Monday, March 12, 2012

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa


KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA

MAKAN, MINUM  = KKTA yang tak perlu menerima imbuhan meN-, tetapi ada juga yang perlu guna imbuhan tapi mesti lihat konteks ayat, contohnya ayat huraian. Dalam ayat tunggal tak boleh guna imbuhan.



  • KATA GANDA  = MESTI ADA SEMPANG  
CONTOH :  KUIH-MUIH
                     Kuih – ada maksud
                     Muih – tiada maksud


                    SAUDARA-MARA 
                    Saudara – ada maksud
                    Mara – ada maksud tetapi antara kedua-duanya tiada hubungan
                                makna.

  • KATA MAJMUK = 2 PERKATAAN YANG MEMPUNYAI MAKSUD BERBEZA APABILA DICANTUMKAN AKAN MEMBERI MAKNA BAHARU.
CONTOH :  GURU BESAR
                     Guru – orang
                      Besar - saiz
                      Guru Besar = jawatan

  • RANGKAI KATA = KEDUA-DUA PERKATAAN ADA MAKSUD DAN ADA HUBUNGAN ANTARA KEDUA-DUANYA – TIADA SEMPANG.
CONTOH :  IBU BAPA
                     BUKIT BUKAU
                     SAMPAH SARAP
                     LETIH LESU
  
  • DARI – ARAH / TEMPAT / MASA

  • DARIPADA – K = KEANGGOTAAN
                        A  = ABSTRAK / ASAL
                        B  =  BANDINGAN / BINATANG
                        O =  ORANG
                         S = SUMBER

  • PADA – A = ABSTRAK
                           T = TEMPAT
                           O  = ORANG
                           M = MASA

PEMELAJARAN
PEMBELAJARAN  ( x )

KEPIMPINAN  ( x )
KEPEMIMPINAN

KEGURUAN = Profesyen
PERGURUAN = Latihan guru

PENGLIBATAN
PELIBATAN ( x )

PERKEMBANGAN STAF
PENGEMBANGAN STAF ( x )


  • KAMUS DEWAN MENGHIMPUNKAN SEMUA ENTRI PERKATAAN YANG DIGUNAKAN DALAM MASYARAKAT, DAN FUNGSINYA UNTUK MEMBERI MAKSUD SAHAJA TAPI TIDAK SEMESTINYA BETUL DAN BAKU.
  • UNTUK MELIHAT KATA DENGAN IMBUHAN YANG BETUL ( BAKU ), MESTI RUJUK DAFTAR KATA PELAJAR.



Contoh Karangan Ulasan Novel


BAHASA MELAYU SPM
TOPIK  :  KARANGAN DAN PROSA TRADISIONAL


Anda telah membaca sebuah novel.  Anda tertarik akan karya tersebut
dan berhasrat untuk membuat ulasan tentang novel tersebut. 
Tulis ulasan anda selengkapnya.
                            

                                                  Ulasan Novel

                              Judul         :         Konserto Terakhir
                          
                             Penulis       :        Abdullah Hussain
                            
                            Penerbit      :        Publication Distributors Sdn. Bhd
                          
                            Harga           :        RM 8.90
                          
                           Muka Surat  :        285                    

                           Pengulas      :


Abdullah Hussain dilahirkan di Sungai Limau, Yan Kedah pada tahun 1920. Beliau berpendidikan Sekolah Melayu dan Inggeris, Pada tahun 1940-an, Abdullah pernah menjadi pengarang akhbar sandaran Pulau Pinang. Minat beliau dalam penulisan dibuktikan dengan terhasiinya novel Terjebak, Rantau Selamat, Intan dan Intelek. Konserto Terakhir merupakan karya beliau yang tersohor, novel ini telah dijadikan kajian pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam mata pelajaran kesusasteraan.

Konserto Terakhir memaparkan kisah Hilmi yang datang dari Kedah untuk mencari pekerjaan di ibu kota. Pakciknya, Datuk Johari berusaha mencari pekerjaan untuknya tetapi gagal kerana Hilmi berkelulusan setakat darjah empat Sekolah Melayu dan tidak tahu bertutur bahasa Inggeris. Datuk Johari menyuruh dia menjaga kebun serta pokok-ppkok bunga sekeliling di rumah beliau. Isteri Datuk Johari iaitu Datin Salmah amat benci akan Hilmi tetapi anak mereka, Hayati senang akan pemuda itu. Setelah tidak tahan akan kerenah Datin Salmah, Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari dan bekerja di sebuah stesen minyak. Hilmi turut mendalami ilmu muzik. Setelah mahir, dia bekerja sebagai pemuzik dan berkahwin dengan anak gurunya, Azizah. Hayati pula mengahwini Mohsin.
Kejayaan demi kejayaan diraih oleh Hilmi hingga dia diberi penghormatan mengendalikan Konsert Perdana. Tanpa menghiraukan kesihatan diri, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert tersebut. Pada malam konsert berkenaan diadakan, Hilmi jatuh sakit. Hayati telah menggantikannya. Datuk Johari, Datin Salmah, Hayati, Azizah dan Pak Karim telah menziarahi Hilmi yang terlantar di hospital. Kejutan terbesar berlaku apabila Pak Karim mendedahkan rahsia bahawa Hilmi merupakan anak Datuk Johari sendiri. Datuk Johari, Datin Salmah dan Azizah yang berasa bersalah terhadap Hilmi berazam untuk menebus dosa mereka. Namun, hasrat mereka tidak kesampaian keranan Hilmi meninggal sebelum mengetahui kedudukan sebenar. Datuk Johari amat terkejut dan turut menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Tema novel Konserto Terakhir ialah kegigihan. Tema ini  berdasarkan kegigihan Hlimi berusaha di samping ketabahannya menghadapi dugaan demi dugaan hingga mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Persoalan cinta dan kasih sayang anak muda turut dipaparkan melalui novel ini. Selain cinta, pengarang turut memasukkan persoalan perbezaan darjat. Hal ini jelas apabila Datin Salmah amat benci akan Hilmi  kerana Hilmi orang miskin dan tidak berkelulusan tinggi. Pengarang turut memasukkan persoalan kepercayaan karut dan perkembangan muzik tanah air dalam karya beliau.

Watak utama dalam novel 'Konserto Terakhir' ialah Hilmi yang digambarkan
sebagai seorang pemuda kampung berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu. Dia amat taat kepada tuhan, rajin dan berbakat semula jadi. Para pembaca amat sayang akan watak ini hingga mereka tidak dapat menerima kematiannya pada penghujung cerita.  Hayati pula gadis cantik, anak kesayangan Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia juga diklasifikasikan sebagai watak protagonis. Kekejaman dan sikap busuk hatimereka menyebabkan para pembaca berasa benci akan watak-watak berkenaan. Beberapa watak sampingan lain seperti  Encik Bakar, Mohsin, Pak Karim dan Doktor Nathan turut menghidupkan novel ini.                                               

Plot novel Konserto Terakhir boleh dikatakan mengikut kronologi iaitu bermula dengan Hayati sedang belajar bermain piano dan berakhir dengan kematian Hilmi serta Datuk Johari. Teknik plot imbas kembali dan imbas muka turut digunakan oleh penulis. Kewujudan unsur suspens dan kejutan menyebabkan para pembaca tidak berasa bosan sepanjang tempoh mereka membaca novel ini. Ada kalanya, pengarang mewujudkan monolog atau monolog dalaman untuk menghidupkan cerita dalam novelnya. Dari segi   gaya bahasa, beliau memilih diksi yang sesuai. Kewujudan peribahasa, simile, metafora dan personifikasi menampakkan kematangan Abdullah Hussain ketika berkarya.
Banyak nilai murni yang terdapat dalam novel 'Konserto Terakhir'. Antaranya ialah taat kepada tuhan, sebagaimana Hilmi yang tidak pernah mengabaikan solat. Di samping itu nilai patuh kepada ibu bapa turut terkandung dalam novel ini sebagaimana Hayati yang sanggup berkahwin dengan Mohsin atas kemahuan Datin Salmah dan Datuk Johari. Nilai-nilai murni yang lain dalam novel ini ialah ikhlas, tolong-menolong dan bertimbang rasa. Melalui novel 'Konserto Terakhir', kita mendapat beberapa pengajaran. Pengajaran yang paling ketara dalam novel ini ialah kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, kita juga mendapat iktibar bahawa kita tidak harus menghina orang miskin.
Sebenarnya, pengarang telah menggarap pelbagai aspek terutamanya aspek moral melalui novel 'Konserto Terakhir'. Novel ini memang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Banyak pengajaran atau iktibar tersirat dalam novel ini. Novelis juga turut menyindir pihak-pihak tertentu meialui karyanya. Diyakini, para pembaca Konserto Terakhir akan berasa puas dan berminat untuk membaca karya Abdullah Hussain yang lain pula selepas membaca novel ini.





Disediakan oleh :  Pn. Norzuraidah bt Md Nor.

Panduan Menulis Rumusan


                                              RUMUSAN


KOMPONEN RUMUSAN

  • DITULIS DALAM 4 PERENGGAN SAHAJA.

  1. PERENGGAN 1- PENDAHULUAN ( P )
  2. PERENGGAN 2  -  ISI TERSURAT (  SU)
  3. PERENGGAN 3  -   ISI TERSIRAT  ( SI )
  4. PERENGGAN 4  -  KESIMPULAN ( K )

  • JUMLAH PERKATAAN = 120 P.P

           
  •   PEMARKAHAN  :

  P     =   2
  SU  =  12
  S1   =     4
  K    =     2
  -----------                                                                                       
  I    =    20
  B   =    10

           30/30

JADUAL PENJUMLAHAN ISI  TERSURAT DAN ISI TERSIRAT DALAM  PENULISAN RUMUSAN


SU
6
5
4
3
2
S1
2
3
4
5
6
JUM
8
8
8
8
8
MARKAH
8 isi  X  2 markah  = 16 markah









KAEDAH MENULIS RUMUSAN


1.  PENDAHULUAN ( 2 MARKAH )

     a)  Kaedah 1  -  berdasarkan tema petikan ( kurang popular)
     b)  Kaedah 2  - berdasarkan perkataan sionim bagi kata kunci  / kata
          tugas / fokus soalan isi tersurat.

   Contoh Soalan :
    
       Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
   1 ( kekangan melahirkan generasi berwawasan di negara kita )  2 ( dan
       langkah mengatasinya.)  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
       patah perkataan.

   Contoh Jawapan :

  •    Menggunakan kaedah 2 ( berdasarkan perkataan sinonim kata kunci 1)
   Petikan membincangkan masalah melahirkan generasi berwawasan
    di negara kita / di Malaysia.  (  /  )
         (tempat / di mana?)  
  
   Petikan membincangkan masalah mewujudkan generasi  berwawasan di negara kita
   dan langkah mengatasinya.  (  x  )
       

         
2. ISI TERSURAT ( 12 MARKAH )

·         Isi  tersurat boleh didapati daripada petikan berdasarkan kata kunci / kata
         tugas / fokus soalan pertama  dalam arahan soalan.
·         Isi tersurat mestilah lengkap maksud dan ayatnya – mempunyai subjek dan
         predikat ( elakkan menulis ayat tergantung atau frasa sahaja atau isi sahaja)
·         Memerlukan sekurang-kurangnya 2 isi dan paling banyak 6 isi.
·         Contoh penulisan isi tersurat ialah :
   Antara masalahnya ialah ....... ( /  )
   Antara masalah negara melahirkan generasi berwawasan ialah.....  (  x  )
  
3.  ISI TERSIRAT ( 4 MARKAH )

·         Isi tersirat tidak terdapat dalam petikan.
·         Isi tersirat boleh didapati berdasarkan kata kunci / kata tugas / fokus soalan ke-2 dalam arahan soalan.
·         Untuk menentukan isi tersirat, calon perlu menggunakan idea sendiri.
·         Memerlukan sekurang-kurangnya 2 isi dan paling banyak 6 isi.
·         Contoh penulisan isi tersirat ialah :
            Antara langkah mengatasinya ialah..................................................


4.  PENUTUP / KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

·         Ayat  penutup mesti mengandungi ayat cadangan / saranan tentang tema dan ayat harapan ( kesan cadangan ).
·         Ayat cadangan dan ayat harapan digabungkan menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung agar / supaya.
·         Contoh penulisan ayat penutup :

Kesimpulannya, rakyat perlu menyokong usaha kerajaan mewujudkan
                                             ( Ayat cadangan / saranan )
generasi berwawasan agar / supaya negara terus maju dan cemerlang.
                                                                                  ( Ayat Harapan )     


















  




Formula Bahasa Melayu SPM / STPM


A.  FORMULA AYAT AKTIF SUBJEK (KGN) 1/2/3


SUBJEK (KGN)

(KATA BANTU)
(KB)

KK AKTIF
( meN..i/kan, ter)
OBJEK
(KETERANGAN)
DIA
(KGN 3)

SEDANG

MENYANGKUL
RUMPUT
DI HALAMAN RUMAHNYA
KAMU
(KGN 2)

BELUM
MENGEMASKAN
BILIK TIDUR ITU

SAYA
(KGN 1)

-
TERSEPAK
BATU
DI TEPI JALAN


    
B.  FORMULA AYAT PASIF SUBJEK (KGN 1/2)

OBJEK
(KATA BANTU)

SUBJEK
(KGN)
KK DASAR + (AKHIRAN)
(KETERANGAN)
BUKU ITU

PERNAH
SAYA
(KGN 1)
BACA
PADA TAHUN LEPAS
BAS EKSPRESS ITU
BELUM
PERNAH
AWAK
(KGN 2)
NAIKI
-


C.  FORMULA AYAT PASIF SUBJEK (KGN) 3

OBJEK
(KATA BANTU)
KK PASIF (DI………)
OLEH
SUBJEK
(KGN)
RUMPUT
SEDANG
DICANGKUL
OLEH
ALI
(KGN 3)
PELAJAR YANG PONTENG SEKOLAH
TELAH
DIMARAHI
OLEH
GURU DISIPLIN


    1.  Subjek 1 (KGN1) = merujuk kepada diri sendiri.
                                      Contoh  : aku, saya, kami, patik, hamba, beta dan 
                                      sebagainya.

2.      Subjek 2 (KGN 2) = merujuk kepada orang yang kita lawan bercakap.
                                  Contoh : kamu, awak, engkau, kau, saudara, saudari, 
                                  kalian, anda, tuan hamba dan sebagainya.

3.  Subjek 3 (KGN 3) = merujuk kepada orang yang tiada dalam perbualan.
                                Contoh :  dia, mereka, beliau, nya, ,ia, emak, kucing itu 

  

AYAT AKTIF
AYAT PASIF
SUBJEK  1 + (KB) +  KKTA + OBJEK + (KETERANGAN)
OBJEK + (KB) + SUBJEK 1 + KK PASIF + (KETERANGAN)
SAYA SUDAH MENERIMA SURAT
SURAT SUDAH SAYA TERIMA








KATA KERJA TRANSITIF AKTIF (KKTA)

KATA KERJA PASIF
(PELAKU  1 / 2)
KATA KERJA PASIF
(PELAKU 3)
MEMETIK
PETIK
DIPETIK
MENAIKI
NAIKI
DINAIKI
MENCUBA
CUBA
DICUBA
MEMPERLEBAR
PERLEBAR
DIPERLEBARKAN
MENOLAK
TOLAK
DITOLAK
MENDENDANGKAN
DENDANGKAN
DIDENDANGKAN
MENYELAMATKAN
SELAMATKAN
DISELAMATKAN
MENGIBARKAN
KIBARKAN
DIKIBARKAN
MEMPERISTERI
PERISTERI
DIPERISTERI
MEMPERISTERIKAN
PERISTERIKAN
DIPERISTERIKAN
MEMPERSUAMI
PERSUAMI
DIPERSUAMI
MEMPERSUAMIKAN
PERSUAMIKAN
DIPERSUAMIKAN

POLA AYAT BM

1.    FRASA NAMA (FN) + FRASA NAMA (FN)
2.    FRASA NAMA (FN) + FRASA KERJA (FK)
3.    FRASA NAMA (FN) + FRASA ADJEKTIF (FA)
4.    FRASA NAMA (FN) + FRASA SENDI NAMA (FSN)

SUBJEK (S)
PREDIKAT (P)
1.     FN
DR. SYEIKH MUZAFFAR
FN
IALAH ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

2.     FN
ADIK
FK
SEDANG MEMBACA BUKU CERITA
3.     FN
TELEFON BIMBIT NOKIA 6613C
FA
SANGAT LANGSING
4.     FN
MEREKA
FSN
KE SEKOLAH BERJALAN KAKI
 

KATA BANTU = SEDANG, PERNAH, TELAH, BELUM, AKAN, 
                                HENDAK, DAPAT,  BOLEH,  PASTI, HARUS, SUKA, 
                                WAJIB, HAMPIR, 
KATA PENGUAT = SUNGGUH, SANGAT, AMAT , PALING, 
KATA  PEMERI = IALAH, ADALAH
KATA NAFI = TIDAK , BUKAN
·       UNTUK MENENTUKAN POLA DALAM PREDIKAT, LIHAT PERKATAAN PERTAMA DALAM PREDIKAT SAMA ADA FN / FK / FA/ FSN.
·       KATA BANTU, KATA PENGUAT, KATA PEMERI DAN KATA NAFI PERLU DIABAIKAN UNTUK MENENTUKAN POLA DALAM PREDIKAT.

·       IMBUHAN KN / FN

peN – pe, pen, pem, peng, penge
juru          
-an       
ke
ke-an
wan, watu ,isme, man dll

·       IMBUHAN KK / FK

meN – me, men, mem, meng, menge
di          
ter        
ber       
memper – i/kan   
i/kan
ke-an


·       IMBUHAN KA / FA

Se,
Ke-an

·       KSN

Ke, di, dari, daripada, untuk dll.



Perbezaan :

Ahmad  dituduh mencuri duit kawannya. ( ejaan dirapatkan -  imbuhan kata kerja pasif )

Salman berada di perpustakaan  sejak  pagi lagi.( ejaan  dijarakkan – ksn )

MENUKAR AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG

Ayat Songsang
SUBJEK
PREDIKAT

MEREKA
BERJALAN KAKI KE SEKOLAH
Pendepanan FK
BERJALAN KAKI
MEREKA, KE SEKOLAH
Pendepanan Keterangan FSN
KE SEKOLAH
MEREKA BERJALAN KAKI




MEREKA
BERMAIN BOLA PADA WAKTU PETANG
Pendepanan Keterangan FSN
PADA WAKTU PETANG
MEREKA BERMAIN BOLA




KAPAL ITU
BERLABUH DI PELABUHAN KELANG
Pendepanan Keterangan FSN
DI PELABUHAN KELANG
KAPAL ITU BERLABUH




ORANG TUA ITU
SEDANG NAZAK
Pendepanan Seluruh Predikat
SEDANG NAZAK
ORANG TUA ITU




MASERMI
PELAJAR CEMERLANG  SPM 2007
Pendepanan Seluruh Predikat
PELAJAR CEMERLANG SPM 2007
MASERMI




SITI
AKAN BERKAHWIN ESOK
Pendepanan KB dengan FK
AKAN BERKAHWIN
SITI, ESOK
Pendepanan Keterangan
ESOK
SITI AKAN BERKAHWIN




SALMAH
SEDANG MEMASAK NASI DI DAPUR
Pendepanan Seluruh Predikat
SEDANG MEMASAK NASI DI DAPUR
SALMAH
Pendepanan KB dengan KKTA
SEDANG MEMASAK NASI
SALMAH, DI DAPUR


PENGGUNAAN KATA GANDA DAN PENANDA JAMAK YANG BETUL.


1.  Semua pelajar 5Sc 1 manja

2.  Pelajar 5 Sc1 manja- manja

3.  Pelajar 5Sc1 manja belaka


KESALAHAN UMUM YANG DILAKUKAN CALON DALAM PENULISAN KARANGAN

1.  a.  Buah-buahan tempatan seperti tembikai, rambutan, durian, dan nanas
         (   /  )

     b.  Buah-buahan tempatan seperti tembikai, rambutan, durian, nanas dan 
          lain-lain.  (   x  )


2.   a.  Kita harus melupakan perkara lepas, bak kata pepatah, buang yang
          keruh ambil yang jernih.  (  /   )

      b.  Kita harus melupakan perkara lepas.  Bak kata pepatah, ”Buang yang
           keruh, ambil yang jernih”
           ( x  )

           Catatan : Pengikat kata hanya betul digunakan untuk kata pinjaman / 
                         cogankata.  

3.  a.  Terdapat banyak taman perumahan di Ampang, contohnya Taman
          Tasik Tambahan, Taman Saga, Taman Melor dan lain-lain. (  / )

     b.  Terdapat banyak taman perumahan di Ampang.  Contohnya Taman
          Tasik Tambahan, Taman Saga,  Taman Melor dan lain-lain.  ( x  )

4.  a..  Justeru, semua pihak.....  (  /   )

     b.   Justeru itu, semua pihak......(  x  ) 



MENUKAR CAKAP AJUK / DIALOG KEPADA CAKAP PINDAH


STRATEGI
PENERANGAN
CONTOH CAKAP AJUK / DIALOG
CONTOH CAKAP PINDAH / LAPORAN
Strategi 1
Singkatan kata / sinkof dalam bahasa lisan hendaklah ditulis penuh.
Nak
Tak
Mak
tu
Hendak
Tidak
Emak
itu
Strategi 2
Perkataan lisan / bahasa yang digunakan dalam cakap ajuk hendaklah digantikan dengan perkataan persuratan yang lebih sesuai.
Bagus
Okaylah
Dia yang buat
Baik
Baiklah
Dia yang melakukannya
Strategi 3
Pemerengganan
Banyak perenggan
Satu perenggan
Strategi 4
Imbuhan dilengkapkan dalam cakap pindah Pemerengganan
Ali yang ambil bukunya
Ali yang mengambil bukunya Satu perenggan
Strategi 5
Gunakan kata hubung pancangan dalam cakap pindah seperti agar, bahawa dan kerana yang menghubungkan klausa dengan klausa
”Alilah yang ambil bukunya,”
Sampuk Abu
Abu menjelaskan bahawa Alilah yang mengambil bukunya
Strategi 6
Gantikan kata seruan kepada frasa yang mengandungi makna yang sesuai
Aduh...!
Amboi...! / Wah...!


Cis...!
Hore...!
Eh....!
Dia menjerit kesakitan
Dengan perasaan terkejut…/ terpesona….(mengikut konteks ayat)
Dengan marahnya...
Dengan hati yang gembira...
Dengan nada hairan / marah...
(mengikut konteks ayat)

Strategi 7
Berilah maksud yang sama jika ada frasa yang sesuai mengikut konteks ayat cakap ajuk
”Marilah ikut aku,” kata Ali kepada Abu
”Bukan Ali yang pergi.”

”Moga-moga aku berjaya.”
Ali memujuk Abu agar mengikutinya
Dia menjelaskan bahawa bukan Ali yang pergi
Dia berharap agar dia berjaya
Strategi 8
Tanda pengikat kata digugurkan dalam ayat cakap pindah
”Marilah ikut aku,” kata Ali kepada Abu

Ali memujuk Abu agar mengikutinya

Strategi 9
Kata ganti nama
Menggunakan semua kata ganti nama
Menggunakan kata ganti nama ketiga sahaja
Strategi 10
Kata ganti nama pertama
Aku, patik, saya, hamba, beta
Dia, ia, baginda
Strategi 11
Kata ganti nama kedua
Kita, kami, kamu, awak, anda, engkau
Nama seseorang, mereka, dia, ia,nya
Strategi 12
Kata ganti nama ketiga
Mereka, nya, ia, baginda dan sebagainya
Dikekalkan
Strategi 13
Tukarkan keadaan
Begini
Demikian ini
Begitu
Demikian itu
Strategi 14
Tukarkan masa
Sekarang
esok
Ketika itu
Hari berikutnya
Strategi 15
Partikel kah digugurkan
”Adakah esok Ali akan datang?”
Dia bertanya sama ada Ali akan datang pada hari berikutnya
Strategi 16
Tukarkan kata tanya
Adakah?
Kenapa / mengapa?
Di mana?
Ke mana?
Siapa?
Bagaimana?
Apa?
Sama ada
Sebab
Tempat
Tujuan / destinasi
Orang / gerangan
Cara
Perkara / hal






.