Salam semua...
Ikan Rebus Goreng Belado
Ikan belado ni antara banyak2 versi ikan goreng berlada.. Hanya kelainannya ikan direbus dahulu sampai jadi macam ikan rebus / jeruk yang banyak dijual di pasar-pasar..setakat ni tak pernah lagi beli ikan rebus tu tapi dengar cerita sedap ya...apapun kalau kita rebus sendiri pun jadi juga , bersih dan tentu selamat dimakan..okeh kita tengok camne nak buat ikan goreng belado ni...senang je ..cuba tengok langkah kat bawah ni..ikan yang digunakan ikan ujirashid..matabesar...paling sedap guna ikan kembong besar atau ikan selayang .
.
Langkah 1 Ikan dibersihkan dan dimasukkan garam,asam keping dan lengkuas. Bubuh air sikit je ..separuh dari ikan itu. Perlahankan api dan tutup periuk selama 5 minit..lepas tu buka periuk untuk mengeringkan airnya..( ikan rebus yang dijual di pasar tak dibuang isi perutnya...fikir2lah ya.....)
Rebus ikan tu sampai kering air supaya ikan menyerap semua rasa yang direbus bersama tadi
Langkah 2 Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga seperti dalam gambar di atas..kering tak berminyak
Langkah 3
Mesin bawang merah dan bawang putih dengan air yang sedikit. Tumiskan hingga naik bau!
Langkah 4 Masukkan lada kering yang sudah dimesin dengan air yang sedikit. Masakkan lada kering ni hingga terbit minyak..(Rebus lada kering dulu). Masukkan 1 keping asam keping, garam dan gula..Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik. Kalau tak de serai pun, jadi juga ikan belado!
Langkah 5
Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.. Gaulkan dengan rata dan tutup api. Hidangkan dengan nasi panas dan sayur..Rasa ikan rebus ni sedap sebab asam garamnya dan meresap ke dalam daging ikan ...cubalah resepi ni , mesti nak lagi...kalau makan dengan orang tua lagi laju sebab ikan rebus makanan orang dulu2...resepi di bawah ni.....
Ikan Rebus Goreng Belado
Bahan A
4 ekor ikan kembong
3 keping asam keping
4 hiris Lengkuas
garam secukup rasa
Campurkan semua bahan dan rebus kering. Kemudian digoreng garing.
Bahan B
10 tangkai lada kering direbus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai titik
1 keping asam
garam, gula secukup rasa
Tumis bahan B hingga naik minyak dan masukkan ikan goreng tadi. Gaul rata-rata. Siap.