cool to share

Friday, November 20, 2009

sayu..

malam tadi hati saya sayu sesayu sayunya ...seperti biasa naufal dan haikal akan baring disebelah kanan dan kiri saya dan saya akan membaca al fatihah, ayatul kursi dan beberapa surah pendek yang lain sebelum tidur, naufal biasanya minta di tepuk, kadangkala haikal bila dtg mengada-ngadanya juga pinta di peluk dan ditepuk seperti adik . naufal memang suka pinta digaru bila gatal. pinta digosok belakang hingga terlena. tiba-tiba saya terbayang-banyangkan wajah anak-anak yatim di darussalam. terutama yang masih kecil 6-7 tahun yang tidak mengerti apa-apa. mereka seronok dengan kehadiran tetamu yang bersilih ganti dan membawa pelbagai hadiah , namun kegembiraan itu hanyalah sementara. siapakah yang benar2 menyayangi mereka? seperti sayangnya saya pada naufal dan haikal. bila saya membayangkan jika naufal dan haikal berada di tempat mereka , naufal dan haikal juga akan menerima nasib yang sama. senyum bila tetamu sampai , salam cium tangan bila tetamu semua balik. seronok dapat hadiah stationeries atau duit raya. itu sahaja. sumbangan orang ramai tidak pernah putus, hadiah , kain baju pun sudah menimbun. tapi siapa yang sudi memeluk, mencium dan menepuk dan mencurahkan kasih sayang yang hakiki buat mereka? kasihan kan? lihat wajah mereka , mata hanya berkelip-kelip memandang sahaja wajah tetamu satu persatu yang datang dan pergi...mereka tetap di situ. kasihan nasib mereka yang lebih malang dari anak buangan. mereka punya keluarga tapi miskin dan bermasalah. bukan salah mereka. kadangkala anak tak sah taraf yang di jumpa di tepi jalan pun ramai yang ingin jadikan anak angkat dan mendidik sehingga berjaya .... tapi mereka ? ada beberapa pasangan yang terdiri adik -beradik boleh lah si abang atau si kakak memujuk si adik bila menangis. yang berseorangan...sendirilah mengubat lara. jika dilihat waktu makan, si abang akan mengambil nasi atau makanan dari pinggan si adik jika adik tidak mampu menghabiskannya. bila saya bayangkan yang dua beradik itu naufal dan haikal.. hati saya benar2 sayu......

Thursday, November 19, 2009

Anak-Anak Yatim Darussalam


Sebaik sampai kami mendengar taklimat di dewan yang baru siap sumbangan Maip
Kelas English. He is the tallest in the class! Shafiqah is the shortest in this class...
Kelas English. Row row row your boat.. singing time
Menyambut birthday pelajar yang lahir pada November. HAppynya dia kan?
Saya, Mrs Yong, pelajar2 Cosmo dan anak-anak yatim di asrama perempuan

Semalam saya dan rakan office berkesempatan melawat anak-anak yatim Darussalam Tambun Ipoh. Lawatan ini adalah susulan kesinambungan silaturrahim selepasa jamuan majlis hari raya yang lepas. Seronok jugalah dapat bertemu adik-adik atau anak-anak di sana. Kami menyampaikan sedikit sumbangan yang berbentuk keperluan harian . kami telah dipesan jangan sumbang kan beras kerana pemberian dari orang ramai masih banyak lagi takut beras menjadi tak elok bila disimpan terlalu lama. Jadi kami membawa sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci, bedak dan beberapa barang lain. Kehadiran kami hanyalah untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar kolej dan anak2 yatim tersebut. Ternyata selepas habis aktiviti dalam kumpulan, saya lihat anak-anak yatim tersebut tidak melepaskan pegangan tangan abang2 dan kakak2 iaitu pelajar2 Diploma dari Cosmopoint Ipoh. Semua anak-anak yatim di sini diwajibkan ke kelas dan belajar di situ dan akan mengambil peperiksaan seperti UPSR dan PMR di sekolah kerajaan. Belajar secara informal di sini terpaksa dibuat kerana kebanyakannya mereka tidak langsung tahu membaca walaupun sudah berumur 10 tahun. Di sini guru-guru sukarela akan datang dan mengajar subject yang serupa di sekolah. Bagi yang tidak tahu membaca , akan di ajar membaca dan mengaji sehingga pandai terlebih dahulu.

Kebanyakan dari mereka ada yang tidak mempunyai ayah atau ibu dan kedua-duanya. Namun ada juga yang mempunyai ibu dan ayah tetapi telah berpisah dan hidup miskin. Mendengar cerita dari Umi dan Ustaz kisah anak-anak tersebut amat sedih sekali. Ada satu pasangan adik-beradik perempuan, si kakak pernah diketuk dengan hammer di kepala sehingga berdarah oleh bapaknya sendiri hanya disebabkan pergaduhan dengan ibunya. Si adik pulak disepak sehingga ke terperosok ke dinding. Mereka masing-masing berumur 15 dan 12 tahun kini. Kasihankan? Ibu terpaksa menghantar mereka tinggal dengan nenek di rumah yang kecil dan dikongsi seramai 7 orang lagi dengan pak cik dan makcik dan sepupu yang lain. Selepas penduduk kampung membuat aduan, akhirnya mereka diambil oleh Darusalam untuk dipelihara. Ini baru satu kisah dari jumlah 26 pelajar
yang lain...

Kena pandang bawah

Hari ini saya terlewat bangun. Salah saya juga bermalas-malasan di tilam padahal alarm dah bunyi banyak kali. Tambahan Haikal tidak ke sekolah hari ini. Ahh lagi la saya rasa relax. Jam menunjukkan pukul 8 pagi . Ahh dah lambat, sebab Naufal perlu ke sekolah tadika pukul 8.30. Saya masih dalam perjalanan tetapi sempat lagi membeli nasi lemak. Macam biasa saya menekan pedal minyak. Membayangkan Naufal perlu mandi dan bersiap dulu di rumah opah , selepas itu baru dihantar ke sekolah lagilah saya ingin cepat sampai. Rumah saya ke rumah opah dalam 20 km. Tapi hari ini kereta saya lembap semacam... Ahh sudah... hubby tak da outstation... tolonglah kereta jangan buat hal..
Saya hanya fokus ke depan. Saya hon kereta duduk di lane kanan tapi lembap macam kura-kura . Geram! Isk bengang betul kalau orang bawak kereta asyik pandang bawah mesti tak cekap bawak kereta lagi.. Tak hafal gear la tu. Getus saya merungut-rungut.
"Bau apa hangit ni?". Saya membuka tingkap sedikit.
"Bau nasi lemak le mama." Haikal menjawab.
"Isk mana ada bau nasi lemak macam ni". Alamak kereta nak rosak ke? Adoi risau saya.
Saya memperlahankan kereta dari 100km/j ke 80km/j tu pun kira slow lah tu..
Sampai rumah opah, barulah saya sedar saya tidak menurunkan hand-brake!!!! Uwaaaaaaaa patutlah hangit. Tulah lain kali kena jugak pandang bawah masa bawak kereta huhhu........

Monday, November 2, 2009

Yang sewaktu dengannya...

Bawak kereta macam semut

Terkemut-kemut

Tertoleh-toleh

Masa pantas aku kena cargas

Kaki asyik menekan brek

Dek kerana kereta depan bergerak seperti Penagih..

Patutla P rupanya

Macamana boleh lulus

Sedangkan keluar simpang jalan terus

Geram rasa nak langgar je ponggong

Tapi karang aku jugak yang melolong

Kena repair bonet depan yang dah canggung

Aku pun lady jugak

Ikut aturan bukan berlagak

Bawak biarlah berhemah

Bukannya bawak dengan lemah

Nak ikut 20km /jam aku jadi lelah

Lampu dah hijau masih pandang bawah

Getik dengan sikap manusia

Ada kereta mewah tapi ada jugak kereta yang biasa-biasa

Dah berbulan keluar tapi seat masih berbalut plastik

Konon nak bagitahu kereta baru beli dan cantik

Katanya biarlah plastik tu koyak sendiri

Itu dasar orang kedekut dan takut nak berbudi

Bagi cuak sesiapa nak menumpang sekaki

Kalu di offer, sorry beb aku tak sudi

Menongkat langit menatang harta dunia

Bukan boleh bawak ke syurga

Baru berharta tapi macam jakun

Jangan di cekuh tentu kena maki hamun

Apa sangat la harta duniawi

Pahala ke akhirat yang patut di cari

Bawak perlahan aku mengantuk

Orang kat depan terlentok-lentok

Isk geram rasa nak hantuk

Dlm kereta pun nak pelok2....

Aku hon kuat-kuat bagi terkujat

Lepas tu aku jeling muka depa kuat-kuat

Nak beromen bukan dalam kereta buat malu muka keluarga

Saja bawak perlahan macam kura-kura...

Nak cepat jadi lambat

Terbayang muka anak terkulat-kulat

Tunggu mama dan ayah yang lambat

Sabarlah sayang harap mama sampai dengan selamat...