Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
10 tanda si dia sesuai dijadikan suami





Sebenarnya tanda-tanda ni saya nak publishkan sebelum saya kahwin, tapi terlupa dan terperuk lama dalam draft jadi akhirnya saya publishkan juga untuk guide anak-anak dara di luar sana..
  1. Setiap kali keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu.
  2. Bila melihat orang tua di LRT atau dalam bas, si dia akan memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu.
  3. Baginya adalah satu kelebihan kamu naik pangkat, si dia tidak pernah merasa dengki dengan pencapaianmu.
  4. Dia tidak pernah mengasarimu.. (jimmy shanley, tak sesuai!)
  5. Walau sesibuk manapun, si dia akan meluangkan masa sekiranya majlis / kenduri yang melibatkan keluarga
  6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kamu berbual dengan dengan teman-teman mengenia isu semasa
  7. Selepas keluar bersamanya, si dia akan menghantar sehingga ke depan pintu rumah kemudian baru beredar
  8. Dia akan memberikan kata-kata semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersama
  9. Kamu senang dengan caranya yang sopan menegur makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak
  10. Si dia mengingati apa yang kamu impikan dan berusaha untuk memenuhi impian itu bersamamu.  
  11.  
    Cukuplah 10 tanda.. isteri-isteri di luar sana, ada senyum senyum tak bila suami anda tergolong dalam tanda-tanda di atas.. saya senyum sampai ke telinga ni, haha

Happy meal McD bertukar!!



LOS ANGELES 27 Julai - McDonald’s Corp. hari ini berkata francais makanan segera itu akan menukar menu untuk kanak-kanak, Happy Meals, dengan mengurangkan sehingga lebih separuh jumlah kentang goreng dan akan menambah buah epal tidak lama lagi.
Keputusan mengubah menu hidangan popular itu dibuat selepas menerima tekanan yang kuat daripada kumpulan pengguna yang mempromosikan makanan yang sihat.
Perubahan itu akan dilakukan mulai September ini secara berperingkat dan akan berada di kesemua 14,000 restorannya di Amerika Syarikat (AS) suku pertama 2012. - Reuters (Sumber: Utusan)

Nampaknya McD pun dah mulakan kempen makanan sihat untuk kanak-kanak, bagi epal pun bagus juga.. eat an apple a day, keep the doctor away!

Saya pun suka makan McD, takkan dalam happy meal jer, rasanya hidangan yang lain pun boleh bagi apple juga kan, siapa setuju, angkat tangan... Angkat tangan saya tak nampak, jadi sila komen!!

Iceroom


Dah lama sangat nak pergi Iceroom, dari tahun lepas masa membeli barang-barang kahwin di Nilai, ingat nak singgah Iceroom di Nilai, tapi sebab kesuntukan masa dan juga tak tahu nak cari tempatnya, jadi saya pendamkan sahaja.

Hujung minggu lepas hubby bawa saya makan di Bandar baru bangi, nak cuba ikan pekasam (mmg kesukaan hubby) di restoran D'limau nipis tapi sebab tak pasti di mana restoran tu jadi kami pun cari setiap lorong di seksyen 8, lain yang dicari lain yang kami jumpa, kami jumpa Iceroom, saya sangat excited!! Tapi memandangkan hubby nak bawa tempat lain, jadi saya pendam lagi perasaan saya...

Tapi hubby tahu saya mmg nak kesana, hubby kata tak payah tunggu lain kali, lepas makan kami terus ke Iceroom pula.. Thanks hubby sebab memahami perasaan isterimu ini...





Sampai terus tangkap gambar depan iceroom.. Hubby pun senyum jer tengok gelagat saya ni






Saya order Tropical mixed fruit snow ice, hubby pulak durain tempura tapi lupa nak ambil gambar sebab asyik sangat dengan ice-cream saya ni..Hubby saya yang kurang suka makan manis pun kata ice-cream ni sedap, mungkin sebab ada buah-buahan yang menutup rasa kemanisan iceream ini. Bagi saya icereamnya macam ais kacang pula...

Jalan-jalan cari makan saya akan diteruskan ke destinasi seterusnya pula.... Banyak sebenarnya tempat menarik di malaysia ini, masa kami ronda-ronda bandar baru bangi ada jumpa lagi tempat makan yang menarik selera. Itu kita simpan lain masa pula.



Pengalaman perit di kedai makan


Gambar diambil dari ghogaru

Minggu lepas sangat gembira sebab hubby balik, jadi cadang nak bawa family makan kat luar.. dalam fikiran ingat nak makan ikan bakar.. masa tu memang lapar sangat-sangat

Kami pun ke satu kedai ni, second time pergi kedai makan ni, sebelum ni layanan kira oklah walaupun lauk lambat sampai.. Jadi kami pun duduk satu meja, tunggu pelayan .. tapi hampir 5 minit tak ada pun pelayan yang menghampiri kami.

Tak apa saya sabar lagi, saya pun panggil seorang pelayan ni, dia datang tapi tukar siaran tv (sebab remote kat meja kami), dalam hati saya kata budak ni nak ambil order ke tak? Lepas tu, dia blah macam tu jer.. Saya tengok makin lama makin ramai orang, yang hairan pelayan ambil order ngan orang yang datang lambat dari kami, saya dah angin. tapi hubby cool lagi..

Hubby pun panggil budak pelayan yang tadi tu, dia datang dan duduk, ini perbualan kami..

Pelayan: Nak makan apa?
Saya: Ada menu tak? (sbb banyak sangat lauk, saya ingat nak tengok menu dulu, mana tahu ada yg special kan)
Pelayan: Punya lama duduk sini, tak tengok menu lagi?
Saya: Salah siapa, tak ada orang layan pun
Pelayan: Ini kalau order, lambat baru dapat, orang ramai ni, menu ada kat belakang (menunjukkan papan tanda menu)

Saya dah bengang sebab macam salah saya pula duduk lama tapi tak order, minta menu pun tak boleh, muka mmg dah merah padam, kalau tak ada hubby kat sebelah, mahu saya marah budak tu..

Situasi semua diam.. sampai budak pelayan tu bersuara balik

Pelayan: nak minum apa?
Abang saya: minum apa lagi, jom balik!!

Saya dengan pantasnya blah dari kedai tu sebab angin sangat2 dah.. Masa saya menoleh ke belakang baru perasan hubby tengah bercakap ngan budak tu. Abah saya pula sebab nampak hubby bercakap ngan budak pelayan tu, dia pun pergi tegur budak tu. Kira kecoh jugalah keadaan sampai hubby kena tenangkan abah saya.

Kami pun ke kedai lain untuk makan.

Malam tu tanya hubby, apa yang dia cakap ngan budak tu. Rupa-rupanya dia tegur, kalau penat macam mana pun, pelanggan datang nak makan jadi kenalah layan baik-baik. Orang tengah lapar dilayan sebegitu rupa, siapa yang tak bengang..

Nota kaki:
Hubby kata kalau dia makan ngan kawan-kawan dah lama budak tu kena belasah!! Dalam hati saya kata, kenapa tak ajak saya sekali... hahaha


Memancing dengan happynya!!


Dah lama sebenarnya hubby tak pergi memancing, hampir setahun juga sejak kami sibuk dengan urusan perkahwinan, jadi baru-baru ini kami balik ke kampung bagan datoh, hubby melayan perasaan dengan memancing.. Dengan suasana kampung, mmg rasa nyaman dan tenang sahaja.

Dah lama tak pegang alat memancing.. bukan main happy lagi, senyum bukan main lebar lagi. Saya tangkap gambar pun jadi suka.



Bukan main bangga lagi, baru pancing 10 minit dah dapat 2 ekor.... Saya pun mencuba juga, seronok bila dapat ikan ni, rasa puas, rupa-rupanya itulah perasaan seorang pemancing tegar yer. Jadi pemancing tegar lebih baik daripada perokok tegar kan..

Tak lama pun kami buat aktiviti memancing ni, cukuplah sekadar melepaskan gian je, nak lama-lama kita pergi tempat lain pula.


Tolong awek aku pontianak



Apa yang mendorong saya menonton filem ini adalah sazzy falak.. Sejak saya menonton filem 'gol & gincu', saya amat meminati fazura dan juga sazzy, jadi sebagai peminat saya takkan ketinggalan untuk menonton filem ini. Lagipun tagline filem ini juga menarik. Janji gua ada awek, lu ada??

Filem ini bermula dengan sedikit slow, kisah lelaki lurus bendul, bob (zahiril) yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mengambil hati aweknya, tapi akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Jadi untuk mengubat hati yang lara, bob berpindah ke tempat baru bersama BFFnya, pian.

Di sana dia berkenalan dengan 2 adik beradik Maya (sazzy) dan Liyana (liyana jasmay) tanpa mengetahui mereka adalah pontianak yang terkena sumpahan. Di akhir cerita tentulah happy ending di mana bob berjaya memulihkan maya menjadi manusia semula.

Filem ini sedikit fantasi kerana cara untuk memulihkan maya adalah dengan cinta sejati seperti filem disney hollywood. Walaupun mekap menjadi pontianak seperti filem zombi kampung pisang, tapi saya terhibur dengan jenaka yang spontan.

Pian sebagai BFF bob sangat menghiburkan, saya tidak mengenali pelakon baru ini, tapi lakonannya memikat hati saya. Rasidhi ishak juga istimewa, lakonan playboy kontrol machonya juga menarik. Bagi saya setiap pelakon tambahan cerita ini adalah mempunyai peranan yang berjaya menghidupkan filem ini dengan baik.

Bila saya menonton sesebuah filem, saya mahukan hiburan dan Tolong awek aku pontianak tidak mengecewakan saya..


Cinta hati.. perkahwinan dan blog




Dah lama sangat rasanya tak menulis disini.. bukan apa bila nak bermula sahaja rasa macam 'blank', ni gara-gara lepas kahwin tapi hubby jauh.. saya percaya ramai juga kawan-kawan yang macam saya.. So mesti kawan-kawan tahu perasaan saya kan..

Dalam ingatan hanya tahu bilalah hubby nak balik atau bilalah saya ada masa nak ke KL jumpa hubby.. Hari ini juga genap 4 bulan saya menjadi isteri kepada Abg N..hehehe Malulah buat luahan perasaan macam nie..

Anyway, rasanya cukuplah masa berehat berblogging nie... nak aktif balik la.. rindu nak komen blog kawan-kawan semua.. ..


Related Posts with Thumbnails