Life is beautiful, if u make it beautiful.

Life is beautiful, if u make it beautiful.

Saturday, August 5, 2017

SEJAUHMANA PERANG DINGIN MENGUBAH KEADAAN EKONOMI DAN KESELAMATAN NEGARA INDONESIA?


DISEDIAKAN OLEH: FARIS IZZUDDIN


1.0         PENGENALAN

Secara khususnya, para sarjana masih mencari fakta yang kukuh untuk mengiakan sesuatu perkara berkaitan Perang Dingin yang telah menular ke kawasan Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Bagaimana ia boleh bermula di Asia Tenggara dan juga bagaimana ia boleh menular di negara-negara yang ada di dalam kawasan tersebut. Umum mengetahui bahawa Asia Tenggara telah dianggotai oleh beberapa negara seperti Vietnam, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Timor Leste. Berdasarkan kajian para sarjana, Perang Dingin yang berlaku ini telah mengubah keadaan persekitaran Asia Tenggara itu sendiri berikutan Asia Tenggara dianggap sebagai mangsa kepada negara-negara besar yang saling bertelagah diantara satu sama lain. Dari situ, kebanyakkan daripada mereka bersetuju walaupun Perang Dingin tidak mempunyai tarikh yang spesifik yang menunjukkan perang tersebut telah bermula, namun mereka mempercayai bahawa Perang Dingin adalah lanjutan daripada berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Akibat Perang Dunia Ke-2 inilah, muncul 2 buah kuasa besar dikenali sebagai Amerika Syarikat dan juga Soviet Union, Union of Soviet Socialist Republics (USSR).

Secara asasnya, Perang Dingin boleh dianggap sebagai sebuah perlumbaan bagi negara kuasa besar ini membina dan menambah kekuatan dalam tenaga nuklear negara masing-masing. Bagi Amerika Syarikat dan Soviet Union, adalah perlu untuk mereka membangun tenaga nuklear tersebut bagi menggertak dan menakutkan negara musuh mereka. Namun, mereka sendiri juga sedari bahawa mereka tidak mampu untuk menempuh lagi satu perang dunia yang besar di Eropah dan disebabkan itulah tidak berlakunya perang secara fizikal di sana. Maka wujudnya nama Perang Dingin berikutan Amerika Syarikat dan Soviet Union sendiri yang mahukan keadaan tersebut terus “dingin” di Eropah. Sebaliknya pula yang berlaku di Asia Tenggara apabila kawasan inilah yang menerima tempias daripada permusuhan tersebut sehingga berlaku perang yang “panas”.
Berdasarkan persoalan yang diterima, esei ini akan memfokuskan kepada sebuah negara di Asia Tenggara yang turut terlibat secara langsung dalam kancah Perang Dingin iaitu Indonesia. Jika dilihat semula, Perang Dingin banyak menyentuh tentang blok-blok kuasa utama dunia iaitu blok Barat dan blok Timur. Apa yang dapat dikenal pasti adalah, Asia Tenggara mempunyai kedudukan geopolitikal yang sangat strategik yang mana ia terletak ditengah laluan Lautan Hindi dan Pasifik yang menyebabkan kedudukan Asia Tenggara ini sentiasa diperhatikan dan diawasi oleh kuasa besar dunia. Mereka mempercayai bahawa negara-negara di Asia Tenggara ini mampu mengawal laluan tersebut dan lebih penting menjadi titik penyekat atau “choke point” bagi sesiapa sahaja yang ingin lalu dikawasan tersebut. Perkara inilah yang menjadi keistimewaan bagi negara Indonesia apabila Perang Dingin meletus. Indonesia menjadi rebutan 2 blok kuasa dunia untuk dipertahankan agar pihak yang menang dapat mengawal perkara-perkara tersebut.

Namun, harus diingat bahawa Indonesia mengalami beberapa perubahan dalam sistem politiknya yang memeperlihatkan pertukaran pemimpin negara. Pertukaran pemimpin tersebut turut menyebabkan berlakunya pertukaran pihak untuk mendapatkan perlindungan daripada bahaya Perang Dingin. Ini adalah merujuk kepada 2 tokoh pemimpin negara Indonesia yang bangun ketika Perang Dingin sedang rancak berlaku di kawasan Asia Tenggara iaitu Presiden Soekarno dan kemudiannya digantikan dengan Presiden Soeharto. Perkara ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dibahagian yang seterusnya. Di dalam esei ini, perkara-perkara berkaitan Perang Dingin akan diperincikan lagi yang bakal menyentuh tentang ciri-ciri sebenar Perang Dingin yang berlaku di Asia Tenggara secara khususnya. Selain itu, melalui esei ini, akan cuba dihuraikan tentang akibat yang ditanggung oleh negara Indonesia akibat Perang Dingin yang berlaku selain daripada perubahan yang berlaku dalam sistem politik dan ekonomi di Indonesia.


2.0         DEFINISI PERANG DINGIN

Seperti yang telah diterangkan di bahagian pengenalan yang lebih awal, Perang Dingin boleh dianggap sebagai sebuah perang ideologi diantara 2 kuasa besar dunia yang utama iaitu Amerika Syarikat dan juga Soviet Union. Fokus utama kedua-dua kuasa ini adalah untuk berlumba-lumba menunjukkan kekuasaan mereka melalui teknologi dan kuasa nuklear yang dibangunkan oleh pihak mereka sendiri. Jelasnya, walaupun keadaan sebegini dinamakan sebagai Perang Dingin, harus diingat bahawa pertempuran bagi kedua-dua kuasa besar ini tidak berlaku perkara-perkara seperti yang terdapat semasa Perang Dunia Pertama mahupun Perang Dunia Kedua di negara mereka sendiri. Sebaliknya, apa yang berlaku, mereka mengambil pendekatan yang lain dalam menunjukkan bahawa mereka merupakan kuasa yang tidak mampu diganggu gugat dengan mencari rakan kerjasama, pakatan dan sebagainya sehinggakan perang yang sebetulnya berlaku di luar negara mereka sendiri. Dari situlah, maka wujudnya beberapa terma yang boleh digunakan untuk menerangkan apakah sebenarnya Perang Dingin yang berlaku khususnya di kawasan Asia Tenggara itu sendiri. Bahagian ini akan digunakan untuk menerangkan apakah Perang Dingin di Asia Tenggara berlaku dalam bentuk perang yang betul atau “Real War” atau “Proxy War” mahupun “Shadow War”.

Dalam terma “Real War” ini, jika dialih bahasa kepada Bahasa Melayu, ia membawa makna sebagai perang yang sebenar iaitu berlakunya perang yang sebetul-betulnya di sesebuah negara. Ini diakui oleh pihak Soviet Union bahawa mereka telah menempuh peperangan yang sebetul-betulnya dengan pihak bukan komunis dalam tempoh lebih 30 tahun yang mana ia merujuk kepada pihak Barat atau lebih tepat Amerika Syarikat itu sendiri. Disebabkan itulah, maka Soviet Union yang merancang untuk menguatkan lagi kuasa mereka di dunia ini dan bagi mengelakkan berlakunya lagi pertambahan pakatan anti-komunis, mereka telah memperkenalkan slogan seperti “Socialism in One Country”.Tindakan tersebut adalah untuk menjadikan Soviet Union sebagai sebuah tapak revolusi dunia yang begitu kebal sekali bagi memberi saingan kepada Amerika Syarikat khususnya membawa nasionalisme dan kapitalisme dalam kegiatan ekonomi dunia. Secara jelas kedua-dua kuasa ini membawa ideologi yang berbeza diantara satu sama lain.

Jika merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Soviet Union yang mana mereka menyatakan bahawa mereka telah menempuh peperangan yang panjang selama lebih 30 tahun dengan kuasa Barat, itu sudah cukup menunjukkan bahawa mereka saling bersaingan. Namun, harus diingat, peperangan dalam Perang Dingin ini tidak berlaku di negara mereka sendiri sebaliknya kebanyakkan perang yang meletus adalah di luar kawasan negara mereka. Jelas dapat ditunjukkan disini bahawa mereka tidak berperang di negara mereka sendiri berikutan mereka mempunyai rakan pakatan yang begitu banyak sekali terutamanya negara-negara yang baru sahaja merdeka yang baru ingin membangun dalam konteks pemerintahan dan sistem politiknya dan juga kegiatan ekonominya. Disebabkan itu, mereka tidak perlu risau sekiranya mereka perlu untuk berperang. Dengan mudah 2 kuasa ini akan mencari negara-negara baru untuk dijadikan sebagai medan perang mereka. Keadaan ini akan diterangkan dibahagian yang seterusnya.

Jika dirujuk pula keadaan “Real War” di Asia Tenggara, perkara tersebut dipersetujui bahawa telah berlakunya perang yang sebenar di kawasan Asia Tenggara seperti di negara Vietnam. Perang Vietnam misalnya menjadi medan bagi kedua-dua kuasa ini menunjukkan kekuatan dan keupayaan mereka dalam bidang ketenteraan, peperangan, teknologi dan sebagainya. Dalam masa yang sama, menggertak siapa sahaja yang berani mencabar kekuasaan mereka ini. Bagi negara kecil, mereka tersepit diantara 2 kuasa ini. Ini dapat dibuktikan semasa meletusnya Perang Vietnam, terdapatnya 2 watak yang memainkan peranan sebagai kuasa yang mahu menunjukkan kekuasaan mereka di negara tersebut. Di utara Vietnam misalnya, yang memegang kekuasaan di sana adalah kuasa People’s Republic of China dan Soviet Union yang secara terangnya mewakili kekuasaan komunis dan di kawasan selatan Vietnam, Amerika Syarikat menjadi penguasa di sana.


“Luu Doan Huynh declared that in June1965 Beijing informed Hanoi it would be unable to defend the North against US air attack. As a result, “Bombs were raining on our heads.”


Tetapi, perlu diingat bahawa Perang Vietnam yang berlaku dalam konteks di kawasan Asia Tenggara juga boleh dikategorikan dalam satu lagi bentuk Perang Dingin yang dikenali sebagai “Proxy War”.

“Proxy War” jika melalui beberapa rujukan dan lebih mudah untuk diringkaskan menyatakan bahawa Proxy War merupakan sebuah bentuk perang dingin yang memperlihatkan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union khasnya akan menggunakan negara-negara dibawah jagaannya atau rakan sekutunya untuk memerangi musuh atau pihak lawan. Dalam keadaan ini, negara-negara besar ini akan sedaya upaya memberi bantuan peralatan perperangan dan juga senjata untuk menjadikan perang yang sebenar meletus. Dari situ, maka negara-negara kecil yang baru ingin membangun ini secara langsung akan menjadi medan atau tapak perang bagi negara besar. Secara jelasnya, negara-negara kecil ini akan berperang bagi pihak negara besar yang akan menyalurkan dana, senjata dan sebagainya kepada mereka. Sebagai contoh di kawasan Asia Tenggara, perkara ini boleh dilihat terhadap perang yang berlaku di negara Vietnam. Kuasa Amerika Syarikat menjadi kuasa besar yang memberi bantuan perperangan di kawasan selatan Vietnam yang mana kawasan tersebut diwakili oleh Republic of Vietnam (RVN) asalkan mereka mampu mengalahkan kekuasaan Democratic Republic of Vietnam (DRV) di kawasan utara Vietnam yang turut mendapat bantuan dari Soviet Union dan China. Ketika ini, Amerika mendapat sokongan padu dari Korea, New Zealand dan Australia untuk memberi kelengkapan perang kepada pihak RVN manakala 40 buah negara yang lain memberi bantuan ekonomi, pendidikan dan perubatan.

Proxy War memperlihatkan keadaan ini seperti sebuah perang saudara atau ‘Civil War” apabila dua buah kawasan berjiran di sebuah negara saling berperang seperti yang terjadi di kawasan utara dan selatan Vietnam yang turut diperkuat dengan 2 buah pihak iaitu pihak RVN dan DRV. Namun, jika diperhatikan semula, keadaan ini lebih berkisarkan tentang sokongan serta fahaman yang diserap masuk ke dalam sesebuah kawasan negara tersebut. Amerika Syarikat khususnya tidak mahu fahaman komunis diserap masuk ke dalam negara Vietnam ketika itu ditambah pula Soviet Union sudah mula membuat penyebaran fahaman dan kuasa mereka di kawasan Asia Tenggara. Bagi Soviet Union pula, sudah tentu tindakan mereka untuk menyebar luaskan fahaman komunis mereka itu adalah disebabkan tercabar dengan tindakan Amerika Syarikat yang ingin berkuasa di kawasan Asia Tenggara. Oleh itu, jika dilihat semula keadaan di Vietnam, perang dingin di negara itu lebih berbentuk kepada Proxy War.
Satu lagi bentuk perang dingin yang berlaku di kawasan Asia Tenggara adalah “Shadow War”. Shadow War misalnya boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk perang yang tidak berlaku secara terang-terangan samaada berlakunya perang menggunakan peralatan perang seperti bom dan senjata lain mahupun dengan berlakunya pergaduhan besar-besaran diantara 2 kuasa besar Amerika Syarikat dan Soviet Union ini. Sebaliknya, Shadow War lebih menumpukan kepada perang dalam bentuk penguasaan ekonomi yang mana tumpuan 2 kuasa besar ini akan diberikan terhadap negara-negara baru merdeka khasnya di kawasan Asia Tenggara. Secara jelas, negara-negara kecil yang baru merdeka ini merupakan negara miskin dan dari keadaan tersebut, Amerika dan Soviet Union akan cuba meletakkan tapak pengaruh mereka dalam kegiatan ekonomi di negara tersebut. Negara-negara kecil ini pula akan cuba memilih atau membawa masuk pemikiran dan cara kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh 2 kuasa ini. Secara jelasnya, keadaan ini mengambil kira persaingan dalam kegiatan ekonomi dunia melalui 2 bentuk ekonomi utama yang digelar sebagai kapitalis dan komunis.

Sistem kapitalis boleh ditafsirkan sebagai sebuah sistem ekonomi yang boleh dijalankan secara bebas oleh sesiapa sahaja yang turut serta dalam kegiatan ekonomi. Namun, dalam keadaan ini, bagi negara yang mengamalkan kegiatan ekonomi kapitalis, akan wujudnya persaingan yang sangat kuat bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi secara besar-besaran yang memungkinkan berlakunya penindasan golongan kaya terhadap golongan miskin. Ia lebih mudah untuk difahami apabila sistem kapitalis ini akan dimonopoli oleh beberapa pihak sahaja di dalam sesebuah negara. Sistem kapitalis ini dibawa oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya bagi sistem komunis, kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah lebih berbentuk secara sama rata yang memperlihatkan bahawa golongan yang menjalankan kegiatan ekonomi di sesebuah negara akan mempunyai hak secara sama rata. Pemberian hak secara sama rata ini akan menghasilkan keuntungan kepada rakyat juga secara sama rata dan tidak akan menyebabkan berlakunya penindasan kepada segolongan masyarakat. Apa yang menjadi kebaikkannya ialah, dikatakan bahawa sistem ekonomi komunis ini akan mempercepatkan nilai kesejahteraan bagi buruh di sesebuah negara itu.
Melihat kepada keadaan Shadow War dalam perihal perang dingin di Asia Tenggara ini, kebanyakkan negara yang ada di kawasan Asia Tenggara ini mengalami bentuk perang dingin yang sebegini. Kebanyakkan negara yang ada di Asia Tenggara khususnya ketika perang dingin berlaku baru mula ingin membangun berikutan daripada negara mereka yang baru sahaja mendapatkan kemerdekaan dan bebas sepenuhnya daripada penjajahan kuasa Barat. Dalam keadaan tersebut, negara ini mempunyai sistem politik yang lemah, kegiatan ekonomi yang masih belum begitu lancar dan tidak berkembang. Daripada keadaan tersebut, Amerika yang membawa sistem ekonomi kapitalis dan Soviet Union yang membawa sistem ekonomi komunisme ini cuba untuk bertapak di negara-negara ini dan membantu kegiatan ekonomi di setiap negara. Dengan adanya pertapakan kuasa ini di setiap negara, kegiatan penyebaran idea ekonomi ini dapat berjalan dengan lebih mudah dan bukan itu sahaja, secara tidak langsung, ideologi yang dipegang 2 kuasa besar ini turut dapat disebar luaskan.

Berikutan daripada 3 buah keadaan perang dingin iaitu “Real War”, “Proxy War” dan “Shadow War” yang telah diterangkan ini, berdasarkan negara di Asia Tenggara yang telah dipilih iaitu Indonesia, negara ini lebih cenderung mengalami “Shadow War” berbanding 2 bentuk perang yang lain. Indonesia pada masa perang dingin meletus dan mula memuncak di kawasan Asia Tenggara telah ditadbir oleh presidennya iaitu Sukarno. Presiden Sukarno dianggap sebagai seorang pemimpin yang sangat berkebolehan dalm berpidato dan juga dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pihak komunis. Banyak pihak beranggapan bahawa Presiden Sukarno secara jelas lebih berpihak kepada sistem dan kekuasaan pihak komunis berbanding Amerika yang juga merupakan diantara kuasa dunia yang terkuat pada ketika itu. Namun, bagi Sukarno, beliau lebih pro kepada komunis. Tindakan tersebut adalah berikutan bencinya Sukarno kepada golongan Barat iaitu pihak Belanda yang telah menjajah negaranya iaitu Indonesia suatu ketika dahulu. Baginya, kemerdekaan adalah hak bagi setiap bangsa dan setiap penjajahan perlu dihapuskan kerana penjajahan adalah sifat tidak berperikemanusiaan dan tidak adil. Oleh itu, dibahagian yang seterusnya, akan dihuraikan tentang perubahan yang berlaku di Indonesia dalam hal politik khasnya berkaitan hal keselamatan dan ekonomi yang diakibatkan oleh perang dingin di Asia Tenggara. 

3.0 KELEBIHAN PERANG DINGIN TERHADAP INDONESIA (ZAMAN PRESIDEN SUKARNO)

Secara amnya, sudah tentu sesebuah perang yang berlaku di dunia ini pasti akan memberikan kesan yang begitu banyak terhadap sesebuah negara yang terlibat dengan perang tersebut. Dilihat semula kesan yang berlaku semasa meletusnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Ke-2, begitu banyak kehancuran yang berlaku jika kita melihat dari sudut negatifnya. Apabila dari sudut positif, kita dapat pula melihat kebangkitan beberapa negara di dunia menjadi kuasa besar ketika itu. Sudah tentu kebangkitan tersebut memberikan kelebihan kepada sesebuah negara yang menang dalam perperangan. Berbalik kepada Perang Dingin yang berlaku di Asia Tenggara. Keadaan tersebut telah mengubah pelbagai perkara sesebuah negara khususnya Indonesia itu sendiri. Perubahan ini banyak menyentuh tentang aspek politik negara khususnya dalam hal selok belok pemerintahan negara pada ketika itu. Bukan itu sahaja, aspek ekonomi juga mengalami perubahan yang begitu ketara ketika itu berikutan Indonesia juga merupakan salah satu negara yang baru merdeka di Asia Tenggara. Oleh itu, bahagian ini akan digunakan untuk melihat perubahan yang berlaku di Indonesia khususnya berkaitan hal ekonomi dan keselamatan negara tersebut.

3.1         Politik, Keselamatan Dan Pertahanan

Pada asasnya, apabila menyentuh tentang soal keselamatan dan pertahanan negara Indonesia, ia banyak berkait dengan polisi politik yang dipegang oleh Presiden Indonesia pada ketika itu iaitu Presiden Sokarno. Oleh itu, pelbagai persoalan tentang perang dingin di Indonesia telah dirujuk dalam skop masa kepresidenan Sokarno tersebut. Secara jelasnya, politik luar negara atau dasar hubungan luar yang telah diterapkan ketika ini adalah politik yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Namun, harus diingat, walaupun dasar tersebut telah digunakan oleh Indonesia dan Presiden Sokarno sendiri, Indonesia tetap menjadi perhatian utama bagi Amerika Syarikat. Kerisauan pihak Blok Barat, iaitu Amerika Syarikat ada asasnya apabila di Indonesia telah wujudnya 4 buah parti besar yang muncul untuk turut serta dalam pilihanraya umum Indonesia akan datang iaitu Parti Nasional Indonesia (PNI), Masyumi, Nahdatul Ulama (NU) dan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Dari keadaan tersebut, sememangnya ketika presiden Sokarno memerintah di Indonesia, negara tersebut telah menerima pengaruh komunis atau Soviet Union yang begitu kuat sekali. Ini dapat dibuktikan dengan hubungan tersebut, Indonesia yang merupakan sebuah negara kecil dalam hal pentadbiran dan politiknya disebabkan baru mendapat kemerdekaan, telah mempunyai sejumlah besar produk keselamatan dan peperangan yang bgitu canggih sekali. Keperluan peperangan tersebut telah dimiliki oleh Indonesia hasil daripada sumbangan pihak Soviet Union. Perkara tersebut dapat dibuktikan seperti berikut:

By 1963 Indonesia could parade its military might of Soviet-supplied cruisers and destroyers, long range bombers and missiles, it could shows off its great stadia for games and rallies.


Dari kenyataan tersebut, ketika ini Indonesia agak yakin dalam soal keselamatan dan pertahanan negara mereka disebabkan mereka mempunyai kelengkapan yang begitu hebat sekali dan tidak perlu risau dalam mendapatkan kelengkapan yang sebegitu canggih kerana pihak Soviet Union boleh memberi kelengkapan tersebut kepada mereka. Dari keadaan tersebut, keadaan Perang Dingin yang berlaku ketika itu telah memberi kelebihan kepada pihak Indonesia dalam mendapatkan kelengkapan pertahanan negara dengan begitu mudah sekali. Sesetengah negara kecil pasti akan mendapatkan perlindungan Amerika Syarikat, namun perkara tersebut tidak berlaku terhadap Indonesia.

Soal pertahanan dan keselamatan negara Indonesia tidak perlu disangkal lagi apabila mereka berpihak kepada Soviet Union. Harus diingat, ketika ini Indonesia hanya bergantung kepada kuasa Soviet Union dalam hal untuk memastikan keselamatan negara mereka terjamin sahaja. Mereka masih belum termasuk atau tergolong sebagai negara komunis. Pernah terdapat peristiwa yang melibatkan soal keselamatan negara Indonesia yang mana juruterbang Amerika, Allen Pope telah ditembak jatuh bersama jet pejuangnya di Sumatera oleh tentera Indonesia. Keadaan tersebut telah membuka rahsia terhadap keterlibatan pihak Central Intelligent Agency (CIA) dalam kerajaan Amerika Syarikat di Indonesia. Ia sekaligus telah menyebabkan hubungan yang semakin tegang di antara Indonesia dan Amerika Syarikat dan menaikkan lagi kebarangkalian untuk pihak Soviet Union untuk menjadikan Indonesia sebagai negara komunis. Dari situ, dengan adanya penghantaran kelengkapan pertahanan kepada Indonesia daripada pihak Soviet, ia telah menyebabkan Indonesia mampu menjaga ketenteraman dan kedaulatan negara mereka sendiri. Indonesia tidak perlu bergantung kepada Amerika Syarikat dalam membantu mereka untuk menjaga soal keselamatan negara mereka sendiri.

Perang Dingin yang melibatkan perlumbaan kuasa 2 negara besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union telah menguntungkan Indonesia sendiri apabila kedua-dua negara ini saling berebut kepercayaan Indonesia untuk menjadikan mereka sebagai sekutu agar tidak terjebak kearah musuh mereka masing-masing. Keuntungan ini jelas dilihat apabila pihak Soviet Union telah memberikan pinjaman kepada Indonesia melalui presiden Sokarno melebihi $1000 juta pada March 1961 yang telah didedahkan maklumatnya oleh Defence Intelligence Agency (DIA). Dalam pemberian dana yang besar itu, dinyatakan bahawa Soviet Union telah mengarahkan separuh daripada dana yang diberikan itu perlu dibelanjakan untuk membeli kelengkapan senjata untuk Indonesia. Indonesia yang ketika itu telah pun dilimpahi dengan pelbagai senjata moden dan tapak tentera, keselamatan dan pertahanan yang begitu kukuh sudah mula berani menyuarakan hasrat mereka untuk membebaskan kawasan Irian Jaya (West New Guinea) yang merupakan satu-satunya kawasan di bawah jajahan kuasa Belanda. Disebabkan itu, mereka mula berani untuk mendapatkan semula kawasan Irian Jaya dengan langkah pertama melalui Perjanjian Meja Bulat (Round Table Agreement) pada Januari 1950.


Kesimpulannya, walaupun Indonesia di masa awal kemerdekaan negara itu lebih memegang kepada dasar tidak memihak kepada mana-mana blok kuaa dunia, namun dalam masa yang sama mereka tetap menjalankan hubungan dengan kuasa besar terutamanya dengan Soviet Union. Walaupun mereka masih belum membuat keputusan untuk menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara komunis, namun Soviet Union tetap memberi bantuan kepada Indonesia dalam hal keselamatan dan pertahanan. Mereka menyalurkan dana yang cukup besar untuk membantu menguatkan lagi sistem pertahanan Indonesia. Apa yang lebih penting, Indonesia menerima kelebihan yang begitu besar daripada perlumbaan 2 kuasa besar ini, Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam kancah Perang Dingin di kawasan Asia Tenggara.

3.2         Ekonomi

Walaupun pada dasarnya, Perang Dingin merupakan suatu perkara yang perlu dielakkan oleh sesebuah negara apatah lagi sebuah negara baru merdeka, namun Perang Dingin ini telah membawa satu bentuk tuah kepada negara seperti Indonesia. Perang Dingin membawa peningkatan dalam hala tuju ekonomi negara Indonesia apabila sesebuah negara yang lain sedang mengalami peperangan. Ini dapat dilihat seperti apa yang terjadi melalui Perang Korea yang berlaku dalam lingkungan masa Perang Dingin itu sendiri sedang hangat berjalan. Perang Korea memberi kesan yang sangat besar terhadap negara di Asia Tenggara terutamanya Indonesia. Ini kerana, apabila perang berlaku, sudah tentu ekonomi disesetengah tempat juga mengalami peningkatan akibat daripada permintaan barang makanan dan keperluan kehidupan yang lain untuk disalurkan kepada negara yang berperang. Ketika ini, Indonesia sangat bertuah apabila mereka menjadi diantara pembekal barang makanan kepada negara tersebut sehinggakan berlaku limpahan duit masuk ke dalam negara Indonesia. Keadaan tersebut dalam terma ekonomi lebih dikenali sebagai “Economic Boom”. Keadaan tersebut sekaligus mampu membantu kerajaan Indonesia dalam membangunkan negara mereka dalam kadar yang lebih cepat berikutan hasil ekonomi yang terus masuk ke dalam negara.

Sama seperti hal berkaitan keselamatan dan pertahanan, Indonesia memegang dasar neutral atau tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar. Namun, dalam hal ekonomi, bagi memastikan ekonomi negara Indonesia dapat berkembang dalam kitaran ekonomi dunia ketika itu, Indonesia dilihat lebih memihak kepada blok Barat iaitu Amerika Syarikat berbanding Soviet Union. Tahun diantara 1950 hingga 1953 merupakan tahun yang boleh dilihat bahawa Indonesia lebih memihak kepada blok Barat dalam kegiatan ekonomi. Keadaan tersebut berlaku disebabkan pemerintah Indonesia mendapat pendidikan Barat dan institusi negara mereka turut memegang sistem demokrasi. Akibat dari itu, pemikiran pemerintah Indonesia lebih memihak kepada Barat berkaitan ekonomi disebabkan pasaran barangan lebih terbuka di sana. Indonesia memerlukan Amerika Syarikat dan juga Eropah untuk hal pasaran barangan mereka, untuk mendapatkan keperluan. teknikal dan juga bantuan ketenteraan. Disebabkan itu, mereka lebih menyebelahi pihak Barat untuk menjamin kelansungan kegiatan ekonomi mereka.

Kesimpulannya, Presiden Sukarno yang memimpin negara Indonesia ketika ini dilihat begitu berani untuk mengamalkan sikap dan dasar tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun beliau masih menjalankan hubungan dengan kedua-dua kuasa ini dalam hal keselamatan negara dan juga ekonomi. Bagi Sukarno, perkara tersebut perlu dilakukan olehnya untuk menjamin kelangsungan pemerintahan, politik, pertahanan dan ekonomi Indonesia. Namun, harus di ingat bahawa tindakan yang digunapakai oleh Sukarno tetap membawa keburukan kepada dirinya sendiri dan negara apatah lagi ketika Asia Tenggara sedang rancak terlibat dengan Perang Dingin. Jika benar Presiden Sukarno ingin mengamalkan dasar tdak menyebelahi mana-mana pihak, maka Sukarno tidak perlu untuk mendapatkan bantuan daripada kedua-dua belah pihak, Amerika Syarikat dan Soviet Union kerana tindakan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan semasa. Tambahan lagi, dalam kepimpinan kerajaan Sukarno di Indonesia terdapatnya 2 pihak yang saling menyokong kuasa Amerika dan Soviet Union. Bahagian seterusnya akan melihat tentang keburukan Perang Dingin terhadap Indonesia berdasarkan dasar yang digunakan oleh Sukarno itu.

4.0         KEBURUKAN    PERANG    DINGIN     TERHADAP     INDONESIA      (ZAMAN

PRESIDEN SUKARNO)

Sudah tentu apabila bercerita tentang sesebuah perang tidak kira perang sebenar mahupun perang dingin, ia sudah tentu akan membawa pelbagai keburukan kepada sesebuah negara itu. Tambahan lagi, ketika perang dingin sedang rancak berlaku di kawasan Asia Tenggara, ia memberikan gambaran bahawa kesemua negara-negara kecil dalam hal keselamatan dan politik mereka ini adalah berada dalam keadaan yang tidak selamat. Mereka sudah semestinya menerima pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara mereka. Ia diburukkan lagi dengan kewujudan 2 buah kuasa besar, Amerika Syarikat dan Soviet Union yang sedang berlumba-lumba untuk menyebarkan ideology dan kuasa masing-masing di kawasan Asia Tenggara. Perlumbaan teknologi, tenaga nuklear, perlumbaan mencari negara naungan dan sebagainya. Bagi Indonesia, Presiden Sukarno yang menerapkan dasar tidak menyebelahi mana-mana pihak pada awalnya memberikan gambaran bahawa Indonesia akan selamat dari bahaya kuasa ini. Namun, disebabkan begitu berani dalam mendapatkan bantuan melalui 2 buah negara tersebut seperti yang diterangkan di bahagian lebih awal, maka ia telah memberikan keburukan kepada Indonesia itu sendiri.


4.1         Politik, Keselamatan dan Pertahanan

Akibat daripada tindakan Presiden Sukarno yang cukup berani iaitu mengamalkan dasar tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar namun tetap mendapatkan bantuan daripada Amerika dan Soviet Union untuk bidang pertahanan dan ekonomi, ia telah memakan diri Sukarno sendiri ketika pentadbirannya masih berjalan. Dalam kerajaan pimpinan Sukarno, terdapatnya 2 pihak yang saling berlainan arah iaitu sebelah pihak adalah radikal kiri dan pro-Barat. Dengan adanya 2 pihak ini, Sukarno mula menerima tekanan dan mula diserang oleh orang-orang bawahannya. Untuk itu, beliau telah merombak kabinetnya dan telah melantik Sjahrir menjadi Perdana Menteri dengan kuasa penuh yang ada pada dirinya sendiri. Dengan tindakan licik ini, ia telah menyelamatkan kedudukan Sukarno sebagai Presiden Indonesia, menyingkirkan ahli kabinet yang sudah mula bertambah kepada jumlah yang cukup besar dan menentangnya di bawah pimpinan ketua kumpulan komunis Tan Melaka, mengelakkan daripada mereka yang mengkritik dasarnya, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, Perang Dingin yang sudah mula panas di kawasan Asia Tenggara telah memberi kesan kepada Indonesia juga terutamanya kepimpinan Sukarno. Ideologi komunis sudah mula berkembang dengan pantas. Ini dapat dibuktikan dengan peristiwa pada Oktober 1952 yang mana kerajaan mula ingin mengurangkan jumlah tentera bersenjata yang cukup besar di Indonesia. Ketegangan terus berlaku apabila 2 pihak tersebut saling tidak bersetuju dengan keputusan pihak lawan. Kolonel Abdul Haris Nasution yang lebih berfikiran pro-Barat dan pegawai kerajaan yang bersamanya menyokong tindakan tersebut tetapi tidak bagi pihak yang lagi satu. Keadaan yang sama juga apabila kepimpinan Sukarno huru hara dengan pergolakan diantara Perserikatan Nasional Indonesia (PKI) dan Nahdatul Ulama (NU) yang merupakan parti konservatif Islam. Dalam masa yang sama, Parti Komunis Indonesia (PKI) mula menjadi sebuah parti yang sangat berkuasa di Indonesia dan bakal menjadi parti komunis terbesar selain daripada Soviet Union sendiri dan China.Keadaan tersebut telah memberi bayangan yang kepimpinan Sukarno sudah mula serabut dengan masalah dalaman negara yang berlaku akibat tindakan Sukarno itu sendiri. 

Keberanian Sukarno dalam hal tuntutan Irian Jaya (West New Guinea) terhadap kuasa Belanda sekali lagi memberikan kesan yang buruk dalam istitusi politik dan keselamatan negaranya. Melalui Rundingan Linggarjati pada tahun 1947, Sukarno berjaya mendapatkan pengaruh Amerika Syarikat untuk merendahkan penguasaan Belanda di wilayah tersebut dan terbukti berkesan tindakan tersebut apabila wilayah Irian Jaya berada di bawah kawalan de facto Indonesia. Namun, setelah Indonesia dan Belanda mula untuk menjalankan rundingan bersama, terdapat 3 buah negara yang menjadi diantara pemerhati kepada rundingan tersebut untuk dilaporkan kepada Pihak Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Ia dikenali sebagai Komisi Tiga Negara (KTN) diwakili oleh Australia, Belgia dan Amerika Syarikat. Akibat daripada persetujuan yang tidak dicapai, Belanda mula melancarkan serangan mengejut keatas Indonesia dan terbukti ketika ini aspek pertahanan dan keselamatan dalam negara tidak dapat menjamin keselamatan para pemimpin Indonesia. Ini terjadi apabila Belanda telah membuat serangan dengan menawan beberapa pemimpin Indonesia seperti Presiden Sukarno, pemerintahan Yogyakarta, Kolonel Van Langen (Tijger Brigade), wakil presiden Mohd Hatta, dan beberapa pemimpin yang lain.Dari situ menunjukkan bahawa walaupun Indonesia pada mulanya begitu berani menuntut wilayah Irian Jaya daripada kuasa Belanda disebabkan mempunyai sokongan besar oleh Amerika Syarikat, namun tindakan tersebut telah memakan diri sendiri apabila Belanda membuat tindakan sebegitu. Ia disebabkan Amerika Syarikat ketika ini bertindak lebih bebas dan hanya sebagai kuasa pemerhati dan tidak berbuat apa-apa terhadap tindakan Belanda itu.

Kesimpulannya, dapat dilihat disini, keadaan perang dingin yang berlaku di Asia Tenggara telah menyebabkan keadaan yang begitu huru hara di Indonesia. Ia bukan sahaja disebabkan oleh perang dingin itu sendiri, bahkan ia ditambah buruk oleh keberanian Presiden Sukarno untuk bermain dengan kuasa-kuasa besar dunia pada ketika itu. Indonesia selaku negara baru dalam hal politik sepatutnya mengekalkan dasarnya untuk tidak memihak mana-mana kuasa besar walaupun dalam apa-apa hal sekalipun. Disebabkan itu, Indonesia ketika ini mengalami pergolakan dalaman diantara pentadbir kerajaan, parti-parti kerajaan dan komunis dan juga serangan luar oleh Belanda. Ia cukup membuat kedudukan Indonesia itu sendiri berada dalam keadaan yang sangat bahaya.

4.2         Ekonomi

Agak menyedihkan apabila perang dingin yang berlaku telah memberi kesan negatif yang ketara kepada sektor ekonomi Indonesia semasa pemerintahan Presiden Sukarno. Ini dapat dibuktikan sejurus setelah berakhirnya penjajahan Jepun dan juga Revolusi yang berlaku secara besar-besaran di Indonesia di sekitar tahun 1950. Pada tahun tersebut, sektor ekonomi terutamanya sektor pertanian dan industri telah terjejas dengan teruk sekali. Sektor ekonomi pertanian ini banyak bergantung kepada jumlah pertumbuhan penduduk di Indonesia. Pada awalnya Indonesia menikmati keuntungan daripada perang dingin yang berlaku di luar Asia Tenggara yang telah menjadikan mereka sebagai negara pembekal makanan ketika berlakunya Perang Korea. Namun, selepas itu keadaan mereka mula tersepit apabila populasi penduduk Indonesia pula terus meningkat. Tidak disangkal bahawa jumlah populasi yang tinggi mampu menaikkan produktiviti dan penghasilan makanan untuk tujuan perdagangan. Tetapi, populasi yang tinggi ini telah menyebabkan pengeluaran makanan yang dijalankan tidak mampu menampung jumlah permintaan bagi rakyat Indonesia itu sendiri apatah lagi untuk tujuan eksport keluar negara. Ia dapat dibuktikan pada tahun 1950, jumlah populasi Indonesia dianggarkan sebanyak 77.2 juta orang dan kemudian ia meningkat dengan mendadak sekali kepada 85.4 juta pada tahun 1955. Jumlah penghasilan nasi/beras adalah 26 peratus lebih tinggi pada tahun 1955 berbanding tahun 1950. Namun, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung permintaan penduduk dan ia perlu untuk menampung jumlah eksport yang tinggi.

Walaupun perkembangan sektor ekonomi Indonesia dilihat membangun dengan pesat, kerajaan dilihat turut menanggung bebanan dalam pelbagai perkara terutamanya dalam masalah pasaran gelap dan penyeludupan barangan. Di Indonesia, Jawa merupakan ibu negeri mereka dan kebanyakkan sektor ekonomi berkembang di sini dan kehidupan masyarakat lebih tertumpu disini.Sebaliknya, lain pula yang terjadi di kawasan terpencil dan luar bandar yang mana kawasan-kawasan ini telah diabaikan. Ketika ini, matawang Indonesia iaitu Rupiah masih berada di aras yang tinggi dan masih tiada masalah kerugian sekiranya menjalankan kegiatan eksport barangan. Sebaliknya, masalah yang terjadi ialah berlakunya kepayahan dalam menjalankan kegiatan eksport ke kawasan yang luar dari kawasan Jawa. Akibatnya, telah berlakunya aktiviti pasaran gelap dan penyeludupan barangan disebabkan barangan luar tidak dapat dibawa masuk ke dalam kawasan yang terpencil ini. Hasilnya, peniaga-peniaga yang ada di Indonesia menanggung kerugian yang besar akibat kegiatan tersebut dan telah menyebabkan peniaga tidak lagi menjalankan perniagaan mereka disana.

Disebabkan perang dingin yang berlaku di kawasan Asia Tenggara, Indonesia telah mengambil pendekatan untuk lebih berjaga-jaga dalam soal keselamatan negara mereka. Disebabkan itu, Sukarno mengambil keputusan untuk terus menambahkan jumlah tentera yang sedia ada dan disokong oleh jumlah senjata yang cukup besar nilainya. Akibat daripada tindakan tersebut, Indonesia terpaksa menanggung kos untuk penjagaan kesemua anggota tentera yang mereka miliki. Kemasukan golongan tentera sukarela juga telah menambahkan perit yang perlu ditanggung oleh kerajaan Indonesia yang mana jumlah keseluruhan tentera sukarela adalah sehingga 350 000 orang. Tambahan lagi, terdapat 150 000 orang tentera laut, tentera darat dan juga pasukan polis. Jumlah tentera yang banyak ini telah menyebabkan kos untuk menampung sara hidup tentera adalah sangat tinggi dan telah merencatkan kegiatan ekonomi dan keuntungan negara. Sehinggakan terdapatnya catatan yang menunjukkan bahawa Indonesia telah menanggung hutang yang cukup tinggi iaitu bernilai US$2 500 000 kepada pemiutang asing.

Terdapatnya satu kejadian yang telah merugikan Indonesia akibat daripada perang dingin yang berlaku. Presiden Sukarno secara beraninya telah membuat kempen untuk memerangi golongan pelabur Barat yang telah berlaku pada tahun 1957. Secara amnya, sememangnya Indonesia ketika ini memegang dasar tidak menyebelahi mana-mana kuasa besar dunia. Namun, tindakan memerangi golongan pelabur dari Barat merupakan suatu tindakan yang sangat kurang bijak dan telah memakan diri Sukarno sendiri yang telah menyebabkan ekonomi Indonesia terganggu secara kesuluruhan. Ia melibatkan pengusiran syarikat kapal Belanda di Indonesia dikenali sebagai KPM. Indonesia ketika itu telah merampas kapal yang membawa barangan dagangan ke Indonesia terutamanya ke kawasan diantara pulau-pulau. Walaubagaimanapun, tindakan tersebut dibalas semula oleh syarikat perkapalan Belanda itu dengan ugutan akan menghantikan kesemua penghantaran bekalan barangan ke Indonesia. Sudah tentu tindakan tersebut akan menyebabkan Indonesia akan putus bekalan barangan dan lebih teruk kegiatan perdagangan mereka dengan dunia luar akan terhenti secara keseluruhannya. Tatkala ekonomi Indonesia sudah mula teruk, tindakan tersebut akan menambahkan lagi keperitan yang perlu ditanggung oleh mereka.

Akibat keperitan ekonomi yang perlu ditanggung oleh kerajaan Indonesia dan ditambah pula dengan jumlah hutang yang begitu banyak, maka Indonesia telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah anggota tentera kepada jumlah yang lebih munasabah. Pada tahun yang sama ketika peristiwa rampasan kapal KPM itulah juga menyaksikan anggota tentera menjadi lebih kecil iaitu sebanyak 500 000 orang sahaja yang mana 100 000 daripadanya adalah anggota polis. Bagi kewangan negara Indonesia pula, defisit bajet negara meningkat setiap tahun disebabkan jumlah penggunaan bajet kewangan tersebut menjejak kepada 300 peratus. Daripada jumlah 100 juta orang penduduk Indonesia yang dibanci, hanya terdapat kira-kira 225 000 orang sahaja yang boleh dikenakan cukai. Tambahan lagi, selain daripada cukai pendapatan, sumber kewangan yang boleh diperolehi oleh kerajaan Indonesia adalah melalui duti import dan juga aktiviti percetakan wang kertas Rupiah Indonesia. Dari situ, dapat dilihat selain Indonesia terpaksa menanggung hutang yang besar jumlahnya, mereka juga terpaksa menerima hakikat bahawa kemasukan duit ke dalam negara juga adalah terhad sehinggakan jumlah tersebut tidak mampu untuk membayar semula hutang yang ada.

Kesimpulannya, dapat dilihat disini bahawa perang dingin yang berlaku di kawasan Asia Tenggara ketika ini telah memberikan kesan buruk terhadap sektor ekonomi Indonesia. Akibat daripada kos yang perlu ditanggu dalam memastikan sistem pertahanan Indonesia adalah dalam keadaan yang terbaik, maka sejumlah besar wang perlu dibelanjakan oleh Indonesia ketika ini. Ia semua adalah disebabkan perang dingin yang menyebabkan keadaan ketika itu agak merbahaya kepada Indonesia. Tatkala Indonesia yang merupakan sebuah negara baru merdeka, Presiden Indonesia dilihat agak berani untuk menentang kuasa syarikat Belanda akibat tekanan ekonomi yang teruk. Akibatnya, mereka sendiri yang terpaksa menanggung derita tersebut. Oleh itu, dapat dinyatakan disini bahawa, perang dingin yang berlaku di Indonesia telah menyebabkan Indonesia menangung derita dalam kegiatan ekonomi mereka.

5.0         KELEBIHAN PERANG DINGIN TERHADAP INDONESIA (ZAMAN PRESIDEN

SUHARTO)

Sememangnya pihak Amerika begitu berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia sendiri menerima aliran pemikiran lebih kepada Barat berbanding seteru utama mereka melalui pemikiran komunis yang dibawa oleh kuasa Soviet Union. Walaupun semasa Indonesia berada di bawah pemerintahan Presiden Sukarno telah mengamalkan dasar tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar, namun boleh dikatakan bahawa dasar tersebut tidak diaplikasikan dengan sebetulnya oleh Sukarno. Malahan, tindakan Sukarno menjadi keadaan dalaman Indonesia menjadi lebih teruk disaat Perang Dingin sedang rancak berjalan di Asia Tenggara. Selepas kejatuhan Presiden Sukarno, maka bermulalah zaman baru yang telah dipimpin oleh Presiden Suharto di Indonesia. Pemerintahaan Suharto telah dikenali sebagai “Order Baru”. Order Baru yang telah dibawa oleh Suharto lebih menekankan dasar politik yang lebih pro-Barat berbanding zaman Sukarno iaitu dasar tidak memihak.Maka, ketika ini dapat dilihat Amerika Syarikat mula untuk membina kembali hubungan baik dengan Indonesia dan dalam masa yang sama penguasaan atau pengaruh komunis di Indonesia mula dihapuskan sedikit demi sedikit. Oleh itu, bahagian ini akan dihuraikan kelebihan perang dingin yang berlaku terhadap Indonesia melalui Order Baru pemerintahan Presiden Suharto.

5.1         Politik, Keselamatan Dan Pertahanan

Perang Dingin yang semakin memuncak menyebabkan Presiden Suharto tidak mempunyai pilihan lain selain perlu mengikut atau sealiran dengan pemikiran politik Amerika Syarikat. Tindakan sebegitu juga merupakan tindakan penting disebabkan pada masa itu, kedudukan Suharto untuk dilantik menjadi Presiden Indonesia juga masih belum muktamad. Terdapat beberapa nama yang menjadi pilihan rakyat Indonesia disebabkan mereka masih dibayangi dengan kredibiliti tinggi Presiden Sukarno. Amerika ingin memastikan Indonesia sentiasa berada dibelah pihaknya dan pemilihan Presiden Indonesia yang seterusnya ini adalah penting untuk memastikan kedudukan politik dan soal keselamatan negara itu dapat dijamin tanpa ada sebarang keraguan lagi. Amerika Syarikat menetapkan supaya Indonesia perlu sealiran dengan mereka seperti yang dinyatakan: 


“… if not pro-Western, is not, at any rate, hostile to us and is not under Chinese domination. One key to the future has always been Indonesia: as long as Indonesia appeared to be headed for domination by the PKI, the prospects were gloomy…”


Presiden Suharto pada 25 Julai 1966 telah mengumumkan kabinet baru pemerintahannya. Disebabkan dasar yang telah diuar-uarkan oleh Suharto bahawa beliau dan Indonesia adalah pro-Barat, maka Suharto telah mendapat galakan dan sokongan daripada pihak Amerika dalam menjalankan gerakan pembersihak PKI di Indonesia. Menteri yang pro-PKI dalam pemerintahan Indonesia seperti Subandrio, Chairul Saleh dan 13 orang lain lagi telah ditangkap. Apa yang lebih drastic, seramai 500 ribu orang ahli PKI telah dibunuh. Tindakan ini semua telah dibantu oleh Amerika bagi memudahkan urusan penghapusan anggota PKI dan seterusnya memastikan Indonesia bebas dari ancaman komunis. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa Indonesia mendapat bantuan dari Amerika dalam bentuk penyenaraian nama kesemua anggota PKI dan diserahkan kepada tentera Indonesia untuk menangkap kesemua anggota tersebut. Suharto yang menerima tentangan khususnya dari pihak yang pro-komunis telah mengarahkan tentera kerajaan supaya menghapuskan kesemua penentangnya.

Disebabkan kini Suharto dan Indonesia adalah lebih memihak kepada kuasa Amerika Syarikat, hubungan yang dahulunya dibentuk oleh Presiden Sukarno dengan pihak Soviet Union telah menjadi semakin renggang. Kalau dahulunya Sukarno lebih bergantung kepada Soviet Union untuk mendapatkan bekalan senjata dan apa sahaja kemasukan dana untuk sistem pertahanan Indonesia, kini perkara tersebut tidak berlaku lagi. Sebaliknya, Amerika telah menjadi penyumbang utama kelengkapan senjata dan ketenteraan kepada Indonesia dan beberapa negara Barat turut berbuat perkara yang sama. Dari situ, tindakan Suharto yang memihak kepada Amerika Syarikat tidak mendatangkan kerugian dalam hal keselamatan negara Indonesia kerana kehilangan pembekal utama senjata ke negara tersebut. Sebaliknya, Amerika pula yang menjadi pembekal utama senjata negara tersebut. Ini disebabkan Amerika ingin menjaga Indonesia daripada terlepas ke tangan Soviet Union dan dalam masa yang sama ingin memastikan Soviet Union tidak mampu menyerang Indonesia di masa akan datang. 
Perang dingin juga telah mengubah hubungan Indonesia dengan negara-negara disekelilingnya. Disebabkan peka dengan ancaman bahaya komunis di kawasan Asia Tenggara, maka Indonesia telah telah bergabung kekuatan dan kekuasaan dengan 4 lagi buah negara bukan komunis untuk membentuk sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Association of Southeast Asian Nation (ASEAN) yang bertujuan untuk mengadakan pelbagai bentuk kerjasama di peringkat serantau. Apa yang perkara menarik dalam pertubuhan ini ialah, walaupun pada awalnya ASEAN tidak menyatakan bahawa mereka ditubuhkan untuk menjalankan hubungan kerjasama dalam soal keselamatan, namun dapat diperhatikan bahawa ASEAN telah menjadi diantara benteng kepada penularan fahaman komunis di Asia Tenggara. Ia sekaligus memberikan gambaran bahawa Indonesia begitu komited dengan Amerika Syarikat untuk membendung kemasukan fahaman dan kuasa komunis di rantau itu.

Indonesia melalui Presiden Suharto dilihat begitu sibuk dalam mewujudkan sebuah kawasan serantau yang bebas daripada apa sahaja ancaman luar termasuklah ancaman komunis sendiri. Disebabkan itu, dapat dilihat dengan kewujudan ASEAN, selepas itu Indonesia telah menyokong cadangan Menteri Luar Malaysia untuk menjadikan kawasan Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan Bebas, Aman dan Berkecuali yang telah dicadangkan pada tahun 1971 melalui Deklarasi Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, dapat dilihat disini bahawa dalam soal politik, keselamatan dan pertahanan, adalah menjadi perkara utama bagi Presiden Suharto setelah beliau memegang takhta pemerintahan Indonesia. Dengan penentuan dasar pro-Barat tersebut, Amerika dilihat begitu memanfaatkan peluang yang ada disebabkan musuh utama mereka, Soviet Union mula berkurangan peranguhnya di Indonesia. Disebabkan dasar pr-Barat itu, Indonesia mula menjalankan proses penghapusan pengaruh PKI di Indonesia dan dalam masa yang sama Amerika turut menyokong segala tindakan Indonesia itu dengan memberikan sumbangan dalam bentuk kelengkapan ketenteraan dan senjata. Dari situ, Presiden Suharto dapat memastikan Indonesia dapat berkembang dengan lebih baik walaupun Perang Dingin sedang berlaku diantara kuasa Amerika dan juga Soviet Union.

5.2         Ekonomi

Pihak tentera Indonesia mempercayai bahawa usaha untuk memerangi dan menghapuskan keseluruhan pengaruh komunis di negara itu adalah bukan dengan menggunakan serangan melalui kerjasama ketenteraan sebaliknya dengan menghapuskan akar kepada kemunculan pengaruh tersebut iaitu dalam bidang ekonomi. Disebabkan itulah, dengan wujudnya pemerintahan atau order baru dibawah pimpinan Presiden Suharto ini, mereka telah memutuskan untuk menumpukan kepada pembangunan ekonomi melalui rangkaian kerjasama dengan beberapa buah negara besar ekonomi seperti Amerika Syarikat, Jepun dan beberapa buah lagi negara industri di Barat yang mampu untuk memberikan mereka bantuan kewangan, pelaburan dan juga pasaran barangan untuk barang-barang buatan Indonesia. Mereka menyedari tanpa berbuat demikian, adalah mustahil untuk Indonesia membangun dengan cepat semasa zaman Perang Dingin ini dan hal ekonomi sememangnya merupakan perkara utama bagi sesebuah negara untuk terus membangun. Tindakan yang diambil untuk menumpukan pembangunan ekonomi ini juga dilihat sangat rasional berikutan pengaruh komunis banyak bermain dengan perihal ekonomi. Komunis secara umumnya menentang sistem kapitalisme yang diamalkan oleh negara Barat oleh itu, adalah penting untuk Indonesia cuba mengamalkan sistem ekonomi Barat ini dalam menghapuskan pengaruh ekonomi komunis tersebut.

Dalam usaha Indonesia untuk menguatkan keadaan ekonomi negara mereka, kepimpinan Suharto turut mengambil pendekatan drastic dengan mengambil kira soal kesusahan masyarakat Indonesia. Kerajaan cuba untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara tersebut dan juga mengambil kira kebajikan rakyatnya.Tindakan itu adalah untuk memastikan Suharto mendapat sokongan penuh dari seluruh rakyatnya dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan kesepaduan rakyat dan keutuhan institusi politik Indonesia tatkala Perang Dingin sedang memuncak di Asia Tenggara. Dengan cara itu sahajalah yang mampu mengelakkan Indonesia daripada terjebak ke kancah perperangan. Untuk itu, semasa zaman pemerintahan Presiden Suharto ini, dasar pro-Barat telah diguna sebaik mungkin untuk memastikan ekonomi Indonesia membangun dengan jayanya. Antara yang menjadi tumpuan dalam sektor ekonomi adalah Rencana Pembangunan Lima Tahun (Repelita).

Rencana Pembangunan Lima Tahun ini lebih dikenali dengan nama Repelita yang dibahagiakan mengikut tahun iaitu Repelita I (1969-1973), Repelita II (1974-1978), Repelita III (1979-1983) dan Repelita IV (1984-1988).Setiap daripada rancangan tersebut akan menumpukan kepada sektor yang berlainan namun tujuannya adalah sama untuk memajukan kegiatan ekonomi Indonesia. Berikutan daripada pengenalan rancangan ekonomi Repelita I, dapat disaksikan bahawa bermula daripada tahun 1970, sektor ekonomi Indonesia menunjukkan peningkatan yang sangat positif melebihi pencapaian sektor ekonomi bagi negara Filipina dan Thailand namun masih lagi kurang berbanding Malaysia dan Singapura. Bagi Repelita II pula, Suharto melalui kerajaannya menumpukan untuk mempromosikan tenaga kerja Indonesia untuk menghasilkan barangan eksport Indonesia untuk menembusi pasaran seperti Taiwan, Korea, Hong Kong dan Singapura.Repelita III lebih menumpukan kepada untuk mempromosikan industry kecil pribumi, menyamakan pendapatan rakyat, menempatkan semula keluarga di kawasan yang padat seperti di Jawad an seterusnya untuk meningkatkan penghasilan produk makanan dan kadar eksport minyak. Repelita IV adalah menumpukan kepada kegiatan industry dan pertanian, menambah baik infrastruktur, perkhidmatan awam dan pembangunan sumber manusia di Indonesia. Kesemua perkara ini adalah hasil daripada Perang Dingin yang berlaku dan Indonesia mengambil kesempatan untuk meningkatkan ekonomi negara tersebut. Jika dilihat semula, Perang Dingin merupakan punca kepada “economic boom” dan disebabkan itulah, Presiden Suharto mempromosikan Indonesia sebagai sebuah negara pembekal makanan. Agar kadar eksport makanan dapat digunakan sebaik mungkin untuk menaikkan lagi kemasukan wang asing ke dalam Indonesia.

Kesimpulannya, dapat dilihat disini bahawa Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Suharto telah mengambil peluang dalam kegiatan ekonomi daripada dasar pro-Barat tersebut.

Secara jelasnya, dasar pro-Barat ini telah memberikan peluang kepada Indonesia untuk membangunkan kegiatan ekonomi mereka ketika Perang Dingin. Negara Barat terutamanya Amerika Syarikat mempunyai pasaran ekonomi dan barangan yang cukup luas dan adalah penting untuk Indonesia sealiran dengan pemikiran Amerika Syarikat untuk memastikan setiap peluang pasaran di dunia ini dapat digunakan oleh Indonesia. Dengan itu, tidak mustahil bagi Indonesia untuk Indonesia mengecapi peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi disamping membawa perubahan di negara itu. Ekonomi merupakan faktor penting sesebuah negara dan kemasukan mata wang asing ke dalam negara juga merupakan faktor sesebuah negara mampu maju dengan cepatnya. Disebabkan itulah, diawal kemunculan rancangan ekonomi 5 tahun Indonesia, mereka banyak menumpukan kepada menggalakkan kemasukan pelaburan di Indonesia supaya tindakan tersebut dapat menaikkan lagi pembangunan di negara itu.


6.0         KEBURUKAN    PERANG    DINGIN     TERHADAP     INDONESIA      (ZAMAN

PRESIDEN SUHARTO)

Secara jelasnya, walaupun di era pemerintahan Presiden Suharto atau lebih dikenali sebagai Order Baru membawa banyak perubahan positif dan menggalakkan negara Indonesia menjadi sebuah negara yang lebih kukuh dalam hal politik, keselamatan dan juga ekonomi, namun ia tetap membawa keburukan. Perang Dingin yang berlaku di era pemerintahan Suharto tetap membawa keburukan kepada Indonesia walaupun ketika ini Indonesia telah menerapkan dasar negara sebagai pro-Barat. Namun, harus diingat bahawa dasar pro-Barat ini sebenarnya tidak banyak membantu Indonesia untuk mengelakkan diri daripada terus terlibat dengan perang dingin yang sedang memuncak. Perang dingin ini banyak menyentuh soal keselamatan negara dan ketika pemerintahan Suharto, soal keselamatan Indonesia banyak berkisar tentang perihal penggabungan sebuah wilayah untuk dimasukkan ke dalam Indonesia iaitu wilayah Timor Leste atau East Timor. Selain itu, perang dingin juga telah memperlihatkan kemunculan beberapa parti yang saling bertelagah dalam hal politik Indonesia seperti berlakunya penentangan masyarakat Islam yang mula menuduh Presiden Suharto sebagai seorang yang anti-Islam. Setiap perkara atau pergolakan yang berlaku ketika ini mampu menggugat keselamatan negara Indonesia. Oleh itu, di bahagian seterusnya, akan dihuraikan tentang segala keburukan yang berlaku terhadap Indonesia dalam hal keselamatan dan ekonomi mereka akibat dariada perang dingin yang berlaku di Indonesia.


6.1         Politik, Keselamatan dan Pertahanan

Satu keburukan yang dihadapi oleh Indonesia ketika ini secara terangnya adalah Indonesia tidak mempunyai sebuah struktur keselamatan atau industri yang khas untuk mengahasilkan senjata buatan mereka sendiri. ABRI atau Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang merupakan satu-satunya pasukan keselamatan yang diberikan tugas untuk menjaga keamanan di Indonesia tidak mempunyai senjata yang canggih untuk menjalankan misi mereka. Apa yang lebih pahit ialah, kekurangan senjata tersebut adalah disebabkan faktor industri pembuatan senjata di ndonesia itu sendiri yang tidak dikembangkan. Ini mungkin disebabkan faktor perang dingin yang sedang memuncak di Asia Tenggara yang telah mengehadkan Indonesia untuk membangunkan industri pembuatan senjata mereka. Tatkala ketika ini Amerika Syarikat dan Soviet Union sedang berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuasaan mereka dalam sektor senjata, teknologi dan sebagainya, adalah lebih baik bagi Indonesia untuk bergerak lebih merendah diri sebagai sebuah negara baru merdeka dan masih lemah dalam hal politik dan keselamatan. Sekiranya Indonesia membangunkan juga industri pembuatan senjata tersebut, berkemungkinan besar Indonesia juga akan sekali lagi menjadi sasaran pihak komunis suatu ketika nanti dan lebih teruk, mereka akan menerima nasib yang sama seperti Vietnam. Walaupun terlepas daripada bahaya serangan komunis, Indonesia terpaksa memastikan keselamatan negara mereka terjamin tanpa adanya sistem keselamatan yang baik.

Soal keselamatan Indonesia semasa perang dingin kembali menjadi pertaruhan apabila semasa pemerintahan Presiden Suharto, wujud ancaman keselamatan dari ideologi yang masih ada sokongannya seperti komunis dan yang terbaru adalah fahaman kanan iaitu gerakan Islam yang dicanang-canang untuk menggantikan ideologi nasional Indonesia iaitu Pancasila. Hal berkaitan politik di Indonesia telah menyebabkan soal keselamatan Indonesia kembali goyah terutamanya disebabkan daripada pilihan raya umum yang mula mendapat tentangan daripada golongan pelajar dan orang Islam. Pilihan raya umum 1977 memperlihatkan majority undian berpihak kepada GOLKAR, sebuah parti berkaitan kerajaan yang menang sebanyak 39.75 juta undi, Muslim United Party sebanyak 18.74 juta undi dan Parti Demokratik sebanyak 5.5 juta undi. 3 parti yang menang ini telah mengisi sebanyak 360 kerusi parlimen di Indonesia. Namun, pemilihan tersebut telah disanggah oleh golongan pelajar yang berdemonstrasi melaungkan kempen anti-rasuah terhadap beberapa pemimpin dan mempersoalkan perlantikan Suharto oleh MPR untuk penggal yang ke-3. Selain itu, mereka turut mepersoalkan polisi pembangunan yang dibuat oleh Suharto yang menyebabkan ketidaksamaratan pembahagian pendapatan kepada masyarakat dan bagi orang Islam pula mereka menuduh yang Suharto ini merupakan pemimpin anti-Islam. Pihak tentera Indonesia cuba meyakinkan golongan yang menentang Suharto untuk menyokong presiden ketika itu. Beberapa tindakan telah dibuat untuk memastikan golongan penentang ini tidak menentang Suharto seperti menyatakan akan mengambil tindakan keras kepada sesapa yang cuba merosakkan proses semula pilihan raya tahun 1978. Kerajaan mengenakan tindakan kepada 4 buah syarikat akhbar Jakarta yang membuat liputan demonstrasi pelajar, mengenakan tindakan keras kepada pelajar dan menghentikan operasi pertubuhan pelajar. Dari situ, soal politik Suharto dilihat agak kotor untuk memastikan beliau kekal memerintah.

Disebabkan Suharto menetapkan dasar luar Indonesia adalah pro-Barat, maka hubungan yang terbentuk diantara kuasa komunis pada ketika ini dilihat terus terputus. Ini dapat dibuktikan dengan hubungan diplomatik yang telah dibina diantara Indonesia dan China telah dibekukan serta merta disebabkan Beijing dituduh memberikan sokongan kepada pergerakan komunis di Indonesia melalui Parti Komunis Indonesia (PKI). Hubungan dengan negara China dan juga Soviet Union dilihat terus dingin dan menjauh diakibatkan kini Indonesia telah berpihak kepada Barat. Adalah lebih baik bagi Indonesia untuk berbuat demikian dengan menjauhkan diri dengan segala negara yang mempunyai pengaruh komunis sekiranya mereka ingin terus berasa selamat di bawah jagaan Amerika Syarikat. Bagi Amerika Syarikat pula, sekiranya Indonesia terus mempunyai hubungan baik dengan China, sudah tentu tindakan tersebut akan memberi tanggapan buruk kepada Amerika Syarikat sendiri seperti Indonesia hanya ingin mengambil kesempatan terhadap negara kuasa besar di Barat itu. Jika dahulu, Indonesia yang dahulunya mempunyai hubungan baik dengan Soviet Union dan menerima bekalan senjata dari negara itu tetapi kini mereka tidak lagi boleh menerima atau membeli senjata dari negara tersebut. Keadaan tersebut terus buruk disebabkan Indonesia tidak boleh membangunkan industri pembuatan senjata mereka sendiri.

Berkaitan dengan faktor keselamatan, disebabkan pihak Barat iaitu Amerika Syarikat sudah menjadi negara yang merupakan kuasa besar yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan Indonesia, maka terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang dalam kebebasan negara Indonesia itu sendiri. Amerika Syarikat sendiri telah menetapkan supaya dibawah pemerintahan Order Baru Suharto, kebebasan untuk membuat apa sahaja dalam soal politik adalah sangat terhad dan yang lebih buruk kebebasan untuk bersuara dan berpersatuan atau organisasi juga terhad. Bagi mereka yang cuba menentang kerajaan Indonesia pula akan diambil tindakan dan dipenjarakan. Tindakan tersebut telah disarankan oleh pihak Amerka Syarikat sendiri bagi memastikan perjalanan pemerintahan dan politik Indonesia dapat berjalan dengan lebih baik di masa akan datang tanpa ada halangan. Itu merupakan perkara yang baik untuk memastikan perjalanan pemerintahan berjalan dengan lancar. Namun, dari kesan buruknya pula, sesebuah pemerintah negara tidak akan dapat memperbaiki segala kelemahan yang berlaku sekiranya rakyat negara tersebut tidak diberikan kebenaran untuk bersuara dan memberikan pendapat. Apa yang lebih buruk, disebabkan Amerika Syarikat telah menetapkan perkara tersebut, maka Indonesia tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam soal politik, keselamatan dan pemerintahan negara mereka sendiri.

Kesimpulannya, disebabkan ingin memastikan supaya Indonesia dapat dielakkan daripada bahaya perang dingin di Asia Tenggara, maka pelbagai langkah keselamatan telah diambil di Indonesia itu sendiri. Walaupun terdapat perkara yang baik, namun tidak kurangnya juga keburukan yang dihadapi oleh Indonesia itu sendiri. Dapat dilihat, telah berlakunya pencabulan terhadap hak asasi manusia di Indonesia dan ini bukannya suatu perkara yang baik. Negara Indonesia semasa perang dingin sedang memuncak telah menggunakan khidmat tentera dalam sistem politik dan tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa Indonesia sangat terdesak dalam memastikan agar negara mereka sentiasa selamat. Apa yang lebih buruk ialah, Amerika Syarikat yang merupakan negara luar boleh membuat keputusan dalam soal politik dan keselamatan negara Indonesia tersebut.

6.2         Ekonomi

Walaupun semasa era pemerintahan Suharto telah diadakan Rencana Pembangunan Lima Tahun (Repelita) yang secara umumnya telah dibangunkan semasa era perang dingin sedang memuncak di Asia Tenggara, namun perang dingin tetap memberi kesan yang buruk kepada ekonomi Indonesia. Rancangan tersebut adalah merangkumi tempoh 25 hingga 30 tahun. Rumusan bagi Repelita dalam sektor ekonomi adalah untuk membentuk struktur ekonomi yang menggabungkan sektor industri dan juga sektor pertanian.Walaupun sasaran awal adalah untuk menaikkan ekonomi Indonesia melalui sektor perindustrian dan sektor pertanian, namun ia tidak semudah yang disangka. Ia dapat dilihat semasa Repelita II yang mana peratusan pendapatan negara yang pergi kepada pengusaha sektor ekonomi tradisional Indonesia adalah menurun terutamanya sektor pertanian. Kos pengeluaran dalam industri ini adalah tinggi namun pendapatn yang diterima adalah rendah. Keadaan di Jawa juga turut berlaku perkara yang sama sehinggakan berlakunya penurunan dalam penghasilan makanan ruji. Kenaikkan kos atau harga makanan telah menyebabkan masyarakat miskin di kawasan bandar mula menekan mereka disebabkan mereka tidak mempunyai kawasan untuk menghasilkan tanaman makan untuk keperluan sendiri dan keluarga. Kejatuhan pendapatan negara ini banyak dsumbangkan oleh faktor dominasi eksport matawang dollar pada ketika itu.

Dominasimatawang dollar ini turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Indonesia ketika Repelita III. Disebabkan itu, matawang Rupiah telah diturunkan nilainya sehingga 33.4 peratus. Manakala harga relatif bagi barangan yang boleh diniagakan seperti getah, kopi, minyak kelapa sawit, tekstil dan barangan elektronik telah menurun di Indonesia disebabkan berlakunya peningkatan yang sangat mendadak terhadap harga barangan yang tidak boleh diniagakan seperti perkhidmatan, sewa dan tanah. Disebabkan itu, Repelita III ini boleh disifatkan sebagai rancangan yang gagal kerana kerajaan Indonesia tidak mampu menaikkan ekonomi Indonesia ketika itu dan lebih teruk kerajaan tidak dapat mengikuti perkembangan semasa ekonomi dunia ketika itu. Akibatnya, kerajaan Indonesia telah mengahdapi kerugian yang besar.

Walaupun ekonomi semasa di awal pemerintahan Suharto menunjukkan perkembangan yang sangat positif, namun pada tahun 1982, GDP Indonesia pada ketika itu hanya meningkat sebanyak 2 ke 3 peratus sahaja dan tahun 1983 berlakunya inflasi sebanyak 11 peratus. Tahun 1982 memperlihatkan eksport minyak mentah menunjukkan defisit daripada US$2.5 bilion kepada US$7 bilion pada pertengahan tahun 1983. Akibatnya, banyak modal pelaburan luar lari meninggalkan Indonesia ketika itu. Pihak Bank Dunia pula telah menetapkan supaya menurunkan kadar subsidi minyak dan makanan , meletakkan bajet yang sedarhanan nilainya, menurunkan lagi nilain matawang rupiah sebanyak 28 peratus dan yang paling teruk adalah menangguhkan banyak projek perindustrian yang menelan kos lebih daripada US$20 bilion. Kesemua tindakan yang dijalankan oleh pihak Bank Dunia ini memperlihatkan bahawa kerajaan Indonesia dibawah pemerintahan Suharto gagal untuk memastikan perancangan pertumbuhan ekonomi negara mereka mampu memberi pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang telah dijalankan. Sekiranya pihak Bank Dunia tidak menjalankan usaha-usaha berikut, berkemungkinan Indonesia akan takrifkan sebagai negara yang muflis akibat hutang yang begitu banyak. Disebabkan itu, adalah penting bagi Indonesia untuk mengurangkan projek-projek mega yang menelankan kos yang sangat tinggi untuk memastikan sumber wang yang ada dapat digunakan disektor yang lebih penting di kemudian hari.

Kesimpulannya, walaupun Indonesia semasa di bawah pemerintahan Suharto adalah sebuah negara yang pro-Barat, namun itu tidak bererti Amerika Syarikat akan membantu Indonesia dalam segala jenis perkara. Dalam perihal ekonomi ini, jelas bahawa Amerika Syarikat tidak membantu Indonesia untuk memulihakan semula ekonomi Indonesia tatkala mereka sedang terdesak untuk bersaing dengan kegiatan ekonomi dunia. Ditambah lagi, Amerika Syarikat dilihat seperti mengambil kesempatan diatas penurunan nilai matawang rupiah Indonesia dan kekuatan nilai matawang dollar di pasaran eksport dunia. Apabila matawang dollar lebih besar berbanding rupiah, maka Amerika Syarikat dilihat tidak akan menanggung kerugian sekiranya mereka menjalankan kegiatan perdagangan dengan Indonesia sebaliknya Indonesia pula yang akan menanggung kerugian yang sangat besar tatkala mereka sedang memerlukan dana untuk pembangunan negara mereka. Oleh itu, dapat dilihat, kegiatan ekonomi semasa perang dingin telah mendatangkan keburukan terhadap sektor ekonomi Indonesia itu sendiri.

7.0         KESIMPULAN

Sudah pasti sebuah peperangan yang berlaku tidak kira di mana sahaja akan mendatang kesan yang sangat besar terhadap sesebuah kuasa dunia mahupun negara. Di Asia Tenggara, perang dingin merupakan sebuah perang yang sangat hangat berjalan ketika itu yang mana kuasa yang mendominasi Asia Tenggara adalah Amerika Syarikat dan Soviet Union. Bagi negara kecil atau lebih tepatnya negara baru merdeka dan mempunyai sistem politik pemerintahan yang masih baru dan lemah, mereka dilihat tersepit dalam memilih pihak mana yang mereka perlu sertai sama ada blok Barat ataupun blok Timur. Blok Barat dengan agenda kapitalismenya manakala blok Timur dengan agenda komunismenya. Bagi negara yang mengahadapi peperangan yang sebenar, maka rakyatnya terpaksa menghadapi kesengsaraan yang cukup dahsyat seperti apa yang telah terjadi di negara Vietnam suatu ketika dahulu melalui Perang Vietnam. Namun, tidak semestinya bagi negara yang tidak menghadapi peperangan yang nyata tidak akan mendapat kesengsaraan. Malahan pemimpin dan rakyat turut akan menhadapi kesengsaraan akibat pergolakan perang dingin ini.

Seperti Indonesia, walupun Indonesia tidak perlu menghadapi perang yang nyata, namun keadaan dalam negara ketika itu dilihat agak menggusarkan. Semasa era Order Lama di bawah kepimpinan Presiden Sukarno, beliau telah menetapkan negara Indonesia mengamalkan dasar tidak menyebelahi mana-mana pihak samaada Amerika Syarikat mahupun Soviet Union. Semasa era Order Baru pimpinan Presiden Suharto pula, beliau telah menetapkan dasar luar negara adalah pro-Barat. Kedua-dua tindakan tersebut telah mendatangkan kebaikan dan juga keburukan kepada negara. Namun, semasa kepimpinan Presiden Suharto, Indonesia dilihat mendapat manfaat yang begitu banyak sekali disebabkan dasar luar yang memihak kepada Barat. Tujuannya adalah untuk membuang keseluruhan pengaruh komunis di Indonesia yang dikatakan membawa ancaman keselamatan kepada masyarakat Indonesia dan juga negara secara amnya. Secara keseluruhannya, bagi penulis, perang dingin yang berlaku di kawasan Asia Tenggara telah memberi manfaat kepada Indonesia dari soal keselamatan dan ekonomi. Manfaat yang diterima oleh Indonesia boleh dikatakan melebihi kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh negara tersebut. Manfaat ini diperolehi tidak kira semasa zaman pemerintahan Presiden Sukarno mahupun Presiden Suharto, namun manfaat yang lebih banyak dimiliki adalah di zaman pemerintahan Presiden Suharto.


RUJUKAN

Albert Lau. 2012. Southeast Asia And The Cold War. Routledge Taylor & Francis Group. London

Arthur Cotterell. 2014 A History Of Southeast Asia. Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited. Singapore

Azlizan Mat Enh. Ku Boon Dar. Muhamad Hasrul Zakariah. Mohamad Rodzi Abdul Razak. 2014. Hubungan Antara Negara Dalam Sejarah: Dari Era Pra Perang Dingin ke Perang Dingin. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Bernhard Dahm. 1971. History Of Indonesia In The Twentieth Century. Pall Mall Press Limited. London

Chandran Jeshurun. 1989. Arms And Defence In Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. Singapore

Derek S. Jordan. 1974. Indonesia: The Underdeveloped Freedom. The Bobbs-Merrill Company, Inc. United States Of America.

Haris Munandar. 1994. Pembangunan Politik, Situasi Global, Dan Hak Asasi Di Indonesia. Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. Jakarta

Jayne Werner. David Hunt. 1993. The American War In Vietnam. Southeast Asia Program. New York.

John H. Esterline. Mae H. Esterline. 1986. How The Dominoes Fell: Southeast Asia In Perspective. Hamilton Press. England

John Subritzky. 2000. Confronting Sukarno: British, American, Australian and New Zealand Diplomacy In The Malaysia-Indonesian Confrontation 1961-5. Macmillan Press Ltd.

Lloyd C. Gardner. 1972. The Korean War. A New York Times Company. New York

M.C. Ricklefs. 1981. A History Of Modern Indonesia. The Macmillan Press Ltd. London

Michael Yahuda. 2006. The Post Cold War Order In Asia & The Challenged To ASEAN. Institute of Southeast Asian Studies. Singapore

Nicholas Tarling. 1992. The Cambridge History Of Southeast Asia: The Nineteenth and Twentieth Centuries. Cambridge University Press. United Kingdom

Peter Church. 2009. A Short History Of South-East Asia. John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd. Singapore

Ralf Emmers. 2003. Cooperative Security And The Balance of Power In ASEAN And The ARF. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. London

Richard Mason. Abu Talib Ahmad. 2006. Reflections On Southeast Asian History Since 1945. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

Robert Dayley. Clark D. Neher. 2015. Southeast Asia In The New International Era. Westview Press. United States of America.

Robert J. McMahon. 1981. Colonialism and Cold War: The United States And The Struggle For Indonesian Independence, 1945-49. Cornell University Press. Ithaca. London.

Sutamto Dirdjosuparto. 1945. Sukarno Membangun Bangsa Dalam Kemelut Perang Dingin Sampai Trikora. Badan Kerja Sama Yayasan Pembina dan Universitas 17 Agustus 1945 se-Indonesia.


Tim Hannigan. 2015. A Brief History Of Indonesia. Sultans, Spices, And Tsunamis: The Incredible Story Of Southeast Asia’s Largest Nation. Tuttle Publishing. Tokyo.