Search This Blog

Saturday, August 6, 2022

Risik Pada Hati

Cerita ni saya follow kat tiktok.  Tv memang tak ada kat rumah.

Sebenarnya cerita ini triggered betul kisah lama.  Banyak yg tak sama tapi ada yg sama.

Saya lambat dapat anak.  7 tahun menanti.

Diawal perkahwinan lagi suami ada perempuan lain.  Saya tidak sedar, saya bodoh.  Saya rasa pelek, tetapi saya tidak curiga.  Hinggakan ada hint dari keluarga suami, saya masih tidak faham.

Akhirnya saya tahu bila perempuan tersebut call.  Saya terkejut.  Mereka dah pun bertunang.  Saya hanya mampu ajak dia bermadu dengan saya.

Kemudian, bila saya tanya suami, dia menafikan.  Banyak la siri menyakitkan hati tetapi saya terpaksa pendam kerana saya tiada bukti kukuh tentang hubungan mereka.  Zaman tu belum ada telefon smart phone macam sekarang, saya juga tak pandai bawa kereta.

Cerita tentang lambat dapat anak, saya ada offer dia untuk kawin lain.  Dia tak mau.  Saya offer kami berpisah, dia kawin lain saya kawin lain, pun dia tak mahu.  Sedangkan saya rasa putus asa.  Sukar nak jelaskan pada orang bagaimana perasaan tu.

Tentang saya ajak perempuan itu bermadu, dia terus terang tak mahu bermadu, familynya tidak setuju.  Jadi, dia suggest kami berpisah, sebab katanya dia sepadan dengan suami saya. Hmmm...

Saya menjadi orang yg tersepit diantara mereka.  Suami yg ingin poligami tetapi perempuan sana dipaksa putus dengan suami.  Jadilah mereka pasangan bercinta yg terhalang.  

Lama saya buat keputusan, sebab saya tak tahu apa yg terbaik.  Kami berkahwin bukan kerana cinta.  Cinta suami hadir selepas kahwin, tetapi bukan untuk saya.  Sedangkan saya, cinta hadir hanya untuk dia.  Sedih kan ?

Saya selalu ditinggalkan.  Saya selalu dimarah marah. Saya selalu rasa tak disayangi.  Bersama tetapi rasa kesepian.

Bila saya ambil anak angkat, rasa bahagia, tetapi sekejap.  Lepas tu saya tahu mereka masih berhubungan.  Kali ini, saya ikut gerak hati. Bila saya curiga, rasa pelek, saya akan korek hingga saya dapat bukti yg dia tak dapat nafikan.  

Saya mula jadi kawan pada suami. Mendengar luahan hatinya pada perempuan tu.  Saya isteri, disamping dia, memujuk suami yg sedang putus cinta. Hmmmm... Dapat bayangkan ?

Pada waktu saya dah sangat kuat, dah nak buat keputusan sendiri.  Saya sudah tidak peduli lagi tentang mereka.  Saya ingin mereka bahagia, tetapi jangan buat saya menderita.  Jadi, saya memilih bahagia dengan cara mengundur diri.  Saya penat untuk pertahankan dia. 

Bila melihat drama Risik Pada Hati, babak suami dia ceraikan dia, saya rasa puas hati.  Kenapa ?  Itulah perasaan saya yg sebenarnya.  

Tetapi, saya seperti perempuan normal yg lain.  Jika bercakap dalam keadaan sedih, akhirnya air mata yg bersuara.  Mulut terkunci.  Saya tidak mampu meluahkan macam Hayfa.  Puas hati sangat dengan babak tu.  Ummi Nazeera yg hebat, penulis skrip yg hebat.

Saya memilih untuk failkan penceraian. Tetapi...

Setelah 7 tahun menanti, waktu itulah saya tahu saya mengandung.  

Saya cuba memaafkan dan beri peluang pada diri sendiri untuk bahagia.  Saya rasa mampu beri peluang kerana perempuan tersebut pun dah dijodohkan keluarganya dengan orang hebat (keluarganya call).

Mudah rupanya memaafkan.  Tetapi tak mudah melupakan.  Yer, tak lupa, cuma pendam sahaja.   Bila ingat, diam sorang sorang.  Sedih sorang sorang.  Nanti nanti lupa la kan ?

Lama sangat semua ini berlaku.

Kami pun dah sangat bahagia.  Dah tua pun. Anak anak pun dah besar. 


Sunday, July 17, 2022

Apa ada dengan masa lalu ?

Semalam, berkisah tentang kakak yg punya kawan lelaki, suami orang.  Kakak yg menjadi balu sejak suami meninggal, baru terbuka hati untuk suka pada lelaki lain.

Dulu, semasa kakak bersuami, dia paling anti dengan poligami.  Bila abang berpoligami, langsung isteri kedua abang tidak dibenarkan jejak kaki ke rumah kakak.  Punya tegas kakak tentang hal poligami.   

Lama juga kakak ambil masa untuk terima kakak ipar baru.  Kakak ipar baru yg sebaya dengan saya.  Adesss...

Saya sendiri ok saja.  Dari awal perkahwinan mereka, saya jadi orang yg berlapang dada menerima kakak ipar baru.  Tetapi, saya juga menjadi pendengar keluh kesah kakak ipar isteri pertama tentang perasaan terlukanya.  Saya tidak menyuruh dia bersabar, saya suruh dia berfikir dan buat perancangan.

Jika dia tak mampu bersabar, apa tindakan yg dia nak buat.  Jika dia nak teruskan perkahwinan juga, dia kena anggap, ianya dugaan dalam hidup dia.  Bla bla bla...

Bila akhirnya kakak tersuka dengan suami orang, makanya suami saya menempelak, "dulu paling benci poligami, sekarang ni dah kena pada diri sendiri, berubah pula sikap"

Maka saya katakan, lelaki perlu jujur.  Jangan buat diam diam.  Kakak mahu lelaki tu minta izin dengan isteri pertama.  Jika tak ada izin, tiadalah jodoh mereka.  Bukannya satu kemestian mereka berkahwin.  Banyak risiko yg mereka kena hadap.  Mereka dah dewasa, memang sangat maklum tentang hal itu.

Lalu, suami berkata tentang akal perempuan yg singkat.  Tentang maksu yg berkahwin, tetapi akhirnya tetap tak bahagia.  Suami yg mengongkong, suami itu dan ini.  Nampaknya perkahwinan maksu diuji lagi.  Tak tahu lah setakat mana jodoh mereka.

Bagi saya sendiri, jika kita nak bahagia, kita cuba redah saja.  Rasa tak boleh proceed, tarik break, undur belakang semula.  Perkahwinan usia senja ni tidak mengikat kita dengan apa apa.  Anak bersama pun tiada, jadi, kenapa takut ?

Mulut orang kata macam macam ?  Pedulik.  Yg penting, kita kenal diri kita. Mulut orang yg mengata tu, lama lama mereka berhenti sendiri.  Kalau tak berhenti, kita sendiri yg pekakkan telinga.  Biarlah...

Suami juga mengungkit, tentang perbuatan saya upload kisah sepupunya yg poligami ke fb.  Katanya, sepupunya sudah menjauhkan diri dari dia.  "Abang berhubung atau tidak dengan dia, saya tidak kisah.  Ada ok, tak ada pun ok"

Mana boleh putuskan silaturahim.  

Laa... Kenapa perlu putus, jika perlu berkunjung jumpa dia, pergi saja ke rumah dia.  Tiada masalah.  Tiada siapa halang.

Itulah... Memalukan masukkan dalam fb, katanya lagi.

Oh... Itu kisah lama.  Biarlah, jangan diungkit.  Jika nak ungkit, saya boleh juga ungkit.  Perbuatan abang yg memalukan saya.  Semua orang tahu.

Lalu dia diam. Lamaaa... 

Ubah topik lain pula.  Hehehe...

"Perkahwinan yg bertahan lama ini bukan kerana kita bertemu dengan pasangan yg baik yg sempurna.  Abang bukan baik sangat, saya juga tidak baik.  Kita bertahan sebab kita saling tolak ansur"

Gitulah ayat hilang ngantuk 🤣🤣🤣