Thursday, June 27, 2013

Pertengahan Jun haritu Syazwan demam. Demam kuat jugak lah nak dibandingkan sebelum ni dia belum pernah demam. Cuma sakit mulut (dalam mulut ada putih-putih) dan batuk berkahak. 

Mula demam hari Khamis dan berlarutan hingga hari Ahad. Jumaat petang tu dah dibawa ke klinik selepas ubby balik dari kerja luar. 

Selalu kan, masa suami takde lah anak demam lah...itu lah...ini lah...

Hari Ahad demam dia dah kebah sikit, kalau demam pun dah tak capai suhu 39.8' cuma bawah 39' je. Malamnya, naik pulak bintik-bintik penuh satu badan. Ishh tak leh jadi ni, pagi Isnin tu terus bawa ke kelinik kesihatan dan buat pemeriksaan darah semua. Syukur keputusannya baik-baik sahaja takde yang pelik-pelik.

Hari Selasa dah hantar ke taska sebab takde penyakit berjangkit dan demam memeng dah betul-betul sembuh, cuma bintik-bintik merah tu je yang masih berbaki.


  Penuh bintik merah satu badan



Sabtu lepas pula,

Sekolah Sofea buat temasya sukan tahunan. Sofea masuk satu persembahan ke apa ntah macam senamrobik tu. Lagu Bara-bara ko...kemain lagi. Tapi, tapi, tapi.....yang tak bestnya tak pakai tudung.  Nak kata tak bagi masuk, budak dah excited. So nasihat je lah, sekali ni saja. Lepas ni kalau nak sertai apa-apa make sure aurat kena jaga.


 Persiapan..

  Aksi di padang.

 Penyokong setia...

Budak ni macam kembar Sofea, sebaya tapi dia besar sikit dari Sofea.. sekelas pagi dan petang. Diorang kata cikgu dan ustazah pun ingat diorang adik-beradik.

Lepas je persembahan Sofea, kami tak dapat nak tunggu sebab kena balik kampung. Makcik dah jemput kenduri kahwin anak bongsu dia, dah lah anak perempuan je sorang. tak pergi kang tak baik pulak. Jadi dalam kesemputan jerebu dan poket, kami gagahkan jua pulang ke kampung.





p/s: Mood update blog lambat masi jadi asyiklah update cerita basi....

Wednesday, June 19, 2013

Letih nau!

Si budak katang baru baik demam, letih nau pas makan malam tunggu nak di ulit ibu. Ibu tengah bersiap solat Maghrib semua. Ngences sekali tu....










p/s : Alergik betul ngan orang suka riak ni. Macam bagus, tapi sebenarnya....=(

Tuesday, June 11, 2013

31 TAHUN

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk bernafas di dunia yang fana ini. Sedar tak sedar sudah 31 tahun usia. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada hamba Mu yang hina ini merasai segala asam garam kehidupan. Semoga kehidupan ini sentiasa di laluan yang diredhai dan diberkati oleh Mu...


Surprise dari Ubby.. =D
 
Isi dalam kotak


 Dah selamat letak dekat ofis, tanya ubby nak letak kat mana masa kat rumah. Dia suruh letak kat meja ofis. Saya isteri yang solehah, kena ikut cakap suami. heheheh...

Anak-anak dari malam tadi dah bagi ucapan siap nyanyi-nyanyi lagi. Mak ayah pun dah siap sms siap pantun lagi. Ahli keluarga lain pun ada yang wish dari semalam lagi. Sekali lagi Syukur kerana dikelilingi orang-orang yang menyayangi diri ini.

Tengah hari ni cadang nak lunch date dengan ubby sambil settlkan hal-hal donia...=D

My BFF , jangan lupa set date untuk kita makan kek together2.... dah bertahun-tahun rancang asyik tak menjadi jek...

Oh bahagia!!!

Thursday, June 06, 2013

Oh Anak-anak!!

Oh rindu giler anak-anak di kampung. Diorang seronok-seronok macam-macam aktiviti buat kat sana. Ibu ngan ayah dia kat sini tiap-tiap malam mengeluh rindu anak-anak. Call toksah cakap la, sehari  3 kali...nak tau tengah buat apa, nakal tak, macam-macam lah. 

Pernah sekali tanya Syameel rindu ayah ibu tak? Dia kata rindu nak balik sebab atok sibuk...hahaha...atok sibuk kena rewang kenduri tak dapat bawa naik motor, terus rindu kat kitorang.

Tapi mak kata dia memang rindu saya. Sebelum tido mesti nak peluk-peluk ngan nenek dulu amik feel nak tdo, bangun pagi pun sama jugak. Maunya tak rindu, Syameel tu manja ngan saya. 

Hari ni pagi-pagi lagi mak dah call saya bagitahu diorang pergi Melaka jalan-jalan tepi laut. Bukan main awal semua bangun pagi bersiap. Esok baru balik sini, mak ayah hantar.

Cerita Syazwan , 

Semalam petang awal sikit ambil Syazwan dari taska. Periksa beg dia terkejut tengok EBM yang dah dipanaskan sebanyak sebotol (5 oz) sedangkan saya bekalkan setiap hari adalah 6 botol x +3oz. Ish banyaknya Syazwan ni nak minum, habis ke?

Kebetulan masa tu Syazwan baru bangun tidur, pisat lagi masa saya ambil dia dari pintu taska. Dalam kereta, cuba suapkan botol berisi EBM tu. Dia pulak steady je nyot,nyot,nyot.....sekali tinggal sikit je. Kurang dari 1 oz je tinggal dalam botol. Wah anak ibu sudah besar!!! Minum susu banyak!!!

Saya rasa cara saya bekalkan kan susu tu dah tak sesuai. Tapi Cikgu taska tak pernah pulak komen. Tak tau pulak cikgu dia kena campur bagi jadi sebotol. Buat penat je saya sukat botol banyak-banyak. Hahaha

Jadi hari ni, saya sukat 4oz setiap botol dan bekalkan sebanyak 4 botol. Harap sampailah ke petang. Setiap hari memang saya akan bekalkan air masak dan bubur yang dimasak dari rumah. 

Cerita saya pulak,

Sekarang setiap kali pum susu cuma dapat 4 oz atau lebih sikit je. Dari pagi ke petang mesti makin kurang. saya pum di ofis 3 kali, jam 9-10pg, jam 1-2ptg dan 4.30-5.30ptg. Balik pulak tandem pum masa Syazwan minum dapat lah 3-4oz. Sebab tu weekend memang kena pum jugak nak tampun hari-hari yang tak mencapai target. Saya masih belum usik stok masa pum waktu kursus yang lepas. Adalah dalam 85 oz.

Seharian di ofis dapat bawa balik 10-12oz je...tak macam dulu. Kenapa ye? Saya amalkan vitamin B Complex, Alfalfa, Vitalea, Ostemarix dan Vit C. Bulan ni start minum ESP semula sebab susu macam kurang. 

Saya cuba bertenang, ini ujian buat saya supaya saya lebih dekat kepadaNya. Bila dah bagi keselesaan, kita sebagai manusia memang selalu alpa. Janganlah ada masalah-masalah lain yang timbul. Bila banyak sangat berfikir, sedikit sebanyak mengganggu emosi saya juga.

Semoga saya diberikan peluang untuk teruskan misi penyusuan ini sehingga usia Syazwan 2 tahun. Amin....




p/s : anak-anak zaman sekarang jangan dididik bermewah-mewah, kelak buruk padahnya!


Monday, May 27, 2013

Kursus - Perihal Anak-anak.

Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Minggu lepas saya berkursus selama 3 hari di Sungkai, Perak. Hati risau sebab stok susu tak cukup untuk 3 hari tersebut malah kena ada lebih lagi. Bagi memudahkan semua, Syazwan akan dijaga oleh ibu dan ayah saya di kampung. Lagipun ubby belum pernah mengendalikan EBM dan pasti sibuk nak uruskan lagi Sofea dan Syameel di waktu pagi. Jadi petang Ahad, 19 Mei 2013 kami hantar Syazwan ke Simpang empat dan disambut oleh ibu dan ayah saya. Separuh-separuh katanya

Dengan beg baju, beg barang seperti botol susu, warmer, biskut, beras yang dikisar dan Susu Bio-Lac sebagai minuman tambahan memandangkan stok EBM saya memang tidak mencukupi. Satu kotak polistrin berisi stok EBM beku dan satu lagi bekas polistrin berisi puree labu, kentang, lobak merah dan brokoli. 

Sedih tu memanglah, tapi itu adalah pilihan yang terbaik untuk Syazwan. Siang minum susu ibu, malam pula atuk bancuhkan susu Bio-Lac. Menurut neneknya, dia akan bangun 2 kali malam dan merengek. Memang nenek dia bagi 'mengempeng' tapi tak puas agaknya. Bila waktu siang nenek cuba bagi susu Bio-Lac, dia minum sikit je. Kalau susu ibu, laju jek abis. Nasib baik stok EBM yang ciput tu dapat digunakan sepanjang waktu dia berjaga selama 4 hari di rumah nenek.

Balik kursus petang Khamis, malamnya terus kemas-kemas barang-barang Sofea dan Syameel pula. Cuti sekolah bermula dan mereka akan bercuti-cuti di kampung. Mana tidaknya, kalau duduk di sini, saya dan suami bekerja, diorang masih kena bangun dan bersiap di awal pagi untuk ke taska. Lagipun atuk dan nenek memang dah booking siap-siap suh hantar cucu datang masa cuti sekolah.

Jumaat, pagi-pagi lagi dah balik kampung. Rindunya kat Syazwan. Mula-mula macam malu-malu je, berkepit je dengan nenek dia. Bila saya dah dukung, bukan main lagi peluknya....=D

Jadi sekarang ni saya dengan ubby cuma jaga Syazwan je di rumah. Dapatlah bangun lambat sikit, tak kalut sangat bersiap pagi-pagi. Dah tu, rindu pulak dengan anak-anak 2 orang lagi tu...=p




p/s : Mak saya kata, sementara anak tak sekolah duk kampung, bawa-bawa lah berehat...nampak nau sibuknya kehidupan saya sehari-hari....TQ mak!


Sunday, May 26, 2013

COBAAN


Merasa tidur dalam buaian seminggu nenek jaga...Comel jek...dalam buai pun nak tidur menonggeng!





Saturday, May 18, 2013

"_"

Data untuk suku tahun kedua 2013 akan diproses pada minggu cuti hari raya.

Adakah saya sudah tersampuk sindrom 'workaholic' sebab saya tak rasa apa-apa pun. Tak risau pun lambat nak balik raya dan sebagainya. Pada saya, balik pagi raya pun ok jugak, yang penting dapat luang masa jumpa dan bersama ahli keluarga. Lagipun bukan setiap tahun.....

Proses data setiap 3 bulan sekali bertungkus lumus, balik lewat dan kerja hujung minggu bukan setiap hari. Buat kerja 'all out' sebelum raya lepas tu cuti la puas-puas. Bukan nak pentingkan diri sendiri, tapi dah tanggungjawab kan, kenalah buat sehabis baik dan seikhlas hati.

Thursday, May 16, 2013

Budak 'katang'!

Gambar masa hari mengundi yang lepas. Balik dari mengundi, beli jambu dan lepak-lepak sebelum balik Sepang.

  Macam orang besar

 Bajet comel lah tu!

 Sedapnya...

 Nyum, nyum!


Tengok abang ngan kakak, bukan main lagi makan sambil meniarap....isshhh...tak sopan...Syazwan jangan ikut ye...hehehehe




p/s: cuti sekolah tak lama lagi, nenek dah suruh cucunda semua pulang ke kampung...=) nenek kata ibu ayah nak berehat...WAH!

Monday, May 13, 2013

'_'



Setiap malam tidur berhawa dingin,
Ofis - 8 jam berhawa dingin,
Badan kurang berpeluh,
Sekarang hidung dan kepala yang mengeluh!

Minggu depan akan berpergian,
Kesian si Syazwan,
Kirim ke kampung sebab boleh 'ngempeng' nenek,
Sediakan stok susu sampai melepek.
















p/s : segala kejadian ada hikmahnya, sabarkan hati, kurangkan memebebel --> peringatan untuk diri sendiri

Friday, May 03, 2013

Adik saya sudah bertukar status!

Tarikh 21 April 2013, adik saya sah menjadi isteri. Semoga bahagia sehingga ke hujung nyawa....
Majlis kenduri In Sha Allah akan dibuat pada tarikh lepas Hari Raya Aidilfitri nanti.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...