1.0 PENDAHULUAN
Zaman Enlightenment atau zaman Pencerahan dikatakan
bermula antara 1650-1800 Masihi dan adalah era di mana semangat kepercayaan dan
pegangan manusia pada ketika itu adalah kritikal, berasaskan sebab musabab dan
kaedah-kaedah saintifik.
Pada
zaman ini, golongan pemikir berusaha untuk melahirkan masyarakat yang lebih
terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan
undang-undang dan perlembagaan.
Pada
zaman ini juga telah lahirnya pemikir yang terkenal seperti Voltaire, John
Locke, Montesquieu, Thomas Hobbes dan Reussau.
Menurut
Immanuel Kant, zaman Pencerahan ialah kemunculan seseorang dari ketidakmatangan
yang dipikulnya. Voltaire pula menyatakan bahawa zaman pencerahan sebagai
“zaman akal”. Ahli falsafah yang lain seperti David Hume dan Denis Diderot pula
menegaskan bahawa zaman Pencerahan memainkan peranan yang penting untuk
membersihkan minda tahyul di Eropah iaitu pada zaman pertengahan dan memberikan
peluang kepada akal untuk menyelesaikan masalah manusia sejagat.
Pada abad ini
juga, ajaran-ajaran berkaitan dengan perkara mistik, agama serta gereja semakin
dilupakan bahkan diganti pula dengan pemikiran atau idea-idea yang lebih
berilmiah dan saintifik. Zaman Pencerahan di Eropah sering dikaitkan dengan
konsep modenisasi di Eropah dalam pelbagai aspek antaranya termasuklah politik,
ekonomi dan sosial. Pada tahun 1789, telah tercetusnya Revolusi Perancis iaitu
sebagai pengaruh kepada falsafah zaman Pencerahan dan akhirnya membawa Eropah kepada era moden.
2.0PERKEMBANGAN
ILMU PENGETAHUAN
Zaman Enlightenment atau juga
dikenali sebagai Zaman Pencerahan merupakan rentetan daripada zaman sebelumnya
iaitu zaman Renaissance. Pada ketika itu, golongan cendiakawan pada zaman
Renaissance telah mempersoalkan tentang kewajaran untuk memperolehi ilmu
pengetahuan sekiranya hanya bergantung kepada kepercayaan dan agama semata-mata
sahaja. Ramai orang Barat yang dahulunya telah pergi merantau ke negara-negara
maju. Di sana, mereka telah mempelajarai falsafah yang dikemukakan iaitu
antaranya termasuklah mempelajari falsafah rasionalisme yang dipopularkan oleh
ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle, Archemedes dan Socrates
pada abad ke-3 dan ke-4 sebelum Masihi.
Setelah
kembali ke negara mereka, golongan cendiakawan ini pula cuba untuk memahamkan
dan memperbetulkan kehidupan masyarakat di tempat mereka. Akhirnya, falsafah
rasionalisme atau rasional ini telah berkembang semasa zaman Pencerahan. Pada
masa yang sama, muncul beberapa orang pemikir Perancis seperti Rene Descartes,
Charles Montesquieu, Jacques Rousseau, Thomas Hobbes dan John Locke.[1]
Kemunculan rasionalisme muncul dan menggantikan agama lalu menjadi tunggak
utama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Manusia juga semakin digalakkan untuk
berfikir dan membuat penaakulan (reasoning) secara empirikal dan sistematik.[2]
Ahli
falsafah sering mempersoalkan tentang ilmu pengetahuan. Persoalan yang sering
dipersoalkan adalah bagaimana sesuatu perkara itu boleh dianggap sebagai ilmu
pengetahuan? Bagaimana pula ilmu pengetahuan itu boleh diperolehi? Segala
persoalan ini terdapat dalam cabang falsafah dan dikenali sebgai epistemology
atau teori ilmu pengetahuan. Pada abad yang ke-17, pengaruh yang kuat dalam
pembangunan epistemology datang daripada seorang ahli falsafah Perancis iaitu
Rene Descartes (1596-1650).[3]
Beliau ingin mengetahui sama ada ilmu pengetahuan dapat dipertahankan sekiranya
wujud sebarang keraguan.
Descartes
di dalam karyanya Meditation (1641),
beliau telah mencipta satu kaedah yang sistematik berkaitan dengan setiap
perkara yang boleh dipersoalkan haruslah dibuang. Beliau turut menolak sebarang
kepercayaan yang sebelumnya diperolehi melalui deria (sense) dan beliau
memberikan alasan bahawa deria adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Oleh
itu, atas dasar ini beliau mendakwa bahawa hanya sesuatu perkara yang mempunyai
alasan atau sebab yang kukuh adalah sumber ilmu pengetahuan (rasionalisme) yang
boleh dipercayai.[4]
Ahli
falsafah Inggeris iaitu John Locke pula menentang konsep rasionalisme. Beliau
menyatakan bahawa lima deria yang kita miliki ialah salah satu sumber
pengetahuan. Tanpa deria-deria ini, seseorang tidak dapat mengetahui apa-apa
perkara (walaupun perkara itu wujud), dan tanpa deria-deria tertentu contohnya
penglihatan, seseorang tidak dapat merasai pengalaman lalu tidak dapat
menghasilkan pengetahuan. John Locke di dalam karyanya Essay Concerning Human Understanding, beliau menegaskan bahawa
persepsi deria serta refleksi minda yang terdapat pada setiap tanggapan,
memberikan kita tentang pengetahuan sama ada yang ada ataupun yang kita tidak
boleh ada.[5]
Rasionalis pula sebaliknya mendakwa bahawa pengetahuan dunia adalah berdasarkan
sebab yang kita boleh pelajari dengan berfikir.
David
Hume pula menjadikan John Locke sebagai sumber inspirasi, tetapi beliau cuba
untuk membaiki apa yang telah disampaikan oleh Locke. Beliau juga bersetuju
dengan kritikan Lock berkaitan dengan rasionalisme, atas dasar bahawa deria
juga memainkan peranan dalam mebentuk pemahaman kita. Hume pula menganggap
bahawa semua kepercayaan agama sebagai tidak munasabah dan menolak idea Locke
bahawa keadilan dan harta adalah sesuatu yang semulajadi. Beliau juga
menyatakan bahawa manusia sentiasa tunduk kepada emosi.
Christian
Wolff pula mempercayai bahawa matematik merupakan salah satu model yang tepat
untuk penaakulan (reasoning) serta membangunkan kaedah deduktif dalam usaha
untuk mewujudkan satu sistem falsafah rasionalis. Kepercayaan bahawa pengetahuan
dan kebenaran boleh terhasil dengan kepastian, seperti pengiraan. Satu hujah priori (deduktif) dikatakan boleh
membawa kepada kesimpulan yang logik. Sebaliknya, hujah posteriari (induktif) hanya boleh mencapai kebenaran sementara
kerana ini adalah bergantung kepada cadangan yang telah atau akan berubah
seperti deria, eksperimen dan pengalaman.
Antara
karya terhebat Newton iaitu, Philosophiae
Naturalis Principia Mathematica (Mathematical Principles of Natural
Philosophy) telah membuktikan tentang tarikan graviti. Beliau secara zahirnya
ialah Kristian konvensional (walaupun dalam diam menolak konsep Triniti).[6]
Beliau bukanlah ingin melemahkan kepercayaan masyarakat terhadap Tuhan kerana
sesungguhnya, beliau telah mengikut kajian teologi yang beasar dan pengikut
serta penyokongnya sering menggunakan teori sebagai bukti kejadian alam. Hal
ini memperlihatkan bahawa mereka hanya mempercayai sesuatu perkara berdasarkan
bukti yang ada.
Istilah
‘Newtonian’ mewakili pemerhatian alam semula jadi sebagai satu sistem sejagat
yang boleh dijelaskan dari hujah matematik.[7]
Ramai ahli falsafah telah diilhamkan oleh kaedah dan pencapaian Newton, bukan
sahaja dalam pelajaran dunia material bahkan juga dalam aspek masyarakat dan
budaya. Hal ini turut membuktikan bahawa hasil kerja Newton menimbulkan
keyakinan besar bahawa misteri-misteri alam boleh didedahkan dan digunakan
untuk faedah manusia.
3.0 PERKEMBANGAN POLITIK
Zaman Pencerahan adalah zaman yang
mana masyarakatnya mula berusaha untuk menentang ketidakadilan yang timbul
daripada pihak berkuasa tradisional yang kebanyakannya berlaku pada abad yang
ke-18. Dalam perjuangan ini, tokoh-tokoh penting seperti Voltaire telah
terpanggil untuk menentang ketidakadilan. Beliau telah melancarkan kempen untuk
membebaskan manusia yang sering berhadapan dengan pengorbanan peribadi seperti
penjara dan proses buangan .
Manusia
sejagat kebanyakaannya adalah buta huruf (khususnya di Eropah) dan amat
dibahagikan mengikut agama, bangsa, kelas dan jantina. Walau bagaimanapun, nilai-nilai politik mempercayai bahawa ia
akan dimasukkan ke dalam pemikiran zaman Pencerahan untuk dibahaskan agar
setiap manusia itu bebas dan boleh melakukan apa saha mengikut kehendak mereka.
Apabila
melihat kepada peredaran, zaman Pencerahan dapat dilihat sebagai zaman di mana
masyarakatnya mula mempersoalkan tentang ajaran agama. Ia dilihat akan lebih
kukuh sepanjang melalui pembangunan dan penyebaran idea-idea liberal yang baru
ditambah pula dengan kegagalan kerajaan kontemporari. Ia dilihat akan membawa
kepada pergerakan yang demokratik berpaksikan
penentangan terhadap status kuo terutamanya di Amerika Utara dan
Perancis.[8]
Keadaan revolusi di sana telah membahaskan tentang hubungan manusia yang boleh
dikembalikan dan penciptaan radikal yang baru yang merupakan isyarat pemisah
kepada masa lalu.
Ia
adalah tidak sukar untuk menghubungkan fasa pertama Revolusi Perancis, bermula
dengan menggulingkan pemerintahan lama dan perumusan kepada Declaration of the Rights of Man and the
Citizen pada tahun 1780 kepada idea-idea politik beberapa pemikir zaman
Pencerahan.[9]
Walaupun Montesque, Voltaire, Rousseau dan kebanyakan ahli falsafah Perancis
yang lain tidak pernah menyokong revolusi, kebanyakannya telah menentang banyak
amalan politik rejim kuno dan semua ingin melihat agar undang-undang diwujudkan
untuk melindungi individu dari apa yang dianggap sebagai penyalahgunaan yang
disengajakan dan salah guna kuasa.[10]
Beberapa
individu seperti Denis Dederot dan Marchese di Beccaria telah member amaran
tentang bahaya yang akan menimpa masyarakat sekiranya pihak berkuasa gagal
merebut peluang yang diberikan oleh pemikir zaman Pencerahan untuk
memperkenalkan pembaharuan. Tetapi tujuan politik asal mereka adalah ingin
mengelakkan krisis dan menyelamatkan masyarakat daripada berlakunya
ketidakadilan.
Pada
tahun 1690, John Locke telah menerbitkan apa yang akan menjadi salah satu kerja
politik yang paling berpengaruh semasa zaman Pencerahan dan pengasas teks
falsafah liberal iaitu Two Treatris of
Civil Government yang mengandungi dua bahagian. Pada bahagian kedua, iaitu
‘an Essay Concerning the True, Original, Extent and End of Civil Government’,
Locke telah membentangkan tentang radikal dan kontroversi berkaitan dengan
kuasa dan kedudukan politik.[11]
Idea
Locke, hak semula jadi individu, kontrak sosial, kedaulatan, kerajaan dan hak
rintangan dilaksanakan pengaruh yang kuat pemikiran politik semasa zaman
Pencerahan itu, dan kerja beliau telah menimbulkan perbahasan ilmiah yang
sengit ketika zaman moden. Ekstrak yang diambil daripada Two Treatises ini, beliau
menyatakan
bahawa “semua dalah sama dan tiada siapa yang sepatutnya memudaratkan yang lain
dalam kehidupan, kesihatan atau harta benda’.[12]
Dalam
The Spirit of Laws, Montesquieu
menganalisa perbezaan di antara bentuk-bentuk tiga Kerajaan (replublican, monarchic, despotic) dan
apa yang dilihatnya sebagai dominan (vitue,
honour, fear) untuk setiap keadaan. Dalam situasi ini, beliau mencampurkan
komen sejarah, falsafah dan teori politik. Beliau sangat memuji Perlembagaan
British bagi pemisahan kuasa kuasa contohnya, kebebasan badan kehakiman, dan
memberi amaran mengenai bahaya ancaman.[13]
Dalam bahagian kedua buku ini, beliau mengembangkan teori beliau bagaimana
dengan persekitaran (termasuk geografi, adat, sumber dan iklim) membantu untuk
membentuk budaya dan undang-undang setiap masyarakat.
4.0 GENDER DAN
MASYARAKAT
Lelaki dan wanita mempunyai banyak
perbezaan antaranya termasuklah fizikal, perbezaan mental dan moral antara
lelaki dan wanita, peranan gender serta tanggungjawab dan hak. Isu ini tidak
menjadi sesuatu isu yang biasa semasa zaman Pencerahan. Dalam rujukan
penyelidikan moden dan kajian sejarah feminis wanita dalam tempoh tersebut,
terdapat pandangan yang bersetuju setakat mana dan cara di mana idea-idea utama
berkaitan dengan gender khususnya memberikan kesan kepada kehidupan wanita.
Wanita
merupakan golongan yang aktif dalam pembangunan pemikir semasa zaman Pencerahan
dan mereka turut mencipta imej dan cita-cita baru yang melambangkan identiti
mereka sendiri. Penciptaan amalan sosial yang baru turut meyumbang kepada
perbahasan semasa zaman Pencerahan seperti kritikan Mary Astell berkaitan
dengan penulisan Locke kepada Mme de Stael terhadap rejim Napoleon.[14]
Selain itu, pada abad ke-18, kemiskinan dan kadar buta huruf dalam kalangan
lelaki dan wanita yang terlibat dalam perbincangan zaman Pencerahan,
subordinasi undang-undang dan diskriminasi terhadap kaum wanita dalam
kebanyakan peranan awam telah menyekat penyertaan mereka.
Walaupun
begitu, pada sepanjang abad tersebut, golongan wanita seperti Marquise du
Chatelet (1706-49), Catherine Macaulay (1731-91), Mary Wollstonecraft (1759-97)
and Mme de Stael (1766-1817) telah menulis satu kajian saintifik, sejarah dan
sastera serta kerja-kerja penting semasa zaman Pencerahan. Wanita juga semakin
bergiat aktif sebagai penyokong dan berdebat untuk masyarakat.[15]
Lebih-lebih lagi, zaman Pencerahan telah meletakkan wanita di tempat
utamawalaupun ada pandangan yang pada awalnya menyatakan bahawa wanita secara
semula jadinya adalah lemah berbanding dengan lelaki.
Pada
sepanjang abad, perubahan sosio-ekonomi dan budaya yang dibawa oleh pertumbuhan
perbandaran, kadar celik huruf dan aktiviti perindustrian di beberapa bahagian
di Eropah mempunyai kesan yang ketara terhadap kehidupan seseorang wanita.
Kini, ramai yang masuk pasaran buruh dan dibayar sebagai pembantu rumah atau
pekerja kilang. Walaupun kelas-kelas pertengahan yang semakin meningkat bukan
sahaja pada amnya idea disokong bahawa keluarga perlu diketuai oleh lelaki yang
makan gaji tetapi wanita yang ideal kini berperanan sebagai penjaga rumah,
membesarkan anak-anak dan memberikan kesedaran moral dan agama dalam kehidupan
berkeluarga.
Terdapat
juga minat yang kuat dalam jenis pendidikan yang dianggap sesuai untuk lelaki
dan wanita. Hal ini telah dinyatakan dalam tempoh yang terlebih awal seperti
Locke dengan hasil kerjanya iaitu Some
Thoughts Concerning Education
(1963) dan dalam tulisan tokoh-tokoh reformis seperti Mary Asteel dan Richard
Steele dan ia berterusan pada sepanjang abad ini. Oleh itu di Perancis, pada
tahun 1977 Academy of Bascon telah mencadangkan perbahasan tentang wanita dan
pendidikan. Pada tahun 1783 pula, academy of Chalons-sur-Marne telah
menghasilkan karya tentang cara yang terbaik untuk meningkatkan pendidikan
dalam kalangan wanita.[16]
Pada
separuh abad, gelombang politik Amerika dan Revolusi Perancis telah
menggalakkan perdebatan berkaitan dengan hak-hak wanita. Di Amerika, wanita di
New Jersey dan Pennsylvania telah memperolehi francais tersebut di mana wanita
mudah terlibat dengan politik dan beberapa pergerakan. Beberapa kelab politik
sewaktu Revolusi Perancis turut diwujudkan. Pada 1793, Pauline Leon iaitu
seorang pembuat coklat dan Claire Lacombe iaitu seorang pelakon juga telah
menubuhkan kelab wanita sahaja iaitu Societe
de Revolutionnares.[17]
Pada
kemuncak revolusi pada tahun 1791, Marie Olympe Aubry de Gouges telah
menerbitkan sebuah risalah iaitu Les
Droits de la Femme et de la Citoyenne (The Rights of Woman and Female
Citizen). Ia adalah didedikasikan untuk Marie Antoinette, dan Gouges adalah
penegak sistem monarki dan berharap agar permaisuri akan menegakkan hak-hak
politik wanita. Beliau juga bercakap dan menulis kepada Dewan Negara dan
meletakkan di Paris yang menimbulkan kontroversi.[18]
Beliau
juga mengisytiharkan hak-hak wanita dan menafikan perbezaan seksual di mana
wanita perlu diberi hak supaya tidak
wujud sebarang perbezaan antara jantina. Pada 1793, Gouges telah mengarang
tulisan yang memperlekehkan golongan rejim ini. Ia secara rasmi dilaporkan
bahawa beliau melakukan sedaya upayanya
untuk menyebarkan prinsip-prinsip revolusi dan beliau adalah pengasas
persatuan-persatuan bagi kaum wanita. Di dalam The Rights of Woman, Gouges telah memanggil wanita untuk bangkit
dan mengetahui hak-hak wanita.[19]
A Vindication of the Rights of Women
ialah salah satu penerokaan terhadap subordinasi wanita. Wollstonecraft menulis
berdasarkan pengalaman peribadinya ketika Revolusi Perancis, telah mengambil
salah satu cita-cita semasa zaman Pencerahan dan mengaplikasikannya ke atas
wanita dengan alasan bahawa ia adalah hipokritikal jika tidak berbuat
sedemikian.[20]
Ia adalah satu bentuk berdebatan dan dengan tegas menentang pelbagai kezaliman
berdasarkan proses penganalisaan terhadap sosial wanita.
Wollstone
menyatakan bahawa asas kebaikan adalah sebab, kebajikan dan pengetahuan. Ia
adalah salah satu bentuk untuk mengakses pendidikan yang banyak memainkan
peranan penting dalam membolehkan wanita untuk mendapat manfaat daripada budaya
rasional dan melepaskan mereka daripada ruangan persendirian.
5.0 PERKEMBANGAN ILMU SAINS DAN CIPTAAN
Kemunculan
gerakan Zaman Pencerahan telah membawa kepada perkembangan pemikiran
intelektual barat dalam ilmu sains dan ciptaan. Gerakan zaman Pencerahan ini
melahirkan pemikir-pemikir baharu yang membebaskan pemikiran manusia daripada
mitos, fantasi dan menolak penerangan teologi. Sebelum zaman Pencerahan ini
berlaku, sains telah diaplikasikan oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya bagi
memahami dan menerangkan mengenai setiap kejadian dunia. Namun, penggunaan
sains ini masih pada tahap permulaan dan hasilnya masih diragui pada ketika
itu. Ilmu sains mengalami transformasi melalui ‘Revolusi Sains’ dan statusnya
sebagai ilmu pengetahuan mula diangkat pada zaman Pencerahan.
Zaman Pencerahan
memperlihatkan ilmu sains yang tertumpu kepada pandangan saintifik telah
dibincangkan dengan lebih meluas melalui rangka kerja yang dikenali sebagai
‘natural philosophy’ atau ‘falsafah alam’ sekali gus menghapuskan rangka kerja
Aristotelian terawal dan teori-teori tertentu seperti teori Descartes.[21]
Rangka kerja ini mengandungi ilmu fizik serta perbincangan mengenai pemahaman
manusia mengenai fenomena alam semulajadi. Ilmu sains telah dipisahkan daripada
aliran utama falsafah lalu dibahagikan kepada dua bentuk disiplin ilmu iaitu
sains tabi’i dan sains sosial yang kemudiannya menjadi semakin berkembang.[22]
Pemikir-pemikir
sains yang muncul pada zaman Pencerahan ini adalah seperti Jean d’Alembert,
Voltaire, Hume dan lain-lain lagi. Menurut d’Alembert, kaedah pembelajaran dan
pencarian pemikir-pemikir pada abad ke-17 seperti Francis Bacon (1561-1621),
Galileo Galilei (1564-1642) dan Rene Descartes (1596-1650) telah mendorong
pemikir-pemikir Pencerahan berbahas dengan lebih mendalam mengenai dunia menggunakan
ilmu sains.[23]
Pada akhir
abad ke-17, hasil kerja dua orang intelektual Inggeris iaitu John Locke dan
Isaac Newton secara beransur-ansur telah memberikan kesan yang amat besar
kepada skop pemikiran secara saintifik. John Locke melalui hasil kerjanya An
Essay Concerning Human Understanding (1689) telah menekankan pemantapan
epistemologi empiris melalui pengalaman sebagai asas kepada pengetahuan.
Manakala Isaac Newton pula telah menghasilkan penerangan matematik serta
menjelaskan mengenai perjalanan kosmik dan graviti lalu meletakkan idea ruang
sebagai idea utama. Hasil kerja ini telah memberi impak yang besar untuk
meluaskan ilmu penyelidikan secara saintifik dalam mengenal alam dan manusia.
Isaac
Newton khusunya telah menjadi ikon zaman Pencerahan dan kebanyakan penyelidikan
yang dijalankan oleh ahli-ahli sains dipengaruhi oleh kaedah-kaedah
penyelidikan milik Newton. Ramai intelektual berusaha untuk menyiapkan projek
mereka dengan menyebarkan kaedah-kaedah penyelidikan Newton kepada setiap pusat
kajian. Perbincangan mengenai hasil kerja Newton dan penyebaran secara meluas
yang dijalankan menggambarkan bahawa bukan sahaja penyelidikan saintifiknya
yang penting malah kesan yang luar biasa terhadap ahli falsafah secara umumnya
membantu dalam disiplin sains sosial.
Pengetahuan
saintifik yang berkembang ini telah menyebabkan penyelidikan saintifik dan
eksperimen menjadi medium yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat
tentang manusia, masyarakat dan dunia. Sepanjang abad ke-17 hingga ke-18 ini,
dapat dilihat bahawa terdapat banyak persaingan teori dan falsafah sains
seperti pandangan sesuatu perkara sama ada daripada sudut pandang materialis,
mekanikal atau vitalisme. Selain itu, terdapat juga kontroversi saintifik yang
melibatkan mereka yang mengambil berat mengenai alam dan berlakunya
amalan-amalan sains seperti kimia serta hipnosis.
Sebuah
karya yang dihasilkan oleh David Hume (1711-1776) yang bertajuk Treatise juga
membantu memajukan konsep empirisme British yang menekankan kepada penggunaan
pengetahuan saintifik. Karya Hume ini merupakan cubaan untuk mencapai matlamat
demi mewujudkan bidang baru yang dikenali sebagai psikologi saintifik.[24]
Hume menyatakan dalam karyanya ini bahawa idea merupakan salinan tanggapan atau
tanggapan yang tidak jelas.[25]
Karya yang dihasilkan oleh Hume memberi pendekatan yang saintifik kepada
psikologi dan mendorong kepada sikap ragu-ragu terhadap mereka yang ingin
mengukuhkan asas kepada penyelidikan saintifik.[26]
Dalam pada
itu, terdapat medium lain yang membantu menyedarkan intelektual barat tentang
kepentingan ilmu sains ini iaitu Encyclopedie Perancis yang telah
dihasilkan oleh beberapa orang ahli falsafah penting termasuklah Denis Diderot
(1713-1784) dan d’Alembert. Encyclopedie ini mengandungi koleksi-koleksi
pengetahuan semasa termasuklah ilmu seni dan kraf, sains dan teknologi serta
pertanian dan industri.[27]
Karya ini merupakan karya ensiklopedia yang pertama yang mengetengahkan
berpuluh-puluh pakar ilmu bagi menyumbangkan artikel-artikel dalam bidang yang
dipilih mereka.[28]
Karya ini juga menjadi wadah yang memberi tawaran kepada ahli-ahli sains untuk
berbincang mengenai kaedah-kaedah baru selain mencari dan mengemukakan idea.
Hasil kerja
seorang pemikir zaman Pencerahan iaitu Francois-Marie Arquet de Voltaire
(1694-1778) atau lebih dikenali sebagai Voltaire juga secara tidak langsung
memberi penekanan mengenai pentingnya pengetahuan sains dalam memajukan
masyarakat Eropah. Hasil-hasil kerjanya telah dikhaskan untuk menyebarkan
pengetahuan saintifik kepada pembaca-pembaca Perancis dan karya ini memainkan
peranan penting dalam memperkenalkan sains dan penemuan Newton.[29]
Karyanya yang bertajuk Letters Concerning the English Nation telah
diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1733.
6.0 PEMBANGUNAN MASYARAKAT
SIVIL
Gerakan
zaman Pencerahan ini hakikatnya telah menjadi medium penyampaian yang sangat
berkesan bagi membuka mata dan menyedarkan para intelektual Barat mengenai
kehidupan masyarakat yang lebih teratur dan bermoral. Kewujudan gerakan ini
telah menjadi titik tolak berlakunya kemajuan dan pembangunan dalam pembinaan
masyarakat sivil. Perkara-perkara yang diketengahkan oleh ahli falsafah pada
waktu ini mengenai sejarah, asal usul dan sebagainya berkaitan manusia mendapat
sambutan yang hebat daripada para intelektual Barat yang seterusnya akan
menggunakannya sebagai pengisian bagi mendidik masyarakat supaya keluar
daripada kepompong pemikiran teologikal dan skolastik.
Ahli-ahli
falsafah pada zaman Pencerahan sangat berminat kepada asal-usul serta sejarah
hidup manusia bagi memahami dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri masyarakat
berdasarkan kehidupan dan tempat tinggal sesebuah masyarakat. Mereka
bersemangat untuk menunjukkan perkembangan dan potensi untuk meningkatkan
kehidupan manusia. Mereka membuat penelitian intensif dan ekstensif tentang
sejarah manusia, sifat masyarakat, sifat manusia dan ciri-ciri alam semula jadi
untuk menarik minat masyarakat memahami cara masyarakat manusia beroperasi,
cara dan sebab musabab tamadun manusia tumbuh, berkembang serta musnah dan
sebagainya.[30]
Pada masa
yang sama, ahli-ahli falsafah ini juga mengkaji masyarakat dengan cara mengenal
pasti hukum-hukum (laws) yang dipercayai mampu mengawal tingkah laku manusia
seterusnya membentuk ketertiban dan aturan sosial dalam hidup bermasyarakat.
Kaedah-kaedah yang dilaksanakan oleh para pemikir zaman Pencerahan ini adalah
untuk membantu membentuk dan membina semula masyarakat yang dahulunya
berfikiran ortodoks yang hanya mengikut aturan agama kepada masyarakat yang
lebih berfikiran terbuka dan maju. Hal ini penting bagi menggerakkan para
intelektual barat untuk membangunkan masyarakat melalui pendidikan.
Sejarah
manusia yang diketengahkan oleh pemikir abad ini bukan sahaja menceritakan
mengenai masa lalu tetapi kandungannya penting dan menjadi keperluan kepada
masyarakat bagi menzahirkan pengajaran atau amalan yang boleh diaplikasikan
pada zaman moden. Justeru itu, bagi menganalisis perbezaan dan perubahan yang
berlaku kepada manusia pada zaman dahulu dan sekarang, ahli falsafah memerlukan
pebagai kaedah. Beberapa ahli falsafah menganalisis manusia berdasarkan
pengkelasan saintifik dan penjelasan mengenai kehidupan dunia seperti yang
dicadangkan oleh Linnaeus dan Comte de Buffon. [31]
Bagi
mengukuhkan penjelasan ahli-ahli falsafah mengenai asal-usul dan perkembangan
masyarakat, mereka tertarik kepada hasil kerja ahli teori undang-undang semula
jadi seperti Hugo Grotius (1583-1645) dan Samuel Pufendorf (1632-1694). Para
penulis ini cuba untuk mewujudkan satu sistem undang-undang dan moral sejagat
berdasarkan hujah-hujah yang menjadi asas kepada keperluan hidup manusia
sebelum munculnya peraturan dan kerajaan.[32]
Ahli-ahli falsafah dengan jelas menyatakan kepercayaan kepada kemodenan dan
keunggulan masyarakat selain komitmen yang diberikan masyarakat untuk
mengemukakan idea dan melakukan perubahan mewakili jenis masyarakat sama ada
bersifat primitif, sedang maju atau sebagainya.[33]
Oleh itu,
bagi mengenal pasti masyarakat dan melaksanakan usaha mendedahkan undang-undang
yang membentuk perkembangan masyarakat, Adam Smith memberi tumpuan kepada tahap
ekonomi masyarakat dengan menggambarkan bahawa semua manusia telah terdorong
untuk bersikap mementingkan diri demi memperoleh keinginan. Karyanya yang
bertajuk The Wealth of Nations, mengenal pasti dan menerangkan
pertumbuhan ekonomi, kemakmuran dan pembangunan sosial berasaskan
prinsip-prinsip asas ‘natural’ yang didorong oleh keinginan untuk menggiatkan
aktiviti ekonomi mereka.[34]
Smith turut bimbang mengenai kemiskinan yang dihadapi masyarakat justeru itu,
beliau berusaha menunjukkan cara agar masyarakat bekerjasama untuk meningkatkan
produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Bersama
dengan beberapa orang penulis lain seperti Adam Ferguson dan John Millar, idea
Smith telah membentangkan asas pemikiran kapitalis selain menggunakan idea
Mandeville untuk pembangunan teori ekonomi. Beliau menekankan kepentingan
terhadap pandangan yang tidak memihak semasa menimbang kelakuan diri sendiri
dan orang lain[35].
Asal-usul, sejarah dan pembangunan masyarakat sivil yang digambarkan semasa
zaman Pencerahan boleh dilihat melalui hasil kerja Ferguson dan Gibbon yang
memberi pengaruh yang besar ketika itu.
Hasil kerja
Adam Ferguson bertajuk An Essay on the History of Civil Society mendapat
inspirasi daripada hasil tulisan Montesquieu. Hasil kerja ini mengangkat status
beliau sebagai pemikir yang berpengaruh pada zaman Pencerahan dan kemudiannya
menjadi pengasas kepada sosiologi. Esei tersebut mengenal pasti evolusi
masyarakat yang berlaku daripada bentuk masyarakat primitif kepada komersial
yang memperlihatkan perkembangan masyarakat secara berperingkat-peringkat
disebabkan oleh faktor-faktor interaksi sosial yang kompleks, psikologi dan
kebendaan.[36]
Dapat
dilihat di sini bahawa para pemikir zaman Pencerahan telah menekankan beberapa
aspek utama iaitu ekonomi dan sosial bagi menggerakkan intelektual Barat untuk
berfikir dengan lebih mendalam mengenai pembangunan masyarakat. Pemikir-pemikir
tersebut menjelaskan bahawa untuk memajukan masyarakat adalah dengan menguasai
ekonomi dan mengukuhkan bentuk masyarakat tersebut kepada masyarakat yang
berfikiran global. Dengan itu, lahirlah ekonomi kapitalis yang diketuai Barat
untuk memonopoli ekonomi kerajaan lain selain melahirkan masyarakat yang
berpandangan jauh.
7.0 KEMAJUAN BIDANG SENI DAN
SENI BINA
Bidang seni
merupakan salah satu cabang pendidikan yang penting pada abad ini. Kesenian
merupakan lambang kepada kekuasaan politik, kekukuhan ekonomi dan kestabilan
masyarakat. Dengan adanya unsur-unsur kesenian ini, sesebuah negara dianggap
maju dan mempunyai ketamadunan yang tersendiri. Dengan adanya kesedaran ini,
gerakan zaman Pencerahan telah berusaha membangkitkan isu-isu kesenian bagi
menguatkan asas pendidikan Barat selain menyedarkan para intelektual mengenai
ilmu pendidikan yang sepatutnya disebarkan bagi membangunkan masyarakat Eropah.
Karya Encyclopedie
yang dihasilkan oleh d’Alembert dan Denis Diderot menggariskan semua ajaran
dalam seni, sains dan perdagangan. Bidang seni terbahagi kepada dua bentuk
iaitu seni liberal iaitu kesenian yang terbentuk melalui pemikiran seperti
puisi, muzik, lukisan, arca dan ukiran. Seni ini berbeza dengan seni mekanikal
atau seni pembuatan yang hasilnya terbentuk melalui ciptaan tangan seperti
pembuat arca dan ahli seni bina.[37]
Karya ini jelas dihasilkan untuk menarik minat masyarakat termasuklah ahli
intelektual dan ahli agama untuk terlibat secara langsung dalam memajukan
bidang seni ini yang memperjuangkan pembelajaran secara teknikal dan praktikal.
Penghasilan karya ini akhirnya membawa kepada perkembangan seni secara
berperingkat dan menggiatkan aktiviti kesenian dalam masyarakat.
Sepanjang
abad ini, banyak perkembangan berlaku kepada seni lukisan, seni bina, seni
hiasan dan seni-seni lain serta wujud tema-tema seni yang baru seperti Baroque,
Rococo, Romantik, Gotik dan Neoklasik yang digunakan dalam hasil seni.
Perubahan atau kemajuan dalam bidang kesenian ini disebabkan oleh beberapa
faktor dan antaranya ialah perkembangan teknologi. Perkembangan teknologi dalam
seni pembuatan penting bagi membolehkan ahli seni meningkatkan pengeluaran
hasil seni mereka seperti Josiah Wedgwood yang memperoleh pendapatan dan
kekayaan melalui rekaan tembikarnya yang menggunakan tema neoklasik yang
dihasilkan di kilang-kilangnya di Midland.[38]
Seorang pemikir
zaman Pencerahan yang menekankan bidang kesenian ini ialah Jean-Jacques
Rousseau (1712-1778) yang menghasilkan karya yang bertajuk Discourse on the
Arts and Sciences pada tahun 1750. Melalui karya ini, Rousseau menjelaskan
bagaimana perkembangan seni dan sains telah menyumbang kepada kewujudan manusia
yang mulia dan bahagia. Karya ini tercetus apabila Rousseau membaca satu
pertandingan esei yang dikelola oleh Academy of Dijon yang menyatakan persoalan
‘adakah pemulihan seni dan sains membantu dalam membersihkan moral
masyarakat?’.[39]
Menurut pandangannya, manusia hakikatnya bagus tetapi dipesongkan oleh sistem
sosial yang salah. Jelas di sini bahawa karya yang dihasilkan membantu dalam
membawa kemajuan kepada aspek kesenian untuk membentuk masyarakat yang lebih
bertamadun.
Keunggulan
dan kemajuan yang digapai dalam bidang seni hasil daripada gerakan yang
dilakukan oleh pemikir-pemikir zaman Pencerahan telah membawa kepada
pembentukan masyarakat yang mempunyai cita-cita tinggi untuk meletakkan bangsa
mereka sebagai bangsa yang mencapai tamadun yang gemilang.
8.0 KESIMPULAN
Secara
totalnya, gerakan zaman Pencerahan telah melahirkan masyarakat yang berfikiran
terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan berasaskan
undang-undang serta perlembagaan melalui pendidikan yang disampaikan oleh
golongan intelektual. Golongan intelektual menjadi medium utama bagi membentuk
masyarakat yang lebih proaktif dan maju dengan kesedaran yang telah diberikan
oleh gerakan Pencerahan. Kemunculan gerakan ini telah merubah sepenuhnya corak
politik, ekonomi dan sosial masyarakat Eropah. Para pemikir gerakan zaman
Pencerahan telah membawa pelbagai idea baru yang membantu para intelektual
Barat untuk menyedarkan masyarakat supaya celik minda dan akal.
Gerakan ini
menyedarkan sekali gus menonjolkan peranan yang seharusnya dilakukan oleh para
intelektual Barat dalam menangani masalah negara dan masyarakat yang mundur.
Intelektual Barat yang selama ini dikongkong dan dikawal oleh ahli-ahli agama
atau gereja telah dicorakkan pemikiran mereka kepada satu transformasi yang
dapat mewujudkan negara bangsa yang disegani. Kesan daripada kebangkitan para
pemikir Pencerahan yang membawa kebangkitan para intelektual untuk membangunkan
masyarakat, rakyat negara Eropah telah bangkit menentang pemerintahan yang
sedia ada. Hasilnya, tercetus revolusi-revolusi yang menentang pemerintahan di
Eropah seperti Revolusi Perancis dan lain-lain.
9.0 RUJUKAN
Ammusen, S.D.,
An Ordered Society: Gender and Class in Early Modern England. Oxford: Basil Blackwell.
Andrews, S.
1687. Enlightened Absolutism. London: Longman.
Anthony
Kenny. 1988. A Brief History of Western Philosophy. Malden, Massachussets:
Blackwell Publisher Inc.
Assiter, A.,
1996. Enlightened Women: Modernist Feminism in a Postmodern Age. London: Routledge.
Becker, M. B., 1994, The Emergence
of Civil Society in the Eighteenth Century, Indiana: Indiana University Press.
Brown, Stuart. 1996, British
Empiricsm and The Enlightenment, Routledge History of Philosophy, Jilid V. London:
Routledge.
Buchdahl, G.,
1961. The Image of Newton and Locke in The Age of Reason. London: Sheed and Ward.
Edwards, Paul. 1972, The
Encyclopedia of Philosophy. 8 jilid. New york: Macmillan.
Gendzier, Stephen J. 1967, Denis
Diderot’s The Encyclopedia: Selections. Diterjemah dan disunting oleh Stephen J. Gendzier, New York : Harper
Torchbooks.
Hendel, C. W. 1925, Studies in The
Philosophy of David Hume, Princeton
: Princeton University Press.
Hont, I. And Ignatieff, M. (eds),
1983, Wealth and Virtue : The Shaping of Political Economy in The Scottish Enlightenment, Cambridge :
Cambridge University Press.
Hunt, E.F.
& Colander, D.C. 2002. Social Science: An Introduction To The Study of Society.
Massachusetts: Allyn & Bacon.
John Herman
Randall, JR. 1962. The Career of
Philosophy Volume1: From Middle Ages to Enlightenment. New York and London: Columbia
University Press.
Ninian Smart, 2009, Falsafah
Dunia, terjemahan, Rosiyah Latif, Institut Terjemahan Negara Malaysia : Kuala Lumpur.
Paul Hyland,
Olga Gomez & Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook
and Reader. London: Routledge.
Ritzer, G.
1996. Sociological Theory. Ed. Ke-4. New York: The McGraw-Hill Companies,
Inc.
Scheleret, T., 1977, The
Cosmopolitan Ideal in Enlightenment Thought: Its Form and Function in the Ideas of Franklin,
Hume and Voltaire, Notre Dame: University of
Notre Dame Press.
Sekolah Pembangunan Sosial Universiti
Utara Malaysia, 1998, Pengenalan kepada Sains
Sosial, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
[1] Ritzer, G. 1996. Sociological
Theory. Ed. Ke-4. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
[2] Hunt, E.F. & Colander, D.C.
2002. Social Science: An Introduction To The Study of Society. Massachusetts:
Allyn & Bacon.
[3] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 33.
[4] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 33.
[5] John Herman Randall, JR. 1962. The Career of Philosophy Volume1: From
Middle Ages to Enlightenment. New York and London: Columbia University Press.
Hlm 595.
[6] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 37.
[7] Buchdahl, G., 1961. The Image of
Newton and Locke in The Age of Reason. London: Sheed and Ward.
[8] Andrews, S. 1687. Enlightened
Absolutism. London: Longman. Hlm 89.
[9] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 149.
[10] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 149.
[11] Anthony Kenny. 1988. A Brief History
of Western Philosophy. Malden, Massachussets: Blackwell Publisher Inc. Hlm 206.
[12] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 154.
[13] Ibid.
[14] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 233.
[15] Ammusen, S.D., An Ordered Society:
Gender and Class in Early Modern England. Oxford: Basil Blackwell. Hlm 110.
[16] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 235.
[17] Ibid. Hlm 236.
[18] Assiter, A., 1996. Enlightened
Women: Modernist Feminism in a Postmodern Age. London: Routledge. Hlm 231.
[19] Assiter, A., 1996. Enlightened
Women: Modernist Feminism in a Postmodern Age. London: Routledge. Hlm 231.
[20] Paul Hyland, Olga Gomez &
Francesca Greensides. 2003. The Enlightenment: A Sourcebook and Reader. London:
Routledge. Hlm 236.
[21]
Brown, Stuart. 1996, British Empiricsm and The
Enlightenment, Routledge History of Philosophy, Jilid V. London: Routledge.
[22] Sekolah
Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia, 1998, Pengenalan kepada Sains
Sosial, Utusan Publications & Distributors SDN. BHD, hlmn 2.
[23]
Paul Hyland, Olga Gomez & Francesca Greensides. 2003, The Enlightenment: A
Sourcebook and Reader, London:
Routledge. Hlmn 122.
[24]
Ninian Smart, 2009, Falsafah Dunia, terj.
Rosiyah Latif, Institut Terjemahan Negara Malaysia : Kuala Lumpur, hlmn 341.
[25]
Hendel, C. W. 1925, Studies in The
Philosophy of David Hume, Princeton
: Princeton University Press.
[26]
Ibid.
[27]
Edwards, Paul. 1972, The Encyclopedia
of Philosophy. 8 jilid. New york: Macmillan.
[28]
Ibid
[29]
Scheleret, T., 1977, The Cosmopolitan
Ideal in Enlightenment Thought: Its Form and Function in the Ideas of Franklin,
Hume and Voltaire, Notre Dame: University of Notre Dame Press.
[30]
Becker, M. B., 1994, The Emergence of
Civil Society in the Eighteenth Century, Indiana: Indiana University Press.
[31]
Paul Hyland, Olga Gomez & Francesca Greensides. 2003, The Enlightenment: A
Sourcebook and Reader, London: Routledge.
Hlmn 177.
[32]
Ibid, hlmn 178
[33]
Ibid
[34]
Hont, I. And Ignatieff, M. (eds), 1983, Wealth
and Virtue : The Shaping of Political Economy in The Scottish Enlightenment,
Cambridge : Cambridge University Press.
[35]
Ninian Smart, 2009, Falsafah Dunia, terj.
Rosiyah Latif, Institut Terjemahan Negara Malaysia : Kuala Lumpur, hlmn 339.
[36]
Paul Hyland, Olga Gomez & Francesca Greensides. 2003, The Enlightenment: A
Sourcebook and Reader, London:
Routledge. Hlmn 188.
[37]
Gendzier, Stephen J. 1967, Denis
Diderot’s The Encyclopedia: Selections. Diterjemah dan disunting oleh
Stephen J. Gendzier, New York : Harper Torchbooks.
[38]
Paul Hyland, Olga Gomez & Francesca Greensides. 2003, The Enlightenment: A
Sourcebook and Reader, London:
Routledge. Hlmn 261.