Followers

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..dalam sungguh impian dan harapan yang diharap dari insan bergelar guru...
Hampir sedekad bergelar guru..banyak pengalaman yang kukutip tiap waktu..dan kujadikan pengajaran untuk hidupku..
antara pengalaman paling manis waktu teacher's day last year...satu kelas berbaris kat bilik guru nyanyikan lagu besday untukku...terharu betul time tu..malu pun ada..thanks pelajar 5 inovatif 09..
Terima kasih juga buat anak didik dan bekas pelajar2 ku kerana tak putus2 menghantar sms dan ucapan di facebook sempena besdayku hari ni dan juga ucapan hari guru....
Teringat pengalaman pertama menjadi guru time tu kat sarawak bujang lagi tu
Ni cerita masa mula2 posting ke sarawak..bila kami diberi taklimat di Kuching aku diberi tempat untuk bertugas di kawasan Miri yg mana kena naik flight lagi..time tu pestime pergi sarawak..nama sekolah tu SMK Luar Bandar Miri..apa yang korang pikir bila dengar nama sek tu..gerun jugak kan? bila check list aku sorang je ditempatkan di sekolah tu yang lain semua ada kawan 1 sek..kaget dibuatnya terus bertanya dgn pegawai..dgn konpiden nya dia cakap nanti di Miri akan jumpa yang lain..sampai di airport Miri kawan2 lain bergerak ke destinasi masing2 sebab ada kawan 1 sek..aku tak tahu nk pergi kat mana dengan apa... terus menangis sorang2 di airport..last2 call tunang(laki aku skrg kat sabah time tu) dia ckp pg Jabatan Pelajaran mintak tolong hantarkan..dengan perasaan takut aku ambik teksi pergi JPN tapi dengan hampa mereka layan acuh tak acuh dan suruh call pengetua datang ambik
aku tel pengetua rupanya dia pun baru 1st day posting jugak..so tak tahu jalan jugak..time tu dah jam 3 pm..terus pg airport balik call lagi tunang..last2 dia cdgkan terbang pg Kuching balik tido rumah kawannya akhirnya keluarkan duit sendiri beli tiket dan duk di Kuching 2 hari..(time tu mana lagi ada airasia..dah lah belum bergaji habis cam tu je duit yg mak bagi)
kmdn aku bertekad pergi jugak sek tu.. dalam penerbangan ke Miri aku duduk bersebelahan sorang pakcik yg ramah btul baru balik dari KL tempat anaknya bertugas.. mesra tul pakcik tu..macam2 ceritanya..buat hatiku sedikit lega.. sampai di airport pakcik tu x sedap hati biarkan aku pergi sendiri..last2 dia hantarkan aku ke stesen bas..byk betul pesanan dia..sayang pakcik!! tapi dia tetap tak sedap hati last2 dia ckp biar dia temankan aku sampai kat sek tu..last2 kami naik teksi.. kalau dilihat persekitaran perjalanan tu (time 2 la..x tau skrg) sekitarnya hutan belantara (cam hutan simpan) dan ambik masa 1jam setengah nk sampai..bila pikir balik kalaulah aku terus je pergi hari tu..syukur alhamdulillah
akhirnya aku sampai di sek tu..dan pakcik tu balik dengan teksi yg sama(moga pakcik diberi kehidupan yang gembira)
Time tu rumah guru dah penuh..kena tinggal kat Bekenu..ambik masa 1jam kalau naik bas sekolah..aku menyewa di Bekenu..tuan rumah duk kat bawah kami menyewa kat atas.. baik sungguh makcik tuan rumah(mak Dara) dan pakcik (pak Bujang)..time tu keja sebelah petang..macam tiap2 hari makcik tu hantar makanan kat aku time tu aku petang dan sorang lagi housemate(kak Na)manalah yer sekarang bekerja sebelah pagi..
Jiran2 pun baik sangat..suasana pun bersih dan cantik..kawan2 disana pun baik2 daripada kerani hinggalah guru sandaran..kalau pergi kat Tamu(pasar) macam2 yang ada..tapi yang segannyer bila dia tahu jer cikgu mesti bagi free padahal mereka bukan dari kalangan yang berada.. byk lagi kenangan nantila next entry yer..

Besday My Heroes

HOORAYYY!!!

HOORAY..DAH ABIS EXAM UTK FIRST SEMESTER... TAK KISAH APA RESULT..YG PENTING HILANGKAN DULU STRESS...

RUPA2NYA SAKIT BELAJAR TIME LEPAS KAWIN BERGANDA2 PERITNYA...DALAM MASA YANG SAMA MESTI UTAMAKAN KEPERLUAN SUAMI DAN ANAK2 AND KERJA JUGA...
BAYANGKAN SETIAP MALAM EXAM KENA TELAN PANADOL...SAKIT KEPALA YANG TERUK..TP PIKIR2 BALIK INILAH AKIBATNYA STUDY LAST MINUTE...SO SAYA TABIKLAH DENGAN ORANG YANG SUDAH BERJAYA...

OK..TIBA MASA LAWAT RUMAH KAWAN2..RINDU NAK TENGOK RESEPI BARU KAWAN2...

KUIH KETAYAP/GULUNG

Kuih ni terbuat sebab lebihan bancuhan roti jala...adunan yang sama wat pulak kuih ni..cuma buat intinya je..silakan yer..

Peach Panna Cotta


Bahan-bahan
~~~~~~~~~~
7g gelatin + 3 sudu besar air panas
2 ½ cawan susu segar
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila
Buah2an pilihan - hana gune stoberi, mangga dan pisang (saya guna peach dalam tin jer)





Cara-cara
~~~~~~~

1. Campurkan gelatin dan air panas. Satukan hingga sebati tanpa ketul2. emudian ketepikan.

2. Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.

3. Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.

4. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.

5. Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula. (hana tk ltk pong gula).(saya pong)

6. Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.

7. Siap dihidang.

ROTI JALA HIJAU


Lama dah teringin nak menjala ni..dah lama masuk list..tapi duk tangguh ja..akhirnya kesampaian jugak..makan ngan kari ayam..terus habis..tak la terasa penat memasak tengok diorang makan..kari yang lebih makan ngan nasi pulak..Harith memang peberet lauk kari..sampai tak cukup.. ok la resepi ni ada tengok rumah Hana..lepas tu tak jumpa save kat mana..then dapat kat MyR so saya terus copy ja la ni resepi..tapi saya lebihkan sikit air sebab cam pekat sikit..tapi lain orang lain caranya kan..
Buat kawan2 blog buat masa sekarang saya tak sempat nak berblog..jadi sori ya tak jenguk umah..nanti habis exam saya akan lawat rumah yer..

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt ) Saya wat separuh adunan jer

  • 1kg tepung gandum
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air (guna tin susu)
  • 4 biji telur
  • sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
  • sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

  1. Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
  2. Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
  3. Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
  4. biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.

SUP SAYUR

Lamanya tak masuk blog..apa khabar kawan2..harap masih sudi melawat rumah saya..Sekarang sibuk ngan exam..tadi bru habis 1 paper tinggal 1 lagi..so nak kena prepare jugak..maklumlah otak dah lama berkarat.. cam susah btul nak study cam dulu2 time bujang ok la takde gangguan..sekarang baru nak buka buku dah ada yang tolong buka jugak..tak dilayan kesian..
Mujurlah hubby betul2 faham..syukur tak terhingga atas kurniaMu yang tak ternilai harganya.. ini je yang mampu masak hari ni tak sangka lak habis jugak

SAGO AND PEACH JELLY


resepi ni tgk kat umah Ummi (Home Sweet Home) menggoda betul dah lama masuk list baru hari ni ada peluang..dan ternyata memang sedap..thanks ummi kerana kongsi resepi yang dicuba so saya copy kat sini utk rujukan yer

SAGO AND PEACH JELLY

Ingredients:
(1 adunan ni, akak guna ramkin bulat diameter 5 in.)

Mixture A:

  • 80 ml. Water
  • 30 gm. sugar
  • 1/4 tsp. agar agar powder
  • 1 blade pandan leaf

Mixture (B):

  • 50 gm. sago - wash and soak sago for 10 mins. Then put into a pot of boiling water. Cook till it turns transparent. Drain into a sieve and wash it over a running tap to remove the excess starch. Let it stand in the sieve for 10 mins then add a drop of pink colouring and mix thoroughly.

Mixture C:

  • 2 - 3 pieces of peaches - sliced
  • 2 peaches - blend

Mixture D:

  • 1 1/4 Tbsp. of Agar-agar powder
  • 110 gm. castor sugar
  • 600 ml. water (akak letak 550 ml je)
  • 130 gm. mashed peaches
  • 220 gm. Dairy whip cream (akak xda ni n tukar 200 ml fresh milk)


Method:

  1. Boil Mixture (A) till sugar dissolves. Remove pandan leaf. Pour half portion of the agar agar into a round tube pan. Arrange sliced peaches at the base of the tube pan and let it set a little (half set) then pour in the balance agar-agar mixture.
  2. Sprinkle the cooked pink sago onto the agar agar mixture. Let it half-set.
  3. Boil ingredients (D) together except the mashed peaches. When the sugar dissolves and the mixtures turns transparent, add in the mashed peaches, stir well.
  4. Off the heat, pour in the dairy cream with blended peaches and stir till thoroughly mixed. Turn on the heat and cook for another 3 mins.
  5. Pour the dairy cream agar agar mixture onto the pink sago agar agar slowly till mixture finish.
  6. Cool the agar agar and then place in the fridge to chill.
  7. Serve chilled.


KERAPU MASAM MANIS


emm sedapnya dapat makan ikan segar..baru tadi hubby pancing walaupun kecik yang penting segar..

Kubis goreng ngan udang


Sayur kubis ni combine makan ngan ikan yg hubby tangkap mancing tadi...ada pulak udang terus campur je la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails