Assalamualaikum..selamat malam semua..
Hari ni..nak tayang kesinambungan last entry...ini adalah lauk yg telah disediakan hasil daripada tangkapan mancing asben tempoh hari...Ikan singgang serani ni tengok kat MyR yang diupload oleh Blogger terkenal bab masak memasak ni iaitu Mat Gebu..boleh klik sini untuk resepinya..dan saya copy jgk utk rujukan akan datang sebab sedap rasanya..biasa singgang besa2 je..bila ade kelainan cam gini nampaknya anak tekak ni laju gak masakan gini...sebenarnya memang antu lauk singgang ni...boleh bertambah2 nasi..tgokla partner kat bawah tu..ulam dan budu!
Ok ni resepinyaHari ni..nak tayang kesinambungan last entry...ini adalah lauk yg telah disediakan hasil daripada tangkapan mancing asben tempoh hari...Ikan singgang serani ni tengok kat MyR yang diupload oleh Blogger terkenal bab masak memasak ni iaitu Mat Gebu..boleh klik sini untuk resepinya..dan saya copy jgk utk rujukan akan datang sebab sedap rasanya..biasa singgang besa2 je..bila ade kelainan cam gini nampaknya anak tekak ni laju gak masakan gini...sebenarnya memang antu lauk singgang ni...boleh bertambah2 nasi..tgokla partner kat bawah tu..ulam dan budu!
Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )
- 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua(guna ikan lain..xtau nama)
- 2 ulas bawang putih*
- 4 biji bawang merah kecil*
- 1/2 cm halia*
- 1/2 cm lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
- 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
- 2 batang serai, dititik
- 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
- 1 kiub ikan bilis "Maggi"(x letak sbb xde)
- Sedikit garam dan gula (kalau suka)
- 1 camca besar minyak utk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
- Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
- Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.
Kat atas ni pulak ikan goreng cam biasa tulah..gam dan kunyit....yg ni memang best apa lagi kalau ikan segar kan..manis ikan tu yg best!
Ni pulak..apa lagi penambah selera ulam daun selom dan semestinya budu...x pandang org sebelah ni time makan...hehe
No comments:
Post a Comment