Kalau anda peka dengan keadaan semasa di Malaysia, sudah tentu anda tahu mengenai isu PPSMI dan "pemelayuan" kosa kata Bahasa Inggeris (BI) yang hangat didebatkan oleh pelbagai pihak daripada ahli politik sehingga ke para cendekiawan bahasa. Namun, saya ingin menyedarkan anda mengenai satu lagi wabak yang telah menyular di kalangan rakyat negara ini, terutamanya di kalangan rumpun Melayu; nampaknya, kebanyakan pengguna sistem pesanan ringkas (SMS) dan internet gemar memotong dan menambah perkataan-perkataan yang sedia ada kepada hasil yang lebih buruk seperti Frankenstein: nampaknya seperti manusia tetapi wajahnya keji dan buruk.
Contohnya, ayat "Saya keluar sekejap sahaja/je" telah diadun dengan penuh kreativiti kepada "Sy kuar jap jew." Para pengguna tegar SMS mengatakan pemendekan perkataan adalah perlu supaya intipati pesanan yang sama dapat dihantar dengan lebih cepat dan mudah. Alasan ini boleh diterima pakai kerana pemendekan kata telah lama digunakan seperti "yang" kepada "yg" & "dan lain-lain" kepada "dll" tetapi apabila "je" (bahasa pasar untuk sahaja) tiba-tiba boleh disebut sebagai "jew" (Yahudi dalam BI), itu sudah dikira melampau. Kenapa perlu tambah huruf "w" sedangkan tiada pula orang yang ingin menyebutnya sebegitu?
Rakan-rakan, kita sedang hidup di zaman di mana segelintir, malah kebanyakan, daripada masyarakat kita mengambil mudah Bahasa Malaysia (BM) dan lebih teruk lagi mempersendakan BM sebagai satu bahan mainan. Kita sering kali melaungkan cogan kata "Bahasa Jiwa Bangsa" namun apakah kita benar-benar memartabatkan bahasa ibunda kita sebagai entiti yang tinggi nilainya terhadap bangsa? Kita harus sedar bahawa banyak akibat buruk telah dan akan berlaku apabila sesebuah masyarakat membuat endah tak endah mengenai jati diri mereka. Misalnya, masih terdapat sejumlah pelajar Melayu yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat PMR dan SPM.
Selagi sikap ini tidak dibendung, tidak hairan BM mungkin senasib dengan hieroglif tamadun Mesir Purba: hanya dijumpai dalam buku sejarah. Oleh itu, cubalah mengekang diri daripada mencemarkan keindahan bahasa ini yang telah wujud selama ratusan tahun. Bagi pengguna SMS dan alam siber, sudah tentu amat sukar untuk menggunakan perkataan dan ayat yang lengkap tetapi kurangkanlah "penyuntingan" kerana kita mahu membentuk bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang amat menghargai keluhuran bahasa sendiri.