Nuffnang

Wednesday, December 30, 2009

RINTIHAN KECIL PEKERJA BAWAHAN.


PEKERJA BAWAHAN


Bukannya senang mahu menjadi seorang pekerja bawahan. Lagi jika dapat ketua yang tidak memahami perasaan pekerja di bawahnya. Kita cakap ini, walaupun betul tetap mendapat tentangan. Silap-silap haribulan dikata kita mengajar mereka. Ahh….sungguh rumit menjadi pekerja bawahan. Silap sikit…ditengking….dimarah…dimalukan….dimaki….dihamun…. kadangkala dibaling lagi dengan apa sahaja benda di tangan… oh…sungguh tidak BERADAT.

Untuk pengurus…..penyelia….ketua…. sekalian….jadilah manusia-manusia yang tinggi darjatnya… bukan sahaja pada jawatannya…tapi pada nalurinya. Jika ingin pekerja bawahan sayang dan menghormati….cuba mulakan dari diri sendiri bagaimana untuk menghormati pekerja bawahan dahulu. Setiap manusia tidak terlepas daripada perasaan yang tidak ingin dilukai. Begitu halnya dengan pekerja bawahan yang tetap bergelar sebagai manusia yang tetap sama dengan bos dicipta daripada tanah dan lumpur. Tidak ada bezanya.

Ya…tugas bos adalah menegur dan menasihati mana yang silap. Sebab nasihat yang baik merupakan perkataan yang wajib kita sampaikan kepada setiap golongan. Sesiapa sahaja. Sesuai dengan ayat Allah yang berbunyi “sampaikanlah walaupun satu ayat”. InsyaAllah…jika perkataan itu perkataan yang baik….maka kita akan dapat ganjarannya. Seorang insan yang baik adalah yang mampu memberi ilmunya kepada orang lain. Lagipun sekeras-keras manusia, sejahat-jahat manusia, tetap sukakan nasihat dan teguran. Mustahil tidak ada satu ayat atau perkataan pun yang singgah sebentar dalam hatinya. Namun dalam memberi teguran dan nasihat, kita perlu ada adab atau tekniknya. Kerana lumrah alam..Allah menjadikan setiap manusia itu mempunyai perangai atau tabiat yang berbeza-beza. Sebab itu, Rasulullah menyarankan setiap manusia supanya mempelajari ilmu kejiwaan. Ilmu kejiwaan adalah dipanggil sebagai ilmu psikologi di zaman moden ini. Memang manusia tidak akan dapat menerima nasihat dan teguran jika ia tidak kena dengan nalurinya.

Untuk para bos…belajarlah dahulu ilmu jiwa manusia. Kerana anda memegang amanah yang sangat berat pikulanya. Ingat, menyakiti hati sesama manusia itu dosa hukumnya dan Allah tidak akan mengampuninya selagi mana manusia yang anda sakitkan itu tidak akan memaafkan anda. ingatlah….berhikmah dalam menasihati dan memberi teguran. Tidak perlu memalukan staf dalam memberi teguran atas kesilapannya. Sebab setiap manusia memang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Nyatakan kepada saya siapa manusia selain Rasulullah yang terlepas daripada melakukan kesilapan…? Tidak ada manusia sesempurna Rasulullah.

Wahai bos…cara berhikmah yang paling mudah dalam memberi nasihat adalah secara face to face. Kan baru ngam… nasihat secara berdepan tetapi hanya ada bos dan pekerja. Sungguh saya kagum dengan ayah saya. Bagaimanapun hatinya membara sekalipun, jika di depan orang ramai ayah tidak akan melepaskan kemarahanya. Ayah hanya sekadar memandang dan tersenyum dengan penuh makna. Kelakuan itu yang mengundang perasaan segan dan hormat di hati kami terhadap ayah. Sampai di rumah barulah ayah akan memanggil anak yang bersalah untuk menegur. Cantik sungguh…hati mana yang tidak dapat menerima. Kerana itu, saya jenis manusia yang tidak boleh menerima tengkingan. Hidup saya tidak diajar dengan tengkingan. Sentiasa berlemah-lembut dengan sesiapa sahaja atau dalam keadaan apa sekalipun. Kita harus belajar adat melayan orang.

Jika pekerja bawahan memberi pendapat walaupun bernas tetap tidak mendapat tempat. Inilah masalahnya orang atasan..jarang mendengar orang bawahan. Sehingga tidak dibenarkan bersuara langung. Apatah lagi untuk membela diri. Menganggap hanya mereka yang benar kata-katanya. Wahai para bos…. Ingatalah… “jangan melihat kepada siapa yang berkata-kata tapi dengar apa yang diperkatakan”.

Saya manusia yang mencintai nasihat dan teguran. Tegur dan nasihatlah saya seribu kali pun jua. Namun saya jenis manusia yang tidak mampu menerima nasihat dan teguran dengan cara dimalukan. Ditegur di hadapan staf lain. saya tidak dapat menerima itu. Silap haribulan, saya hilang rasa hormat dengan orang tersebut. siapa pun dia. Kerana saya terlalu menjaga air muka seperti mana saya menjaga maruah dan perasaan hati orang lain supaya tidak terluka.

“sebaik-baik perkara ialah; perkataan yang lembut yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, daripada lidah seorang yang lemah-lembut”.

Ketua merupakan role model kepada pekerja bawahan. So…jagalah personality diri…luaran dan dalaman. Jadilah bos yang boleh menjadi ketua dan sahabat kepada para pekerja. Barulah dihormati dan sentiasa disayangi oleh orang ramai. Kenapa…..takut bila baik dengan pekerja bawahan, akan dipijak kepala? Arahan tidak dilaksankan…? Pekerja hilang rasa takut dengan bos….? Tidak…kami akan lebih menghormati dan menyeganinya. Percayalah…. Berbanding dengan bos yang tidak BERADAT. Iya….mungkin kami akan sentiasa takut dengannya…sehingga setiap arahannya akan tidak ada bantahan. Tapi kasih sayang kami dengannya…jangan haraplah. Mungkin tidak ada…

“KAMI ADA HAK DI BAWAH KESATUAN SEKERJA…”

Tengoklah…satu hari nanti saya akan jadi seorang ketua. Silap-silap haribulan pekerja atasan kepadanya. Tengoklah..biar dia belajar dengan saya bagaimana kita melayan pekerja bawahan. Tunggulah saat itu….semoga Allah memperkenankan….