Thursday, August 27, 2009

to live well or live hell, you choose.


so hari ini dj telah membangunkan diri beliau pada awal-awal pagi (pukul berapa tuh dj? hehe) dengan berketoi2 azam baru. juga semangat!
uyyeaahhh! sekarang beliau telah sedar akan kebanyakan kerja lalu mahu menyetelkannya satu2 sebab xmaw live hell dekat kolej nanti. dah la posa, xpasal2 buat scene pengsan kat depan rumah orang yg banyak rambutan tp x makan tuh. rambutan tuuu..rugi kan? baik bagi kitorang yg kempunan rambutan nih pakcikkk... boleh kami jual lepastu shoppingshopping kat bazaar.

ohh, cakap pasal bazaar ramadhan, i xpernah lagik pergiiiii... bulan ni la. sedih kan, sedih kan? *down down*.

ehh kita ckp pasal apa tadi?
ohh. live hell di kolej. tamaw tamaw. oleh itu, mari kita berusaha membuat kerja okayh?

[] 3 lab reports bio. cmane nak buat yg gas exchange nih weyy??

[] lab report chemistry. bila punya tahh. dah lupa dah pun rupa exp tu. =.='

[] documentation bayai sikit lagi! haish, buat kerja banyak kan dah susah. hoyyy, jgn mngeluh!

[] update world literature malay yang dah berhabuk.

[] usha2 balik EE first draft yang macam hape je hari tu. and analyse data okay? polarity, polarity. ingat tu dj, bukan spaghetti.

[] TOK essay! uwaaaaa... natural science, human science, maths, art, history and apetah satu lagi tah are being invented or discovered???

[] handouts biology tersayang.

[] handouts chemistry terchenta.

[] sinopsis cerpen cahaya langit.

[] essay 5.1.1 until 5.1.4 and 6.2.6, 6.2.7 (err nabila, ada sdikit kekeliruan disini lah. )

[] .....

errr. okay. macam banyak lah pulak. =S

nak tambah satu lagi bolehh??



[] shopping. sabtu.

p/s - ayuh berusahalah! ape hang ingat post2 blog bolehh siap ke kerja tuh? live well or live hell,
I choose.

Tuesday, August 25, 2009

it was a complete disaster.

i am a bad cook. = ((((

*bencibencibenci* =.='

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan : "saya mahu jadi lebih bermakna"

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, aku still alive. Yea, Tuhan tahu yang aku ni banyak sangat dosa so Dia bagi kesempatan untuk aku tambahkan pahala. Aku naaaakkkk sangat3 jd lagi dekat dengan Dia. Pernah tak korang rasa rindu sangat2 dekat someone dan takut kalau2 sampai mati nanti korang xdapat jumpa someone tu? Pernah x korang rasa sedih sangat bila berpisah dengan someone sebab korang tahu chances nak jumpa dia balik sangatlah sikit macam dah xkan jumpa dah? Pernah kan. Aku pun.

Macam mana kalau aku mati lepas tu x dapat tengok Dia yang cipta aku nih?

Macam mana kalau aku mati and x dapat jumpa Ramadhan taun depan dah?

Tuhan, please, bagila aku kekuatan nak buat apa yang aku nak. Harap Ramadhan kali ni jd lebih bermakna.

[] nak banyakkan sedekah. *senyuuummm*
[] nak khatam Quran, insyaallah.
[] nak kurangkan tido siang siaanggg. chaiyok!
[] nak tido malam awal2 so boleh bangun awal2 jugak.
[] turut puasa daripada menjadi tensi dan memarah orang lain.
[] nak spend time dekat surau banyak2.
[] mahu jog atleast 3x seminggu, okay?

Selamat berpuasa semua semua orang. =D


مَنْ آمَنَا بِاللهِ وَبِرَسُوْلِهِ وَاَقَامَ الصَّلاَةِ وَصَامَ رَمَضَانَ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ اَنْ يُدَخِّلَهُ الْجَنَّةَ.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".[2]


Sunday, August 16, 2009

Long live, sis.

Dikna,

You are growing up. Act like one. And survive! =D


HAPPY SWEET 16th BIRTHDAY!

MAY ALLAH BLESS YOU..



Saturday, August 8, 2009

ayuh berusaha!


AMARAN : gambar di atas memang ada kene mengene dengan tajuk, okayhh. (dan sila ignore budak nakal yang memegangnya)


Since Mara College Seremban has been invaded by A(H1N1) virus, people started to be power rangers. wearing mask everywhere, 24/7. 4 randomly picked students tested positive and i believe, the number is actually more than that. Everyone is terrified as the virus is spreading very fast and intruding our friends, one by one. Even my rommate is being quarantined. Ohh, i hope it just a normal flu.

Actually, the entire college is being quarantined now. No visitors are allowed and no going back home. Err.. I'm at home now. haha.

If yesterday we said " When I grow up, I want to be a doctor! " but today, we dont know if theres tomorrow for us. Despite the fact we gonna die someday, and realizing that we can die anytime, we must make an effort to avoid sickness and pray.

“for every sickness has its right cure. One has to find the roots of the illness in order to cure it. You have to believe and leave the rest to Allah SWT."

We can be infected by the virus but if our immune system is strong, the virus will not affect us. So people, lets boost our immunity! Get more vitamin C and put on your mask! Plus, stay 1 meter away from other ppl, atleast! And if you start having cold and cough, go see the doctor!

And the rest, believe that Allah always knows the best. Never give up. Like Ckg Jowel said, perhaps by the time the virus comes, it will be rained off. Who knows?

And apart from all the chaos now, we have to work harder. Atleast if we die, it is mati syahid, insyaAllah. Okay, I'm not sure about that.

Hadis – Hadis sahih no. 857, Imam Ahmad, Ibnu Majah, Al-Bukhari & Muslim reported that 1400 years ago, the Prophet Muhammed SAW (peace and blessings of God be upon him) said:

“Take this al-Habbah al-Sawda’ (black seed) for verily in it is a cure for every disease except ‘al-Sam’. Al-Sam is death”



Ohh, about the camera. I know the only way that I can pay for it is by making them proud of me. I will. =)

Fightoo.. ohh!

Thursday, August 6, 2009

Kami sudah siap menyemai bakti, documentation je belum.

Semai Bakti II, Kg. Bayai
IB Batch IV, KMS

Dj sudah rindu kanak2 bayai. rindu aina, anas, balqis, auni, bang teh.. rindu mak angkat, fitri, ainul, kak de, ngan makcik pakcik bayai yang lain. 4 bulan spend time dengan dorang sangat besh. lagi-lagi time closing ceremony, kami spent 3 days 2 nights there, with respective foster family, dan rasa macam mana tinggal kat kampung. seronok!

malam sebelum pergi bayai, dj dapat camera baru. ibu and ayah datang seremban semata2 nak bagi cam. thank you! sayang korang.. mwahx2. =D

malam tu jugak x tidur langsung sebab nak siapkan multimedia stuffs untuk vip. balik hostel pukul 6 pagi, stay up dengan myra, nash and shark. ades.

tapi besok tu pergi bayai, xterasa mengantuk langsung. sampai2, nampak khemah dah pasang, petanque court dah siap. banner semua dah gantung. wee..!

dj jadi photographer yg hebat. so jalan merata2 amik gambar. penat, tp seronok. kelam kabut burn cd untuk vip, kelam kabut repair published work sebab lagu redundant. sadis je. tp alhamdulillah, semua setel. atleast untuk petang tu. =)

pergi solat zuhur dekat rumah mak. mak bagi makan, and jemput makan nasik. tp sorry lah mak, tank full lah, dah makan nasik ds. huu. and petang tu, majlis perasmian petanque court oleh yb mane tah x ingat. and semua orang kampung turun padang nak try main petanque. yb pun join jugak. seronok tengok dorang. rasa berbaloi buat kerja kan. =D

lepas tu agih-agihkan anak angkat. tetiba, dj and myra dapat mak lain. sedih,sedih. tp mak baru tu baik, cuma dah selesa dengan mak lama. pastu roni kata xpe, tukar je. so kitorang exchanged dengan iqa and mirajan, dapat mak lama balik. yipee! share mak angkat dengan adam and syahmi juga. maka jd lah dj sebagai kak long, syahmi abang ngah, myra kak cik and adam as busuk. haha.

then balik, mandi2, makan malam. sedap! lepas tu terus pergi balairaya pulak. tp xde pape sgt, terus pergi khemah. orang kampung masak sup tulang! ke sup daging xtau la. tulang kot. hoho. bang ngah potongkan daging bg kitorang makan. bagus, bagus.

masa tengah2 forum, aina tidur on my lap. tepuk2 dia sampai dj pun tidur sama. hahaha. bila aina bangun, farah suruh bawak dia pegi balairaya sebab nak pektis nyanyi, tp smpai balairaya, dia nangis. dj dah cuak gila. terpaksa dukung dia balik pergi carik mak dia. tapi smpai tempat orang masak2, dj semput. haihh. takut lah, buat anak orang nangis.

pagi besok tu, majlis perasmian library pulak. and kitorang presented our multimedia presentation. rasa puas bila orang puji2, cikgu pun puji2. tq! hee. and seronok bila dengar yb puji2 library, and buku2 yang ada. mural, meja, semua2 lah!

and lunch hari tu sgt sedap! first time dj makan umbut kelapa (ke sawit tah). sedap lah jugak, tp paling sedap masak tempoyak. orang kampung semua tolong masak. students kita pun tolong kacau2, basuh pinggan, potong2, even adam goreng ayam smpai pukul 3 pagi semalam tu. tapi dj xdpt ayam.. =(

and petang tuh, semua orang collapsed. tidur kat rumah. haha. ada yang pergi jeram, tp dj tido je. bangun petang tu, makan eskem. and adam ambik manggis. =D lepas asar ada main belon ramai. orang kampung pun join jugak! semua orang happy. even nampak main baling2 belon air ngn jalan2 kepit belon macam budak2, tp makcik pakcik semua lepak je join skali. suka sangat tengok dorang. sporting. memang petang tu gelak habis2 mcm nak pecah perut! before maghrib, bang ngah and busuk kait buah manggis banyak2 lagi, makan malam tu. and kak long dan kak cik telah memasak telur goreng dengan jayanya walaupun koyak siket. uiyehh! malam tu relax2 je, tengok tb, conteng buku fitri (haha), until iski called seuruh pergi khemah, ada karaoke.

again, dj sangat kagum dengan kesportingan orang kampung menyanyi2. anak tok imam pun karaoke jugak! seronok taw. mana nak dapat mcm nie kat bandar. habis karaoke, kms students nyanyi lagu kau ilhamku ramai2, dedicated to orang kampung. =D

esok tu ada robic2 dengan poco2. tok imam pun dancerobic taw! orang kampung pun join sama. after poco2, ada lucky draw. ni yang dj paling terharu. orang kampung sediakan banyak hmper untuk pemenang. and makcik2 pakcik2 berebut2 nak nombor banyak2. ada yg kutip smpai 1 pinggan penuh. kalau orang2 kita sekarang? jgn harap nak berebut2 join lucky draw. setakat hamper, apelah sangat. tp bond and involvement yg dorang tunjuk tu sgt kuat. even hanya cabutan bertuah.

and smpai masa untuk balik... sedih sangat taw. sebab xtau lagi bila nak dtg sini. rasa mcm separuh daripada ib life dah tertanam dekat bayai. mak pesan, belajar rajin2, nanti dah fly jgn lupa mak. time salam2 for the last time, mak ckp, "anak aku ni,, sedih la mak nak tinggal kan." and mak bagi kitorang hamper yang dia dpt time lucky draw, manggis. and sedih bila dengar anas tanya semua orang, "kakak nak pergi mana?" xsampai hati nak ckp kakak nak balik dahh. huu. bang teh pun nangis, and adik umi and anne nangis gila2.

wonder, bila dorang besar nanti, ingat lagi x kat kakak2 abang2 ni? dorang guna x library yang kitorang buat tu? orang kampung guna x petanque court tu? budak2 tadika guna x barang2 yang kitorang bagi? students upsr nanti dapat x 5A?

kak cik, kak long, busuk, bang ngah, mak, ainul

Tuhan, Kau lindungilah ukhuwah kami Ya Allah..

p/s - more pixies dekat fb, tp only after dvd siap lah.