Wednesday, August 31, 2011

dam dam dom........

Malam raya di felda jengka
macam berada di medan perang
dum dam dum dam..........!........prangggggggg!
jangan ada yang mati sakit jantung sudahlah
mintak2lah tak de yang putus jari
yelah.......orang felda dah kaya raya
setakat bakar mercun setahun sekali apalah sangat
tapi kalau dah tak berenti-renti bunyi dum dam dum dam
mahu terbakar juga hati
nasib baik malam ini sunyi sepi
eh, mana diorang pergi ?
pergi ziarahlah kot.......takpun duduk depan tv
sambil makan lemang ketupat
ada lagi ke?
kalau takde pun kuih raya banyak lagi
sambil makan sambil sembang-sembang
sambil bincang-bincang.....macam2 hal
jangan gumpat sudahlah.....
tak pasal2 kena mintak maaf semula
lagipun dah lama merdeka ni
kita merdekalah betul-betul
dari segala sifat-sifat mazmumah
ooo......sebelum terlupa, teman nak ucap
Selamat Hari Merdeka.............











Saturday, August 27, 2011

Salam Aidil Fitri.........


Ramadhan pergi, syawal kembali
ceria dijiwa, gembira dihati
Sempena syawal yang mulia ini
kemaafan diminta setulus hati

Dalam tutur bicara mungkin ada khilaf dan dosa
dalam gurau dan senda, bimbang ada yang terasa
dengan penuh kerendahan hati, daku meminta
moga dimaafkan segala salah silapnya

Selamat Menyambut Lebaran yang mulia, moga pelajaran taqwa dan iman
yang kita perolehi di madrasah ramadhan kekal menemani sepanjang perjalanan
di kehidupan mendatang yang penuh ujian.........


Sunday, August 21, 2011

Cintaku beralih arah.....

Kekasihku berkata;
Sebut namaKu, Aku dekat denganmu
hayati ayat-ayat cintaKu, Aku ada dalam hatimu
jika kau datang padaKu berjalan
Aku datang padamu berlari
bila kau datang padaKu sejengkal
Aku datang padamu sehasta
bila kau datang padaKu sehasta
Aku datang padamu sedepa
Aku tak pernah lupa padamu
selama mana kau ingat padaKu.......

KataNya lagi;
kau ingat Aku dalam senang dan lapangmu
Aku ingat kamu dalam susah dan sempitmu
kau sebut namaKu dalam majlis yang kecil
Aku sebut namamu dalam majlis yang lebih besar
kau panggil Aku bila dan dimana pun
Aku datang padamu kerna cintaKu  tak pernah layu......

tapi..... sungguh aku manusia pelupa
sering lalai dan selalu leka
ku biarkan cintaNya begitu saja
ku tak pernah peduli untuk bersamaNya
bila aku senang dan girang
aku lupa Dia sedang memandang
waktu aku bahagia gembira
aku lupa bersyukur padaNya
cuma bila diriku dilanda musibah
dikejar masalah demi masalah
baru kuingat padaNya
akhirnya aku tahu
hanya Dia tempat berserah

Kekasihku
aku datang kembali menagih cintaMu
sambut tanganku, dakaplah aku
pimpinlah aku dengan kasihMu
payungi aku dengan rahmatMu
kumohon berilah aku hidayah
agar cintaku tak beralih arah.........

notahati : Ya Allah, suburkan cinta kami padaMu di akhir-akhir ramadhan ini..........

Thursday, August 18, 2011

Anak-anak gadis.......sayangilah dirimu

Sebenarnya bukan mudah menjadi ibu bapa di zaman ini. Anak-anak sekarang
ternyata lebih berani hingga kadang kala hilang rasa simpati biarpun terhadap
ibu bapa sendiri. Entah di mana silapnya atau mungkin adat dunia kerana yang
muda selalunya dilabel 'darah muda' , ada waktunya perbuatan mereka tak
masuk akal hingga boleh 'membengkrapkan' ibu bapa dan mengguris perasaan
yang bukan sedikit seperti berita ini. Sekalipun ia berita gembira kerana sianak
ditemui namun ia tetap berita menyedihkan kerana anak-anak gadis zaman ini
nampaknya lebih percaya teman lelaki (yg pastinya belum tentu jujur hatinya) dari
ibubapa mereka sendiri. Kenapa agaknya ye ?

Sebagai ibu yg juga punya anak (sekalipun mereka masih di sekolah rendah),
saya tidak terlepas dari merasa gusar dengan perkembangan sekarang.
Seringsaja dilaporkan ada anak gadis yang hilang atau sengaja menghilangkan diri.
Ada yang selamat pulang, ada yang terus tak pulang-pulang ! Saya tak dapat
bayangkan bagaimana perasaan ibubapa mereka menempuh ujian sebegini
hebat. Sekalipun mungkin ada kesilapan dipihak ibubapa, amatlah tidak wajar
anak-anak melarikan diri ke dunia luar yg belum tentu membahagiakan. Pada
saya tiada tempat yg lebih selamat dari di rumah sendiri dan tiada insan yg lebih
dipercayai dari ibubapa sendiri. Merekalah satu-satunya manusia yg menyayangi
anak-anak tanpa syarat. Mungkin ada satu dua kes dimana ibubapa membuang
anak, tapi ia sangat jarang-jarang berlaku (kecuali kes-kes anak luar nikah)

Anak-anak gadis sekalian.........janganlah terlalu mudah percaya pada janji lelaki
yang baru beberapa bulan anda kenali. Mungkin ketampanannya atau lembut
lidahnya mengusik jiwa, namun sematkanlah dalam hati bahawa semua itu boleh
jadi hanya sandiwara untuk memerangkap anda yang masih muda. Sedalam
mana pun cintanya pada anda (betulke?), itu bukan jaminan yang anda akan
selamat ditangannya. Jika apa-apa terjadi, silelaki itu biasanya jarang
dipersalahkan tetapi andalah yg akan menanggung akibatnya sampai bila-bila
dan  kerana dunia ini kadang-kadang tidak adil, anda akan terus dipersalahkan
untuk satu tempoh yang lama. Kesannya bukan kepada anda saja tapi turut
terpalit kepada ibubapa dan kaum keluarga . Memanglah kita kena berbaik
sangka sesama manusia tapi apabila melibatkan pergaulan berbeza jantina kita
perlu bersangka buruk untuk kebaikan bersama.

Saya teringat beberapa bulan dulu ketika ada perjumpaan antara ibubapa dan
guru dalam satu program anjuran sekolah, seorang ibu tanpa segan silu (dengan
nada sedih memberitahu guru kelas anaknya ( yg terkenal kerana masalah
disiplin ) bahawa satu-satunya manusia yg boleh menegur dan memberi nasihat
kepada anaknya hanyalah teman lelaki anaknya itu !
Tidakkah kita sedih jika berada ditempat ibu itu................

Anak-anak gadis sekalian...........sayangi dirimu dan kasihanilah ibubapamu.........

Tuesday, August 16, 2011

Si kacak yang hebat......


"Pada hari Kiamat nanti, di 
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
 bermaksud: Dihadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf
 yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,  bukan malaikat dan 
 sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah 

pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu 

meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, 
seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara 

dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan 

kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar 
dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka
dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia 
itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan 

walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi 
aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk 
ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala 

dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, 

engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya 

satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat 
dari syurga. 




Lihatlah bagaimana Al Quran menjaga kita di sana kelak. Ia janji Allah 
yang pasti buat mereka yang yakin dan percaya pada kehebatan Al Quran 
sebagai penyelamat dan pemberi syafaat. Sungguh beruntunglah orang-orang 
yang selalu berdampingan dan menghabiskan masa bersama 'sikacak' 
ini...........ayuh, kita habiskan masa bersama sikacak yang hebat ini !

Thursday, August 11, 2011

Tangisan Baginda.....

Malam itu malam giliran di rumah Umi Salamah. Rasululllah s.a.w pun pergi untuk
menghabiskan malamnya di sana. Ketika malam mulai larut dan heningnya 
mencengkam perasaan, bagindapun bangkit dari tidurnya tanpa sedikitpun 
mengganggu Umi Salamah yang sedang lena dalam tidurnya. Kemudian baginda
berjalan menuju ke penjuru rumah itu.

Beberapa ketika kemudian, Umi Salamah pun terbangun. Terkejutlah ia takala
mendapati Rasulullah s.a.w tiada di tempat tidurnya. Sedih dan gusar menguasai
dirinya . Secepatnya beliau bangkit dari tempat tidurnya dan mencari baginda di
setiap sisi rumah rumah lalu didapatinya baginda sedang bermunajat di satu
sudut rumah.

Baginda sedang berdoa sambil menangis. Sayup-sayup tangisannya kedengaran
memecah sunyi malam. Baginda memohon :

 " Ya Allah, janganlah kiranya Kau cabutkan dariku kebaikan yang telah Engkau
    limpahkan padaku. Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau gembirakan
    musuh-musuhku dan orang-orang yang dengki kepadaku, lantaran mereka
    meyaksikan penderitaan menimpa diriku, Ya Allah, janganlah kiranya Engkau
    masukkan aku ke dalam kehinaan, yang Engkau telah selamatkan aku
    daripadanya. Janganlah Engkau perbuat semua ini selamanya. Ya Allah,
    janganlah Engkau biarkan aku memikul  beban berat sendirian, walau sekelip
    mata sekalipun."

Munajat Rasulullah ternyata menyentuh perasaan Umi Salamah hingga beliau
ikut menangis tersedu-sedu, mengakibatkan Rasulullah terhenti dari munajatnya.
Baginda mendekati  Umi Salamah seraya bertanya:

"Apa gerangan yang membuatkan engkau menangis?"

lalu dijawab Umi Salamah;

"Betapa aku tidak menangis, sedang engkau dalam kedudukanmu sebagai
 Nabi masih juga menangis, bagaimana pula aku sebagai orang biasa?"

Notahati:  Malunya mengenangkan kelemahan diri, betapa banyaknya
ketawa dari menangis mengenang dosa........ sedang baginda yang terpilih 
itu tidak berhenti merintih dan menangis mengharap rahmat Allah........
Ya Allah, ku mengharap rahmatmu di bulan yang berkat ini..........

Saturday, August 6, 2011

3 perkara yang aku kasih.....

Bersabda Rasullullah S.A.W:
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Wangi-wangian
~ Wanita Solehah
~ Penyejuk mataku dalam solat

Berkata pula Saidina Abu Bakar As-Siddiq :
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Melihat wajah Rasullullah S.A.W
~ Menginfaqkan harta untuk Rasullullah S.A.W
~ Mengahwinkan anakku dengan Rasullullah S.A.W

Berkata pula Saidina Umar Al-Khattab;
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Mengajak kepada kebaikan
~ Mencegah kemungkaran
~ Memakai pakaian yang tidak menampakkan kemegahan

Berkata pula Saidina Uthman Affan:
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Memberi makan golongan fakir dan miskin
~ Memberi pakaian kepada orang memerlukan
~ Membaca Al Quran

Berkata pula Saidina Ali :
Aku kasih hidup di dunia ini kerana 3 perkara :
~ Melayan dan berkhidmat kepada tetamu
~ Berpuasa di waktu panas terik
~ Memenggal kepala musuh

Berkata pula Jibril ;
Jika sekiranya aku menjadi ahli dunia maka aku kasih
kepada 3 perkara;
~ Membimbing manusia ke jalan yang lurus
~ Mengasihi orang dagang yang taat
~ Menolong ahli keluarga yang susah

Berkata Jibril ;
Allah kasih kepada hambaNya kerana tiga perkara;
~ Hamba yang bersungguh melakukan taat
~ Hamba yang menangis sewaktu bertaubat
~ Hamba yang tersangat sabar sewaktu musibah

Kita pula ? Apa tiga perkara yang paling kita kasih di dunia ini....?

Wednesday, August 3, 2011

Madrasah ramadhan

Selamat datang ke madrasah ramadhan
berpuasalah seikhlasnya.....
berbukalah sekadarnya......
bertarawihlah sepenuhnya........
bertaddaruslah sebanyaknya........
bersedekahlah semampunya..........
berzakatlah sepertinya..........
beramallah sebaiknya...............
berbicaralah selembutnya............
berakhlaklah seeloknya.............
berdoalah dan berharaplah kepadaNya..............
                                          kat kuantan boleh tengok orang buka puasa di
                                          kawasan lapang depan masjid negeri, lepas berbuka
                                          bolehlah solat maghrib berjemaah......

Watak

Tak dapat dinafikan di sekeliling kita terdapat banyak watak  berbeza yang
mewarnai kehidupan. Mari kita lihat sebahagian darinya

Watak Saidina Abu Bakar

Individu yang sentiasa patuh, komited, bekerjasama, proaktif , sanggup
berkorban, boleh dipercayai.


Watak Abu Talib

Individu yang akur dan tidak menolak tetapi tidak mahu terlibat secara langsung


Watak Abu Sufyan

Sukar menerima tetapi suka mengkaji terlebih dahulu, apabila dia menerima
walaupun lambat tapi akhirnya menjadi penyokong setia


Watak Abu Jahal

Tidak pernah akur, sentiasa menentang walaupun untuk perkara-perkara yang baik


Terpulang kepada kita untuk memilih watak yang kita suka tapi yang pasti jangan
memilih watak Abu Jahal.


Selamat menjalani ibadah puasa seterusnya................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...