen & under estimate others.... wawawawaa... do i look psycho because of her? sigh! pity me because i still make her happy as i am and still loyal to befriend with her.....
and saya mengaku saya pun kategori perempuan jenis api.
Erk? ahahaha... Gotcha! got an idea for my new script for a new project.. =)
Tuesday, August 9, 2011
M A K S U D N A M A D A K U
Thursday, August 4, 2011
S e L a M A t B e R P u A S a !
Sudah tiga hari kite berpuase, Alhamdulillah.. diharap Ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan buat kita semua..
Thursday, July 21, 2011
Give and take~ and my favourites
Wednesday, July 13, 2011
Pengetahuan 1- Spindel Menegak
Sunday, June 26, 2011
Ding Dong Ding Dong !!~
kena check suhu badan dulu la..
2. Upload your favourite picture of you.
The picture of my family..
4. When was the last time you ate pizza?
Last time when the day of mother KI's birthday.. hehe.. KI blanje me and his family at Pizza Hut Jusco Taman U..
5. The last song you listened to?
6. What are you doing right now besides this?
Tolong ummi saya buat kuah lontong untuk makan tengahari ni.. hehe..
7. What name would you prefer besides this?
Miss N.. N stands for Nadiah.. ngahaha...Miss N is simple..
Please Tag 3 persons :
Erk..sape ea...
1. Hamidah Ashari
2. Ezzati Jamaluddin
3. Khairul Izzuan
8. Who is no. 1?
My beloved mother..aka my Ummi..
9. No. 3 is having relationship with?
hahaha..taknak jawab..just check out his blog..http://khairulizzuansblog.blogspot.com/
10. Who is no. 2?
A sister who really care for his beloved brother, Fitri.. (hee..my siblings of course) (>,<)
Friday, June 17, 2011
REVIEW NOVEL DAKU SUKE
Bismillah..dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang..
Assalammualaikum semua.. okay, ade new entry di sini.. =) nak review novel Sutera Bidadari karya Ramlee Awang Murshid.. novel terbaru dari pentalogi Bagaikan Puteri yang mana teraju utama adalah Laksamana Sunan atau nama sebenar nya Saifudin Jalis.
Terus terang daku katakan yang daku baru je mula minat pentalogi siri ini bila adik daku hadiahkan daku buku ke4 siri ini iaitu Cinta Sufi untuk hadiah besday aku. Thanx my dear adik kesayangan Ezzati..
Mula2 baca memang terpinga-pinga la sebab daku lompat 3buku sebelum ni.. ehehe.. tapi mujur, berkat pertolongan dari budak serumah daku, daku pun dapat jugak paham ape sebenarnya terjadi antara watak-watak tu... thanx darlink Wan Nurashikin ku.. =)
Sakit jugak daku nak abes kan pembacaan daku ni.. mana tak nye hampir 4tahun jgak daku tak layan sebarang novel baru yang tebal2 selaen buku pengajian daku.. hee.. kalau ikutkan hati memang daku nak skip je bab2 dalam novel ni tapi daku taknak patah semangat sebab sudah jatuh cinta dengan watak Laksamana Sunan tu.. lalala~ Maka, daku pun terus kan baca novel adik daku bagi tu dengan harapan tak payah la daku sambung baca novel2 siri tu sebelum ni.. hehe..
Ni satu hal bila daku dapat tau setelah abes baca novel tu, cite nye macam tergantung, ada sambungan rupenye... maka dengan tak puas hati daku terus tanya kat budak serumah daku tu yang memang suke watak Laksamana Sunan tu.. budak satu umah daku tu cakap, memang tiap2 cerita tu dari siri tu ada sambungan nye dengan penambahan watak2 yang berbeza karakter. Masa tu daku pun start berangan2 nak borong sume siri pentalogi Laksamana Sunan tu.. hehe..
Daku memang tak brape minat nak layan novel thriller ni.. tapi memandangkan siri pentalogi novel ni laen dari penulis Malaysia yang laen,daku pun berusaha menjejak buku2 siri pentalogi tu...
Lalu.............daku da abes borong dan baca semua pentalogi novel ni...Alhamdulillah.. latest one Sutera Bidadari..
Actually review ni daku tulis untuk soksek2 kat kawan2 daku especially yang name nye Normi dan Nadirah tu..
Pada pendapat daku,daku kira berdakwah ni hanya boleh dilakukan melalui nasihat secara lisan yang selalu mak-ayah kita berikan dan nasihat serta pengajaran dari guru-guru. Sebab teringat lagi ade cikgu daku yang cakap dia nak jadi guru sebab nak berdakwah. Terputus segala amalan seorang manusia itu selepas mati kecuali 3 perkara:
1. Anak yang soleh
2. Sedekah dan amal jariah
3. Ilmu berguna yang disampaikan
Daku hampa jugak la sebab daku tak boleh jadi cikgu sebab daku tak minat jadi cikgu. =) but now, I realized, berdakwah bukan saja guna verbal communication tapi boleh juga melalui tulisan, contohnya buat novel macam siri Laksamana Sunan dari Ramlee Awang Murshid. Syabas Ramlee Awang Murshid!
Oh ya.. dakwah melalui tulisan juga boleh disalurkan menerusi laman web, blog, media cetak yang termasuk majalah dan suratkhabar.. =)
Minum air sambil meng‘update’ blog.. Teh hijau satuuu!! hee..
Teruskan membaca sebab point daku belum sampai lagiiii..... hehe..
Novel Sutera Bidadari mengisahkan pengembaraan Saifudin atau dikenali dengan Laksamana Sunan untuk menjejaki Taghut, musuh durjana di negeri atas angin. Watak2 yang mengikut pengembaraan kali ini adalah Maryam, balu bangsawan Portugis yang menaruh hati pada Saifudin. Maryam yang dahulu dikenali sebagai Catalina dalam Cinta Sufi.
Turut serta Panglima Awang Bagan, sahabat baik Saifudin iaitu Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh iaitu Abdol Rohman. Arwah Djailuh adalah sahabat kepada Saifudin yang meninggal dunia dalam novel Bagaikan Puteri. Juga, tidak dilupakan menyertai pengembaraan ke negeri atas angin adalah Luna, balu Munik dari bangsa Polip, iaitu makhluk bersayap yang menyerupai manusia yang tinggal di kawasan Banjaran Himalaya.
Novel ini masih berkisar konsep pada kurun 15 dan abad 21(iaitu zaman sekarang). Kira waktu penceritaan zaman Laksamana Sunan iaitu kurun 15, karakter2 yang wujud adalah Laksamana Sunan sendiri, Sadik, Abdol Rohman, Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna serta bangsa polipnya iaitu Yedee, Indera dan Thariq.
Manakala sewaktu penceritaan abad ke 21, mengenai pemburuan Saifullah, lelaki penjaga amanah Catatan Maryam dan Keris Nanggroe, di mana kedua khazanah itu telah dicuri atas arahan Drakul, pengikut Vlad The Impaler yang telah ditewaskan oleh Laksamana Sunan pada tahun 1511. Saifullah dibantu oleh jutawan Malaysia, Abid Kamal dan pembantunya, Shahril.
Karakter Saifudin disifatkan sebagai seorang lelaki yang berwajah tenang..baik hati.. akhlaknya sungguh mulia.. terpelajar dalam hal ehwal agama dan bijak dalam membuat keputusan. Langkah kakinya, nafasnya, hidupnya, matinya.. solatnya, ibadahnya, semua kerana Allah. Laksamana Sunan berusaha meneladani sikap dan sifat Rasulullah SAW, sungguh pun Nabi Muhammad itu sukar ditandingi. – terang Saifullah mengenai Laksamana Sunan.
Bukan calang2 Laksamana Sunan ini sebab dia pendekar yang berusaha tidak dikuasai marah ketika menentang musuh-musuh Allah. Tenang je dia melawan kejahatan. Bagi peminat novel siri pentalogi ini memang diakui karakter Laksamana Sunan begitu terkesan di hati. Sampaikan ada bagi cadangan nak buat filem mengenai siri novel ini. Hebatkan penangan Laksamana Sunan? Hee..daku tumpang gembira kalau jadik nak buat filem. Cuma tang pemilihan pelakon tu daku tak reti la nak pilih sape.. hehe..
Okay, mari sambung cerita.... melalui sambungan dari Cinta Sufi,Laksamana Sunan rebah tidak sedarkan diri setelah ditembak senapang lantak Kapten Leandro. Hang Tuah membawa Saifudin ke Tasik Hulu Melaka dan merawatnya sehingga enam purnama. Sementara di kawasan daratan, Maryam dan Luna sabar menanti kemunculan lelaki yang mereka rindui iaitu Saifudin. Tidak lupa Hang Lekiu dan Panglima Awang Bagan juga turut menunggu kehadiran Hang Tuah.
Setelah pulih, Laksamana Sunan muncul dari Tasik Hulu Melaka bersama Hang Tuah. Kehadirannya disambut girang terutamanya Maryam dan Luna. Setelah permuafakatan diperoleh, Laksamana Sunan nekad memburu Taghut musuh durjana di negeri atas angin bersama Panglima Awang Bagan, Luna dan Maryam. Sementara Hang Tuah dan Hang Lekiu bertahan di bumi berdaulat Melaka untuk memerangi penjajah Portugis yang ketika itu menjadi tuan di Tanah Melayu.
Lalu, pengembaraan mereka diteruskan. Singgah di kampung Saifudin sebelum bergerak menaiki bahtera Portugis ke Aceh untuk meminta pertolongan dari Sadik. Kemunculan Sang Dewi, perempuan siluman yang selalu menjemput Saifudin ke alam tidak berdinding dan tidak bermata tidak sesekali menggugah nekad Saifudin untuk memburu Taghut.
Justeru,macam-macam halangan mereka tempuh sewaktu pelayaran ke negeri atas angin termasuk lah Luna yang tiba-tiba menjauhkan diri dari kumpulan itu setelah bersemuka sendiri dengan Sang Dewi di Inderipuri.
Masa ni daku agak yang Luna tu mesti terkejut bukan main tengok muka Sang Dewi. Terkejut dan cemburu yang meluap-luap. Jeng3.. siapakah Sang Dewi itu? Bak kata Hang Tuah kepada Saifudin berkenaan kemunculan Sang Dewi yang sering mengganggu lenanya, ‘ Menerusi firasat hamba, Sang Dewi itu mempunyai kaitan dengan tuan hamba’
Tapi kan...terfikir gak daku..macam mana boleh macam tu?apa berlaku kepada Sang Dewi sebenar nya? Huhu..
Sementara itu di abad ke 21,Saifullah terus menerus memburu Drakul. Saifullah mirip Saifudin yang hidup pada kurun ke 15.
Daku suke watak Abid Kamal dan Shahril yang bikin kecoh kalau berbual sesama sendiri. Selalu sindir menyindir dalam nada bergurau walaupun hubungan mereka cuma antara majikan dan pekerja tapi tak ubah macam bestfriends gitu lagaknya.
Review sket pasal watak...( >,<)
Selain Saifudin, perkembangan watak-watak laen nampak seimbang. Cuma terkilan jugak apabila watak Sadik dimatikan. Sadik yang setia dengan sahabat baiknya, Saifudin ketika menuntut Sang Ratu di kerajaan Pulau Utara dalam novel kedua, Cinta Sang Ratu.
[ Daku sokong kalau Ratna Sang Ratu dipilih Saifudin, bukan Haryani.hehe.. taktau sebab apa tapi Haryani tu kan zaman berlainan dengan Laksamana Sunan. Cuma dalam Bagaikan Puteri, nampak jugakla Saifudin ada menaruh hati pada Haryani sewaktu Haryani terjerumus masuk ke kurun ke 15, sedangkan Haryani sendiri dari abad ke 21 tapi sedang koma di zaman nya sendiri.
Tapi kisah cinta dalam siri pentalogi ini bukan kisah cinta wayang atau kisah cinta ala Romeo dan Juliet yang merayu-rayu sukma tu. Novel ni kisah cinta nya yang terlalu susah nak terjemah melalui ayat-ayat cinta. Sebab watak utama nya, Laksamana Sunan bukan jenis yang membenarkan hatinya melayan cinta fitrah manusia, tapi sentiasa tawaduk dan tunduk atas kebesaran ALLAH SWT. ]
Watak Haryani ada sikit dalam Sutera Bidadari. Sedih dia mengenangkan hajatnya tidak kesampaian nak bersuami kan Saifudin.
Abdol Rohman pulak wataknya memang muda, dengan rasa ingin tahu sampaikan Panglima Awang Bagan tengok dia semacam sebab geram dengan sikap Abdol Rohman yang banyak bersuara tidak kena tempat. Ehehe..orang muda memang macam tu ape, ade je benda nak tanya.
Panglima Awang Bagan tu mewakili sikap pendekar Melayu yang ampuh bertarung. Macam garang je wajah Panglima Awang Bagan bila daku bayangkan masa baca novel ni. Tapi BUKAN la garang semacam yang melampau macam watak antagonis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa tu. Huu...
Maryam, balu bangsawan Portugis yang baru memeluk Islam begitu mencintai Saifudin. Tapi semacam akur je Saifudin tak sambut cintanya yang diterjemahkan melalui pandangan mata. Okay, maksud daku, memang Saifudin itu beradab dalam soal mahram, bahkan bercakap dengan perempuan bukan mahram pun dia berdiri jauh2 dan matanya selalu dialihkan ke tempat laen. Lepas tu Saifudin tak buat mushaf lagi untuk dihadiahkan kepada mana2 wanita setelah pemergian Sang Ratu nya.Tapi cemburu dan sakit hati jugaklah Maryam bila ada pesaing nya iaitu Luna. Tambah2 sakit hati bila dikhabarkan siapa Sang Dewi. Erk? Aiseh Maryam, kumbang bukan seekor... huhu..
Aku tengok watak Indera, bangsa Polip iaitu sebangsa dengan Luna, macam ada hati je dekat Maryam. Haa..patut laaa tertengok2 Maryam dengan pandangan bermakna walhal Maryam asyik tengok Saifudin je..
‘Maryam itu seindah bidadari..’
Tu ayat Saifullah mengenai Maryam. Siapa Saifullah sebenarnya? Jeng3.. baca jangan tak baca novel Sutera Bidadari. =)
Teruskan pembacaan.....sambil minum teh hijau lagi... =)
Luna pulak sudah berjauh hati dengan Saifudin kerana Laksamana Sunan itu menyebelahi Raja Roman. Aku rasa cinta Luna kepada Saifudin bukan macam cinta nya pada arwah Munik, suaminya yang terkorban semasa peperangan menentang Raja Roman dahulu kala. Cinta Luna kepada Munik memang tulus ikhlas. Mungkin cinta Luna kepada Saifudin adalah bersifat cinta di kala kesepian setelah kematian Munik... mungkin...tu daku agak la..
Dan Saifudin pula, bagai menutup pintu hatinya untuk mana2 wanita setelah kematian Ratna Sang Ratu.
Raja Roman tu seteruk2 manusia yang menjadi tunggangan Sang Petala, iblis Laknatullah, sentiasa merindui permaisurinya,Permaisuri Sutera. Sampaikan taknak hidup lagi dah sebab dah puas hidup dan mendambakan untuk hidup bersama Permaisuri Sutera di alam kematian. Dalam hati ada taman ye Raja Roman tu.. hee.. =)
Novel ini bersifat emosi pasal tu laen sket dari novel2 pentalogi Bagaikan Puteri sebelum ni. Tapi bagi daku la..memang novel terbaru tajuk Sutera Bidadari ni tak menghampakan peminat novel pentalogi ni.. daku lagi suke novel yang terbaru ni.. penuh saspens and thrill aku rase.. hehe..
Tajuk nye Sutera Bidadari,daku pun tak pasti tajuk tu menjurus kepada siapa.. bidadari di hati Laksamana Sunan ke? Sebab tajuk sebelum ni novel pertama,Bagaikan Puteri ( menjurus kepada panggilan Saifudin kepada Haryani yang digelar Bagaikan Puteri).
Novel kedua,Cinta Sang Ratu ( Cinta Ratna Sang Ratu terhadap suaminya Saifudin. Juga cinta fitrah Saifudin terhadap isterinya, Ratna ).
Novel ketiga, Hijab Sang Pencinta ( Hijab Saifudin sebagai manusia biasa dari kurun ke 15,hamba Allah yang taat itu diuji untuk mengharungi hidup di zaman moden abad ke 21. )
Novel keempat Cinta Sufi. (merujuk cinta Saifudin terhadap Tuhan yang Esa.)
Panjang daku berceloteh...tiba2 daku teringat kemampuan bangsa Polip, bangsa yang menyerupai manusia, berumur panjang dan mempunyai kepak berbulu di bahagian belakang badan seperti burung.
Ni kalau nak jejak tanah dari satu negara ke satu negara memang tak payah guna passport la.. tak payah bersusah payah bawak passport, macam Seth dalam cerita Nora Elena yang dikerah supaya bawak passport oleh Yvonne sebab dia ajak Seth kahwin dengan dia kat sempadan Thailand kalau tak,baby Seth dan Nora Elena terancam dalam episod akhir cerita tu hari Khamis lepas... Kawan daku ada cakap, ‘Tamat sudah kisah Nora Elena di kaca tv,maka tamatlah sebuah cerita dongeng rakyat..’ Ulps..diakui cerita dongeng rakyat itu banyak pengajaran berguna okay...kisah Nora Elena yang sadis sampai trauma sepanjang hidup sebelum mengecapi bahagia bersama suaminya, Seth.. para peminat Nora Elena, jangan marah ye baca statement di atas..
Huhu..melalut plak daku pasal cerita laen.. sekarang kelima-lima pentalogi Laksamana Sunan daku dah khatam...sekarang kerja mem‘promote’ cite tu kat kawan2 daku baek jauh atau pun dekat.. Justeru, segala kemaafan dipohon atas segala khilaf yang datang dari daku sebagai hamba Allah yang kerdil sewaktu berceloteh di entry ini.
Salam Sayang selalu ~N A D I A H ~
Sumber : Koleksi Peribadi Novel Daku.
P/S : Layan sket K Pop 1 Malaysia yang baru ini – I want nobody, nobody but Hang.. hehe..
(Sumber notes utk P/S ini : MatLutfi90)