Followers

IKAN BAKAR BERSAMBAL


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT MALAM..

3 hari ni kelam kabut sikit..asben p kursus..jd terpaksa ambik dan hantar anak pg sek...dan pada masa yg sama kena pg kerja jgk...tp ni lah antara risiko kalau xde pembantu rumah...

Walau camanapun tetap bersyukur kerana asben dan anak2 sgt memahami..saling tolong menolong..(puji melambung ni cam ade aper2 jer ni! hehe)..

Hari ni nak masukkan new post...dah lama nak makan simple camni...akhirnya tercapai juga..
Dapat resepi sambal ni dari akak cleaner kat tempat kerja..tp biasanya dibuat utk makan ngan ikan masin...jd olah sikit utk sesuaikan ngan ikan bakar ni..(rasanyer mak saya panggil panggang tawar)

bahan2
2 ekor ikan..(cuci bersih dan bakar hingga masak)

Bahan2 sambal
2 biji cili merah
6 biji cili padi(kalau nak pedas la)
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit garam dan gula(agak2 jer ikut citarasa masing2)
3/4 biji limau kasturi

Cara2
Semua bahan sambal ditumbuk kecuali limau kasturi...
perahkan limau kedalam sambal (boleh gak hiris2 limau dan masukkan dalam sambal)
Pastu letak sambal atas ikan bakar..
boleh perah lagi limau jika suka...siap

KEK PISANG GEBU

Kabur jer gambar ni....cam mata tuannyer jgk ni...ok..sekarang ni macam nak mencuba baking2 lak..dah tua br nak blajar yer!...sblum ni ader jgk try tp byk kali gak bantat jer kek..jd kesimpulannya trus merajuk nak buat kek...

Tapi tiba2 lak asben request buat kek pisang ..alasannya x nak membazir...maka isteri mithali ni trus buka internet cari2 la resepi yg senang2..akhirnya terjumpalah ni resepi..

Berdebar gak nak buat ni..takut bantat lagi...tapi akhirnya jadi dgn jayanya kek ni....cuma sedikit manis mungkin pisang tu dah manis bangat...

opps ader lagi satu cerita..nampak tak i tak tayangkan keseluruhan kek ni..why?? sebab kat atas nya hitam manis gitu....x sedar rupanya terpasang api atas....mujur sedarnya awal..kalau tak..x jadi lagi la...

Resepi ni ambik kat blog jintanmanis...boleh klik sini atau saya dah copy kat bawah ni

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula (len kali nak kurangkan sket)
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

BLANDED ORANGE KEK


Assalamualaikum...selamat malam

hari ni mama budak baru belajar buat kek...cari2 kat MyR resepi yg senang2 akhirnya jumpa resepi Kak Fida ni yg cuma kisar jer..untuk org baru blajar memang sesuaaai sangat2 dan hasil pun amat memuaskan..

Cuma anak2 x brapa suka rasa oren tu..memang anak2 cerewet pasal makanan..tp mama dan abahnye telan jer semua...itu body makin comel skrg ni! ayat sedap hati sendiri jer ni..hehe

Sapa2 nak resepi boleh klik sini atau saya dah copy utk rujukan sendiri kat bawah ni


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus(yg ni saya kurangkn 1 cwn..tp rasanya nk kurangkn sket lagi len kali)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

GULAI TELUR

Malam yg sungguh relak..relak fizikal dan mental...walau byk kerja tertunggak..tapi masih sempat menikmati ketenangan yg dianugerahkan olehNYA.. Gulai telur kesukaan asben dan anak no 1 (Harith)...nak membuatnya taklah susah mana..resepi sendiri jer...

GULAI TELUR

bahan2
4biji telur(terpulang kepada brp org nak makan)
sebatang serai
2 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang bombay dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar 1/2 inci kunyit hidup dikisar
segenggam ikan bilis dikisar(boleh gak guna udang kering..tgok stok masing2 lah yer)

2 cawan santan

garam dan gula secukupnya(serbuk perasa utk yg suka)

Cara2

Didihkan santan

masukkan bahan kisar, cili kisar dan serai..
biarkan didih semula

pastu perlahankan api..dan pecahkan telur perlahan2(kalau nak guna telur rebus pun ok je)
Perasakan...dan boleh la dihidang

IKAN SINGGANG SERANI


Assalamualaikum..selamat malam semua..
Hari ni..nak tayang kesinambungan last entry...ini adalah lauk yg telah disediakan hasil daripada tangkapan mancing asben tempoh hari...Ikan singgang serani ni tengok kat MyR yang diupload oleh Blogger terkenal bab masak memasak ni iaitu Mat Gebu..boleh klik sini untuk resepinya..dan saya copy jgk utk rujukan akan datang sebab sedap rasanya..biasa singgang besa2 je..bila ade kelainan cam gini nampaknya anak tekak ni laju gak masakan gini...sebenarnya memang antu lauk singgang ni...boleh bertambah2 nasi..tgokla partner kat bawah tu..ulam dan budu!
Ok ni resepinya

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua(guna ikan lain..xtau nama)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"(x letak sbb xde)
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.


Kat atas ni pulak ikan goreng cam biasa tulah..gam dan kunyit....yg ni memang best apa lagi kalau ikan segar kan..manis ikan tu yg best!


Ni pulak..apa lagi penambah selera ulam daun selom dan semestinya budu...x pandang org sebelah ni time makan...hehe


Sayur bendi goreng sebagai penambah lauk..


HASIL PANCING.............


Assalam..kali ni nak tayang hasil pancingan asben ari tu..........byk juga la dapat...then dorang bagi2 ni la bhgn yg dia dapat


Sekarang hobi mancing ni dah makin berkembang..dulu2 mancing kat tepi pantai jer..skrg dah cuba2 naik bot kecil...nanti2 agaknya berhari2 di laut...tapi takpela boleh gak hilangkan tensen kerja yer!..nanti kang kalau hobi pg karaoke ke..kelab dangdut ke tak ke parah..hehe


Bab2 jenis ikan ni memang serender btul...susah btul nak kenal jenis ikan....tapi yg pasti ikan duyung ku kenal..haha..jgn terpancing ikan duyung sudah la yer bang!

AGAR2 SANTAN


Lamanyer teringin nak makan agar2 santan ni..kali ni saya try guna agar2 serbuk lak...godek2 resepi Hana..boleh tgok kat sini...tapi tetap kopi kat sini utk rujukan sendiri...mintak izin yer Hana...

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 1100 ml air
  • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat...saya pun
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
  • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
  • Tuang kedalam loyang atau acuan.
  • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.


kat atas ni acuan yg saya guna..hehe..xkiralah apa korang nak kata..recycle bekas sundae kat McD je..berkenan lak tgok bekas tu...tapi sekali pakai jer tu..dah pong d tong sampahkan..

MAKAN2 KAT GERAI AIR KELAPA DI JLN SULAMAN


Minum petang kat sini sekali sekala memang best gak..ada satu makanan yg best bagi saya iaitu lokan bakar...satu tompok RM12...lokan ni pulak cicah ngan sambal kicap..memang best..


Kat sini banyak gerai2 yg serupa di sepanjang jalan..kebanyakan menu yg sama...jd boleh pilih mana ug suka..antara menu lain yg best jugak ialah puding kelapa..terdapat dalam pelbagai perisa..yam, durian...dll lagi..pelancong pun ramai gak singgah kat sini..cam promote lak ni..heehe


Kat atas ni adalah cara tradisional diorg bakar lokan..guna kayu api jer..step yg sempat saya lihat..dorang bakar dulu..bila dah terbuka..diorg cuci then bakar balik letak cam halia n serai..dah masak...baru dorang hidang ngan sambal kicap.


Nilah air kelapa kegemaran anak pompuan saya..kalau lelaki2 tu..sentuh pun x mau..memilih btul...ok..jumpa d entry baru

LAKSA TERENGGANU


Semalam asben request makan laksa...cuti2 ni biasanya kalau minta masak boleh jer kot..tp kat umah ni je la..
Pergi pasar nampak ulam daun salom...my peberet..trus sambar seikat...sedap jgk jdkan ulam utk laksa ni..saya kalau ulam memang peberet no 1..apa2 ulam memang suka..bertambah2 nasi le jawabnya

LEMPENG JER..


Sarapan yg simple jer hari ni...lebihan gulai semalam masih ada so..bancuh jer lempeng utk pelengkap...

Biasanya kalau buat lempeng x pernah membazir ...anak2 memang suka makan...

Ni lempeng paling senang..bancuh tepung, grm dan sebiji telur...campur air...then boleh lah goreng ngan sikit jer minyak..siap







FAMILY DAY..(17/5/2011)


Aktiviti yang dah lama..tapi mau update juga sebagai kenangan untuk akan datang...ini adalah salah satu aktiviti Kelab Komite Staf utk semua staf sekolah...time ni semua guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan utk bawak pot luck....memang sambutan menggalakkan..

yang paling gembira siapa lagi..anak2 la...tempat ni namanya Karambunai Resort...ada tempat mandi manda..jet ski...naik bot...naik kuda..tapi semua tu dah xda dalam gambar coz bateri dah habis...jd yg ni jer yg sempat di snap...layaan

KEM PERDANA KAT SEKOLAH (27/5 - 29/5/2011)


Perkhemahan kali ni wat kat sekolah jer...tapi sungguh enjoy...budak2 sgt sporting dan kreatif...enjoy dgn semua aktiviti...

Ada aktiviti buat gadget, masakan rimba, mereka fesyen kitar semula..catwalk juga..

malam pula ada persembahan yg dibuat oleh semua wakil unit beruniform...memang u all ada bakat..cayalah!

Selain tu ada juga pertandingan perbarisan dan sukaneka...harap mereka dapat ilmu yg berguna utk bekal akan dtg..InsyaAllah..

CUTI KAT PERDANA PARK..(4/6/2011)


Masih mood cuti..memang kali ni target untuk menggembirakan anak2..sebab sebelum ni memang x berpeluang bercuti begini..maklumla setiap sabtu ade je program di sekolah..kadang2 hari ahad pun ke sekolah juga...walaupun cuti ni x byk yg free tp tetap bertekad utk anak2...

Memang terharu tengok kegembiraan mereka..otak pun rasa lapang jer..kalau tak ada je dateline yg kena kejar...

Perdana park ni kat tanjung Aru..antara tempat riadah yg baru di buka d kk...malam2 ada pertunjukkan air...

gambar2 ni antara sedikit kenangan sewaktu kami di sana

MANCING TEPI PANTAI..(5/6/2011)


Aktiviti cuti diteruskan lagi ngan menemani semua lelaki kat umah yg sepakat nak p mancing...seronok duk santai2 kat tepi sini..mula2 cam malu2 gak sebab tempat lepak ni dekat sangat ngan jalan utama...banyak kereta lalu lalang..

Tapi bila dah lama lepak sana ..makin seronok pula..tenang betul perasaan dan mata pun segar jer mengadap pantai...anak2 pun seronok bebas bermain..maklumla kalau kat rumah keluar jer sikit dah bising buat lebih2 sikit pun mamanya bising..hehe..maklumla zaman sekarang keselamatan mesti ditingkatkan..macam2 je boleh jadi...

Ikan yg tersangkut balik2 ikan duri jer..walaupun besar kami lepaskan juga..yg penting lepas juga perasaan asben ngan hobi memancingnya..

KELAS MASA CUTI..


Cuti 2 minggu bukan bermakna kami sebagai pendidik rehat sepenuhnya..kena juga datang sekolah untuk kelas waktu cuti..my boss cakap dia x suka ngan istilah kelas tambahan...

Tujuannya bukan utk guru mengajar cuma menjadi pemantau kepada pelajar utk belajar sendiri sewaktu cuti dan keistimewaannya ada guru tempat utk mereka bertanya utk persoalan yg tidak diketahui..

kehadiran kurang memuaskan...so we all combined je semua pelajar jd satu kelas
Apa2pun saya tetap bangga dengan komitmen pelajar yg hadir dan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi..syabas anak didikku sekalian..cikgu doakan kejayaan sentiasa mengiringi kalian..amin

Kat atas tu pelajar yg datang utk kelas matematikdan kat bawah ni pula yg datang untuk kelas ekonomi asas.

SARAPAN HARI INI


Rasa rajin pulak hari ni..jadi selongkar periuk kukus yg lama dah tak guna...kung kang kat dapur siap jugak pulut kuning ni..dah lama teringin nak makan baru hari ni menjadi kenyataan..camana xde masa..sebenarnya malas tu!!hehe


Pulut makan lak ngan gulai daging..saje buat banyak gulai tu..boleh cover lunch terus...hehe pemalas tul cikgu ni yer! maklumla time cuti ni...walaupun x cuti mana sebenarnya..tetap pg sekolah utk kelas tambahan..jadi mana hari yg xde klas trus plan nak pg sini la situ la..so masak2 ni kira aktiviti no 2 je la..

ok..da bising Mr asben ajak pg renew roadtax motor nye...Cik Abg ni nak kemana2 je mesti nak kena ada teman kat sebelah..layan jer la maklumla bininya pun memang suka diajak keluar walaupun pusing2 dalam kereta jer..heehe bye..

NASI GORENG ASBEN


Dah malam benor ni..anak2 dah habis makan..asben td cakap da kenyang..alih2 dah kul 10pm..tersenyum2 mengadu lapar..ekceli dah tahu..macam x biasa kan! heehe...jd godek2 je la apa yg ader ..x der sayur pun d letak (baru perasan stok sayur dah abis...ader can pg tamu esok ni)
Siaplah nasi goreng sempoi ni...mujur ada timun ..berseri gak nampak nasi goreng tu..ape2pun dah habis en. asben makan..alhamdulillah

CUTI AT GREEN CONNECTION


Selepas habis kelas tambahan tadi..teringat kat anak2 projek yg x jadi semalam..jadi utk x menghampakan diorang lagi kami terfikir nak bawa diorang kat sini ..dan respon yg sungguh baik di terima..sampai ke malam duk bercerita pasal tempat ni..

Walaupun tiketnya agak mahal dewasa RM15 dan kanak2 RM7, kami tetap puas hati sebab anak2 cukup gembira..dalam tempat ni kita boleh lihat dekorasi yang menarik dan pelbagai jenis hidupan laut dipaparkan..malah sewaktu memasuki kawasan ini kami dibekalkan kad yang menceritakan pelusuk kawasan ini.



Anak2 sungguh teruja dapat mendekati hidupan laut dgn lebih dekat..malah ada satu part yg mereka boleh menyentuh ikan jerung, belangkas, tapak sulaiman dll.


Di tingkat atas pula mereka menyediakan ruang permainan minda yang rata2nya mendedahkan kepada pendidikan awal anak2 utk menyayangi alam sekitar...boleh main sampai penat...
memang puas hati berbaloi dengan apa yang dibayar.

BUBUR JER


Request anak 2 hari berturut2..dan mamanya sungguh senang hati..sebab cepat dan mudah skali nak disediakan...walaupun simple abis gak seperiuk yg dibuat..alhamdulillah...
Bubur ni simple jer boleh dibuat utk baby kecik or baby besar jg, ni resepinya.

Bahan2
2 cawan nasi (di bland kasar, kalau utk baby yg blum ada gigi tu bland halus)
2 cawan air
1/2 ketul kiub pati ayam
2 ekor isi ikan(saya guna ikan selayang ambik isi, tumbuk dan bulat2 kan)
grm dan gula secukupnya
kalau nak tambah sayur2 lagi bagus(tp anak2 saya x minat)

Cara2
Didihkan air, masukkan kiub pati ayam dan isi ikan.Biar seketika.
Masukkan nasi dan kacau sekali sekala
Perasakan garam dan gula (kalau suka berkuah x yah le masak lama2)
Itu jer..memang mudah

PROJEK TAK JADI...


Hari ni kununnya nak bawak anak2 jalan2 kat Perdana Park tapi sesampainya kat sana hujan lebat la pulak...takleh budak2 nak main2...hampa betul diorang..takpelah nak esok kalau tak hujan kita pergi lagi ya!

balik jer malas dah nak masak singgah je kat gerai sayap bakar beli jer dan ngap depan tv...hehe esokla start masak maklumla asben p mancing...x padan nak masak..

sayap bakar ni cicah ngan sambal kicap ni...anak2 habiskan fish ball jer
oklah time utk mengendap umah blogger lain..cari idea utk masak esok lak..bye

TENGOK BOLA....


Assalamualaikum dan selamat malam..
Malam ni baru dapat luangkan masa utk blogku ini...sebenarnya bukan xde masa tapi masa cuti ni btul2 ambik peluang utk rehatkan badan dan minda...
Teruja skrg ni tgok bola ..sambil makan ikan goreng celup tepung...sapa2 pun menang i ok jer...x la kaki bola sgt tapi duk menemankan asben yg kaki bola ni..layan jer la..
Thanks untuk yang menjenguk dan meninggalkan jejak kat sini..nanti i kunjung balas pulak yer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails