Wednesday, March 16, 2011

Khidmat Sosial. Anda menghidap penyakit serius ?

Khidmat Sosial.


Setelah 3 tahun aku menghidap penyakit misteri. Kini, Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku semakin menunjukkan pemulihan. Aku bersyukur, aku bersyukur atas rahmat yang Allah kurniakan kepada aku.


Masih terbayang, dan aku akan kenang sepanjang hayat aku, bagaimana sakit, menderita, azab dan seksanya aku diwaktu itu. Sudahlah sakit, hilang pekerjaan pula. Sepanjang aku sakit, aku telah masuk kedalam hospital (Wad Kecemasan) sebanyak 16 kali. Hampir 20 kali disuntik, diambil darah dan dimasukkan air.


Kini, aku berhasrat untuk membantu saudara - mara, rakan dan sahabat sekalian. Aku tidak mengharapkan apa - apa. Aku hanya ingin membantu. Kerana aku tahu betapa sakitnya bila kita sakit, khususnya penyakit yang serius !


Cuma satu sahaja, ya, cuma satu sahaja permintaan dari hati yang tulus ini.


DOA kan semoga - Allah membukakan pintu rezeki, murahkan rezeki, mudahkan rezeki dan berkati rezeki buat - keluarga aku dan diri aku.


Alhamdulillah, berkat dari doa yang tidak putus - putus. Aku dapat merasakan bagaimana beberapa orang sahabat aku yang menangis sewaktu berdoa dihadapan Kaabah, sewaktu mengerjakan ibadah haji tempohari, memohon kasih sayang Allah, semoga diri aku sembuh dari penyakit. Tiada kata lain, aku hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH buat - Kak Saadiah, Kak Sri Diah, Neeza dan beberapa sahabat lain.


Berbalik kepada kisah aku. Selepas hari raya korban tempohari. Aku didatangi seorang wanita. Dan dipendekkan kisah. Aku seolah - olah dipertemukan dengan penawar yang aku cari.


Usai berbincang dan mengambil beberapa jenis ubatan. Kini .... Alhamdulillah. Aku sudah bertambah keyakinan dalam diri ini. Dan, kini, aku berhasrat untuk membantu saudara yang lain.


Jika anda mengalami pelbagai penyakit serius. Sebagai contoh - Kencing Manis, Darah Tinggi, Penyakit Buah Pinggang, Strok, Masalah Jantung, Gout dan sebagainya. Aku syorkan supaya berusaha berubat dengan wanita ini. Ya, kita hanya berusaha. Kita berdoa. Dan Allah yang menyembuhkan !


Sila kirimkan sms ke - 019 2254 910.

Sunday, February 27, 2011

Walang sungguh. Ujian PHD.

Nasib Walang.

Nasib sama sahaja. Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Cuma 6 botol kecil air zam - zam, 1 botol besar air zam - zam, 3 kotak susu kambing dan 2 kotak HADI'S sahaja yang terjual.

Aku benar - benar terduduk ! Aku tidak mampu berkata apa lagi.

Sewa tapak sahaja RM1,700. Memang langsung tidak pulang modal !

Rugi sahaja yang menjelma.

Semua perancangan langsung tidak menampakkan sebarang hasil.


1 - Flyers dan poster telah dicetak sebanyak 3000. Ditampal disurau dan masjid sekitar Shah Alam, Klang, Pandamaran hinggalah ke Puchong.

2 - Sebaran melalui - Blog, FB, SMS.

3 - Promosi dan diskaun diberikan.

4 - Solat hajat, solat dhuha, solat tahajjud telah dibuat setiap malam selama hampir sebulan bersama seisi keluarga.

5 - Majlis penerangan dibuat hampir setiap hari.


Aku telah lakukan segala - galanya. Namun, itu sahaja yang tuhan mahu berikan kepada aku. Dan ujian terus berjalan tanpa henti.


Ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu. Aku telah berusaha dan berdoa. Kini, tinggal sehari sahaja lagi.


Aku terfikir bagaimana hendak membayar hutang dengan isteri aku.


Aku bertawakal.


# Posting tidak ada gambar kerana gerai ditutup dengan kanvas.

Thursday, February 10, 2011

JOM, JOM, JOM. KARNIVAL - Maher Zain - Live In Concert.

Masa berdetik terlalu pantas.


Lagi 13 hari sahaja lagi. Berlangsung - KARNIVAL - Maher Zain - Live In Concert. Pelbagai perkara sedang diatur. Yang penting - PROMOSI ! PROMOSI ! PROMOSI ! dan terus PROMOSI !


Bila dicongak. Poster telah ditampal di 6 buah masjid dan 9 buah surau sekitar Shah Alam sahaja.


2,000 keping flyers telah ditebarkan. Seorang sahabat berkata flyers yang aku buat paling 'koman.' Aku hanya tersenyum. Namun dalam hati aku berkata 'jangan pandai kritik sahaja, berilah idea kreatif!'


Aku bukan orang kaya yang berupaya membuat poster besar, cantik dan gah. Aku hanya lakukan mengikut kemampuan aku sahaja. Bisnes aku kecil - kecilan. Tetapi yang penting bak kata para ulamak "Walaupun kecil, tetapi lakukan dengan istiqamah (konsisten) kerana itulah yang Allah suka."


Kepada para pengunjung dan sahabat sekalian. Jangan lupa, bermula dari - 24 hb Februari hingga 27 hb Februari. Aku akan buka tapak berniaga di Booth 27. Berilah sokongan anda kepada produk muslim. Yang penting - ANDA Beruntung DUNIA & AKHIRAT !


# Dengan setiap pembelian, anda telah menyumbangkan dana untuk pembangunan MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AR RASYID."

Friday, February 04, 2011

KANCIL sakit.


Ujian. Cubaan. Halangan.


Kancil Hitam dibawa ke bengkel di Kampong Raja Uda. Pemeriksaan dilakukan untuk memastikan kenderaan berad didalam keadaan baik. Esoknya, hari Sabtu 29hb, kami sekeluarga akan menuju ke utara. Balik kampong untuk menyempurnakan majlis kenduri tahlil arwah papa.


Pukul 9 pagi. Kami bertolak dengan selesa, melepasi Tol Bukit Raja. Aku, isteri dan 3 orang anak. Manakala 2 orang lagi terpaksa ditinggalkan. Maklumlah, tidak muat untuk diisi seluruh ahli keluarga dalam Kancil.


Perjalanan yang tenang terasa sedikit mengganggu, apabila aku melepasi R&R Tanjung Malim. Meter suhu mula menunjukkan kenaikan, walaupun agak perlahan namun meresahkan. Kami sekeluarga terus berdoa memohon kemudahan dari Allah.


Namun, ujian pertama tiba. Meter suhu terus menunjukkan peningkatan yang mendadak. Aku tersu melencongkan kereta masuk ke hentian Ladang Bikam. Setelah 20 minit berhenti dan memeriksa kenderaan. Namun, aku masih tidak berpuashati, lantas menghubungi PLUS. 1800880000. 10 minit kemudian Peronda PLUS tiba bersama sebuah kereta mekanik.


Hasil perbincangan setelah memeriksa Kancil. Maka, kami telah bersetuju untuk membawa Kancil ke bengkel kereta di Sungkai. Kami terpaksa berpatah balik. Kerana semua bengkel berdekatan, iaitu di Bidor telah ditutup sempena Tahun Baru Cina.


Disinilah bermulanya episod ngeri. Bermula dari kipas yang kurang berfungsi, maka kipas ditukar. Kemudian didapati injap air tidak berputar dengan baik, maka terpaksa dibuka. Akhirnya didapati kerosakan yang paling teruk, bila didapati paip air telah pecah akibat kepanasan dari melimpah masuk kedalam kawasan enjin. Maka keseluruhan enjin terpaksa dibuka dan diperiksa.


Enjin Kancil dibuka sepenuhnya - BERSEPAI !!!


Aku hanya mampu duduk termenung.
Isteriku terdiam tanpa senyum.
Anak - anak resah gelisah.


Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tiada jalan lain, melainkan terpaksa menghubungi seorang rakan atau jiran lama kepada mertua, yang menetap di Sungkai. Nasib baik mereka tinggal tidak jauh dari bengkel.


Setibanya kami dirumah itu. Kami disambut mesra dan sempat untuk berehat seketika. Kami tetap resah memikirkan jalan berikutnya. Yang pasti keluarga aku di Taiping dan keluarga isteriku di Klang, semuanya resah dan tertanya - tanya tentang nasib kami dan apakah tindakan seterusnya.


Tiba - tiba, kami diberikan kesempatan oleh keluarga pakcik untuk menggunakan WIRA mereka untuk pulang, sebagai memenuhi hasrat ibu yang kepingin cucu mereka untuk membawakan bacaan tahlil untuk arwah.


Aku terasa lega.


Jam 6 petang, kami bergerak, meluncur dengan selesa dengan WIRA. Dalam suasana hujan lebat. Aku terus berdoa memohon keampunan dari Allah.


Akhirnya, kami selamat tiba dirumah ibu di Taiping jam 9.00 malam. Suasana sudahpun riuh rendah dengan kehadiran ramai ahli keluarga yang lain. Semuanya bersyukur, kami tiba dengan selamat.


Aku terlalu letih.
Isteriku teramat lesu.
Anak - anak riang bertemu Atuk Mami dan pakcik makcik.


Alhamdulillah, usai majlis kenduri. Jam menunjukkan angka 2.15 minit petang. Kami terpaksa bergegas meninggalkan majlis. Aku terus memecut pulang ke Sungkai untuk mengambil Kancil.


"Semua sudah OK." Itu sahaja kata mekanik. Usai membayar, kami terus kerumah pakcik. Setelah berehat 10 minit. Kami meminta diri pulang. Namun, TRAGEDI kedua pula muncul. Bila tiba dipersimpangan kampong, sekali lagi meter naik mendadak !


Aku terus menghala ke bengkel semula. Aku tidak berpuashati ! Para mekanik sekali lagi kebingungan. Pemeriksaan dilakukan lebih teliti. Dan aku sekali lagi pandu uji Kancil. Ternyata meter tetap tidak berubah, suhu terus naik.


Kali ini, aku terus berpatah balik. Aku menuju masjid tempat pakcik bertugas. Berbincang dan mendapat kesepakatan untuk aku terus menggunakan WIRA bagi tujuan menghantar anak dan isteri ke Klang. Dan aku berjanji keesokan harinya akan pulang kembali untuk menghantar WIRA.


Tepat jam 9 malam. Kami bertolak dari Sungkai ke Klang. Sekali lagi ujian tiba. Sepanjang perjalanan, hujan turun tanpa henti, aku rabun, tidak dapat melihat jauh, jalan gelap. Lampu dari kenderaan bertentangan menyakitkan mata. Dan aku sudah teramat amat amat letih dan mengantuk.


Aku terus gagahkan diri ini dan membawa WIRA dalam kelajuan paling perlahan dilebuhraya. 70 - 80 KM SJ. Itu sahaja kelajuan yang aku bawa. Faktor pertama, WIRA adalah kereta pinjam. Faktor kedua - KESELAMATAN !


Namun, setibanya kami di Hentian Jejantas Sungai Buluh. Aku terus berhenti untuk TIDUR seketika. Alhamdulillah, dalam 15 minit terlelap. Aku sudah berkeyakinan untuk memandu kembali.


Dan Alhamdulillah, sepanjang jalan dari Sungai Buluh ke Klang. Lebuhraya diterangi lampu yang cukup terang. Membolehkan aku membawa dengan keadaan lebih selesa.


Kami tiba rumah di Klang jam 12.15 tengahmalam.


Terus hilang kawalan diri ... ghaib !


# Entri ini aku dedikasikan buat Pakcik Kamilin, isterinya dan seluruh ahli keluarga yang telah membantu kami dalam saat - saat menjalani ujian yang tidak diduga ini. Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasa baik mereka. AMIN.

Tuesday, February 01, 2011

Karnival - MAHER ZAIN - LIVE IN CONCERT.

23 hari lagi.

Karnival - MAHER ZAIN - LIVE IN CONCERT.


Alhamdulillah. Segala urusan telah selesai. InsyaAllah, Abang long akan membuka tapak gerai di BOOTH 27.


Kedudukan begitu strategik. Berhampiran tapak jualan makanan. Berhampiran Pentas.


Bagi sesiapa yang hendak mendapatkan produk kesihatan - HADI'S. Silalah berkunjung ke BOOTH 27.


Selain dari produk Minuman Bijirin HADI'S. Pelanggan juga boleh mendapatkan - Susu Kambing + Madu + Disyifakkan dengan ayat Al Quran 30 juz.


Selain dari membeli. Sebenarnya kaum muslimin akan turut sama menyumbangkan dana untuk pembangunan Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.

Wednesday, January 19, 2011

ANAK YANG MENDAMAIKAN !

Anak Tenang.
Ayah Gembira.
Ibu Bahagia.


Tidak ada bait kata - kata indah. Selain dari mengucapkan syukur yang teramat sangat atas kurniaan dan petunjuk serta pimpinan Illahi.


Setiap kali menziarahi anak - anak di pusat tahfiz. Aku terasa sungguh gembira. Gema ayat - ayat suci Al Quran yang dibaca oleh penuntut tahfiz benar - benar membahagiakan.


Walaupun ada ketikanya makanan yang dijamu agak kurang berkhasiat namun, dengan bekalan makanan tambahan HADI'S yang aku berikan, berupaya memberikan lebih tenaga kepada anak - anakku yang begitu hebat menghafal. Sesungguhnya bukan mudah untuk menghafaz Al Quran jika tubuh lemah dan lesu.


Mereka berlumba. Mereka bersaing. Mereka nakal. Itulah anak - anak tahfiz. Namun itulah dunia mereka. Saban hari minda mereka dipupuk, dipujuk, dibelai. Semata - mata untuk menjadikan mereka insan Rabbani yang kuat berpegang kepada perintah Allah.


Sepotong ayat yang diucapkan oleh Pengarah MAIS. Yang telah mengadakan kunjungan hormat ke Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid. "30 juzuk yang kamu hafaz itu sebenarnya adalah permulaan kepada cabaran untuk menjadi ulamak hebat!"


Setiap kali bertemu, anak - anakku pasti akan mencium dan memelukku dengan sepenuh kasih sayang, dan kenakalan tetap tidak boleh dihindar, mereka berebut - rebut untuk memeluk ibu mereka tanpa segan silu. Itulah anak - anak tahfiz.


Tuesday, December 28, 2010

3 dalam 1.


Madrasah Tahfiz.


Alhamdulillah. Kini, anak aku yang ketiga - Muhammad Habibullah, juga telah diterima masuk kedalam Madrasah Tahfiz. Ujian kelayakan agak perit. Tempat begitu terhad. Permintaan pula terlalu banyak. Pihak pengurusan tahfiz terpaksa menolak dengan berhemah.


Kini. Ketiga - tiga anak aku berada didalam pusat tahfiz yang sama. Muhammad Fakhrurrazi, Muhammad Amir Uzair dan Muhammad Habibullah.


Marilah kita bersama - sama berdoa semoga mereka menjadi HAFIZ AL QURAN.


Kerana sesungguhnya, seperti yang disabdakan oleh jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Seorang yang hafaz Al Quran akan diberikan keistimewaan untuk syafaat di hari akhirat kelak.


Kini, dunia sudah terlalu uzur. Kita sekarang berada dipenghujung usia dunia. Sudah terlalu ramai manusia yang lupa membawa bekalan ke alam akhirat. Sedangkan waktu untuk kita beramal dan beribadah sudah semakin suntuk.


Aku sentiasa ingat pesan seorang ulamak. Kita mesti berusaha untuk menjadi KAYA supaya kita dapat membantu umat Islam yang MISKIN. Dan jadikan harta kekayaan kita sebagai modal untuk kita melangkah penuh bergaya kedalam syurga.


Kisah dan gambar anak - anak aku akan disiarkan dari semasa ke semasa. Dan aku dengan rendah hati menyeru kepada umat Islam sekalian. Marilah kita bersama - sama 'melahirkan' seberapa ramai HAFIZ AL QURAN.


Buat pengetahuan kaum muslimin. Ketiga - tiga anak aku kini menuntut di - Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid, Sungai Udang, Klang. Jika ada sesiapa yang berhajat untuk bertemu mereka, dipersilakan.


Yang pasti, kita tidak akan rugi. Dunia dan membawalah ke akhirat.


Sunday, December 19, 2010

Panggilan Ustaz.


Ustaz Abang Long


Terus - terang aku katakan bahawa aku tidak mampu untuk bercakap lagi. Memang menggelikan hati. Dimana - mana sahaja, aku dipanggil Ustaz. Satu gelaran yang memang tidak layak untukku.


Aku jenis sentimental. Kadang rock. Selalunya pop. Ada ketikanya aku suka dangdut.


Aku memandu kereta bersama Ustaz. Tetapi aku buka saluran Klasik Nasional.


Aku memang peminat fanatik - Jamal Abdillah.
Aku suka irama tahun 60'an.
Aku minat Alleycats - Trima kaseeeeehhhhh.


Aku pemandu Ustaz. Aku jaga kedai jual kitab. Aku jual minuman bijirin HADI'S.


"Saya bukan Ustaz, saya hanyalah pembantu Ustaz."


Tetapi, masih ramai yang tetap memanggil aku Ustaz. Sekarang aku hanya mampu tersenyum. Kalaulah mereka tahu, aku tidak ada pendidikan agama.


Cuma sekali sahaja aku hampir terlepas cawan yang aku pegang bila seorang gadis yang sungguh cantik memanggil aku dengan panggilan ABANG.



MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.


Monday, December 13, 2010

AL QURAN sumber ILMU dan REZEKI.


Belajar Mengajar Al Quran.


Ramai yang tertanya - tanya. Abang long kerja apa ? dimana ?


Ok. Untuk makluman semua. Abang Long sekarang bekerja disebuah kedai buku. Alamat penuh:


AL BAGHDADI TRAINING CENTRE.
No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park,
Seksyen 13, Shah Alam.


Lokasi kedai berhampiran dengan Giant dan Stadium Shah Alam.


Operasi utama kedai ini ialah membuka kelas pengajian Al Quran menggunakan teknik Al Baghdadi. Kedai ini baru sahaja dibuka pada bulan September yang lalu.


Didalam kedai ini, Abang Long diberikan kesempatan untuk menjual produk HADI'S (pendapatan sampingan). Sekarang ini sedang pulun mencari kewangan, apatah lagi sekolah sudah hendak dibuka.


Tugas Abang long ialah: Jaga kedai, jawab panggilan telefon, pemandu kereta Ustaz, penjual, promosi, mencipta pemidang, mencari guru agama, mencari tuan imam, menabur maklumat tentang teknik ini, tukang sapu, cleaner, dan sebagainya. Hahahaha .... ini maklumat betul ya.


Disamping itu. Diwaktu makan tengahari. Abang long akan menghantar novel kerumah - rumah sekitar Shah Alam. Penghantaran secara PERCUMA. Dengan syarat kena beli 2 buah novel ALAF. Tetapi kalau ada yang hendak beri upah lebih atau sedekah sebab kasihan. Alhamdulillah, Abang long tak akan tolak. :) Maklumlah, kena pakai banyak duit sebab nak buka sekolah. Ini yang tengah pening ... hehehe.


Yang penting. Kalau ada sesiapa yang hendak belajar mengaji Al Quran. Silalah datang ke kedai kami. Ada kelas kanak - kanak, ada kelas remaja, ada kelas untuk dewasa.


Marilah belajar mengaji dengan rasa CERIA, SERONOK, GEMBIRA.



MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.

Sunday, December 05, 2010

NOVEL RAM - RAYYAN FANTASI


NOVEL KE 20. RAYYAN FANTASI.


RAMLEE AWANG MURSHID. Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Telah menghasilkan karyanya yang ke 20. Bertajuk RAYYAN FANTASI. Novel diterbitkan oleh syarikat pengeluar novel terunggul di Malaysia, iaitu ALAF 21 Sendirian Berhad.


MAAF YA. Tidak ada kupasan atau ulasan novel. Kerana, aku baru sahaja mendapatkannya semalam.


Dilancarkan di MPH Bookstore, Alamanda. Dengan kerjasama penuh bermakna bersama Ramlee Awang Murshid FC.


Aku telah berada seawal jam 8.54 pagi dipejabat ALAF 21. Menunggu kehadiran sahabatku saudara Zonan @ Papa Ibad. Selesai mengambil beberapa keperluan dipejabat ALAF 21. Kami terus mengambil seorang lagi rakan distesen komuter Shah Alam. Dan singgah sebentar disebuah restoran. Untuk mengalas (menambah) isi perut.


Kemudian, si Zonan terus sahaja memecut ke Alamanda. Setiba sahaja kami di Alamanda, kami memerhatikan orang ramai telah beratur panjang untuk membeli dan mendapatkan tandatangan dari novelis RAMLEE AWANG MURSHID.


Diruangan ini. Aku dengan rendah hati. Memohon ampun dan maaf. Hanya saudara Attokz Dikulgai dan Zonan serta Tuan Web Sutera sahaja yang mengetahui. Tugasan yang diberikan kepada aku telah tidak dapat disempurnakan.


Hanya dengan satu perkara sahaja, aku telah terlepas peluang besar. Aku sebenarnya telah terlelap dikerusi panjang. Dan upacara perasmian telah berlangsung dengan meriah.


Kepada peminat novelis RAMLEE AWANG MURSHID. Sila dapatkan novel terbaru RAM, yang bertajuk - RAYYAN FANTASI dipasaran.


MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.


Friday, November 19, 2010

Tandas Oh Tandas ...

HARI TANDAS SEDUNIA.


Macam muka mangkuk tandas. Itulah antara kalimah yang wujud dinegara kita, Malaysia. Menggambarkan betapa kotornya tandas yang terdapat dinegara kita.


Maaf ya. Aku tidak mahu komen atau memberikan komen membandingkan antara Malaysia dengan negara lain. Sebab aku tidak pernah keluar negara. Cuma, aku hanya boleh membandingkan antara TANDAS Malaysia dan TANDAS SINGAPURA. Yang pasti keadaan tandas kedua - dua buah negara terlalu jauh berbeza !


Laporan aku mudah sahaja. Aku telah menjelajah ke seluruh Selangor dan beberapa negeri lain. Kebanyakan atau majoriti tandas didalam surau atau masjid masih -KOTOR.


Nisbah. Ini mengikut perkiraan atau congakan sendiri. Tandas didalam surau atau masjid ialah: 1:10.


Daripada 10 buah tandas dalam surau atau masjid. Hanya 1 sahaja yang boleh dikira sebagai bersih.


Dan daripada 30 buah surau atau masjid. Hanya 1 sahaja yang boleh diberikan taraf 5 bintang.


Adakah kiraan aku terlalu ekstrim ? Aku tidak kisah. Kalau tidak percaya. Pergilah selidik sendiri atau pantau sendiri.


Aku pernah menyuarakan hal ini dalam blog ini beberapa ketika dulu. Ada yang marah sangat dengan aku. Dan ada yang hingga menggunakan perkataan kesat. Aku tidak marah. Malahan bagi aku, sesiapa yang marah itu sebenarnya tidak langsung ada rasa kebertanggungjawaban untuk memperbetulkan keadaan.


Cuma sekali aku tertawa. Apabila sebuah masjid dicuci, dibersihkan, dicat baru, hinggakan tandas lama diruntuhkan dan dibuat baru, semata - mata kerana DYMM Paduka Sultan hendak berangkat ke masjid itu.


Rupanya beginilah sikap orang kita. Bila Sultan atau PM atau TPM atau Menteri Besar hendak datang ke Masjid, barulah seluruh jawatankuasa masjid hendak membersihkan segalanya termasuklah membersihkan dan MENCANTIKKAN tandas.


Maaf ya. Ada ketikanya aku rasa seperti hendak berbisik kepada PEMBESAR NEGARA. Supaya PEMBESAR NEGARA membuat tindakan spontan. Datang ke mana - mana surau atau masjid dan melihat keadaan surau dan masjid.


Itu baru surau dan masjid. Kenapa aku fokus kepada surau dan masjid ?


Kerana umat Islam amat mengetahui, amat memahami dan amat arif tentang HUKUM BERSUCI / Thaharah dalam Islam. Tetapi keadaan tandas, amat dhaif dan amat memalukan !


Ada satu ketika, seorang sahabat hendak menyumbangkan tenaga. Apabila selesai melepaskan hajat. Dia lalu tercari - cari getah panjang. Getah panjang tiada, gayung besar tiada, batang paip hanya ada satu, sabun pencuci tandas tidak kelihatan, tisu langsung tiada bayang, mop tidak ada, berus lantai tiada, baldi besar pun tiada.


Tandas ada 3 buah. 1 tandas pintu terkopak. 1 tandas tiada kunci, hanyalah tali mengikat disebatang paku.


Lalu sahabat aku terlihat papan kenyataan. Sumbangan orang ramai pada setiap bulan mencecah RM2,000. Ini bermakna dalam setahun, lebih dari RM24,000 dapat dikumpulkan. ANEH sunguh ANEH. Kutipan banyak, tetapi Tandas tidak dapat dibaiki ???


Aku tidak tahu samada tulisan aku dibaca oleh PEMBESAR NEGARA. Tetapi aku rasa seperti hendak berbisik. Yang Berhormat, tolonglah buat tindakan spontan. Tanpa majlis rasmi, sekadar singgah ke surau dan masjid yang terasa hendak singgah. Dan buat tinjauan.


Aku dapat merasakan betapa berdebarnya orang yang jaga masjid. Bila mendapat tahu PEMBESAR NEGARA singgah surau dan 'masjid kita.'


Bagaimana TANDAS AWAM ?


Marilah kita bersama - sama memikirkannya.


Bagaimana TANDAS AWAM di Singapura ? Aduhai Saliha ... boleh tertidur didalamnya.

Friday, November 12, 2010

LOT SEWA PARKIR

MENYOMBONG & MEMUALKAN


Aku sedang menikmati makan tengahari, bersama seorang rakan yang baru. Dimana kedai tempat aku bekerja berhampiran dengan tempat bekerja rakan aku. Sedang kami menikmati juadah. Tiba - tiba sebuah kereta berhenti dihadapan pejabat kawan aku.


Lalu turun seorang lelaki dalam usia 60'an. Dengan wajah yang serius lelaki itu terus mengalihkan kon yang diletakkan dalam kawasan parkir itu. Sebenarnya lot parkir itu telah dibayar tapaknya oleh penyewa pejabat itu, dimana kawan aku bekerja dipejabat itu.


Lantas rakan aku menegur dengan sopan lelaki itu, dan memaklumkan yang lot parkir itu adalah lot berbayar. Tiba - tiba lelaki itu terus menengking rakan aku. Dan dihamburkan pelbagai kata nista. Termasuk perkatan mencarut.


Aduhai, sudahlah menceroboh tempat orang. Sombong. Dan bercakap kasar.


Si lelaki itu terus menunjukkan keangkuhan. Dengan terus meletakkan keretanya didalam kawasan parkir itu. Sesudah itu, lelaki itu terus berlalu dan dengan menunjukkan kemarahan dan kebencian serta kesombongan, si lelaki itu terus berludah dan berkahak dengan begitu kuat, hingga menimbulkan perasaan kurang senang pelanggan yang sedang menjamu selera didalam restoran itu.


Rakan aku kebingungan. Lalu aku menyabarkannya. Aku terus memberikan nombor penting. Dan rakan aku terus terdiam. Aku menyuruhnya memanggil nombor itu segera.


Hampir 15 minit kemudian. Sebuah jip 'on tow' tiba. Dan dalam tempoh 10 minit sahaja. Kereta lelaki sombong itu terus dibawa pergi. Orang ramai yang berada didalam restoran tersenyum dan ada yang ketawa.


Aku rasa puas hati kerana dapat mengajar LELAKI TUA MELAYU yang kurang ajar, sombong dan bongkak !


Friday, November 05, 2010

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu ...

AL BAGHDADI.



KURSUS PERUNDING AL BAGHDADI.
Tempat: FRIM, Kepong.
Tarikh: 13/11/2010 & 14/11/2010.
Bayaran: RM300

Terbuka kepada umum (dewasa).




BENGKEL INTENSIF PEMANTAPAN BACAAN AL QURAN.
Tempat: Ar Rasyid Training Centre.
Tarikh: 29/11/2010 - 18/12/2010 (20 hari).
Bayaran: RM300
Terbuka kepada umum.



KEM SMART AL QURAN

# Si cilik sedang menguji minda. Menambah keseronokan belajar membaca Al Quran.

Kem Smart Al-Quran - KSQ, adalah sebuah program memperkukuhkan bacaan Al Quran dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi sepenuhnya yang di adakan semasa cuti sekolah. Program ini dianjurkan oleh Ar Rasyid Resources dengan menggunakan teknik Al- Baghdadi sebagai medium pengajaran yang mudah dan senang di ikuti oleh semua peringkat umur. Penekanan aspek-aspek berkaitan kepimpinan, interpersonal, akhlak, pengurusan masa juga diterapkan di dalam kem ini.

Objektif

• Membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.
• Membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil.
• Merangsang minat menghafaz Al-Quran dengan program hafazan.
• Menerapkan nilai – nilai akhlak, kepimpinan, interpersonal, dan pengurusan masa di dalam setiap peserta melalui program –program yang dijalankan.


Peserta:

Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 17 tahun. (Lelaki sahaja)

Tempat:
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
Lot 2174, Jalan Bawal,
Off Jalan Sungai Udang,
41250 Klang, Selangor, Malaysia.

# Sila rujuk peta seperti diatas.


Tarikh: 27/11/2010 - 03/12/2010. (7 hari)


Bayaran:
RM 560.00 seorang termasuk penginapan, makan dan minum 6 kali sehari dan bahan – bahan sepanjang kem berlangsung.

Aturcara Program KEM SMART AL-QURAN KSQ (Umum)


Masa Perkara:

5.30 pagi Persiapan diri, Solat subuh, Bengkel Hafazan
7.00 pagi Senam pagi, sarapan,
9.00 pagi Bengkel Al Baghdadi I
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Bengkel Al Baghdadi II
12.30 tengah hari Makan tengah hari, Solat Zohor Berjemaah
3.30 petang Bengkel Hafazan
4.30 petang Solat Asar, minum petang
5.00 petang Riadah
6.00 petang Persiapan diri
7.00 petang Solat maghrib , makan malam, solat isya’ Berjemaah
9.00 malam Sesi motivasi dan ketuk minda
Adab Tidur – baca doa beramai
11.00 malam Minum malam,Tidur

# Jadual waktu diatas adalah sebagai panduan semasa. Ketetapan aturcara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


• Pendaftaran bermula jam 3 petang di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid.
• Keperluan yang perlu dibawa : Al-Quran, Pakaian harian untuk 5 hari, pakaian sukan 2 set, pakaian solat, peralatan mandi, cadar, selimut dan sarung bantal.

# Antara teknik yang menceriakan suasana. Kreatif. Inovatif. Effektif.

Kepada kaum Muslimin yang berminat sila hubungi:
Al Fadhil Ustaz Abdul Rasyid Al Hafiz - 019 - 2345980.

KALAU ZAMAN DAHULU ADA FACEBOOK.

Sunday, October 17, 2010

JIRAN atau RAKAN ?


REALITI dan HAKIKAT.


Dalam blog, ayatnya memang bagus. Dalam FB, tulisannya menarik. Dalam Twitter, nasihatnya mengagumkan. Ramai sungguh kenalannya. Melewati negeri jajahan takluk Malaya. Merentasi sempadan benua. Mahir berbilang bahasa. Rakannya begitu ramai.


Tiba - tiba, satu hari, dalam satu pertemuan. Dia meluahkan segala isi hatinya kepada aku. Aku mendengar dengan tenang. Aku tersenyum.


Inilah dunia. Aku bertanya secara terus. Dan dia menjawab dengan jujur. Realiti kehidupannya langsung tidak sama seperti didalam blog. Hakikat personalitinya tidak seindah dipaparkan dalam FB.


"Saya rasa hendak tutup blog, fb dan twitter, saya rasa malu sangat, sebelum orang lain tahu, lebih baik saya berundur." Luahnya lagi.


Bagaimana dia boleh membuat pengakuan dihadapan aku ? Kerana selama ini, walaupun aku jarang meninggalkan jejak ataupun catatan dalam blog atau FB pemilik lain, namun aku tetap singgah. Aku suka membaca kisah orang lain. Apatah lagi catatan orang berilmu tinggi seperti - Puan Ainon, Prof Abdullah, Tuan Nordin Mohd, Tuan Zamri Mohamad, Prof Nurazzah, Cik Azzah, dan ramai lagi.


Aku kenal dia. Kami sekampong. Aku sering berbalas mesej secara peribadi. Akhirnya aku tahu siapa dia yang sebenarnya. Aku sering menasihatinya supaya bersikap jujur. Jangan sesekali menipu.


Bayangkan. Dia hebat pada pandangan orang ramai, apatah lagi rakan Blog, FB dan Twitter. Tetapi, malang sekali, jiran sebelah rumah tidak dikenalinya. Langsung tidak bertegur sapa.


Kisah moral. KENALILAH dan DEKATILAH JIRAN ANDA sebelum anda mencari rakan yang jauh.

Sunday, October 10, 2010

KULIAH DHUHA bersama ???

KULIAH DHUHA bersama ???


Aku masukkan juga entri tentang perkara ini. Sekiranya untuk memeriahkan satu angka yang menjadi sebutan ramai - 10/10/2010. InsyaAllah, entri ini satu ketika kelak akan pasti menjadi gempar, akan menjadi bahan berita hangat.


Apa yang ada dengan Kuliah Dhuha ? Biasa sahaja. Kalaupun ada yang hebat, mungkin disebabkan penceramahnya seorang yang hebat. Selain dari itu ? Ada lagi. Tajuknya hebat. Selain dari itu ? Aku menjawab. Ada ! Tunggu sahaja pengumumannya.


Memang ramai yang tidak terfikir. Ya, aku sendiri pada mulanya tidak terfikir. Maklumlah, sesudah 3 tahun menjadi - PENGEMIS. Menjadi asnaf MISKIN. Menjadi seorang yang langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat. Akhirnya aku DIKUTIP oleh seorang ulamak. Diberikan makanan dan minuman. Diberikan kerja. Diberikan perhatian sewajarnya.


Hinggalah satu ketika, sewaktu sedang memandu, membawa ulamak ini untuk pergi berceramah. Seperti kebiasaan. Aku dan Ustaz ini sering berbincang tentang pelbagai perkara. Hinggalah beberapa hari yang lalu. Kami berbincang secara serius bagaimana untuk melaksanakan satu projek besar.


KULIAH DHUHA bersama ???


Ustaz mendiamkan diri. Mendengar butir idea yang aku lontarkan. Ustaz memandang aku tanpa berkelip.


Ada pro dan ada kontranya. Yang pasti. Usaha kita, niat kita baik.


"Ok, kalau begitu Abang Long buat kertas kerja yang lengkap, kita bincang habis - habisan." Luah Ustaz kepada aku.


Aku mengangguk.


"Selepas ini, biarlah saya dapat kerja tetap ... ataupun mendapat gaji besar ... saya pun teringin nak pakai kereta besar ... anak ramai ... kasihan pada anak - anak ... "


Ustaz mengangguk.


Kuliah Dhuha bersama ???
Tajuk ?
Tempat / Lokasi ?
Tarikh ?
Waktu ?
Kawalan Keselamatan ?
Sumber Kewangan ?
Jemputan ?
Makan dan Minum ?


1,2,3,4,5,6, 7 ... perkara


Ustaz mengingatkanku "Bangun malam, solat Taubat, solat Istikharah, solat Tasbih, Istighfar dan terus memohon pimpinan dan bimbingan dari Allah."


Aku mengangguk.


KE SINGAPURA. Bah (2)


Pantas. Mesra. Cekap. Tepat. (1)


4 hb Oktober. Isnin. Selesai bersarapan pagi ala kadar. Kami - aku, Ustaz Rasyid, Azizah (sepupu aku) dan ayah saudara aku berangkat keluar dari rumah, tepat pukul 8.30 pagi. Terdapat sedikit kebimbangan disanubari aku, seandainya urusan dijabatan pemerintah Singapura akan mengambil masa yang panjang.


Sewaktu sedang berjalan menuju stesen bas paling hampir dengan kediaman kami. Ustaz Rasyid bertanya kepada aku "Kalau dilihat keadaan sekeliling, dengan puluhan dan ratusan flat, mestilah penduduk sini begitu ramai, puluhan ribu, tetapi saya hairan, orang ramai yang kelihatan begitu sedikit, boleh dikira dengan jari, kemana orang ramai atau penduduk disini ..? dan paling terkesan ... keadaan sekitar ... sungguh bersih ... tidak kelihatan langsung sampah bertaburan!" Aku hanya tersenyum.


Aku baru sahaja hendak duduk dikerusi. Bas sudahpun tiba. Kami terus menaiki bas. Sekali lagi Ustaz Rasyid memberikan komen "Hai ... tunggu tak sampai 5 minit? bas dah sampai!"


Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri.


Kami tiba di Stesen Pertukaran MRT Pasir Ris. Sewaktu masuk sahaja ke dalam kawaan stesen MRT tersebut. Ustaz Rasyid diam tanpa bicara. Dia hanya memerhatikan sahaja. Urusan tiket telah selesai. Dan kami terus menaiki tangga bergerak. Tren telahpun berada diatas. Orang tidak begitu ramai. Maklumlah, stesen Pasir Ris adalah stesen atau hentian Pertama / Penghujung.


Kami berhenti distesen atau hentian Lavender. Dan kami transit atau membuat pertukaran stesen ke Kallang.


Orang begitu ramai. Namun, semuanya bergerak pantas. Seluruh sistem berjalan lancar dan tanpa sebarang gangguan.


Naik sahaja ke atas. Kami terus masuk kedalam bangunan Immigresen Singapura (ICA - Immigration & Checkpoints Authority of Singapore). Bangunan ICA terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Kallang, di Kallang Road.


Aku dan Azizah terus bertemu dengan pegawai kaunter (pegawai lelaki) yang dengan ramah, mesra, aktif dan sentiasa tersenyum. Kami ditunjukkan tempat untuk berurusan. Setelah mengambil nombor giliran. Aku sempat duduk sebentar sahaja, apabila nombor giliran tiba. Kelihatan seorang wanita Cina berusia dalam lingkungan usia 46 tahun menunggu dimuka pintu menyambut kami.


Terus sahaja pegawai wanita itu bertanya keperluan dan masalah kami. Azizah terus menyatakan tujuan kami datang ke pejabat ICA. Sambil berbincang, aku menyerahkan semua dokumen yang ada.


Kami berbual seolah - olah berurusan tentang bisnes lagaknya. Sungguh mesra layanan yang diberikan. Begitu lemah lembut butir bicara. Tampak amat profesional dalam tugasan.


Aku berasa sungguh terharu dengan sikap profesional yang ditunjukkann. Dalam tempoh tidak sampai 15 minit. Segala urusan selesai. Aku diserahkan Surat Pengesahan Tamat Tampoh untuk Si Mati. Entah kenapa disaat itu aku terasa hiba dan pilu. Kerana dengan serahan dokumen itu membawa erti Pemerintah Singapura menerima dengan sah kematian ayahku sebagai seorang warga Republik Singapura.


Usai urusan di ICA. Kami terus sahaja bergegas masuk semula kedalam stesen MRT Kallang. Mengambil tiket perjalanan ke CPF Tampines. CPF adalah sama seperti EPF di Malaysia. Begitu pantas kami berjalan, sepantas tren MRT.


Tiba sahaja di stesen MRT Tampines. Kami terus berjalan menuju ke bangunan pejabat CPF. Keadaan yang sama berlaku di pejabat CPF. Walaupun begitu ramai manusia yang sedang berurusan didalam kawasan pejabat itu. Namun, kelihatan orang ramai berurusan begitu cepat. Aku sendiri menunggu tidak sampai 10 minit beratur.


Apabila tiba dikaunter. Kami dilayan begitu mesra. Aku terfikir, bilakah sikap kakitangan kerajaan khususnya dan kakitangan kaunter kita akan setaraf dengan sikap pekerja bertaraf Kelas 1 ?


Hanya dengan 3 pertanyaan asas. Aku serahkan segala dokumen yang diperlukan. Dan. Segalanya selesai.


Keluar sahaja dari bangunan CPF. Aku termenung. Jika dikira, aku hanya berurusan selama tidak sampai 1 jam, untuk menyelesaikan segala dokumen tentang arwah Papa.


Bersambung .....

Apa kata Ustaz ?


Friday, October 08, 2010

KE SINGAPURA. Bah (1)


Pantas. Mesra. Cekap. Tepat. (1)


Tepat pukul 8.30 pagi. Kenderaan jenis Toyota Vellfire milik Ustaz Haji Abdul Rasyid telah tiba dihalaman rumah aku. Aku tidak pernah bimbang berurusan dengan Ustaz Rasyid. Beliau merupakan seorang Ustaz @ Mudir @ Ulamak yang paling profesional yang aku pernah temui selama ini. Seorang yang amat berpegang kepada ketepatan waktu. Mudah dan bersahaja sewaktu beliau memberikan teguran satu ketika dahulu "Orang yang tidak menepati waktu ialah seorang yang Fasik dan Munafik!"


Tidak menunggu lama. Setelah memasukkan barang keperluan didalam kereta. Kami terus sahaja bergerak. Menuju Singapura !


Kami singgah sebentar di hentian Pagoh. Usai melapik perut, kami meneruskan perjalanan yang begitu lancar. Kami tiba di Bandaraya Johore Bahru tepat pukul 12.00 tengahari. Ini bermakna kami hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja dalam perjalanan.


Kami mengambil kesempatan untuk singgah dibeberapa tempat. Singgah dirumah sanak saudara Ustaz Rasyid dan kami sempat mencuci kereta dibengkel, dan terus mengisi minyak.


Tepat pukul 3.30 petang. Kenderaan kami selamat melintas Tambak Johor dan Woodlands. Pergerakan kami begitu lancar. Usai membeli 'TollPass' dihentian Imigresen Singapura. Kami terus bergerak masuk kedalam negara Singapura. Kenderaan kami meluncur dengan penuh berhati - hati sewaktu memasuki Lebuhraya PIE- Changi.


Ustaz Rasyid terpaksa memandu dengan berhati - hati. Maklumlah, inilah kali pertama dia masuk kedalam negara Singapura dengan berkereta, setelah 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Pulau Singapura.


Aku pula agak kabur. Maklumlah, inilah kali pertama aku masuk ke Singapura dengan berkereta. Selalunya aku masuk dengan perkhidmatan KTM. Dan lebih banyak menggunakan perkhidmatan awam di Singapura yang begitu effisen, cekap, cepat dan tepat !


Nasihat aku kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melancong ke Singapura. Tidak perlu bawa kereta. Gunakan sahaja kenderaan perkhidmatan awam.


Bersambung ...


Thursday, September 30, 2010

RANGKUMAN RAYA

KE SINGAPURA.


InsyaAllah, hari Ahad ini, aku akan berangkat ke Singapura. Menguruskan segala perkara berhubung dokumen arwah papa. Dokumen dari Malaysia, Alhamdulillah, semuanya telah siap dan lengkap. Sanak saudara dan sahabat handai papa di Singapura juga telah siap menunggu.


Cuma aku terfikir bagaimana cara untuk ke Singapura. Naik tren ? atau naik bas ? atau naik kapalterbang ? atau pandu kereta sendiri ?



RAYA & JEJAK KASIH.


Bila aku melihat begitu ramai yang datang kerumah raya kali ini. Aku rasa sungguh terharu. Ada sanak saudara yang tidak pernah bertemu selama ini telah datang kerumah. Umpama jejak kasih. Mereka datang dengan perasaan berbaur. Ada suka. Ada gembira. Ada ketawa. Ada esak tangis. Ada terharu. Ada hiba.


BLOGGER. Oh terasa indah dunia ini. Selama ini aku berinteraksi melalui ruangan internet. Samada Blog ataupun FB. Kini kami bersua wajah. Ada yang malu - malu umpama gadis. Ada yang terus terjah ketawa.


Apapun. TERIMA KASIH kepada semua yang sudi hadir ke PONDOK BURUK Kami.



JADUAL PADAT.



Selama beberapa hari ini. Aku menjadi terlalu letih. Terlalu penat. Semuanya akibat jadual dan program harian terlalu padat. Semuanya terlalu penting. Hatta, tulisan didalam entri inipun ditulis sewaktu sedang menunggu nombor giliran di TNB.


Dan jadual harian akan terus padat hinggalah aku berangkat ke Singapura.



HADI'S.



Ramai yang menyangka jualan produk ini akan berkurangan. Tetapi, dari awal lagi aku menyanggahnya. Dan terbukti HADI'S terus mendapat pesanan tanpa henti. Jawapannya mudah sahaja. Sepanjang bulan Syawal ini yang terus dipenuhi dengan undangan rumah terbuka, maka orang ramai akan menjamu selera dengan pelbagai juadah. Sudah tentu ada yang akan mengalami 'perut meragam'.


Maka diwaktu inilah produk seperti HADI'S amat diperlukan. Kerana antara fungsinya utama ialah MENJAGA USUS ! MENJAGA JANTUNG !


# Makan makanan berlemak, berminyak, minum ais, minum minuman bergas, kurang rehat, stress dijalanraya. FIKIR - FIKIRKANLAH SENDIRI.


Thursday, September 23, 2010

KENANGAN BERSAMA PAPA @ ATUK PAPA

Kenangan BERSAMAMU - PAPA.


Hari Raya Pertama: Seperti kebiasaan, sesiapa sahaja dikalangan ahli keluarga yang memiliki kamera, akan mengambil gambar 'keluarga ceria' kami. Shot dari pelbagai sudut. Ada yang teratur dan tidak kurang juga gambar kandid.


Ini adalah gambar 'paling mahal' dalam sejarah hidup aku sekeluarga. Gambar ini diambil pada pagi hari raya 2010 yang lalu. Gambar ini dirakamkan sewaktu 'upacara' bermaaf - maafan sesama ahli keluarga. Aku sebagai anak lelaki sulong sedang membimbing anak ku yang paling kecil (aku anak sulong dan anakku - cucu paling bongsu) bersalaman dengan ayahku - papa. Manakala anakku bersalam dengan Atuk Papa. Tarikh: 10/09/2010.


Inilah wajah anak perempuan tunggal aku. Si cilik ini memang bijak dalam 'berposing'.



Gambar bersama Mami, Papa, aku dan adik - adikku. LENGKAP ! Inilah gambar kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat kami sekeluarga. 7 hari selepas gambar ini diambil. Ayahku pergi meninggalkan kami buat selama - lamanya.



Gambar ibuku (Atuk Mami) bersama kesemua cucu - cucunya. Wajah ceria dan bahagia seorang Atuk.


Anak lelaki pertama (sulong), yang kini berusia 16 tahun. Sedang menuntut di Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid. Sedang berada di juzuk ke 4.



Papa sedang bersantai bersama sebahagian ahli keluarga ditepian kolam dirumah adik perempuan aku. Bertarikh - 13/09/2010.



Sedang memerhati gelagat anak cucu didalam kolam. 13/09/2010

Bertarikh - 14/09/2010. Lihatlah gelagat nakal - anak dan cucu. Atuk Papa jadi 'komander.'















15/09/2010. Keadaan Papa semakin kritikal. Perbincangan ahli keluarga sepakat untuk membawa Papa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut. Seluruh ahli keluarga bergerak ke Klang. Sementara itu, kami menghubungi ahli keluarga terdekat di Taiping dan Singapura.



Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh Doktor pakar. Kami bersepakat untuk membawa pulang Papa kerumah aku di Kampong Delek, Klang. Sepatah kami Mami. "Mami rasa Papa sudah nazak, biarlah kita jaga dia dirumah". Kami akur dengan pandangan Mami. Waktu itu, aku sudah terasa sebak.




Kami mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yaasin di rumah aku. Kami mendapat kerjasama sepenuhnya dari 2 buah pusat tahfiz berdekatan.












Bertarikh - 16/09/2010. Pada jam: 11:56 am. Akhirnya Papa meninggalkan kami dengan penuh
ketenangan dihadapan ramai ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya. Diwaktu itu, aku lepaskan perasaan hiba yang selama ini aku pendam !



Aku akan setiasa ingat tangannya memegang erat jari jemari aku sejak dari kecil. Memimpin aku ... dan Papa akan 'sentiasa' memimpin aku !




"Kami sayang PAPA, namun kami reda!"



Selamatlah PAPA bersemadi di alam kekal.


AL FATIHAH.