Gambar Irma Hasmie Mengandung - Sweet Moment

Sejak Irma Hasmie berkahwin, sepi seketika perkembangannya kan, mungkin sebab dah berbadan dua ni maka aktiviti agak tergendala. Apapun semoga Irma dan bayi dalam kandungan sihat, tak sabar nak tunggu baby Irma, mesti comel kan.



Adik ipar tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung ini, malah menawarkan diri untuk menjaga bayi saya nanti,” - Irma Hasmie Ibrahim, Pelakon
 “Jujur Aku Dayus adalah drama terakhir yang saya terima sebelum berkahwin. Selepas itu, saya mula sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan diikuti pernikahan kerana jarak waktu antaranya singkat.

“Ini menyebabkan saya terpaksa menolak tawaran berlakon. Selepas berkahwin, rezeki menimang cahaya mata dipermudahkan. Apabila berbadan dua pula, saya tidak larat hendak berlakon walaupun ada watak sesuai ditawarkan.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, saya mudah mengah,” katanya yang cukup gembira dengan kehidupan baru sebagai isteri Redza Syah.

Ditemani ibu mentua dan adik ipar, pelakon yang makin berisi akibat penambahan berat badan hampir 10 kilogram sejak mengandung, masih belum mempunyai sebarang perancangan mengenai kerjaya seni selepas melahirkan anak.

Irma yang pernah membintangi drama Kasih Alia ini berkata, dia juga masih belum memutuskan siapa bakal menjaga bayinya. Malah, tidak pasti sama ada mahu mengambil pembantu rumah bagi meringankan tugas harian.

“Setakat ini, saya belum memikirkan siapa bakal menjaga anak kami. Saya juga belum terfikir mengambil pembantu rumah. Lagipun mendengar pelbagai masalah membabitkan pembantu rumah membuatkan hati saya jadi risau.

Sumber : BERITA HARIAN



p/s : Doakan juga buat MJ dan suami supaya kami dapat melalui detik indah ini yang sekian lama menanti.

WW : Pelihara SOLAT

Untuk peringatan bersama 

 Sumber :  FB Ustaz Azhar Idrus


Ayam Dendeng Lagi

Dah lama tak buat Ayam Dendeng ni, sebenarnya daging korban pun ada boleh kalau nak buat Dendeng, tapi nak juga makan Ayam ha..heheee


Maaf imej agak kekaburan, maklumlah guna henset je.


Cara nak memasak pun senang, yang penting sedap dimakan.. 
Kalau korang nak resepi boleh klik 

SINI  :)

Pembelian barangan dari Luar Negara, Apakah Peraturan dan Undang Undangnya?





Di zaman serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan  keperluan tentang barangan harian menjadi semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip papan kekunci di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli terus di internet. Diantara laman web yang mengiklankan produk dalam negara yang popular ialah mudah.my, lelong dan sebagainya. Manakala bagi laman web luar negara yang popular seperti ebay, amazon dan Aliexpress serta berbagai bagai lagi



Pembelian dari dalam negara selalunya tidak melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan namun apabila kita ingin membeli barangan dari luar negara,kadangkala kita terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan kesihatan, Farmasi, SIRIM dan banyak lagi jabatan bergantung kepada jenis barang yang dibeli. Saya cuba mengaitkan isu ini kerana kebanyakan orang ramai(pengguna) tidak sedar akan adanya peraturan peraturan seperti cukai kastam, permit dan barang – barang larangan. 
Saya bagi anda beberapa situasi untuk diperhatikan.


Situasi Pertama
Ahmad Idham membeli sebuah beg berjenama Prada di laman web Ebay dengan harga RM1500. Barangan tersebut dihantar oleh penjual menggunakan USPS ke Malaysia. Sampai di KLIA, barangan tersebut ditahan oleh Jabatan Kastam kerana berkemungkinan barang bercukai (barang yang boleh diambil cukai) setelah dikira cukai yang terlibat, Encik Ahmad terpaksa membayar rmXXX kepada kerajaan Malaysia.


Situasi Kedua
Farid Kamil membeli Iphone 5 untuk tunangnya dari London. Dia pun menghantarnya melalui UK Post ke Malaysia. Sesampainya barang tersebut ke Malaysia, barang tersebut ditahan di Jabatan Kastam kerana memerlukan permit dari SIRIM.


Banyak lagi jabatan dan prosedur yang perlu dilalui jika anda ingin membeli barangan dari luar negara dalam talian ni. Antaranya ubat ubatan memerlukan kelulusan Farmasi, permit Topi Keledar daripada MITI, permit import haiwan dan tumbuhan daripada MAQIS, penerbitan dan senjata daripada KDN dan banyak lagi jabatan kerajaan yang terlibat bergantung kepada jenis barangan yang diimport. 

Seringkali kedengaran rungutan  dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.  


Melihatkan keadaan kekurangan informasi ini, saya merasakan adalah lebih bermanfaat bagi orang ramai mendapat sedikit pencerahan tentang akta dan undang undang serta hak hak mereka.




Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda apa yang patut anda lakukan ialah:

 1. Jika barang  anda telah ditahan, sila rujuk dengan jabatan jabatan yang berkaitan yang menahan barangan anda. Anda boleh menghubungi terus jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta sebab barangan anda ditahan    
  
 2. Rujuk mengenai barang yang dibeli mengenai status barangan tersebut samada boleh dikenakan cukai, berapa peratus cukai dan bahan bahan larangan import. Maklumat ini boleh diperolehi jika anda menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau melalui laman web JKDM HS Explorer.  

Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.

3.  Bawa invoice atau maklumat bayaran apabila pergi ke Jabatan yang anda ingin berurusan. Ini akan memudahkan anda dalam melakukan urusan dengan kakitangan tersebut.

4.   Sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan. Pergilah pada waktu urusan seperti yang ditetapkan, jangan terlewat. Pakai pakaian kemas dan dengan senyuman. Insyaallah, jika anda murah dengan senyuman saya pasti kakitangan tersebut akan ramah dan mungkin akan membantu anda.

 
Akhir sekali apa yang saya ingin katakan anda harus mengikuti arahan yang diberikan  oleh pihak kakitangan kerajaan. Apa yang saya tuliskan disini adalah sekadar panduan bukannya bahan perundangan bermakna anda harus mengikuti apa yang pihak kerajaan tetapkan.



Mr Jay: Jika anda ada sebarang masalah berkenaan prosidur dan undang undang membeli barangan dari luar negara, anda bolehlah bertanyakan saya jika saya mampu membantu. Jika saya tak tahu saya akan cakap tak tahu.jangan pula minta tolong saya lepaskan barang kerana bukan bidang kuasa saya. lebih elok tanya nasihat dari mereka yang lebih arif.


Untuk jawapan mengenai beberapa persoalan dibawah, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

dan juga entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2014/10/terima-barang-dari-luar-negara-tetapi.html


p/s : Nama yang digunakan untuk ke dua situasi di atas adalah sebagai pemanis cerita..


Kisah Durian Crepe :(

Durian Crepe telah mencetuskan fenomena dalam arena blogging, betul kata orang kuasa Internet mampu merubah segalanya ;) MJ tergoda nak mencuba Durian Crepe ni lepas beberapa blogger dok menceritakan mengenai kesedapan Durian Crepe ni :)



MJ order dari Offismate dan hari Khamis sebelum Raya tu dah dapat, tapi disebabkan pada hari tersebut MJ berpuasa makanya tak dapatla nak makan.... Disebabkan petang tu jalan jem ya amat, maka berbuka puasa di luar sahaja, dan malam tu tak makan pun Durian Crepe ni sebab masih kekenyangan.

Cuma MJ sempat buat Puding Triffle untuk dibawa ke rumah Mertua.


Pagi Raya kelam kelibut nak balik Kampung sebab nak sembahyang Raya di sana, terus capai Puding Trifle dalam peti Ais, dan terlupa nak capai Durian Crepe ni, huhuuhhhuu.



Hari Ahad MJ kembali ke rumah, kemudian balik beraya ke rumah family MJ pulak dan baru bawa Durian Crepe ni untuk makan bersama adik-adik MJ. Petang Ahad tu baru ambil nak makan dan kongsi dengan adik.


Gigitan pertama - Ok, 
Gigitan Kedua - Eh!! kenapa semacam je ni
Gigitan Ketiga - Baru rasa macam masam-masam sikit, adik pun cakap masam jugak, MJ ambik dan cium... owwhhh durian dah masam la.
Terus buang dengan rasa sedih yang sangat...huhuuu


Sedih sebab kenapa cepat sangat masam ye, atau memang makanan ni tak tahan? huhuuu frust sangat sebab andai durian tu masih elok, mesti sedap sangat kan... :( Ni yang terus berbelah bahagi nak beli pulak lepas ni..

Member ofis makan di hari kedua (Jumaat) pun dah masam apatah lagi MJ yang makan hari Ahad...

p/s : Kalau ada yang nak mencuba buat sendiri, boleh refer RESEPI ni ye.. :)

Jawapan Teka Hadiah

Pertama sekali MJ nak ucapkan terima kasih sesangat pada semua rakan yang sudi meneka apakah HADIAH yang MJ terima tersebut, walau tanpa klu yang diberi, tapi korang tetap bersemangat meneka, Tahniah ye :)



Ada macam-macam yang diteka, dan ada 3 blogger yang berjaya meneka dengan tepat, TAPI seperti yang telah diberitahu di entry tersebut, MJ mencari peneka yang pantas dan tepat sebagai pemenang dan sebelum tu jom kita lihat dulu hadiahnya :-)

Jangan ada yang terpedaya pulak, iPhone ni bukan sebarang iPhone ye, special edition punya tau..hahaaa :)



Dan pemenang terpantas tersebut ialah :-)













Tahniah diucapkan, kepada DYSHA sila tinggalkan details anda di email MJ ye normj1001@hotmail.com dan kepada yang lain jangan sedih ye, mana tau ada lagi nanti buat korang :D


p/s : Takut ada yang salah faham, Note Book ni apa yang MJ faham adalam Buku Nota/Catatan dan bukannya Laptop tu ye.. Harap maklum :D

Kisah Lawak Burung LANGkawi

Burung HELANG adalah trademark bagi Pulau Langkawi, MJ yakin semua orang tau kan replika burung HELANG yang ada berdekatan dengan Jeti Kuah tu kan.. :)


Seperti yang dinyakan di entry sebelum ni, jadi MJ nak kongsi dengan korang satu cerita :-)

 Malam tu sedang enak kami 'lepaking' di sini sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi menampar pipi yang gebu gebas ni, serasa nyaman je badan ha, tiba-tiba terdengar

'Syuuhhhhh syuhhhh syuhhhh' (seperti sedang menghalau ayam) sambil tangan sebelah menggalas beg tangan dan sebelah lagi memegang kamera, lagak seperti ingin mengambil gambar pergerakan burung tersebut.
MJ dengan Mak berpaling pada arah suara tersebut
Jejaka tersebut terus bertanya kepada kami :-


Jejaka : Burung ni memang tak bergerak ke?
Mak    : Kalau bergerak kami tak dok la bawah burung ni, semua pakat lari habis la :)
Jejaka : Owhh ye ke? Saya ingatkan burung ni bergerak dan akhirnya terus berlalu


MJ dan mak tersenyum dan ketawa, terpikir adakah dia sedang 'buat lawak' :)

Dan tiba-tiba terdengar suara dibawah (kami masa ni masih di atas tempat burung helang)

Jejaka tadi : Cepat la berdiri nak ambik gambar dengan burung helang ni
Wanita       : Ehh!! taknak lah takut karang burung tu gerak
Jejaka tadi : La nak takut apa, cepat-cepat berdiri lepas tu sudah.
dalam ketakutan dan selesai ambik gambar terus beredar.


Adoila, macam-macam pe'el manusia, kalau korang la masa ni apa pendapat? Takkan diorang tak tau burung Helang ni dah berkurun ada kat situ, atau adakah sengaja nak menghiburkan kami.... huhuuu :)

Puding Triffle di Hari Raya

Raya Korban tahun ni MJ buat PUDING TRIFFLE Anggur untuk dibawa ke rumah mertua. Hati sebenar meronta nak makan Kek Biskut Marie (Kek Batik) tapi akhirnya jadi Triffle dulu, sebab asben cakap kek batik tu semua dah biasa makan, puding ni orang jarang atau tak pernah makan :) Jadi sebagai Isteri Mithali, cewahhhhhh perahsantanlemakbetul makanya diturutkan jua. :)



MJ guna Kek Pandan Layer Apollo, beli sekotak tu ha puas hati nak susun lagu mana pun :D  Masih menggunakan resepi dari entry SEBELUM INI, cumanya koktel je MJ tak guna, yang lain tu sama saja :)


Disebabkan Jeli Perisa Stoberi kehabisan stok, jadinya MJ gunakan Perisa Oren, nampak macam tak meriah kan..? Jadila dah cari barang pun last minit tentulah banyak yang habis :)



Bekas besaq, nampak jeli macam tak cukup je, takpela.... heheee nak sedapkan hati.. Dapat juga Cik Nurul kita merasa, maaf la sebab tak cantik ye :)



Kelayakan mendapat diskaun 10% dari Pinjaman PTPTN

MJ merupakan salah seorang peminjam PTPTN masa Diploma tahun 20** (maaf tahun terpaksa dirahsiakan..hehehe) cukup 6 bulan lepas tamat pengajian, sampai surat dari Mahkamah suruh bayar balik pinjaman, padahal masa tu MJ masih terkial-kial mencari kerja tetap.


Ok pada korang yang nak menikmati Diskaun 10%dari pinjaman yang dibuat jom kita baca kat bawah ni :)



Nampaknya bermula 1 Oktober 2012 ni kena bayar secara konsisten la selama 12 bulan berturut-turut jika ingin menikmati rebat tersebut.. Hmmm terus bersemangat waja nak membayar balik dengan keazaman yang kuat..heheee


Nak baca lanjut klik SINI

Firas KACAK...? ("~")

Tersenyum simpul MJ baca komen ni di entry semalam, adoila Maisara oh Maisara.. heee :) Comel tau, apa la yang dia faham erti kacak ni kan :-)

Kacak dari segi mana yang Maisara maksudkan tu ye... Jadi dah alang-alang ni, apakata kita lihat 'kemesraan' antara Firas dan Maisara masa Open House Raya hari tu (Ampun rupanya belum update lagi pasal ni...hehee)

Usik Mengusik

Ketawa bersama

Berbual mesra

Gelak ketawa yang hanya mereka yang memahami

Dan bergambar kenangan bersama pemilik blog Senyum Senyum dan juga Maisara :)


 Apapun terima kasih kak Diana sebab sudi singgah, untuk pertama kalinya kami berjumpa, sebelum ni bertegur sapa dalam blog je tanpa kenal siapa pemiliknya melainkan hanya Maisara. :)


p/s : Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua rakan beragam Islam, semoga ibdah korban membawa keberkatan buat kita semua..



Cuba teka Hadiah apa ye??

TEKA TEKI diTUTUP

Jom cuba teka meneka :)

 Hadiah ni pemberian dari offismate yang akan meninggalkan ofis kami selepas raya AidilAdha ni..
Terharu sangat sebab meninggalkan kenangan buat kami semua disini :)
Masa dapat bungkusan ni, sayang sangat nak buka, jadi apa kata kita berteka teki apa barang di dalam.


Barang ni tak lah besar, biasa-biasa saja. Korang teka lah berapa kali pun 
sebab jawapan yang pantas dan tepat saja yang akan dipilih sebagai pemenang. 
(my colleague tak leh teka iaitu cik Umi, heheee)

Kesinambungan Entry Semalam

Seperti di entry SEMALAM (klik untuk membaca), memang ianya satu percutian yang langsung tak dirancang, kiranya sebut dan terus jadi saja pada hari tu. Pada asalnya plan nak kesana mungkin dalam bulan 12 ataupun paling tidak tahun depan. Tapi siapa sangka yang tak dirancang tu la yang menjadi, kan?


Hari Sabtu lepas dalam pukul 2.30 petang macam tu baru buat keputusan nak ke sana, asalnya asben tak bagi, almaklumlah pada hari tersebut dia kerja (OT) sampai petang dan maksudnya kalau MJ ke Langkawi, terpaksa meninggalkan suami di sini. At last asben bersetuju, masa tu lah kelam kelibut packing barang, dan terus roger maksu MJ yang kebetulan memang nak kesana untuk berkursus untuk datang ambik MJ. (Mujur sempat)


Pemandangan dari balkoni (Rumah tingkat 2 tapi disebabkan atas bukit nampak tinggi kan)

Langkawi adalah tempat baru untuk family adik MJ, diorang memang tak pernah menjangka akan berpindah dan menginap disini. Alhamdulillah kuarters yang diberi sangatlah luas dan selesa, pemandangan pun cantik.



Suka dengan gambar ni, nampak tenang, kehijauan dan juga kebiruan :) Saujana mata memandang.

Penuh dengan bukit bukau, rasanya ni antara pulau-pulau yang ada di Langkawi kan.

Dari jauh MJ terpandang pulau ni, nampak macam Pulau Dayang Bunting, tapi tak taulah betul ke idak ni Pulaunya, rasa bukan kot kan, entahlah sebab tak penah sampai lagi :D


Dan kerana merekalah punca MJ ke Langkawi tanpa dirancang, berdesup dengan hati yang bersemangat untuk berjumpa dengan 2 orang kesayangan MJ... :) Lepas ni susahlah nak jumpa dah diorang sebab dah dok Langkawi..... sobsob... :)


Kami tak kemana sangat pun sepanjang 3 hari disana, yela p masa belum GAJI kan, cuma jenjalan sekitar KUAH je,  insyaAllah akan ada lagi trip ke Langkawi next time, sebab tu MJ tak sempat nak inform Cik Matatajam yang MJ ke sana. Nanti MJ roger k :)


WW : Moncong lagi lahai

Ilhan sekarang ada hobi baru tau, asal kita 'marah' dia je terus moncong ha, 
mungkin ala-ala cam sebek (sedih) 




Lagi kalau nak tengok gambar Ilhan klik PEWARIS dan MULUT COMEL :)


Percutian yang tak dirancang

Masih lagi dalam keletihan, mood nak buat kerja belum mai lagi tapi dah bercuti semalam hari ni kena kembali bertugas sebab 2 minggu lagi nak p bercuti pulak :)

MJ nak jejak balas komen-komen yang ditinggalkan selama 3 hari ni, terima kasih atas kunjungan korang.



 Disinilah tempat kami bercuti, Langkawi we Come :-)


Tak banyak tempat kami tujui, almaklumlah belum gaji kan


Bila tengok sang HELANG ni rasa gerun, tapi ada cerita lawak disebalik.

Nanti la MJ update ye :)

Tekak tetiba teringin

Bila hujan ni tekak rasa nak makan macam-macam tapi masalahnya malas nak buat :-) Nak meng'order' tu tak dak masalah tapi rasa macam baik buat sendiri je, haissssyyy tu semua nafsu dok goncang iman tu :-)


Mula rasa nak makan kek Batik aka kek Biskut Marie, google resepi ok senang je nak buat bahan-bahan pun mudah, balik kerja satgi boleh pergi cari barang.



 Lepas tu rasa macam nak makan Oreo Cheese Cake pulak, haisssyyyy tu semua penambah lemak-lemak tepu dalam badan tu :)


Tapi kalau dapat Strawberry Cheese pun best jugak, lemak masam manis semua ada, terus rasa tak sabar nak p Cameron bercuti free nak borong strawberry banyak-banyak pastu nak masak macam-macam.. Masalahnya rajin ke MJ ni??? huhuuu



Tapi antara semua yang atas tu yang paling rasa nak makan sesangat adalah.......












Haagen Dasz Fondue - adehhh tak pernah makan, teringin sangat nak try :) Ada yang nak belanja ke? wahahahaa :D



p/s : Entry ini bukan bermaksud mengidam atau apa ye, tapi adalah sebab nafsu nak makan...heheheee :D


Alhamdulillah rezeki untuk Mak

Setelah lebih sebulan Mak MJ menanti cheque ni, alhamdulillah dah dapat :) Penat jugak menunggu, dah macam ada payment term pulak :)



Sebenarnya duit ni sebab Mak ada masak untuk jamuan di sebuah kilang, untuk makluman ianya adalah JAMUAN HARI RAYA PUASA ye, dah nak masuk RAYA HAJI baru dapat bayaran. Kalau 10kali kena tunggu macam ni, mau makan modal tuan katering :)

Apapun syukur alhamdulillah, dapatlah Mak gunakan untuk persiapan Raya Haji kan :)

Mak MJ sekarang dalam perjalanan ke Langkawi menemani family adik MJ yang berpindah ke sana dari LUMUT, moga perjalanan mereka selamat. Dan selepas ini pastinya MJ akan merindui gelagat anak menakan kesayangan iaitu Firas dan Ilhan ;)

Nak poligami tak perlu keizinan Isteri

Terperasan keratan ni kat FB semalam, banyak la yang diperdebatkan, dan konpem ramai Isteri Pulau Pinang tak setuju kan termasuklah MJ. Tetapi yang berganda keceriaan tentulah SUAMI dan mungkin ada yang dah memasang angan-angan :P



MJ malas nak komen panjang, cumanya buat apa nak sorok kan at least kena la bagitau isteri, bila tak perlu minta izin ni maksudnya suami akan men'dua'kan atau tiga atau empat isteri tanpa pengetahuan isterinya dan akhirnya pada masa akan datang pasti akan timbul masalah (jika isteri tu tak dapat menerima). Nak poligami tak salah, asalkan sang SUAMI berTANGGUNGJAWAB dan MAMPU melaksanakan keperluan mengikut hukum agama.


p/s : Berdoa moga hubungan kami suami isteri berkekalan hendaknya tanpa ada masalah, aminnnn :)

WAJAH

Tertarik dengan kata-kata ni di FB AKADEMI AL-Quran

Kata-kata yang sangat menyentuh hati


p/s : Happy Birthday yang ke 24 tahun buat sahabat/adik merangkap rakan blogger iaitu Corat Coret Nusha,  semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh. Dan semoga bisnes craft berjaya ye Yui. Jom sesama kita terjah blognya dan ucapkan selamat buat nya supaya besday girl gumbira ;D
 

Abu Bakar As Siddiq dituduh sama dengan iblis




Baru baru ini saya ada terbaca post dalam facebook yang ditulis oleh salah seorang yang saya rasakan bukan dari golongan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Tulisannya secara terang terangan cuba merendahkan darjat Sahabat Khulafa arrasyidin seperti Abu Bakar As Siddiq dan Umar al Khatab R.A. saya pada mulanya enggan berhujah dengan penulis ini kerana bukanlah untuk menentukan siapa menang atau kalah, benar atau salah akan tetapi setelah melihatkan nama sahabat diperendahkan darjatnya, saya rasakan perlu untuk saya pertahankan.

ISU: Ini salah satu dalil pihak Syiah gunakan dalam melaknat Abu Bakar r.a dan Umar r.a : Kali ini mereka gunakan Imam Abu Hanifah r.a yg mengatakan Abu Bakar dan Umar adalah Iblis, nauzubillah. Dibawah ini adalah postnya:

 MARI KITA LIHAT KATA2 IMAM BESAR AHLI SUNNAH WAL JAMAAH IAIATU IMAM ABU HANIFAH BERKENAAN SAIDINA ABU BAKAR DAN SAIDINA UMAR:
Abdullah bin Ahmad bin Hambal telah merakamkan dalam kitab Al Sunnah: 370 – حدثني محمد بن هارون نا أبو صالح قال سمعت الفزاري371 – وحدثني إبراهيم بن سعيد نا أبو توبة عن أبي إسحاق الفزاري قال كان أبو حنيفة يقول إيمان إبليس وإيمان أبي بكر الصديق رضي الله عنه واحد قال أبو بكر يا رب وقال إبليس يا رب // إسناده صحيح 
 (Two chains) Abu Ishaq al Fazari says that Abu Hanifa use to say that faith of ibless and faith of abu bakar are one. Abu Bakar said: o God. and Ibless said: o God Researcher of book, Mohammad Saeed Salim says: Isnaad Sahih
Terjemahan: Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...
 [ السنة 4 - عبد الله بن أحمد ]الكتاب : السنةالمؤلف : عبد الله بن أحمد بن حنبل الشيبانيالناشر : دار ابن القيم – الدمامالطبعة الأولى ، 1406تحقيق : د. محمد سعيد سالم القحطانيعدد الأجزاء : 2(1/219)






JAWAPAN: Salam. Sebelum saya cuba menjawab pernyataan diatas, eloklah saya katakan seberang persoalan agama haruslah dirujuk kepada para alim ulama agar tidak tersasar dari maksud sebenar ataupun menyebabkan perlencongan akidah. Jika saya tersilap sila betulkan

Sememangnya ada pihak pihak tertentu cuba memburukkan nama Imam Abu hanifa. Mereka cuba menjatuhkannya dengan menyatakan dia seorang murji, dia menolak hadis dan merendahkan martabat Abu bakar As siddiq Peratamanya, Imam abu hanifa merupakan seorang seorang ulama yang mendapat pujian dari ulama ulama yang lain. Memanglah ada sesetengah ulama sunnah yang tidak menyukai beliau. Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan diterima oleh semua manusia hatta Rasulullah SAW skalipun mempunyai musuh. Bagaimanapun kebanyakkan ulama memuji beliau seperti Imam Dahabee dalam bukunya tazkaratul huffadh, Shaykh Zubair Ali Zai dan Shaykh ul Ilsam Ibnu Tamiyah. Imam Syafie juga menyatakan beliau sangat mengkagumi Abu Hanifa

Sebelum kita memperincikan kata kata Abu Hanifa terhadap Abu Bakar R.A elok kita ketahui juga bahawa kita boleh buat seseorang itu mengatakan apa saja jika kita tidak mengikut konteks tentang apa yang cuba dikatakan. Contohnya seperti orang munafiq dan kafir menggunakan ayat2 al quran tertentu untuk menyatakan al quran menyuruh umat islam membunuh orang kristian dan yahudi dan sebagainya. Kita seharusnya melihat kepada fahaman dan ajaran secara keseluruhan yang dibawakan oleh seseorang itu sebelum mengatakan sesuatu mengenainya.

Tentang kata kata abu hanifah Dari dua rantaian perawi, Abu ishaq al Fazari berkata, Bahawa Imam abu Hanifah telah berkata: KEIMANAN IBLIS DAN KEIMANAN ABU BAKAR ADALAH SATU, ABU BAKAR BERKATA: OH TUHAN DAN IBLIS PUN BERKATA: OH TUHAN...

Terdapat dua kelemahan dalam teks tersebut Pertama terdapat juga riwayat dari ishak Zafari
 أَخْبَرَنَا عَبْد الله بن جَعْفَر ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَعْقُوب بن سُفْيَان ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو بَكْر الحُمَيْدِيّ ، عن أَبِي صالح الفَرَّاء ، عن الفزاري ، قَالَ : قَالَ أَبُو حنيفة : إيمان آدم ، وإيمان إبليس واحد. قَالَ إبليس : رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي سورة الحجر آية 39 وَقَالَ : رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ سورة الحجر آية 36 وَقَالَ آدم : رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا سورة الأعراف آية 23
Fazari said Abu Hanifa said the eeman of Adam and Iblees was one. Iblees said ( "My Lord, because You have put me in error,) and Iblees said "My Lord, then reprieve me until the Day they are resurrected." and Adam said "Our Lord, we have wronged ourselves"
Abu Tooba daripada Ishaq Fazari menyatakan Abu Bakar sedangkan Abu Saleh daripada Ishaq Fazari mengatakn Nabi Adam A.S. terdapat perbezaan disitu. Keduanya, pernyataan oh tuhan bukanlah pernyataan keimanan kerana iblis juga mengaku adanya tuhan. Akan tetapi yang menyebabkan dia kufur adalah kerana ingkar arahan Allah SWT bukannya tidak mempercayai kewujudan Allah. Sebab itu iblis juga mengatakan oh tuhan kerana mempercayai Allah tetapi tidak patuh kepadaNya

ada beberapa lagi isu yang dibincangkan akan tetapi terlalu panjang untuk saya bicarakan disini. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan sambung isu yang lain
 
By: Mr Jay




Pengalaman Membeli secara online

Entry ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri dan MAAF ianya agak panjang.

MJ dah beberapa kali membeli barangan secara online, setakat ni alhamdulillah tiada masalah, pihak penjual pos barang yang dikehendaki tepat pada masa yang dijanjikan. Jadi kita pun seronok nak membeli dan akan teruskan belian di masa akan datang, betul tak?

Sebelum ni kecoh hal ZALORA dan LAZADA apabila barang yang dipesan senyap dan sepi begitu sahaja. MJ pun bila baca pengalaman kawan-kawan yang 'terkena' saja gatai tangan cuba order online dengan salah 1 pihak tersebut, dan MJ memilih term COD, maksudnya barang sampai baru bayar senang at least tak lah geram atau terasa ditipu. 
Dan ternyata sehingga saat ni, rasanya dah hampir 2 bulan kot, barang yang dipesan langsung tak nampak batang hidung, apatah lagi pihak diorang nak email atau telefon, hmmmm malas nak bising lagipun belum bayar kan, so let it go dan ternyata betul apa yang orang perkatakan sebelum ini.. TITIK!!


Ok lain cerita baru-baru ni MJ ada membeli secara online thru FB, tertarik dengan barangan yang dijual selepas classmate MJ ada beli dan HIGHLY RECOMENDED, jadi MJ pun pilih punya pilih dan buat keputusan untuk membeli dan membayar pada hari SELASA (9 Sept 2012), penjual memaklumkan akan pos pada hari Khamis (11 Sept 2012) dan siap beri Tracking No pada MJ. MJ pun setuju dengan perkara ini.

Bila pos hari khamis dan oleh kerana MJ tinggal dalam kawasan bandar (1 hari tempoh penghantaran), maksudnya barang akan sampai pada hari Jumaat, tapi malangnya tak sampai, ok takpa tunggu hari Sabtu la tengok macam mana. (Untuk sedapkan hati)


Check dengan pejabat pos tempat MJ dan bagi tracking no, pihak pos cakap No tu tak wujud dan maksudnya belum pos lagi. Jadi MJ PM penjual tersebut untuk bertanya inginkan kepastian betul ke dah pos dan dia maklumkan bahawa barang MJ MEMANG DAH POS PADA HARI KHAMIS, dan memberitahu kebelakangan ni banyak barang customer dia sampai lewat lebih kurang seminggu sebab musim hujan, dan sistem pos down.


Dan bila tanya adakah betul Tracking No tu-yela takut silap ke apa kan - terus SENYAP tiada jawapan. Pihak POS memberitahu MJ sekiranya barang tersebut sudah dipos, automatik tempat penghantaran akan scan No Tracking tu dan direkod dalam sistem mereka tapi bila di check tak ada.

Isnin lepas (15 Sept 2012) MJ tunggu lagi barang tersebut tetapi tetap juga tak sampai, MJ PM sekali lagi penjual dan bertanya soalan yang sama, tapi tak berjawab dan MJ perasan di wall FB nya dia bagitau barangan yang dipesan akan sampai lewat sebabnya musim hujan sekarang ni dan mohon maaf tak sempat nak reply komen di Inbox sebab terlalu banyak.

 Maaf, dah cuba untuk rotate tapi masih tak menjadi, 
kalau korang perasan ada nampak tarikh pada 13 Oct 2012.
Kualiti gambar agak kurang jelas sebab menggunakan enset.



Dan pada hari Selasa (16 Sept 2012) barang tersebut baru sampai di Pejabat Pos tempat MJ dan bila tengok di resit tarikh penghantaran/pembayaran dibuat adalah pada hari SABTU (13 Sept 2012) jam 4.50 petang, lagi 10minit pejabat pos nak tutup memang konpem la barang MJ akan diproses pada Isnin. Dan kalau betullah masa tu barang yang dihantar, pada MJ mana ada sampai lewat pun, normal lah proses hari Isnin dan hari berikutnya MJ boleh dapat. (Sedangkan MJ juga ada pos barang kepada blogger Ina pada hari KHAMIS dan hari Jumaat tu Ina maklumkan barang dah sampai)

MJ tak kisah kalau dia nak pos lambat pun (asalkan dia bagitahu la kan) tak lah kita ni tertunggu-tunggu, takut la kot-kot barang tu hilang ke atau apa ke kan. kalau barang harga RM12.00 MJ ok lagi, tapi kalau melibatkan ratusan ringgit siapa tak risau kan.


Lepas kejadian tu MJ memang beringat la dan TAK AKAN berurusan lagi dengannya, maaf cakap tapi kalau kita berniaga secara ikhlas customer akan berpuas hati dan akan teruskan belian pada masa akan datang, berterus terang itu lebih baik dan tak perlu menyalahkan pihak lain yang nantinya diri sendiri yang susah.


p/s: MJ akui kekadang kita semua ada kekhilafan, harap perkara ini tidak berlaku pada MJ juga.



WW : Pewaris No 7 dan 8


 Hheeee, sweet je tengok 2 beradik ni :)


Selamat pagi semua.......

Labels

Celoteh MJ (123) layan (106) terima kasih (91) GiveAway (82) Join Contest (82) Menang GA (62) dunia artis (59) Makan Sedap (53) hadiah (53) cantik (51) nuffnang (44) Hari Raya Puasa (42) BE nuffnang (41) Resepi (40) Wordless Wednesday (35) happy (35) Firas (34) pemenang (33) Pengumuman (32) Produk Shaklee (31) contest (30) Pusat Pelancongan (27) Denaihati (26) Kenangan MJ di tahun 2011 (25) keputusan GA (25) on9 visitor (23) suami isteri (23) kenduri kawen (22) promosi hebat (20) USM Penang (19) sedap (19) Islam Agamaku (18) jalan-jalan (18) nasihat (17) pesakit (17) Fridge Magnet (16) Kenangan MJ di tahun 2012 (16) ME Nuffnang (16) Pegangan (16) Pulau Pinang (16) kelakar (16) rumah tangga (16) sedih (16) Ilhan (15) Kenangan di Tahun 2014 (15) senarai peserta (15) Celebrate Birthday (14) Exam USM (14) Fesyen (14) Followers (14) PJJ di USM Penang (14) aiskrim kek (14) lucu (14) teka-teki (14) Family Day (12) Hadiah Contest 2013 (12) Nikon D90 (12) pengalaman (12) Bercuti di Cameron Highland (11) Kenangan MJ di tahun 2016 (11) Portable Power Bank (11) islam (11) kisah tauladan (11) my birthday (11) petua (11) tips (11) Avon (10) Cameron Highland BEST (10) Nikah Kawen (10) aksi terlampau (10) sihat (10) Birthday Suami (9) CPUV Earning (9) CPUV Nuffnang (9) Cameron Highland (9) Menu Hari Raya (9) blogger Kuala Lumpur (9) heartbeat (9) kuih raya (9) tutorial (9) Hadiah Wang Tunai (8) Perodua Alza (8) Pizza Hut Promotion (8) Pulau Langkawi (8) Resipi (8) kupon (8) top komen (8) Blogger Utara (7) Kelantan (7) Kenduri (7) Mak Abah ke Umrah (7) Percutian Familyku (7) Percutian Kami (7) Strawberry Park Resort (7) iPhone 5 Gadget Impian (7) jamuan raya (7) kad raya (7) video (7) Hadiah Birthday (6) Kenangan di tahun 2013 (6) MJ dan Suami (6) Puasa Ramadhan (6) Rawatan Kesuburan MJ (6) Resepi Juadah Berbuka (6) Trying To Conceive (6) Umrah MJ 2016 (6) dalam negara (6) juadah berbuka (6) kamera (6) kupon KFC (6) review blog (6) sale (6) Cuti-Cuti Malaysia (5) Hadiah Anniversary (5) Jumpa Blogger (5) Kenangan MJ di tahun 2015 (5) Lumut (5) M'c Donalds (5) MJ bercuti di Thailand (5) Makan Sedap di Pulau Pinang (5) My Koleksi (5) Pengalaman Mengerjakan Umrah (5) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Sepetang Bersama Blogger (5) ThePopLook (5) Tudung Chiffon 3 Layer (5) adik kemalangan (5) endorscope (5) luar negara (5) online (5) ovarian cysts (5) BAJET 2012 (4) Beef Lasagna Cheese (4) Burger King (4) Cara Dekorasi Bajet (4) Cheque Nuffnang (4) Dekorasi Simple by MJ (4) Diari Umrah MJ (4) Happy Anniversary (4) HomeMade Aiskrim (4) Homemade Burger Bakar (4) IQ (4) Jemputan ke Rumah Terbuka (4) Jeruk Buah Penang (4) Kebaikan Omega Guard Shaklee (4) Kisah Kereta MJ (4) Konvo USM (4) Lecithin Shaklee (4) Lost World of Tambun (4) Meatball IKEA (4) Omega Guard Shaklee (4) Perak (4) Popia Milo (4) Popia Nestum (4) Preloved Handbag (4) Rekod Baru (4) Resepi Aiskrim (4) Resepi Aiskrim Goreng (4) Resepi Puding Triffle (4) Salak Denai Chalet (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) Trip ke Hatyai (4) ibadah puasa (4) pertunanganku (4) Apom Polkadot (3) Baju Kenangan MJ (3) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bisnes Pelekat Pantz (3) Coconut Shake (3) Copthorne Hotel Cameron Highland (3) Fridge Magnet Oversea (3) Handbag COACH (3) Header Baru (3) Hotel Bajet/Hotel Murah (3) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Jualan Penghabisan Stok (3) Kedah Darul Aman (3) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Kelebihan Vitamin C Shaklee (3) Kenangan MJ di tahun 2017 (3) Khory Steamboat Yong Taufu Sungai Petani (3) Koleksi GUESS MJ (3) Kursus Intensif USM (3) Laksa Janggus (3) Lee Gardens Hotel Hatyai (3) MH370 MAS Hilang (3) Makan Sedap dan murah di Sungai Petani (3) Masjid Nabawi Madinah al Munawarrah (3) Mee Sotong sedap (3) Menu Berbuka Puasa (3) Menu Diet Atkin (3) Menu Rumah Terbuka (3) My Best Moment (3) Omega Gurad Shaklee (3) Ostematrix Shaklee (3) Percutian bersama Keluarga (3) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Potluck (3) Resepi Ayam Sedap (3) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Mudah dan Sedap (3) Resepi Roti (3) Resepi Roti berinti Daging dan Cheese (3) SBPA (3) SPA (3) Steamboat dan Yong Taufu murah (3) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Vivix (3) Ustaz Ahar Idrus (3) cara membawa masuk barang ke malaysia (3) duti import (3) kes bunuh (3) khulafa ar rasyidin (3) mukjizat (3) mutiara kata (3) peraturan dan undang undang kerajaan (3) permit import (3) Agar-agar Milo (2) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Choki Choki (2) Aiskrim Coki Coki (2) Aiskrim Goreng sedap (2) Ayam Dendeng (2) Bahaya Ovarian Cyst (2) Bedak Miyami (2) Bekam adalah Sunnah (2) Bercuti di Taiping (2) Burger Bakar (2) Burger KOMTAR (2) Burger King Penang (2) Butter Prawn sedap (2) Cara Mengira Cukai Kastam (2) Cara Menyemak Keputusan SPM (2) Cashout Nuffnang (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (2) Chicken Chop (2) Demam Denggi (2) Diari Detox Maira (2) Facebook Fanpage (2) Fasha Sandha dan Jejai (2) Hasil BerNuffnang (2) HomeMade Burger (2) Honeymoon di Cameron Highland (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Ikan Terubuk Masin (2) Inai HandMade di Penang (2) Jeruk Magga AsamBoi (2) Jeruk Pelam Asamboi (2) Jom Detox dengan Shaklee (2) Jom kita Detox (2) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) Kami di Lumut (2) Kasut Baru (2) Kebaikan Lecithin (2) Kegunaan Basic H Shaklee (2) Keistimewaan ESP (2) Kek Lapis Sarawak (2) Kelebihan Al Quran (2) Kenduri Doa Selamat (2) Kenduri Kesyukuran (2) Kepentingan Detox pada Tubuh (2) Kereta yang Diubahsuai (2) Khasiat Nenas Batu (2) Koleksi Carlo RINO (2) Konvo USM ke 48 (2) Kuih Siput (2) Ladang Teh Boh Sungei Palas (2) Majlis Kenduri MJ (2) Mee Udang Paksu Juru (2) Mee Udang Pulau Sayak (2) Mee Udang Special (2) Menu Barbeque BBQ (2) Menu untuk Detox (2) Nasi Arab Bandar Perda (2) Nasihat Suami Isteri (2) Original Handbag COACH (2) Panggilan Palsu (2) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (2) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Pengalaman HSG Test (2) Pisau Magik (2) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) Popia Barbeque BBQ (2) Popia Cheese (2) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 8000mAh (2) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Quran (2) Rawang Burger Bakar (2) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Mudah (2) Resepi Burger sedap (2) Resepi Lasagna Atkin (2) Resepi Lasagna Telur (2) Resepi Popia Goreng (2) Resepi Puding Kek Pandan (2) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (2) Resepi Spagethi mudah (2) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Rumahku Syurgaku (2) Seminar Wordpress (2) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) Set Menyusu Shaklee (2) Siapa perlukan ESP (2) Sinopsis Bukan Bidadari (2) Spagethi Meatball sedap (2) Strawberry Cheese Cake (2) Tarikh mengundi PRU13 (2) Testimoni Basic H Shaklee (2) Testimoni ESP (2) Testimoni Shaklee (2) Tiket Wayang Free (2) Tips Menabung dengan Si Hijau (2) Tips pemilihan Tudung (2) Tudung Bawal Aidijuma (2) Tutti Frutti (2) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Ziarah Nabi di Masjid Nabawi (2) ayam goreng rempah (2) baju tunang (2) bercuti di Pulau Pangkor (2) ceramah (2) coklat (2) cukai kastam (2) duit malaysia (2) games (2) ilusi optik (2) kenangan MJ di tahun 2020 (2) keputusan Peperiksaan (2) kotak sembang (2) masker wajah (2) syiah (2) temuduga (2) Air Terjun Puteri Mandi Kedah (1) Ayam Percik (1) Bahaya GLA Complex Shaklee (1) Bahaya Kencing Tikus (1) Bahtera Nabi NUH (1) Batik Pants (1) Batu 5 Char Koaw Teow (1) Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (1) Bedak Arab KokuRyu (1) Bee Hives Bun with Butterscotch Sauce (1) Bercuti di Melaka (1) Biskut Lasagna (1) Black Label Aidijuma (1) Blogger Kelantan (1) Blogger Perak (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Bunga Pandan (1) Burger Besar (1) Burger KOMTAR De Pauh Garden (1) Burger Leleh Warung Kuning (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) COACH For Sale (1) CY 2000 (1) Cable Car Langkawi (1) Camera SX150 IS (1) Candle Light Dinner MJ (1) Candy Crush Saga (1) Cantik dengan Omega Guard (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) Cara Berkesan untuk Menabung (1) Cara Halau Lipas (1) Cara Membuat Burger (1) Cara Menangani Perut Buncit (1) Cara Mencegah Penyakit (1) Cara Mencuci Usus (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) Cara Menjaga Usus (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara Solat (1) Cara buat Passport (1) Cara menguji Personaliti (1) Cara ubati Denggi (1) Cheese Tart sedap (1) Cheezy Magik (1) Cheque HOT FM (1) China (1) Chuchuk Chuchuk Raja Uda (1) CoQ Health Plus Shaklee (1) Coklat Crepe (1) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) DIY Fridge (1) DIY Hanger (1) DIY Peti Ais (1) DVD 30 Juzuk al Quran Beserta Terjemahan (1) DVD al-Quran (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) Dejavu di Kinabalu (1) Dinosour Park Danok Thailand (1) Ditipu dengan Western Union (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Doorgift Pengantin (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) Drama Dejavu di Kinabalu (1) Durian Musang King (1) Eagles Feeding Langkawi (1) Endorscope Cyst (1) Erti dan Hukum Berkabung dalam Islam (1) External Hard Disk (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Filem Ombak Rindu (1) Fizo Mawar bersanding (1) Frozen Food (1) GLA Shaklee berisiko (1) GLA Shaklee punca ketidaksuburan (1) GST (1) GUESS (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Pelik (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) Get Clean Home Set Shaklee (1) Gunung Jerai (1) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah Hari Ibu (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah untuk SUAMI (1) Handmade Frame (1) Hanger Tudung (1) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hasil Tanaman MJ (1) Hatyai ICEDOME (1) Header Raya (1) Henna Mehendi (1) HomeMade Nasi Arab (1) Homemade Meatball (1) Homestay Murah di Melaka (1) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet di Kuala Lumpur (1) Hotel Murah di Kuala Lumpur dan Jalan Masjid India (1) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hukum Menyebut OMG (1) Ice Blended Coklat sedap (1) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Percik (1) Inai Daun (1) Indonesia (1) Irma Hasmie (1) Isu negara (1) Izyanty Collection (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) Jalil Coconut Shake (1) Jangkaan Kiamat (1) Jenis Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jom Kembara FF1 (JKFF1) (1) Jubah Safra keluaran MS Design (1) Kad Pengenalan MJ (1) Karnival Kerjaya (1) Kebab Daging (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kedai Kacang Bagan (1) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP) (1) Kelebihan Ephyra (1) Kelebihan Mealshake (1) Kelebihan Pad Hygiene (1) Kelebihan Water Pitcher Shaklee (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) Keputusan PRU13 (1) Kerabu Sotong (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kesan setelah mengambil GLA Shaklee (1) KeyChain (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Firas (1) Koleksi Fridge Magnet (1) Koleksi Header Blog (1) Koleksi Paris dari Aidijuma (1) Koleksi Wallet MJ (1) Krabi dan Hatyai (1) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) Laksa Telur Bersarang (1) Lampu Tidur Romantik (1) Lecithin sebagai Pengemulsi Lemak (1) Lelong barang bawah RM50 (1) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) MJ (1) MJ Makan Free (1) Macarons (1) Machu Pichu (1) Magnet Board FM (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makam Nabi dan Raudhah (1) Makan Sedap di Manjung (1) Makaroni Baked Cheese (1) Makeover Fridge (1) Maksud PJJ (1) Mandi Wap (1) Mandi di Private Pool (1) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Maybank ATM Card (1) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Mee Kuah Daging (1) Mee Kuah senang (1) Mee Sotong Padang Kota (1) Melaka (1) Menabung dengan Si Hijau (1) Menu Sarapan (1) Menu di Victoria Station (1) Mineral Coffee Hai-O (1) Murtabak Telur (1) My Graduation (1) My HomeMade Kuih Raya (1) My Mum (1) Nan Cheese Meleleh (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nora Elena Vs Novel Kasih Suci (1) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Oreo CheeseCake (1) Panasonic Viera (1) Panda Park Danok Thailand (1) Panorama TV1 (1) Paris Satin Aidijuma (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Passport pertama MJ (1) Pati Ikan Haruan (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Penapis Air Portable (1) Penapis Air Shaklee (1) Penetapan Gaji Minimum (1) Pengalaman Menggunakan Western Union (1) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pensonic Warehouse Sale (1) Penyampai Hot FM (1) Peppermint Ginger Plus (1) Performance Drink Shaklee (1) Perfume (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (1) Perodua Bezza (1) Perodua MyVi 2018 (1) Persandingan MJ dan SUAMI (1) Pes Kuah Laksa Sedap (1) Petaling Jaya (1) Petua Halau Lipas (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Petua ubati batuk (1) Petua ubati sesak nafas (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) PilihanRaya (1) Popcorn Ayam (1) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 2800mAh (1) Preloved Carlo Rino (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Program Realiti TV3 (1) Promosi Ephyra (1) Promosi Tudung Murah (1) Proton Terbaru (1) Puding Milo Lapis Oreo (1) Pulau Beras Basah (1) Punca Demam Denggi (1) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Peranginan di Malaysia (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) Ramalan Kiamat (1) Rambutan Sedap dan Manis. (1) Rantai Tangan Hilang (1) Renungan Bersama (1) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Percik (1) Resepi Begedil Ayam (1) Resepi Begedil Kentang (1) Resepi Cucur Roti (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Jeruk Pelam (1) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Kek Minyak Kukus (1) Resepi Kek Sedap (1) Resepi Koaw Teow KUNGFU (1) Resepi Koaw Teow Ladna (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Mee Kuah Sedap (1) Resepi Mee Sizzling (1) Resepi Mushroom Sup (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popcorn Ayam (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (1) Resepi Roti Sarang Lebah (1) Resepi Samosa (1) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resepi biskut Meringue (1) Restoran Bara Grill Taiping (1) Restoran Chuchuk Chuchuk (1) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Romantika di Sungai Petani (1) Roti Bakar Meleleh (1) Roti Daging Cheese (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) SC Sanitary Pad Cosway (1) SX150 IS (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Saman Hadlaju (1) Sandwich Sedap (1) Sarawak (1) Scha dan Awal (1) Sejarah Komputer (1) Selsema dengan Vitamin C Shaklee (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Set BUASIR (1) Set Berpantang Shaklee (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Sihir dan Santau (1) Singapura (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Stokin Kaki Scholl (1) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) Sunset (1) Suplement tenaga ketika berpuasa (1) Susu Kambing sedap (1) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) Taj Mahal (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Iklan blog Celoteh MJ (1) Tapak Pesta (1) Tasik Dayang Bunting (1) Tempat Makan Sedap di Pulau Pinang (1) Tempat menarik di Krabi dan Hatyai (1) Tepung Magik (1) Testimoni GLA Complex (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Tioga Deluxe Suite Strawberry Park Resort (1) Tips Memasuki dan Solat di Raudhah (1) Tips Menabung dengan Berkesan (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tiram Goreng Tepung (1) Tonsil Bengkak (1) Tragedi MH17 (1) Transaksi Luar Negara (1) Triple Stemcell (1) Tudung Bawal al Shawl (1) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Update Bloglist (1) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Victoria Sandwich (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) Virus Infection vs Demam Denggi (1) Wallet (1) Wallpaper Dinding Rumah (1) Wallpaper Fridge (1) Wallpaper Kaison (1) Wang Kelian (1) Western Union Selamat (1) White Label Aidijuma (1) Wishlist MJ (1) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Zinc Complex Shaklee (1) beauty Umaira (1) berita terkini (1) bomoh VIP penipu (1) borong.com.my (1) buku denaihati (1) cara mengira cukai (1) herblax Shaklee (1) himpunan bantah GST (1) hobi masa lapang (1) iPhone 5 Contest (1) isu agama (1) kekabu (1) kenangan MJ di tahun 2010 (1) keputusan SPM (1) keracunan (1) khalifah ganti superman (1) kontroversi (1) lukisan termahal didunia (1) mascara (1) masjid (1) melaleuca oil (1) movie (1) penipuan (1) photography (1) picaso (1) rempah sauna (1) simulator (1) sinopsis KHILAF (1) sosilawati (1) sunnah wal jamaah (1) tan sri ali hashim (1) teknik- teknik fotografi (1) titanic 2 (1) wang kertas siri baharu (1) zuriat (1)