SAYA SAYANG MEREKA

Showing posts with label fun. Show all posts
Showing posts with label fun. Show all posts

24 December 2013

Jalan-jalan KL: KL Twin Tower

Assalamualaikum..

Kami ke KL weekend yang lepas, bermalam di rumah abang Iza. Hari ahad sebelum balik abang bawak kami jalan-jalan naik Menara Berkembar Petronas. Kat sana kami naik skybridge level 41 dan level paling atas sekali yang dibuka kepada orang awam, level 86. Bayaran masuk ialah RM20 sebab dapat harga staff kebetulan abang Iza memang staff kat sana.

Di pintu masuk. Dengar penerangan tentang do and dont masa kat atas sana nant. Tapi sebelum tu kita posing dulu. Hihi.

Ni kat skybridge. Boleh nampak keseluruhan Kampung Baru dan jugak Batu Caves dari atas sini.

Ni pulak kat level 86. Ada dua lg level, tapi ia tak dibuka kepada umum. Sebab dua level lagi tu disediakan untuk tujuan penyelenggaraan.

Dah selesai kat atas dalam 30 minit, terus kami turun ke tingkat bawah sekali. Dalam pukul 3 dah bertolak balik ke JB.

18 December 2013

Ibu Rafif First Giveaway

Assalamualaikum..

Ibu Rafif @ Cik Puan Mimi ada buat giveaway bertemakan anak-anak main kat playroom atau play area. Jadiknya marilah kita ramai-ramai join dan memeriahkan giveaway ibu Rafif ni.

Oke ini syarat-syaratnya:

1. Follow blog Ibu Rafif dulu. DONE
2. Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best). DONE
3. Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) DONE
4. Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen entry Ibu Rafif. DONE jugak.

Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013

Iza pilih gambar ni..

(IFFAT: eeiiiii..apa benda alah umi suh main ni. Macam tak best je. Mesti dia yang suka mainan ni, tapi aku pulak jadik mangsa kena main semua ni..)

Gambar ini diambil sehari selepas Iza belikan Iffat lego. Masa ni Iffat tak tahu lagi main lego. Tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh stack beberapa ketul lego. Gud job Iffat!

P/s: Ibu Rafif, boleh tak bagi Umi Iffat menang kali ni..kesian dia x pernah menang GA. sobsss..

14 November 2013

Kali Pertama Tengok Wayang Dengan Iffat

Assalamualaikum..

Sejak ada Iffat ni, iza tak pernah lagi jejak kaki kat panggung. Last sekali masa preggy dulu, tapi dah tak ingat tengok cerita apa. Kalau abi, ada jugak dia pergi tgok wayang, tapi dengan students dia. So iza dah teringin sangat nak tengok wayang, keluar pulak cerita THOR. Memang best la kalau dapat layan kt panggung. Bincang dengan abi. Kami kalau boleh memang cuba untuk tak tinggalkan Iffat dekat orang lain semata nak g jalan, so akan bawak dia.

Kami beli tiket malam. Pukul 9.45 malam. Pilih pulak sit BEANIE. Selesa la untuk kami duduk dengan Iffat. Abi dah ingtkan dekat umi, siang tu jangan bagi Iffat tido. Tapi pukul 4.30 petang tu dia tido dekat dua jam. Budget2 pukul 9 malam tu dia dah ngantuk semula.

Masuk je panggung, umi susukan dia nak bagi dia tido. Tapi dengar je bunyi iklan, terbeliak balik mata dia, bangun tengok skrin. Bila je panggung gelap, mula la Iffat bunyi ngek2.. Haishh umi dah risau, tu la nak sangat tengok wayang kan. Then bagi dia kat abi. Masa tu cerita dah start, abi pun dodoikan dia. Lima minit dodoi, dah tido. Fuhhh, lega sangat. Ambil selimut, tutup telinga dia. Dekat dua jam abi pangku dia, dia bergerak sikit je, abi dodoi semula.

Yang bagusnya Iffat ni, sepanjang movie tu memang dia tido. Bangun bila kami dah nak keluar panggung. Iza memang seronok tak terkata la, hajat dah tertunai, haha.. Terima kasih abi.

Antara tips nak bawa anak ke panggung.

1. Pastikan dia kenyang.
2. Bawa sweater, selimut dan bantal.
3. Pastikan dia mengantuk masa nak tengok wayang tu.

Seat beanie rm22 perseat kat TGV Jusco Tebrau.

Balik tengok wayang singgah mamak. Iza kelaparan.

Mamak bagi Iffat gula-gula. Pastu ajak Iffat balik India.

Lepas ni kita tengok Captain America plak ye, hihi.

Posted via DraftCraft app

31 October 2013

Bersiar-siar di Taman Tasik Adda Height

Assalamualaikum..

First time bawa Iffat jalan-jalan ambil angin petang kat taman. Taman tasik ni depan taman kami je. Tapi ni la first time kami pergi. Dulu masa tak ada Iffat lagi, buat apa kami nak pergi, kami bukan jenis yang suka beriadah pun.

Kami keluar dalam pukul 6 petang. Memang dah ramai orang time tu.. Cantik rupanya taman tasik ni..

Ada itik.. Ikan pun memang sangat banyak dalam tasik tu, bagi roti, berebut-rebut makan. Kura-kura pun ada.

Antara kemudahan yang ada..


.






So lepas ni rutin kami setiap petang, kalau tak ada pergi mana-mana kami akan bawak Iffat pergi sini. Best!

25 October 2013

Annual Dinner SMKTMA 2013

Assalamualaikum..

Malam tadi sekolah umi wat annual dinner. Tema MERAH HITAM GLAMOROS. Tapi entry ni bukan nak cerita kami pakai baju apa makan apa. Umi nak cerita umi dapat gift tupperware. Hihi. Umi kan suka collect tupperware. Bila dapat free, lagi la suka. Bahaha..


Yang atas tu mmg gift KEBIRUS bagi. Yang bawah tu cabutan bertuah. Konsep cabutan bertuah malam tadi, semua orang akan dapat hadiah. Tapi kena cabut nombor dulu. So umi nampak hadiah paling best kt situ tupperware. Ada jugak hadiah besar2 tapi dalam kotak. Taktau la apa..blender kot. Tapi umi still nk tupperware. So masa undi tu umi baca la mantera 'tuperware..tuperware' sambil cabut nombor. Haha. Nampak tak ada sawan tuperware kt situ. Tak sia-sia k. Rezeki Allah bg umi tupperware betul-betul. Dapat je tupperware tu umi dah menyengih tengok muka suami.. Haha. Tau tak isterimu ini gembira dapat tupperware free mlm ni. Dua bijik lagi. Haha.. Sesungguhnya dia tau, sebab dia mmg tau isteri dia ni gila tupperware.

Haha.. K la, tu je nak citer. Bye. *malam tido peluk tupperware.

27 September 2013

Playroom Amzar Iffat

Assalamualaikum..

Hari ni dah jumaat. Jap je kan dah nak habis seminggu. Tapi esok umi kena kerja pulak, ada hari anugerah cemerlang kokurikulum. Oke, ni umi nak share pasal playroom Iffat. Dah lamaaaaaa siap. Masa bulan puasa hari tu lagi. Tapi baru sekarang nak update, huhu..

Ni rupa playroom iffat masa mula2 siap dulu.




Tapi baru-baru ni abi dah langgan unifi, so bilik ni penuh la dengan segala wayar.

Oke, dekat sini umi nak buat wishlist untuk playroom iffat sekali sebab banyak lagi yang perlu di upgrade supaya bukan sahaja iffat, tapi abi dengan umi pun nak merasa selesa bila berada dalam bilik ni masa bermain dengan iffat nant.

1. Tema: kuning (dinding) + hijau + coklat gelap (perabot)

Umi berkenan dengan hijau ini..

2. Wall sticker. Lebih kepada tema haiwan dan tumbuh-tumbuhan.



Tapi kalau jumpa style quote macam ni pun menarik jugak.

Umi nak cari jugak wall sticker yang ada measurement ni. Nant boleh ukur tinggi iffat. Hihi.


3. Kerusi dan meja. Buat masa sekarang, perkara ni hold dulu sebab untuk umur Iffat belum sesuai, bimbang ada yang tergolek jatuh dari kerusi atau meja ni nant.
Umi berkenan dengan meja kerusi ikea ni. Meja bulat pilihan umi sebab tak ada bucu. Lebih selamat. Kerusi macam ni pulak lebih comel dan lebih murah berbanding kerusi kanak-kanak ikea yang lain.

4. Langsir. Umi nak cari langsir color hijau tapi ceria. Then, umi nak buat langsir kontot je macam dalam gambar tu. So bawah tingkap tu boleh la umi tampal poster lagi.

5. Peta dunia. Kenapa umi nak bilik iffat ada peta dunia? Sebab umi taknak iffat bod**geografi macam umi. Tapi mungkin taklah peta sebesar ini. Nant tak ada ruang pulak nak tampal poster lain.

6. Meja pertukangan ikea. Umi nak beli meja ni sebab nak cover plug. Tapi mahal. Rm260. Nant umi pikir semula.

7. Meja komputer. Memandangkan dah ada unifi dalam bilik Iffat, senangla umi abi nak buat kerja guna laptop nant. Umi ada dua pilihan.


Umi prefer yang lekat di dinding sebab jimat ruang dan lebih selamat.

8. Para ikea untuk letak dvd player dan modem unifi.

Umi kena simpan duit dari sekarang untuk dapatkan segala yang umi listkan ni. Chayok umi iffat!

20 September 2013

Family Day di Hotel Lotus Desaru

Assalamualaikum..

Ini family day anjuran KEBIRUS sekolah suami iza. Buat hari sabtu dan ahad lepas, 7 dgn 8 September. Ikut program, kami kena bertolak jam 10 pagi, konvoi ramai-ramai. Tapi sebab pagi tu iza ada meeting, habis plak jam 1 petang. Makanya, kami bertolak ke sana jam 4 petang. Dalam masa satu jam dah sampai desaru sebab lalu highway. Sampai-sampai terus check in bilik, kami dapat bilik r502. Cantik bilik hotel ni. Bilik dua tingkat.

Tingkat bawah

Tingkat atas
Toilet ada dua.

Dah siap solat asar, cepat-cepat kami turun pantai. Seronok main pantai kat sini, sebab ia landai. Nak bawak iffat main air pun tak ada la risau sangat.

First time bagi iffat cicah air laut, mula-mula tu dia takut jugak, maybe takut dengan ombak. Dah lama-lama tu barula oke. Dah dia buat macam main air kat dalam toilet. Bila ombak datang, di pukulnya air tu,haha..

Dalam pukul 6.30 petang, kami naik bilik semula. Sebab dah kena bersiap untuk jamuan raya yang majlisnya mula jam 8.00 malam. Majlis ni dibuat di Fruit Farm, jauh jugak dari hotel kami, kena pergi dengan kereta.


Malam tu kami sekeluarga menang anugerah pakaian terbaik. Alhamdulillah. Hihi. Rezeki kami pakai sedondon, pastu tak ramai pulak yang pakai baju raya.

Majlis diakhiri dengan acara main bunga api.

Esoknya kami keluar sarapan pukul 8.30 pagi. Lepas tu terus sambung dengan aktiviti sukaneka. Abi sorang je yang main, umi dengan iffat duk kat tepi jadi tukang sorak abi. Berbaloi la jugak sebab group abi menang dua games.




Dah habis sukaneka, abi dengan iffat mandi pantai lagi. Lepas tu barulah kami pergi water themepark. Bagi iffat mandi kolam renang pulak.


Then pukul 12.30 kami naik bilik. Check out pukul 1. Overall, family day tahun ni sangat best. Tahniah dan terima kasih KEBIRUS SMKTD2 2013. I
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers