Foto : Harian Metro
21 Mac 2014.Hari ini,saya terjumpa satu artikel yang sangat saya minati bertajuk "Peniaga Kena Memiliki Blog" tulisan Irfan Khairi ketika sedang membelek akhbar "Harian Metro''.Saya yakin anda pasti pernah dengar nama Irfan Khairi.Seperti yang kita sedia maklum,beliau ialah seorang jutawan internet yang dikenali ramai.Beliau mencapai status jutawan dengan menjana pendapatan melalui internet pada umur 25 tahun.
Dalam artikel ini,beliau mendedahkan tentang 8 sebab anda memerlukan blog terutama pemilik bisnes tidak kira bisnes berskala kecil atau besar.Salah satu cara menjana pendapatan sampingan dari rumah ialah menerusi blog.Ya,blog memang sangat berpotensi dan efektif untuk menjana pendapatan.Malah ada yang menjadikan blogging ini sebagai satu karier.
Baiklah,tanpa membuang masa,mari kita lihat 8 sebab anda memerlukan blog yang didedahkan oleh beliau.Saya ringkaskan artikel beliau seperti di bawah.
1.Percuma
Blog adalah platform percuma sahaja.Tidak seperti kedai offline yang memerlukan modal yang besar dan kos overhead.
2.Capaian Global
Memiliki blog bukan sahaja dapat mencapai pasaran sesuatu kawasan malah dapat mencapai pasaran global.Di Malaysia sahaja,pengguna internet mencecah 20 juta manakala 2.4 bilion pengguna internet.
3.Mudah Untuk Dihasilkan
Untuk memulakan dan menghasilkan blog,anda tidak perlu menjadi pakar IT.Menurut beliau,cukup sekadar anda pernah menghantar emel atau sering berbalas emel.Secara ringkasnya,cukup anda kenal komputer/laptop(ini dari saya).
4.Berkongsi Maklumat
Melalui blog,kita boleh berkongsi maklumat dan kepakaran kepada orang ramai.
5.Memberi Suara Dan Personaliti
Blog dapat memberi suara kepada bisnes anda.Hubungan antara perniagaan dan pelanggan lebih rapat melalui maklumat di blog anda.
6.Membina Jenama
Blog adalah medium yang sangat efektif untuk membina jenama dan kredibiliti anda.
7.Disukai Oleh Enjin Pencari
Blog yang sering dikemaskini sangat disukai oleh enjin pencari seperti Google,MSN,Bing dan lain-lain.
Pengguna internet sering mencari sesuatu atau dengan kata lain mencari cara menyelesaikan sesuatu masalah melalui Google.Taip sahaja keyword yang berkaitan dan pelbagai blog akan muncul di carian Google.Mungkin blog anda akan berada di tangga teratas melalui carian Google.Jadi, perlunya ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google dan dijumpai oelh pelawat.
8.Menjana Pelanggan Tambahan
Penyelidikan dijalankan oleh laman web HubSpot mendapati 60 peratus daripada perniagaan yang memiliki blog mendapat lebih ramai pelanggan.Ini menunjukkan bahawa usaha tambahan anda menghasilkan blog amat berbaloi untuk mendapat pelanggan dan menjana pendapatan.Menurut beliau lagi,blog lebih menggunakan kaedah menarik pelawat ke perniagaan anda dan bukan memaksa pengiklanan di hadapan prospek anda.Dalam keadaan persaingan perniagaan kini yang semakin sengit,usahawan perlu melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan.Antara jawapannya ialah,HASILKAN BLOG UNTUK PERNIAGAAN ANDA!
Baca lagi KENAPA PERLU MEMBINA BLOG di SINI.
Ketahui RAHSIA JUTAWAN INTERNET di SINI
Izinkan kami menambah nilai hidup anda dalam menghasilkan blog sekaligus menjana pendapatan dari rumah.Sertai kami di Akademi Bekerja Di rumah ini untuk mempelajari asas membina blog penulisan,bisnes,penulisan kreatif,mudah.my,perakaunan dan rakan niaga akademi. Terbuka kepada semua yang mahu mempunyai blog dan menjana pendapatan. Sertai kami, pendaftaran sedang berlangsung.
KELAS-KELAS ONLINE seperti berikut masih dibuka!
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.Tenaga pengajar adalah seorang penulis novel berpengalaman
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
UNTUK MAKLUMAT LENGKAP MENGENAI KELAS ONLINE INI,KLIK SINI
Nur Balqis Qahira
010-7790237
Pengurus Online ABDR
nurbalqisqahira@gmail.com
Facebook : Nur Balqis Qahira
Baiklah, itu adalah antara tips yang boleh saya kongsikan dengan anda berkaitan dengan kepentingan blog. Jika ada sebarang komen dan pertanyaan, sila tinggalkan komen tersebut di bawah ini. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.
Info berkaitan : Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah