Ada info.. Klik Sini

Followers

NurNasa Wedding day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
JEMPUTAN PERKAHWINAN NUR & NASA

Ini adalah entry melekat tau!! entry baru ada kat bawah yer!!



Kepada kawan-kawan blogger semua.. Akhirnya sampai juga masanya.. saya ingin menjemput kawan-kawan blogger yang sudi untuk hadir ke majlis perkahwinan saya Fatimah Nur Dan Nasar Rundin pada 13 Mac 2011 ini..

Kepada yang sudi untuk menghadiri, sila komen dan sertakan alamatnya pada entry ini.. Jangan risau saya akan privatekan komen okay.. Kalau nak lagi private boleh email pada saya di nuraarin@yahoo.com

Sekali lagi terima kasih pada yang sudi untuk hadir..Kehadiran anda semua amat saya hargai


Melodi: Perlukan pembaharuan lah


Terus terang saya beritahu dah lama sangat tak menonton Melodi, sejak ada rancangan galaksi, fuhh dan blog yang banyak menceritakan dunia artis, so sumber melalui televisyen dah tak penting sangat. Tapi bila pangacara Melodi bertukar menjadi isu besar sebab melibatkan pengacara popular Fara Fauzana. Bagi saya Fara dan wahid pun dah bosan, setiap hari ahad perlu ada di studio sedangkan hari ahad adalah hari bersama keluarga, jadi jalan yang terbaik berhenti.






Mampukah zizan dan dira mempopularkan melodi? Zizan saya tak nafikan ada aura tersendiri tapi dira mungkin memerlukan banyak pengalaman lagi. Tapi saya harap kalau rating melodi menurun, jangan salahkan pencara sahaja seperti yang berlaku pada rancangan Nona.

Saya rasa Maya amat sesuai jadi pencara, turunnya rating sebab intipati rancangan yang dah klise. Bila cover perkahwinan, mesti anak orang kaya-kaya, cuba cover persandingan ala kampung atau yang unik sikit, ini asyik di hotel sahaja, saya pun bosan beb!!



Koleksi gadis LUX

Sejak dapat berita mengenai FAZURA jadi duta Lux, saya memang suka.. I love Fazura, bagi saya dia tak hipokrit, macam mana dia di luar begitulah dia dalam dunia lakonan. Lihat gambar di bawah ni, sangat menawan kan..


Iklan Fazura sebagai bintang lux belum boleh dilihat di kaca tv, tapi apa kata kita layan iklan Bintang LUX sebelum ini..

Khatijah ibrahim 1984


Fauziah ahmad daud... sangat comel masa dia buat iklan ni







Feminin 1996


Saya memang pengguna Lux sejak kecil lagi, sebenarnya siapa pun duta lux tak penting sebab bagi saya Lux memang best!!!


Hiasan kamar pengantin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers


Pengiraan di atas dah tak ada bulan... dah kira mingguan.. ok Aarin, saya tahu anda sangat berdebar-debar sekarang, buat apa pun tak kena.. Jadi semalam sepupu datang rumah nak testing untuk buat langsir background untuk katil.. Aarin bagi tengok first look dulu yer.. Tema kahwin nanti merah hitam tau!!


Ini belum siap, tak boleh lah tunjuk yang dah siap nanti tak surprise, hehehe.. Banyak lagi agenda nak buat, nasib baik ada sepupu dan kawan-kawan yang membantu, kalau tidak memang "pengsan"....


My Wedding V-box dah siap!!


V-Box dah siap, sepupu sponsor separuh harga so dapat harga cetak jer, tak ambil untung punya.. hehe tapi kalau dapat murah tu adalah pengorbanannya sikit kan..


Kena lekat double side tape sendiri.. naik kebas juga tangan nak gam 1000 keping ni.. tapi tak mengapa hati sangat happy!!

Nota kaki:
First time cash duit nuffnang, sempat ke merasa sebelum majlis kahwin ni??




Filem hebat untuk tahun baru cina

Tahun baru cina ni saya sibuk membeli barang-barang untuk majlis perkahwinan saya dan juga mengemas apa yang patut tapi nasib baik Abg N sudi juga nak bawa saya tengok wayang lepas penat seharian membeli barang.

Saya kalau dapat tengok wayang tak sah kalau tak tengok sampai 2 (itu pun kalau ada cerita best la..).. Filem pertama saya tengok filem komedi ALL'S WELL ENDS WELL 2011


Bagi penonton melayu mungkin kurang tahu mengenai filem all well end well 2011. Filem ini adalah filem ke-6 yang mengunakan tajuk yang sama yang ditukarkan hanyalah tahun. Secara ringkasan kesemua filem All's Well Ends Well ini mengisahkan pencarian cinta yang pasti berakhir ke jinjang pelamin. Dan hanya ditayangkan sempena tahun baru cina sahaja.

Filem ini dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti louis khoo, cecilia cheung, carina lau, Donnie yen (pelakon utama ip man). Sangat mencerikan menonton filem ini.

___________________________________________________________________________

Selepas filem komedi, saya beralih ke filem kungfu, SHAOLIN


Lakonan mantap andy lau yang mengisahkan kerana kuasa seseorang sanggup melakonkan apa sahaja termasuk membunuh abang angkat sendiri tanpa belas kasihan. Perkhianatan oleh orang kanannya pula menyebabkan hilang kuasa dalam sekelip mata dan mengorbankan nyawa anak perempuan sendiri.

Semasa berteduh di dalam shaolin, hati terbuka untuk lebih mengasihani dan memaafkan orang yang pernah mengkhianatinya. Dan secara tidak langsung cuba untuk menasihati  orang kanan untuk bertaubat walaupun sehingga nyawa melayang.

Itu dia filem-filem yang saya tonton sempena tahun baru cina.. Bagi saya kedua-duanya bagus kerana komedi ada baiknya dan action kungfu pun sentiasa buatkan kita gementar untuk adengan-adengan seterusnya.



Related Posts with Thumbnails