Followers

Saturday, June 27, 2009

kek lapis lagi...


pinggan ke kek yang lawo...?
kalo tengok betul2 nampak la kepingan coklat cadbury yg kecik2 tu...

Semalam aku buat lagi kek lapis. Kali ni yang bercoklat pulak. Aku menggunakan coklat cadbury yang kecik2 tu.. resepi yang sama dengan kek semenanjung yang aku belajar dengan budak Sarawak tu,cuma aku gubah dan olah2 sendiri maka ini lah jadinya. Jom layannnn....

Thursday, June 25, 2009

Kuih bakar ubi...(bingka ubi)


ini dia ubi kayu namanya...

lepas ni nak kena parut dulu...

ubi yang telah siap diparut atau sagat...

Siap untuk dihidangkan...layan...

Bahan-bahannya:
1500gm ubi kayu
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 buku gula enau
2 biji telur
sedikit esen ros
seddikit pewarna kuning
secubit garam

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan hingga sebati
Bakar dalam loyang yang telah disapu marjerin hingga masak

Monday, June 22, 2009


ooooo yang ni jelly kelapa...

haa...inilah bubur nasi
...menu tengahari tadi,sempena hari anak yang sulung demam.Bubur nasi digandingkan bersama sambal tumbuk ikan bilis,ikan masin kurau,kacang tanah goreng dan kicap.Sesekali makan bubur...ok gak kan...

Wednesday, June 17, 2009

Minum-minum petang...


kuih kole kacang...

dari ubi rebus ke ubi goreng...

inilah sambal tumbuk ikan bilis...

Ubi kayu oh ubi kayu...
pagi semalam bf dengan ubi rebus,digandingkan dengan sambal tumbuk ikan bilis.Fuhh berselera sangat rasanya pepagi tu.Pastu belennya pulak membawak kan ke petang pulak.Tapi untuk petang tu diubah suai jadi ubi goreng la pulak.Jugak digandingkan dengan sambal yang sama.

Untuk minum petang hari ni pulak kuih kole kacang.Terlanjur ada yang meng oder.Kali ni senang sikit sebabnya orang tu oder kole jer tanpa tahi minyak.Sebab katanya tahi minyak mak mentua dia dah buatkan siap2.Orang kampung katakan,guna kelapa sendiri. Jom layanz....

lagi2 cheese cake...


...bawak g sekolah bagi kawan rasa

...yang dah potong untuk nk post kat blog

memang moist sangat cake ni...

...cheese cake lagi.Kali ni lebih baik dari yang aritu.Nampak la sikit marblenya.Kali ni jugak nampak ada la tahap kesabaran tu,sebab boleh lagi tunggu sampai cake tu sejuk,baru ngapp...
Bawak g sekolah sikit bagi kawan rasa,pastu dia bagi 50henggit suh buatkan...sedap la tu agaknya...

Sunday, June 14, 2009

munge buat azie

Happy-Anniversary-Comments

Salam azie,
Nak mengambil kesempatan jugak untuk mengucapkan "Selamat Hari ulangtahun perkahwinan" yang ke-7.Semuga sentiasa bahagia di samping suami serta keluarga tercinta.Sebagai tanda kenang2an terimalah munge dari leyza yang xseberapa ini.Ambil sendiri ye...

Saturday, June 13, 2009

Esok dah buka sekolah...




Esok sekolah dah mula buka semula.Sejak cuti bermula aku terlalu menyebukkan diri aku dengan laptop ni.Kalo kat blog tu,asyik godeh sana godeh sini.Aku tak la berapa pandai sangat dengan benda2 ni sume,tapi ada hati nak terokai dalam bidang ni.Takla nanti orang kata tertinggal zaman.Aku punya pembantu atau penasihat sentiasa bersedia untuk beri tunjuk ajar.panggil jer...mesti datang punya.
Dulu aku tak pandai bym2 ni,tapi sekarang boleh la.Sonok rupanya bchating2 kat tenet ni...patutla.....tapi aku bchating ngn sape,mak2 orang,kawan2 lama,member resepi...harap2 takde orang yang mengambil kesempatan di atas kesebukkan aku ini.

Bila dah mengadap benda ni sampai leka dibuatnya.Siaplah banyak kerja2 yang tertunggak.Tapi time masak kena la masak,kalo tak...tau2 jer la.Satu hari tu tenet pulak buat hal,maka kena la aku menafaatkan masa itu.Dengan bersemangat aku kemas rumah.Target aku untuk cuci semula toys anak yang lama2.Banyak tu,3kali jalankan mesin.Dalam pada tu ada la sekor 2ekor binatang tu tekoyak pulak.Nak buang sayang...apa aku buat ialah kuarkan fiber tu untuk dijadikan bantal...maka dapatlah sebiji bantal,boleh la buat santai2 budak2 kat depan tv tu.Alang2 dah terpegang mesin jahit tu,sempat gak buat kain buruk yang tak buruk.Konon2 kain untuk angkat periuk.Kain perca yang lama2 banyak,jadi aku layanz kan jer...


banyak kan...?tu sebahagian jer...

sebiji bantal yang dah jadi...standard size

kain buruk untuk angkat periuk


...pun sama

penasihat yang setia...


Friday, June 12, 2009

MAK BAGI 'FREE' SEMUA NI ANAKKU............

bila naktengok dunia kita susahkan mak!Apa tidaknya ..kita punca mak sakit ...meneran kita yang bersaiz besar 3 kilo??4 kilo???
demi nak beri peluang anak lihat dunia...mak sanggup mengandungkan kita dan bila mak dengan segenap tenaga meneran kita keluar dari tempat beradu yang panas hangat iaitu alam rahim ibu....berapa pt darah mak yang tumpah??
kita tidak tahu betapa banyak mak terpaksa terima jahitan di laluan tadi..
pedih!luka itu hingga berminggu minggu!
ni belum sebut fasal susu mak!


lapar! bengkak buah dada mak!sakit puting mak ..pedih bila kita hisap dengan rakus kerana terlalu lapar...

mak tak bersungut..mak tak ungkit suruh bayar semua tu??mak bela kita hingga dewasa!bila kita nak kawin kita cerita pada mak yang kita dah tak tahan nak kawin!

kita cakap mak kita dah gedik sangat dah nak kawin!mak juga pening kepala siapkan rumah dan peralatan maklumlah nak sambut menantu!tapi...bila kita dah kawin...

rumah kita? ..kita tak beri peluang mak jenguk!!mak jangan datang rumah kita!!nanti kotor rumah ...kita pun tak suka jenguk mak! orang tua suka membebel!pot pet.

Kadang kita main pass pass mak kita kejap; kat rumah abang kejap kat rumah adik kejap kat rumah angah acik dan lain lain....mak kita jadi bola ...

mak dah tak tahu rumah mana maka akan hembus nafas terakhirnya...

kita tak ingin jenguk mak!benci orang tua busuk!!Jijik mak kita..

muntah sana sini..eeeeee jijik betul!tapi masa kita kecil siapa yang main muntah kita??

mak kita jahat sangat kah?mak kita cengil sangat??Takkan kita dendam dengan mak??

Nyawa dan peluang hidup di dunia ni tak ternilai harganya!kalau mak tahu anak itu sombong macam ni??mak pun tak ingin nak menerankan dia!!Biar dia lemas mati!tapi mak tak buat gitu???

kenapa??sebab mak suka sangat dapat kita..comel cantik putih melepak!mewarisi darah Siam,Arab,jawa,Bangla,Nepal dan petani..kita cantik mak kata!

mak bangga dapat anak anak yang cantik!

tapi bila anak anak yang cantik dah disunting kumbang!

mak heran kenapa anak mak tidak benarkan mak pijak rumah anak sendiri.

sedangkan mak beri 'free' rahim dia untuk anak menumpang teduh sebelum lahir.

mak berikan rumah tanpa sesen pun bayaran!

semua mak beri 'free'

dan paling dahsyat kita letak mak di rumah orang tua!

malah ada yang letak mak yang beragama Islam di rumah orang tua Kristian??

terlalu 'open minded kah kita??fahaman sekular betul...belajar di Mesir ke?? belajar di mana??
kalau mati tu mati sajalah....tak jengukpun tak per..kerana doa baca di mana mana pun sampai...

tu pandangan kita yang belajar agama tinggi melangit!!Sokongan moral kemana?soal adab soal agama dah tiada..siapa guru kita yang muaddib??murabbi?mursyid??muallim?siapa guru kita??Yang mengajar kita hingga jadi terlalu baik begini??

Yahudi taja kita belajar di sana??Sehingga kita jadi Yahudi??Berfikiran macam Yahudi??

makkk ampunilah anak-anak mak yang berdosa !

...sebenarnya petikan ini diambil dr blog dj lawa,masa g jln2,tetiba rasa terpaku jap bila membacanya...minta izin drpdnya untuk paste kat blog ini,untuk dikongsikan dan direnung bersama2 pada sesiapa yg tidak lg membacanya...

Thursday, June 11, 2009

ermmmm...jadipun cheese cake aritu..


ermmmmm dap kan....

tak sempat pun tunggu esok...

sempat gak aku amik gambar ni untuk nak post kan kat blog ni...

Ha...ini la cheese cake yang aku buat hari tu.Nama saintipiknya marble cheesecake.Gambar asal cake ni nampakla marble dia tu tapi yang aku punya ni xde langsung unsur2 marblenya.Macam "tile" jer ada la huhu...walo ape2 pun rasa masih ada.Bebudak sukakan cheesenya tu.Tuan punya resepi ni suruh biarkan dulu semalaman urghhhhh tak sempat pun,belum sempat sejuk dah terkorban.Tengok la Danniel tu sedang asyik meniknati cake yang aku buat tu....

Sunday, June 7, 2009

Ekin balik bercuti dari Tangkak...

Lepas amik Ekin,singgah Jusco Tmn Universiti...
Melayan adik2nya selepas sebulan tak berjumpa...

Ekin dengan kawan dia Ain bersama babah dan adik2nya...
Zetty,Firjani dan Danniel pun ikut menghantar kakaknya Ekin...


Hampir sebulan anak nombor dua aku tinggal di asrama untuk sambung belajar di Metrikulasi Tangkak.Entah macamanalah dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan kawan2 tanpa keluarga.Dari kecil lagi memang kami tidak pernah berpisah,hanya Tuhan saja yang mengetahui hati dan perasaan aku.Ye lah selama ini membesar,belajar buat apapun di depan mata aku.Yang selalu kena marahpun dia la jugak.Malah kena pukul pun ada baru2 ni...biasalah membesarkan anak2 yang sedang meningkat remaja,kekadang hilang juga kesabaran.Dimarah atau dipukul bukan bermakna aku benci dan tak sayang tapi untuk menjadikan anak2 aku ini biar dia mengerti yang kita sebagai keluarga mahukan yang terbaik untuknya.
Bila dah berjauhan terasa juga sunyinya.Teringat apa la anak aku buat kat sana,makan apa,baik2 jer ke...Hari Jumaat baru2 ni dia balik 2hari,terasa kurang lah sikit rindu padanya.Nak masak2 special sikit pun tak sempat sebab esoknya pulak ada jemputan kahwin.Malamnya pulak makan belen yang tapau dari rumah orang kawin siang tadi.Konon2 nak buat cheese cake pun tak sempat sebab hari Ahad tengahari dah nak bertolak ke Tangkak semula.sebenarnya plan macam2 nak buat untuk menyambut anak balik tapi tu la keadaan tak mengizinkan.Insyallah lain kali nanti mungkin ada kesempatan


Thursday, June 4, 2009

kek cheese marble...(resepi Ummi dr Kuantan)

Bahan-bahan- Bahan A


185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung
naik sendiri
2 biji telur

Bahan B


250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji
telur
1 sudu teh esen vanila



Cara-cara:

Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji.Bila sebati,
masukkan tepung dan gaulkanKetepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg
telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong.Kek ni agak
moist.





Tuesday, June 2, 2009

Menu hari ini...

hidangan sebelum makan. ayam goreng kunyit

ikan bawal masak tauchu

sayur sawi tumis

burb...selepas makan...



Monday, June 1, 2009

Salam buat As,
Yang ni buat As juga yang menyambut hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-13th.
Semuga bahagia selalu dan berpanjangan jodoh hingga ke hujung nyawa...
sudi2 la mengangkutnya sendiri ye....