SAYA SAYANG MEREKA

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

20 December 2013

Big Bad Wolf Disember 2013

Assalamualaikum..

Ini satu lagi fenomena yang dicetuskan gojes. Bbw kat miecc dari 6-15 Disember 2013 lepas. Masa bbw ni tengah berlangsung, asyikla mommies duk up entry pasal bbw ni. Iza duk telan liur je la, nak pergi jauh. Memang la buku sangat-sangat murah tapi bila ditambah duit minyak nak ke sana, sama je la kos nye nant, tak berbaloi. Tapi Allah bagi jalan, tup-tup abi nak pergi kl, 14 Disember tu atas urusan keluarga. Iza tak ikut sebab Iffat demam. Kesian pulak kat dia, dengan baru balik dari Sabah lagi, so rehat je la dekat rumah Simpang Renggam. Dan part yang paling best, abi setuju nak tolong shopping kat bbw tu. Haha. Best tak terkata koti. Dia pergi pukul 11 malam dengan dua orang adik dia. Terima kasih pada Alia dan Farid sebab sama-sama tolong pilih buku untuk Iffat.

Hasil belian abi..


Meroyan sekejap tengok abi bawak balik buku segini..nasib Iza tak pergi bbw tu, kalau tak mesti pengsan tengok lambakan buku-buku yang super duper murah. Buku ni ada yang RM 3 sehingga RM 20. Tapi yang RM20 ada sebuah je abi beli.

Iffat bersama buku-bukunya..

Antara buku fevret Iza..ye, bukan Iffat TAPI Iza sebab ada muzik. Senang kalu ku tak ada idea, ku tekan je butang

Dan ini buku fevret Iffat. Nampak tak BETAPA DIA SANGAT-SANGAT suka buku tu. Buku Baby Giggle, ada suara baby gelak. Kami pun gelak sama bila dengar gelakan dari buku ni. Haha. Dan belakang sekali ada cermin. Ni yang Iffat suka, bolehla dia telek muka dia yang hensem tu. Oppssss. Heee

Last, thanks abi tolong belikan buku untuk Iffat, jasamu akan ku kenang sampai syurga. Hewhewhew. Dan mulai hari ini, Iza nak kumpul sehari doploh sen untuk shopping kat next bbw. Aim nak beli buku islamic macam kisah-kisah nabi pulak untuk Iffat lepas ni.
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Wedding tickers