Teks : Nur Balqis Qahira
Foto : Cik Google
Apakah hobi anda?Biasanya,hobi dilakukan pada hujung minggu atau pada waktu lapang.Hobi bukan sekadar untuk mengisi masa lapang tetapi hobi juga boleh menjadi sumber pendapatan.Bagaimana pula menjana pendapatan melalui hobi?
Selain suka membaca,saya sangat suka melayari internet,blogging dan berfacebook.Saya suka berada di hadapan laptop.Saya akui memang saya tak senang duduk kalau sehari tidak menghadap laptop.
Jom kita lihat bagaimana menjana pendapatan melalui hobi-hobi berikut:
1.Hobi Blogging
Blogging bukan sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan informasi kepada orang ramai.Ia juga boleh dikelaskan sebagai salah satu karier.Blogging juga sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan di negara kita,Malaysia.Malah ada yang sudah berjaya menjana pendapatan 5 angka sebulan melalui blog.Sebagai contoh,saudara Khai Hassan atau Justkhai (seorang blogger)yang merupakan pengasas kepada jenama Oh Media.Saya kelaskan 3 cara untuk menjana pendapatan melalui blog iaitu melalui pengiklanan,menjual produk sendiri dan menyertai program affiliate.Maklumat lengkap mengenai 3 cara menjana pendapatan melalui blog,sila klik SINI
Facebook adalah laman sosial yang paling popular pada masa kini.Majoriti orang suka berfacebook.Tidak kira yang tua atau yang muda.Facebook juga tempat sesetengah orang meluah perasaan dan berkongsi pengalaman serta kisah-kisah yang menyeronokkan.Tidak kurang juga yang suka memaki hamun di facebook.Dan saya pasti anda tentu suka bersosial di laman facebook.Berapa masa dalam sehari yang anda gunakan untuk berfacebook?2 jam?4 jam?atau mungkin ada juga yang 24 jam sehari.Apa kata jadikan hobi berfacebook ini sebagai salah satu sumber menjana pendapatan sampingan.Facebook adalah medium yang sangat efektif untuk menjana pendapatan dengan cara yang berhemah.Bukan dengan cara ''memaksa''.Jika tiada produk sendiri,daftarlah untuk menjadi agen mana-mana pihak peniaga yang ada menawarkan program dropship.Agen dropship tidak perlu mengepos tempahan pelanggan dan hanya mempromosi produk.Ia boleh dilakukan mengikut masa anda sendiri dan tidak terikat.Bagi yang sedang tercari-cari peluang seperti ini,kalian dialu-alukan menjadi salah seorang rakan niaga akademi bekerja di rumah dengan mempromosikan produk informasi.Hanya di hujung jari anda dan menggunakan laman sosial.Klik SINI.Program dropship sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan sampingan termasuk suri rumah dan pelajar.Tidak memerlukan modal yang besar.
3.Shopping Online
Siapa suka shopping online macam saya?Bagi saya,shopping pakaian secara online sangat mudah dan sangat menjimatkan masa.Hanya di hujung jari sahaja dan tunggu tempahan sampai di depan pintu rumah.Berbanding dengan shopping secara offline,ia bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi juga agak meletihkan.Jika anda suka shopping online,apa kata anda menjejaki peniaga-peniaga yang ada menawarkan program dropship yang tidak mengenakan yuran yang tinggi.Dan mula mempromosikan produk-produk tersebut kepada rakan sekerja atau pun secara online sahaja.Anda akan mendapat pendapatan melalui komisen yang ditetapkan oleh peniaga.Kebiasaanya,komisen yang diberikan ialah sekitar 20% -50%.
4.Memasak
Memasak bukan sekadar hobi.Seperti yang kita sedia maklum,ramai yang sedang menjana pendapatan melalui kemahiran memasak dengan membuka kedai-kedai makan dan restoran.Tidak kurang juga yang menjual makanan sarapan pagi atau minum petang di tepi-tepi jalan atau sekitar rumah.Selain itu,bagi yang minat memasak,kelas memasak juga boleh diadakan pada hujung minggu.Kelas memasak menggunakan resipi anda sendiri atau resipi yang mendapat permintaan hangat daripada pelanggan.Anda boleh kenakan yuran pendaftaran bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri kelas memasak ini.Menulis buku resipi juga adalah salah satu sumber menjana pendapatan melalui kemahiran memasak.
5.Suka melayan kanak-kanak
Ada juga yang suka melayan kanak-kanak.Apa kata jadikan hobi ini untuk menjana pendapatan di hujung minggu.Mengambil upah menyediakan servis menjaga kanak-kanak pada hujung minggu.Kebiasaannya,upah harian yang ditawarkan sekitar rm35-rm40 sehari.
6.Suka "handphone"
Maksud saya di sini ialah suka melayari internet untuk akses ke laman sosial menggunakan handphone.
Sering menggunakan handphone untuk semua urusan.Tahu tak,handphone boleh menjadi aset yang boleh menjana pendapatan dengan cara berhemah jika anda tahu caranya.Ia bukan sekadar tanggunggan semata-mata.Hanya tahu atau tak tahu.Itu sahaja.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,klik SINI
7.Berkebun/menanam bunga
Hobi berkebun atau menanam bunga biasanya dilakukan ketika hujung minggu.Ia juaga adalah salah satu terapi untuk mengurangkan stress dan merehatkan minda bagi sesiapa yang suka hobi ini.Melalui hobi ini juga,kita boleh menjana pendapatan dengan menjual benih atau pokok-pokok bunga.Selain itu,kelas menjaga tanaman atau yang berkaitan dengannya boleh diadakan pada hujung minggu atau masa-masa tertentu.Dari situ,anda akan menjana pendapatan melalui kelas tersebut.
8.Membaca
Bagi yang suka membaca novel,apa kata anda belajar menghasilkan novel atau cerpen sendiri.
Klik SINI jika berminat belajar menghasilkan cerpen/novel.Boleh jadikan hobi menulis secara part time.
9.Menari /Senamrobik
Menari adalah satu hobi yang boleh menghilangkan stress.Kebiasaannya,aktiviti menari atau senamrobik biasanya dilakukan pada hujung minggu.Bagi anda yang mahir menari atau mahir dalam senamrobik/poco-poco,boleh adakan kelas senamrobik/poco-poco.Kenakan sedikit yuran bagi yang berminat untuk menyertai kelas tersebut.Selain dapat menyihatkan badan dan menjana pendapatan sampingan,anda juga bakal mendapat kenalan baru.
10.Menjahit(seni jahitan kreatif)
Hobi menjahit adalah salah satu kemahiran yang sering digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu sehingga kini untuk menjana pendapatan.Menjana pendapatan melalui mengambil upah menjahit adalah salah satu sumber pendapatan dari rumah.Biasanya,ia mengikut musim perayaan.Selain itu,kemahiran menjahit juga boleh diajar kepada sesiapa yang berminat mengikut yuran yang anda kenakan.Sekiranya tidak mampu meyewa bilik kelas,anda juga boleh adakan kelas jahitan ini di rumah sendiri.
11.Membuat kraftangan
Membuat kraftangan bukan lagi sekadar hobi pada masa kini.Ia adalah salah satu sumber menjana pendapatan secara part time atau sepenuh masa.Kraftangan seperti aksesori(cincin,gelang,rantai dan sebagainya)daripada manik atau mutiara boleh dijual dan dipasarkan lebih meluas melalui medium pemasaran online dan juga offline.Tidak kurang juga yang mahir membuat tikar,bakul dan pelbagai kraftangan tradisional.Anda boleh meletakkan kraftangan anda di kedai-kedai dan memberikan sedikit komisen kepada pemilik kedai tersebut.Selain itu,anda juga boleh membuka kelas membuat kraftangan di rumah anda pada masa-masa tertentu.Jadi,dengan hanya satu kemahiran yang anda jadikan sebagai hobi boleh menjana pendapatan sampingan yang berlipat ganda.
Pelbagai lagi hobi yang boleh menjana pendapatan.Kembangkan hobi dan berfikir di luar kotak bagaimana mahu menjana pendapatan melalui hobi dan memberi pulangan yang lumayan.
Gunakan hobi atau kemahiran diri untuk menjana pendapatan sampingan.Kita harus sentiasa berfikiran positif dalam menjana ekonomi keluarga melalui kemahiran yang diberikan dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu inisiatif untuk terus berjaya.Lebih-lebih lagi wanita khususnya suri rumah.Begitu juga para pelajar yang mahu menjana pendapatan sampingan.
Mudah mudahan perkongsian dan pendedahan ini bermanfaat untuk anda.
Bagi anda yang ingin mengaplikasikan blog untuk menjana pendapatan,daftarkan diri di kelas online kami.Masa belajar fleksibel,belajar di tempat sendiri,ikut masa sendiri.tak perlu susah payah datang dari jauh untuk hadir ke kelas ini kerana ia berlangsung100% secara online sahaja.Hanya di hujug jari anda.
Maklumat lanjut mengenai kelas ini,sila klik SINI
Jana Pendapatan Melalui Handphone.Klik SINI
Daftar Sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah.Klik SINI
Bagi yang masih tercari-cari idea bisnes dari rumah,ebook
ini sangat sesuai untuk anda.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101
idea bisnes dari rumah,strategi pemasaran secara offline dan online,khidmat
pelanggan online,strategi pemasaran gaya Rasulullah,rahsia bisnes Siti Khadijah
dan pengalaman usahawan berjaya.
RM50 sahaja
Miliki Ebook ini Sekarang!
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
11 Sebab kenapa anda perlu miliki ebook ini.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
P/s: - Trend
bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri
anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain
boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
Salam sayang,
Nur Balqis Qahira
Adakah entri ini memberikan anda sedikit inspirasi? Mari kita senaraikan lagi. Sila tambah dan kongsikan maklumat yang telah memberi inspirasi kepada anda di ruangan komen dibawah ini. Sama ada dari anda sendiri mahu pun dari orang lain. Manalah tahu ianya mampu memberi manfaat kepada orang lain juga.