Sunday, March 23, 2008

Frame baru



Gambar ni frame baru kat umah i, yang paling atas sekali my mak bagi dia tempah dr KB(hasil kraf tangan org bajau), yg bawah tu plak frame ayat kursi i beli kat padang, indonesia.

Monday, March 10, 2008

weekend balik kg





Home Sweet Home: umah kat kg..

Peristiwa: sehari sebelum hari lahirku


Gambar kat atas tu nak tunjuk lokasi kena bambu btul2 depan bunga tu, jadi kiranya bunga + pasu2 jadi saksi kpd peristiwa ni. Nanti akan tambah ngan gambar kasut plak :).

CETENYA GINI: Hari ini BPK agak bz dengan function universiti pagi 11.00pg ada majlis menandatangi mou and petang plak 1 pm ada PC UMS (utk function bulan may n also utk mou ni). x kisah la ngan kesebukan begini sbb mmg dah jadi tugas bhagian ni. Lagi pun my staf sume dah tau apa nak buat, pengagihan tugas dah disediakan. kelemahan skit2 tu biasa yg ptg pandai cover n if ada salah jgn buat lg next time.

TAPI sebenarnya nak story dlm ni kisah LUCU kena bambu ngan seseorang dihadapan sume org n kisah kasutku tetanggal dihadapan khalayak ramai.

kisah kasut dulu la nak story: my kasut tiba2 tetanggal semasa mgadap bos no one dlm bilik vvip sblom PC dimulakan, yg syoknya kedua2 belah plak tu.. kelam kabut dibuatnya masukkan semula.. didepan sume tetamu termasuk la press yg dijemput..cam tdengar suara2 ketawa kat belakang.. aduhhh malunyaaa.. kasut oh kasut..

Kisah kedua ni plak kisah kena bambu ngan seseorang, masa kena bambu ni i x rasapun marah tapi i rasa cam KESIAN ngan org ni, LUCU pun ada gak. Sbb knp dia bambu n marah2 tu biar i n my staf jer yg tau. Masa dia membebel n jari telunjuk dia rancak menuju ke muka i..sempat i tenung muka dia n i sempat berfikir.. Ciannya dia ni mesti dia sgt marah n hati dia x senang.. i sempat gak mengingatkan diri sendiri n my staf jgn la jadi begini..cian sungguh..cam mana i jelaskan n minta maaf pun dia dah x dengar..nasib baik la ada org bawa dia pergi klu x ntah samp bila dia nak bebel..i x der la nak cete detail tp cukup sekadar list down perkara berikut (MORAL OF THE STORY):

1. Jgn marah2 n melukai ati sendiri..tenang ajer hadapi sume.
2. Jgn pra- sangka.
3. Jgn doakan org lain ditimpa balasan atas perbuatannya: itu biar Allah yang tentukan.
4. Jgn memalukan org dikhalayak ramai.
5. Mesti ikut cakap bos walaupun kena bambu
6. Jadi Pendamai jgn jadi batu api atau buat x kisah jer masuk telinga kanan kuar telinga kiri.


Itu aje story ari ni

Saturday, March 8, 2008

Gamb kuarga



Ini gambar ngan mak n bapa tsayang. gamb bawah tu adik no 2 Shamsuddin

Thursday, March 6, 2008

knowledge, skill and Attitude (KSA)

Hari ini sy mdengar talk on KSA from my bos, its a simple topics but meaningful, disebabkan dahagakan ilmu sebegini sy sanggup tinggalkan satu mesyuarat yang lain yang x kurang pentingnya.

In certain things i think i have a very similar ideas with my boss. well, semestinya kita mesti sentiasa bersyukur dan ikhlas dalam setiap yang dilakukan. knowlegde/Ilmu merupakan pendokong utama utk mencapai impian, ilmu ni bukan sahaja berkaitan ngan kerjaya malahan mengenai kehidupan dan ilmu2 untuk mendekatkan diri kepada Illahi. dengan ilmu menjadikan kita yakin menghadapi hari2 mendatang. bg sy kadang2 pengalaman juga merupakan bentuk ilmu yg dipelajari scara tidak sengaja. segala bentuk suka duka yang dihadapi merupakan bentuk pengalaman yang memberi kekuatan kepada kita dan ianya kdg2 lebih hebat dr ilmu yg dipelajari di dalam buku. Dgn gabungan ilmu dan pengalaman juga menyebabkan kita lebih yakin berhadapan dengan org lain dan berupaya melontarkan idea yg berguna.

kdg2 x salah utk menjadi humble dan kadang2 ada baiknya melontarkan kejayaan yg dikecapi utk dikongsikan dan yg ptg ianya nampak seperti perkongsian pengalaman atau ilmu ttp bukan utk menunjuk2. Apatah lagi jika kita dah buktikan yg kita ni telah berjaya melaksanakan sesuatu yang baik.

kdg2 x salah mengaku kita ni baru dan ada yg lebih berpengalaman dan berilmu dr kita. org lama dan org baru tu tetap hakikat yg x boleh dielak walau dimana berada.. cuba lihat disekeliling kita x payah pergi jauh la di umah pun boleh..(orang lama atuk, nenek, mak, bapa, abang, kakak ..orang baru plak kita sendiri, anak2, adik2,cucu2 dan cicit2)..sebgi org lama tentu ada pengalaman dan ilmu yg dilalui mereka yg tiada pada kita..tp pengalaman dan ilmu itu la yg menjadikan kita siapa kita sekarang ini. mungkin pada diri kita ada ilmu lain yg tiada pada atok @ nenek @ mak @ bapa kita, iyer la kita kan sekolah tinggi hingga ke universiti tp kita jgn lupa hakikat bahawa mereka la yg menjadikan kita siapa kita sekarang x akan berubah..(so dgn kata lain hakikat bahawa ada org lama membentuk org baru x akan berubah)

Jadi sebenarnya cete sy td tu sy nak relate ngan cete di office (senior dan junior) masa mula msk di ums dulu hingga skarang la sy rasa org yg lebih senior dr sy tetap sy respect. maksudnya sy sentiasa berpendapat mereka py ilmu yg lebih dr sy yg mesti sy nak korek dan pelajari. walaupun kita semua 'in the process of learning' tp sy yakin org yg lebih senior tetap lebih berpengalaman dr sy. mesti ada sesuatu pd mereka yang perlu sy pelajari. pengalaman mereka sekurang2nya mungkin menyebabkan mereka lebih yakin membuat kputusan dan tahu mencari mekanisma2 mnyelesaikan masalah atau lebih tahu cara utk deal dgn org sekeliling bagi mengelak daripada conflict. iyer la pengalaman ni bukan sesuatu yg boleh diperolehi dr buku peraturan atau perintah am dsbginya. tp ianya dikutip melalui detik yg kita lalui di organisasi di mana kita ditempatkan.

sy x nafikan ada kalanya samada seseorang tu senior atau junior (org lama atau baru) dlm sesebuah organisasi, kita sebenarnya memerlukan antara satu dgn yg lain. ada kalanya penempatan kita di organisasi myebabkan pengetahuan kita berbeza drp rakan yang lain walaupun kita org baru. jadi x salah wpun kita ni senior kita bertanya kpd junior kita utk berkongsi ilmu pentadbiran demi kecemerlangan organisasi dimana kita bekerja. yg junior pun pesalahnyer bty pd org lama mengenai hal2 pentadbiran.

skill ni sesuatu yg sy rasa perlu dipelajari atau may be its a gift sejak dilahirkan in certain aspekla kut contoh komunikasi€.

sikap ni sesuatu yg amat subjective apa2 pun sy rasa ianya terbahagi kepada 2 iaitu positif atau negatif. sbgi seorang peg tadbir, sepatutnya perlu ada wawasan dan perlu mempyi sikap ingin tahu, sentiasa juga ingin memajukan diri dan sentiasa mencari pendekatan2 terbaik dalam melaksanakan kerja2 yang diberi. bg pandangan sy persekitaran boleh membentuk sikap seeorang. rakan2 juga boleh mempengaruhi.

apa2 pun bg sy prinsip berikut perlula ada: hormati dan jagalah ibu dan ayah mu serta sayangi la mereka sepuas2nya disetiap kesempatan, Ingat Allah selalu bukan masa susah sajer tp setiap masa(masa senang, masa ketawa, masa lepak, masa makan, masa drive, masa tdo, masa santai, masa joging, setiap masa la apatah lagi masa susah). Bila sentiasa ingat Allah apa2 jer kita lalui susah ka senang ka kita akan tersenyum kerana itu semua ketentuanNya..'bad things never happen without a good reason'.setiap dugaan itu Allah akan turunkan kepada mereka yang mampu hadapinya. sentiasa la berdoa agar kita sentiasa dalam ketenangan menghadapi hari2 mendatang ini.

sekian nukilan ari ini..klu ada masa akan diperhalusi lagi nanti

Sunday, March 2, 2008

kerjaya part 2

sepanjang keja ni, byk gak dugaan..x sume well done n diucapkan tahniah. ada gak kena marah ngan bos. masa kat spta rasanya cam ok x ingat kena marah bos. masa kat spu mmg byk peristiwa every monday mesti mgadap masa tu la kdg2 terasa bpeluh dlm a/c..report i pernah dicatat good job ..tp pena gak kena nota warna merah bad report hehe..masa tu terus bcuti sbb output dah x bkualiti..masa kat ssmp plak rasanya cam sume ok.. terkini kat bpk ni.. aduh lg byk so far rasa nya baru sekali kena well done yg lain2 cam sentiasa ada yg x kena..what ever it is life has to go on... yg ptg ikhlas dlm setiap yang dilaksanakan.

My fav foods







Ini la diet i... morning bread + kopi cow, take more fruits n vege + no sugar but replace with honey (that one by choice actually), lucky still can have chili...

Saturday, March 1, 2008

anak buah tsayang




Gambar anak-anak buah yang kusayang:

yang paling bawah: anak buahku yang pertama Mohd Ainul Faiz bin Shamsuddin
yang kedua dari bawah: anak buahku yang kedua Mohd Raihan Nufail bin Abdul Azam
yang paling atas: anak buahku yang ketiga Mohd Adam bin Abdul Aziz (gambar masa baru lahir gambar terbaru cam x da la plak)

kerjaya


Mula keja di UMS 10.1.1998 ditempatkan di school of forestry masa tu kat jalan tuaran..pindah kat kampus induk year 2000...masa tu bila ingat blk sy aktif juga ngan sukan..wakil bola tampar, bola jaring UMS n menang 3 tahun berturut2 dalam plawanan antara badan berkanun..pas tu wakil ums sukan ipta. tp 2006 stop la nak jaga muka :)..masa pindah kan kampus induk telah cadangkan senamrobik bersama pengurusan ums every saturday masa tu saturday masih keja..first buat kat sst n bjaya sbb ramai org..at the end VC masa tu ucap tahniah atas kejayaan tersebut.. pas tu senamrobik u jadi budaya ums..2003 Jun gitu pindah kat school of medicine plak hingga la 11 nov 2005 dipindahkan plak ke school of food science and nutrition..terkini berada kat bahagian perhubungan korporat sejak 18 sept 2007 lalu.. pengalaman keja kat tempat yang berbeza2 memberi ruang utk blajar sendiri..kdg2 nasihat dr kawan2 pun byk gunanya..yg lebih ptg adalah semangat utk memajukan diri dan membantu organisasi menjadi ke arah pentadbiran yg lebih baik.. share ngan rakan sekerja apa jer bentuk ilmu yang berguna utk sume..
masa kat spta seronok sbb byk benda baru dipelajari maklum la kena buat 2 tugas peg sains n peg tadbir..tp x pena plak minta elaun pemangkuan :).. plg best berjaya bersama sekolah dlm pelaksanaan MBS terbaik..kat school of medicine plak.. aduhh new school start from zero tmasuk staf sokongan yang perlu diajar ttg failing, kewangan, inventori dan sebagainya.. tension gak kdg2 cuma enjoy sbb byk benda baru dipelajari sbb sekolah ni lain dr yg lain, kena deal ngan doktor2 pakar kat QE n mlawat semua hosp seluruh negeri sabah tmasuk gak sume klinik kesihatan kat seluruh kk n yang berhampiran. masa kat spu ni la dibawa ke UK (london, manchester, edinburg and ireland) ogos 2005..syukur alhamdulillah what a small world .. masa tu setahun pemergian ayahanda tersayang..
dibawa juga ke lawatan keja ke yogja ke universiti gadjamadah (x ingat tarikh)..every 3 month masa kat spu ada meeting ngan peg tadbir2 faculty perubatan seluruh IPTA (mula kat kuching s'wak, pas tu kat USM Kelantan, pas tu HUM pas tu kat UIAM kat pahang).. walaupun bpindah dr spu 2005 diberi plak anugerah staf cemerlang n anugerah khas peringkat sekolah tu.. peringkat univ dpt tpuji jer..masa kat spu ni sy cadang dlm mesyuarat PIN sekolah agar di adakan perhimpunan bulanan every awal monday setiap awal bulan..maklumla sek ni beza dr sek lain sehingga x da masa utk diri sendiri..cadangan tu btujuan agar beri ruang pd pentadbiran myampaikan amanat atau kata2 hikmah kpd sume staf spu.. yang bestnya dekan terima dan hingga kini dijalankan..
kat ssmp plak best sbb ada bangunan sendiri at last, mudah jer cni ni maklumla sek kecik jer..perkara ditinggalkan kat cni adalah sy telah menerapkan sistem 5S kepada kakitangan sokongan but only for a few rooms only (blk mesy sek, tandas pentadbiran, pantry, blk sumber)..masih kekal hingga kini..
sy gak sediakan buku maklumat sek utk rujukan pentadbiran. bukunya simple jak x guna sistem yg canggih tp dlm nya tkandung antara lain senarai tugas semua jawatan dissmp dr dekan hingga la ktgan sokongan. maklumat mengenai kakitangan, kemudahan dan bil pelajar tkini juga dimasukkan. sistem fail pun diperkukuhkan guna pendekatan terkini pej pendaftar..dr sudut kualiti plak..wujudkan sudut kualiti (iso n 5S).. sediakan peringata iso every month email kepada semua kakitangan tujuan adalah awareness n also spy ianya x tkubur..
paling best masa dissmp bjaya mlaksanakan seminar kebangsaan 2007 dan plg x lupa bila dekan buat kenyataan ianya dah lama dirancang tp bila sy masuk ssmp barula bjalan dan alhamdullilah ianya berjalan ngan baik.. big boss pun happy ngan kejayaan tersebut.. suatu hari semasa minggu suai mesra ums, sy plak tpanggil mencadangkan pd TDA agar student ssmp sediakan makanan utk pelajar first year sms minggu suai mesra.. masa tu sy ajk jamuan.. TDA setuju.. yg best student dpt pendapatan sehingga RM10 000 upss tp tu x tolak perbelanjaan lagi.. the student had done a good job.. i m so proud of them.
Now kat BPK, nature of job of course beza skit ngan yg seblum ini, assignment pertama konvo komemoratif diraja 25 okt 2007. syukur alhamdulillah ianya berjaya ngan skongan kawan2 n staf di bpk.. yg pasti selepas berakhir boss sent sms 'well done'..syukur bila myebabkan org happy..anyway Byk perlu belajar laa.. tp prinsip digunakan set the goal n make it clear to the staff n sama2 ke arah mcapai goal tersebut dan yg penting bimbing mereka ke arah mencapainya tersebut.. dan yang penting fungsi setiap unit jelas begitu gak fungsi setiap staf..so far so good walaupun masih byk perlu dilaksanakan dan yg perlu dipelajari..konon target menjenamakan tadbir urus di bahagian ini.

waah panjangnya.. apapun segala nya baru jak bermula...yg ptg mesti ikhlas n sentiasa ingin maju...

semoga sentiasa diberkati Allah..amin