cool to share

Wednesday, April 29, 2009

'kampung'

Saya dan Jenab saling memandang dan hampir rasa nak berguling-guling ketawa tetapi terpaksa menahan muka dengan mengatup mulut. Ah! Sukarnya menahan ketawa macam menahan berak pula rasanya. Saya menyiku Jenab agar dia bertenang dan berhenti dari ketawa yang bunyi seperti kentut tak sudah itu. Mana tidaknya badannya sahaja terhinggut-hinggut tetapi tiada bunyi.

Sebaik sahaja bas dalam kampus itu berhenti dihadapan sebuah kolej kediaman, seorang pelajar perempuan perlahan-lahan menaiki anak tangga bas dan berjalan dengan penuh berhati-hati menuju ke tempat duduk kosong di belakang saya. Semua mata memandang ke arahnya dan tumpuan mata menfokus dari atas kepala ke hujung kaki pelajar perempuan tersebut. Dalam hati saya waduh manis sungguh pelajar ini, berambut lurus perang paras bahu, berwajah bulat , berhidung mancung dan bibir merah menyala. Baju kurung cantek terletak dan agak seksi bila kelihatan dadanya yang terbonjol itu. Kecil molek, bertas tangan berjenama dan berkasut tumit tinggi yang hitam yang bertutup. Cepatnya dia menyesuaikan diri di universiti pengurusan yang mementingkan penampilan ala-ala coporate. Mesti budak bandar. Tidak seperti diri saya dahalu yang masih bersandal di tahun pertama. Wah! pelajar junior lebih bergaya dari diri saya yang sudah final year. Kalau beginilah wajah-wajah freshies yang masuk ke UUM tahun ini, alamatnya tak lakulah kakak-kakak senior macam aku nih. Gerutu saya di dalam hati dengan penuh cemburu.

Terdengar usikan dan siulan gatal dari pelajar-pelajar lelaki yang tersengih-sengih ingin mengurat si gadis pingitan tersebut. Gadis itu dengan wajah yang masam dan hidung sedikit ke atas terus melangkah ala-ala model catwalk tapi bertubuh rendah.Hmm saya dapat juga mencari kekurangannya iaitu saya masih jauh lebih tinggi darinya..hehehhe.Saya dan Jenab yang duduk disebelah hanya membatukan diri namun mata masih melekat pada gadis yang manis dan cantek Melayu itu.

"Weh! hang siap dak lagi assignment yang lecturer dok bagi tu? Nak ligan lagu mana ni? Aku sakit perut dua haghi dok ceghet-beghet keluak masuk jamban!"

Satu suara yang kuat dan nyaring betul-betul menganggu bukan sahaja saya dan Jenab malah pelajar-pelajar lain yang sedang dok melayan perasaan masing-masing. Bila saya paling ke belakang, rupa-rupanya suara yang nyaring mengalahkan loudspeaker dengan mengguna loghat ulu kampung yang pekat datang dari mulut muncung merah si minah cantek yang baru naik tadi.

Cis! semua pujian dan perasaan kagum tadi terus padam serta-merta. Betul-betul potong! Saya dan Jenab rasa gelihati yang amat sangat kerana perwatakan yang cantek dan anggun itu tadi terus lenyap dan bertukar menjadi clown yang sangat mengeletek perasaan. Aduhai janganlah 'kampung' sangat dek non oi! Kalau saya jadi boyfriend , lama dah saya tinggalkan! Tak kena gaya sungguh.



Wednesday, April 22, 2009

Kak Norhayati Berahim

Bila tengahari tadi suami menelefon saya yang dia kan ke PWTC hari ini selepas tamat kursusnya di Shah Alam, hati saya melonjak riang. Dalam kepala berkira-kira.

"Abang nanti singgah di kedai NBKara . Belikan Ila novel tau."
"Abang belum bertolak lagi ni masih di hotel".

Aiseh pukul berapa nak perginya, Nanti tak adalah peluang bertemu Kak Yati. Isk ! ada ke Kak Yati hari ini?
Hampir pukul 2.30 ptg saya telefon suami bertanyakan dia di mana. " Abg baru sampai Pwtc. nak pergi makan dulu." Aiseh mesti tak ada penulis lagi tunggu di gerai. Gerutu didalam hati.
Hampir pukul 4.10pm saya telefon suami lagi, betapa seronoknya bila saya mengetahui yang suami kini berada di hadapan gerai NB Kara dan Norhayati Berahim berada di hadapannya sedang bercakap ditelefon dan sedang menandatangani buku yang dibeli oleh orang ramai.
Saya sangat steruja terus meminta suami hulurkan telefonnya kepada Kak Yati.
"Hello asslamulaikum Kak Yati. Ini Shila , Nurashila dari Ipoh."
"Oh! Shila".
"Saya wakilkan suami saya je, saya di office ni di Ipoh." Bla...bla...
Lebih kurang lah perbualan singkat saya sehingga saya rasa entah apa-apa saya cakap saya pun tak ingat. Tanya khabar pun tidak. Hahaha! Yang saya ingat Kak Yati kata "Take care to you too.
Hmm tak sangka Kak Yati yang sibuk itu sudi layan saya di talian telefon, saya wakilkan suami pulak itu. Jika difikirkan balik kelakar pulak, suami yang langsung tak kenal siapa dia Kak Yati dan apatah lagi Kak Yati dah tentu agak sangsi menyambut telefon dari tangan seorang lelaki yang idak dikenali pulak tu...
Apa-apa pun tahniah Kak Yati. Teruskan berkarya. Hasil karya Kak Yati sudah menjadi sebahagian dari cara saya menyelami kehidupan yang saya lalui kini. Watak2 yang ada juga pernah saya ketemui. InsyaAllah, saya doakan Kak Yati sentiasa dikurniakan idea yang kreatif dan terus berkarya.

Jika diizinkan Allah swt, akan sampai juga manuskrip saya ke NBKara...

Sunday, April 19, 2009

Jumaat yg mendebarkan...


Jumaat lepas 17hb April, saya sengaja mengambil cuti dan bercadang ingin balik ke Puchong maklumlah lama tak balik umah mak abah dan anak2pun dan rindu dengan dengan baby Yana dan Kak Yuyunnya. Keesokannya 18hb adalah birthday suami ku yang ke 37, so macam tahun lepas, a basket of fruits akan dihantar ke officenya. Memandang Sabtu hari cuti, so saya delivery date letak tarikh 17hb April. Suami pulak tak beritahu dia mengambil cuti jugak. Aiseh! Tapi dia kata dia ingin singgah ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen di office. Secara kebetulan saya jugak ingin singgah ke office saya utk menandatangani buku laporan pelajar praktikum. Dalam hati berdoa juga agar delivery sampai ketika suami ada di office.Saya telah menelefon sykt delivery itu agar hantar awal sejam dari masa yg telah dirancang. Miss q tokeh kedai pun kata okay . Dlm pukul 930, saya ke Public Mutual untuk menghantar borang, dan kemudian bercadang ke Ipoh Parade utk mencari novel baru.

Semasa dikaunter urusan, suami menelefon dan suara cemas, mengatakan Naufal tengah kejang dan pengsan. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu cemasnya saya, tapi saya control sementara menunggu teller menyelesaikan borang saya. Tetapi suara suami sangat cemas dan panik seolah2 menyuruh saya sampai ketika itu juga.Saya terus memandu laju ke office suami setelah menghantar rakan yang menemani saya ke office semula.

Memang pagi itu badan Naufal agak panas, tapi ubat demam telahpun diberi dan saya juga turut berpesan pada emak mertua agar memberi lagi ubat demam dan basahkan kepalanya macam biasa. Bukan Naufal tak pernah demam , bulan ini sahaja dah 2 kali demam . Disebabkan waktu pagi keluar rumah cuaca agak sejuk , Naufal meminta saya menyarungkan baju sejuknya.

Dalam perjalanan dari Ipoh ke Bt Gajah, saya memberi adik ipar dan mak mertua agar diletakkan ais batu dikepalanya kerana suhu badannya terlalu panas. Mereka memberitahu Naufal dah okay dan menangis. Sebaik sampai ke rumah emak mertua, Naufal sedang menangis, dan badannya memang panas badannya. Kasihan anak mama masih lagi tersarung baju panasnya di dalam pelukan Opahnya. .. Patutlah lagi panas. Rupanya Opah pun ikut menangis bila cucunya kejang-kejang dan panik untuk berbuat apa2.

Saya dan suami terus ke Hospital Batu Gajah, lepas ubat punggung (ubat demam mcm roket masuk ikut dubur) dimasukkan , Naufal terus dihantar ke wad kanak2. Planning nak balik ke Puchong hari itu nampaknya tinggal rancangan sahaja.

Malam tu saya terpaksalah tinggal di wad bersama Naufal. Alhamdulillah badannya stabil walaupun masih demam. Terpaksa share katil kanak2 dengan membengkokkan badan disisi Naufal. Tak apa bersusah2 , saya tak mahu tidur di kerusi malas sebab saya senang meraba badan Naufal dan memeriksa suhu badannya setiap masa. Sebelum suami pulang malam itu , sempat lagi saya mengucapkan Happy Birthday kepadanya....Barulah wajahnya tersenyum hari itu. Pukul 9.00 teh tarik dan burger suami hantar ke wad sebab dia tahu saya lapar.. hehhe

Sabtu , 18.04.09, lepas breakfast, Naufal dah mula terkinja2 ingin bermain. Sebaik turun dari katil dan menyarung selipar dia mula melawat baby di bilik sebelah dan bilik depan dan bertanya itu-ini pada baby dan emak baby. Sehingga saya terpaksa mengawal naufal sebab asyik menganggu dan sesekali mengajuk suara baby yang sedang menangis ketika darah diambil. Bila ada misi lalu, Naufal akan bertanya " Doktor, naufal nak balik?". Misi pun hanya tersengih sahaja sambil menjawab "Tak boleh balik lagi, tunggu baik dulu."
Bosannya agak, saya membawanya keluar dari wad dan berjalan diluar ambil angin. Bukan main seronok lagi dia melihat kolam yang ada tortoise 3 ekor. Pantang saya lepa sikit dia sudah mula berkejaran di atas rumput.

Bila petang ramai pulak yang datang melawatnya Cik Wan (mama Muiz) , Abg Muiz (classmate Haikal), Untie (mama Aqasha), Uncles ( kawan2 suami termasuk daddy Aqasha) , Aqasha (classmate Naufal) dan of course abangnya Haikal.Ada 2 bungkus KFC untuk Naufal (mungkin secara kebetulan sebab kanak2 sukakan KFC, tapi Naufal ni susah sikit ditelah seleranya)Nampaknya mama Naufal lah yang kekenyangan. Apalagi bila budak lelaki bertemu tahu sahajalah bukan boleh duduk diam . Bermain berkejar-kejaran sampai berpeluh lencun. Naufal pun ikut sama sehingga saya tidak terkejar. Sebelah malamnya, Naufal masih lagi aktif dan melawat pesakit baru masuk dihadapan bilik . Baby kembar girl. So , Naufal dengan ramah dan selambanya bertanya itu ini dengan bapa kepada twin tersebut. Saya yang duduk tak jauh dari situ terdengar suara Naufal yang agak kuat "Kapa ada dua?" ( kenapa ada dua). Kasihan dgn bapa twin yang penat melayan Naufal itu. But I appreciate the way he treated my son.

Ahad 19.04.2009, Alhamdulillah suhunya stabil 37.00, so Naufal di benarkan keluar tengahari itu. Yahuu.. sakit pinggang dan tengkuk saya tidur dua malam di hospital kanak2.