Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Malam Berinai: Restu dari saudara-mara

Malam berinai meninggalkan kenangan yang cukup indah buat saya dan suami. Acara merenjis dan titik inai daripada sanak saudara yang merestui perkahwinan kami ini.  Walaupun hujan renyai-renyai tidak membataskan majlis ini untuk berlangsung dengan meriahnya.




Aluan kompang memulakan acara



Mama yang merestui perkahwinan kami




Bersama keluarga tersayang







 Sepupu yang ceria

 Bersama keluarga mentua




 Bersama orang kuat merangkap bestfriend, tukang tangkap gambar dan buat kek (congrats sebab dah pregnant)









Pernikahan satukan hati 2 insan 12 Mac 2011

Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan betapa bersyukurnya saya kerana akhirnya disatukan dengan pasangan saya nasar rundin setelah lebih 10 tahun bercinta. Berkat dari kesabaran menghadapi semua dugaan yang mendatang, akhirnya pelamin idaman berjaya diindahkan.


Berdebar mendengar ceramah dari kadi

Gembira semuanya selesai

Mencium tangan suami buat pertama kali, terharu sangat!!


Bersama ahli keluarga yang hadir ke majlis pernikahan saya


NurNasa Wedding day



Saya dalam Mood Bahagia.....

To be Continued!!


8 march - hari wanita sedunia dan hari jadi saya


Bangga dilahirkan pada 8 march sebab semua wanita menyambutnya.. Selamat hari wanita buat wanita-wanita (tulen) di luar sana... Tahun ini juga amat istimewa kerana ini adalah tahun terakhir saya menyambutnya sebagai orang bujang (tunangan orang kira bujang kan??).

Abg N kata tahun ini tak ada hadiah sebab hadiah yang saya dapat besar iaitu percutian seumur hidup di rumah baru di petaling jaya.. Tahun ini saya tak harapkan hadiah dari Abg N sebab majlis perkahwinan kami pada 13 march ini (insya allah) bakal menjadi hadiah yang paling bermakna



Kenapa 8 march diistiharkan sebagai hari wanita sedunia.. boleh baca di sini yer!!


Upaca minum teh di majlis perkahwinan

Bagi kawan2 yang mengenali aarin pasti tahu yang mama aarin ini keturunan cina, Mama ada tiga adik beradik, kakak yang sulung juga memeluk agama islam seperti mama cuma kakak yang kedua masih lagi menganut agama budda, jadi bagi menghormati satu-satunya kakak mama yang masih ada jadi kami bercadang membuat upacara minum teh.

Upaca minum teh bagi masyarakat cina sebenarnya adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan pengantin dan juga memperkenalkan saudara mara kepada pengantin. Ia juga tanda meminta restu daripada orang yang lebih tua.

Gambar kredit to signature weddings

Tapi tak tahulah majlis kahwin saya nanti macam mana gaya upacaranya. Nanti dah selesai saya akan kongsikan perasaannya.


Ini adalah pakaian tradisional perkahwinan cina.. hehe tapi saya tak pakailah baju ni masa kahwin nanti.


Nota kaki:
Batuk tak baik-baik lagi, moga cepat sembuh, kawan-kawan doakan kesihatan saya yer!!


kad kahwin saya



Merah tak kad kahwin Aarin ni? Hehe ramai yang dapat kad beritahu yang kad Aarin ni merah betul, bila difikir-fikirkan balik selalu kad kahwin warna gold, kuning, warna-warna tanah. Entah masa tempah kad ni sebab nak ikut tema merah hitam sebab tu jadi merah, lagipun warna merah ni ada ong kan...


Related Posts with Thumbnails