Entry ini untuk MJ berkongsi di samping sebagai panduan buat korang andai ada yang berminat nak belajar secara Jarak Jauh ni :) Ia adalah sekadar kenangan manis buat MJ suatu hari nanti.
Sebelum itu jom kita kenali apa itu RPJJ (Rancangan Pengajian Jarak Jauh)?
PJJ ialah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka, yakni tidak lagi berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Ia merupakan pelajaran secara separuh masa (bagi individu yang sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau bersendiri.
Maka mereka yang mengikuti pendidikan terbuka bertanggungjawab atas apa yang dipelajari oleh mereka, bagaimana mereka belajar, di mana mereka belajar, berapa lama untuk menamatkan pelajaran, siapa yang membantu mereka belajar dan bila
masanya mereka bersedia untuk dinilai setelah mereka mendaftar untuk
mengikuti sesuatu kursus pengajian.
Sumber : SINI
Hahaahaa dah rupa menyiapkan tesis PJJ pulak ayat skema macam ni...
Belajar secara Jarak Jauh? Secara jujurnya tak pernah terlintas di fikiran MJ akan sambung belajar apatah lagi belajar secara sambilan macam ni tau, tapi ianya terdetik saat menerima panggilan dari rakan mengajak sambung study secara PJJ, dan MJ pun terus ha oklah, lagipun dah lama tinggalkan zaman study (Grad dulu pada Dec 2005, rasa rindu nak belajar balik (
Ehh!! boleh lagu tu?) Lagipun memang Lecturer MJ dulu pun dah lama suruh sambung study, tapi masa lepas Grad hari tu hati taknak, ingat nak kerja je..
Selepas hampir 4 tahun meninggalkan zaman belajar, tiba-tiba MJ membuat keputusan nak kembali belajar, setelah mendapat sokongan keluarga (
masa tu MJ belum kawen mahupun bertunang lagi) akhirnya kami memohon secara online bersama 3 orang lagi rakan (classmate masa study dulu).
Alhamdulillah permohonan kami berempat berjaya dan bermulalah prosedur seterusnya.. Macam MJ sedang bekerja mestilah kena dapatkan kelulusan dari Bos dulu kan supaya memudahkan proses 'cuti belajar' aka 'cuti tak dibayar' sebabnya MJ kerja swasta, kalau Kerajaan mudahlah sebab ada Cuti tanpa Rekod aka cuti free.. Selepas dapat kelulusan maka bermulalah tugas MJ sebagai Pelajar Jarak Jauh secara rasminya :)
Jun 2009 - Jun 2013 (bergelar Pelajar Jarak Jauh)
Untuk Degree memakan masa selama 4 tahun, masa mula dengar dulu aduhhh lamanya nak habis, mampukah? sanggupkah? bolehkah? tak apalah yang penting kita cuba dulu kan, kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh..
Bukan senang sebenarnya belajar secara PJJ ni, totally amat berlainan/berbeza dengan belajar secara sepenuh masa ni.. Dah macam kejutan budaya tapi ianya memang seronok apabila kita 'menikmatinya'.
Kenapa kami memilih USM dan bukannya Universiti lain? Dah lah 'course' MJ masa study dulu tak ada di USM tetapi di UiTM Shah Alam, kiranya MJ sambung di USM ni adalah berlainan dengan pengajian MJ dulu apatah lagi dengan kerja sekarang (sangat berbeza aliran). Ia kerana :
1. Dekat dengan rumah (iaitu USM Penang) je hahahaaa
2. Yuran paling murah antara Universiti lain untuk setiap Tahun Pengajian
3. Pengajaran dan Pembelajaran adalah dalam Bahasa Melayu
4. Universiti yang dianugerahkan 'APEX UNIVERSITY (Accelerated Programme for Excellence) ' oleh KPT
5. Pembelajaran secara bebas/terbuka
6. Pembelajaran melalui Sidang Video (SV)
7. Dan banyak lagi keistimewaan lain yang akan dikongsi dari semasa ke semasa..
Di USM 1 semester bersamaan dengan 1 Tahun Pengajian, bukanlah 1 tahun 2 semester seperti yang pernah MJ dan pelajar lain lalui (terutama pelajar sepenuh masa). Peperiksaan pertengahan dan juga Akhir Tahun dalam masa 1 tahun tersebut dan kemudian lengkaplah pengajian untuk 1 tahun dan begitulah berikutnya sehingga tamat. Dan pada yang ada masalah boleh tangguhkan pengajian dan tempoh diberi adalah selama 8 hingga 12 tahun tak silap. Itulah kelonggaran dan keistimewaan pelajar PJJ :)
2 tahun mula pengajian, MJ dah mula rasa lelahnya 'belajar', masa tu rasa macam nak berhenti, dah tak sanggup nak teruskan hingga selesai.. Penat memang teramat penat, alhamdulillah rakan MJ menjadi penguat semangat untuk teruskan pengajian. (
Memang dari awal taknak tangguh pengajian-sebab tahu kalau dah tangguh mungkin susah nak sambung balik dan mungkin akan berhenti terus-siapa tahu kan) sebabnya MJ ada 2 kenalan yang tangguh masa di Tahun 2 pengajian dan hingga kini kami dah hampir tamat - mereka masih menangguhkan pengajian.
Sayang kan? Tetapi mungkin mereka ada komitmen yang lain yang telah membataskan cita2 mereka menghabiskan pengajian, siapa tahu kan?.
Alhamdulillah walaupun MJ hampir 'tewas' di Tahun ke 3 tapi dengan semangat dari kawan2 MJ dapat teruskan berusaha sehingga tamat pengajian, memang tehutang budi dengan kawan2 yang sama2 mendokong antara satu sama lain. Itu pentingnya ada kawan bila kita ber PJJ tau, kalau sensorang seperti tak ada life, jatuh bangun semua kena buat sendiri dan tak mustahil kita akan tertewas di separuh jalan.. Bagi yang kuat TAHNIAH kerana anda MAMPU!!
Ok memandangkan ada juga rakan blogger menanyakan bagaimana membahagikan tugas sebagai seorang ISTERI,ANAK,PEKERJA dan PELAJAR dalam 1 masa.. MJ nak bagitau bila semangat dan azam kita kuat insyaAllah dipermudahkan.
Ok, MJ sambung pengalaman ni di entry lain la ye, kang panjang-panjang tak best pulak.. Kalau nak tahu macam mana cara kami belajar melalui SV (Sidag Video) tunggu..heheee