Search This Blog

Thursday, May 28, 2015

Korean Drama : Stairway to Heaven




Stairway to Heaven

Synopsis 

Jung-suh and Song-joo grew up together. They were always there for each other. Tragedy begins when Song Joo begins his studies overseas without Jung-suh. Jung-suh's father remarries Tae Mira. Mira takes in her two children from a previous marriage, Tae-hwa and Yuri. Yuri is envious of the life that Jung-suh leads and is determined to take everything away from her, including Song-joo. Tae-hwa begins to develop feelings for his stepsister, however Jung-suh still loves Song-joo. Five years later, tragedy occurs when Jung-suh gets into a car accident causing her to lose her memory. Together with Tae-hwa, they start anew. Song-joo is led to believe that she is dead. However, when they meet again one day, he is determined to remind her of the love they had for one another. When fate finally seemed to be on their side, Jung-suh is diagnosed with eye cancer.


 Aku baru jer tengok sampai episod 4. Huhuhuu... sedih saja jalan citer dia... dan adik tiri yang jahat... cam citer cinderela la... Sapa yang minat citer romance... sedih sayu... nak nangis... boleh la layan citer nih yer...

http://www.dramacrazy.co/korean-drama/stairway-to-heaven/stairway-to-heaven-episode-4.html


Perangai tah hapa hapa...

Perangai tah hapa hapa adik beradik aku yang perasan muda nih... dengan robot bodo ni pun buat gelak gelak...

Hahahaha...



Antara komen komen adik beradik lain bila Kak Mar kata dia adik bungsu... HAHAHAHA...





Sakit perut aku gelak pagi pagi nih...



Wednesday, May 27, 2015

Adik beradik aku...


Oleh kerana blog aku tak ada tema... suka hati aku la nak letak apa apa citer pun.  Kekadang citer resepi... kekadang citer anak anak aku... kekadang citer pokok... citer tukang... dan hari ini aku nak citer pasal adik beradik aku...

Itu atas tu gambar adik beradik aku.

Kami ada 7 beradik... dan sorang lagi kakak sulung yang merupakan anak ayah aku.  7 orang ini adalah adik beradik satu mak satu ayah.  Kalau ikutkan, kami ada 9 beradik, tapi 2 lagi simpan...

Korang tahu maksud simpan ?  Eerrr... yang sulung meninggal semasa dilahirkan.  Yang berikutnya kalau tak silap sebelum Kak Mar.  Tapi dengan 7 orang ni pun memang meriah hidup kami...

0. Mak Long  (anak ayah)  MekMbong  (macam maembong la sebutan dia... )
1. Pok De atau atau Abe atau Ramli... atau Mat Zain (nama ada dua sebab masa kecik dia sakit, lalu ditukar nama lain)
2. Mak Ngah atau atau Kak Ani atau Ruhani... kakak aku yang dok di Felda, Pahang... banyak berkorban jaga adik adik dia (kak mar dan ke bawah la)
3. Kak Mar atau Mak Teh atau Rohati... (Ma sebab dia minat Saloma... perasan betul !)
4. Mak Lang (aku ler tu)... orang kampung aku panggil aku Nor
5. Mok Chik ... adik perempuan aku
6. Pak Tam ... adik lelaki aku
7. Pak Su... juga adik lelaki aku


Kami semuanya dah berumur 40 ke atas.

Dah lama kami hidup... dah faham perangai adik beradik.  Dah tak berapa nak heran dengan kata kata atau perangai pelek masing masing.

Kak Mar dengan kaki perasannya...

Chik dengan kaki errr.... keras hati...

Aku ? Lembek !

Yang lain lain pun ada perangai masing masing.  Bila dah tua masing masing ni... baru kenal wasap... macam macam la yang di share...

Hehehe...

Kita ada group wasap family... adik beradik perempuan... adik beradik dah kahwin...

Apa yang nak diwasap mesti mengikut kriteria yang betul... kalau tak... nanti memalukan diri sendiri.

Dalam keadaan apa pun, aku syukur kerana punya ramai adik beradik yang boleh jaga diri dan bising beramai ramai.

Memang kekadang kami ada masalah... kami masing masing juga berbeza pendapat... tapi sekurangnya masih ada yang menyokong tu, kasi kuat semangat tu, kira ok la... kan ?

Yang tak best bila ramai adik beradik ni, masa kecik... asik saling suruh menyuruh dan dengki mendengki... malas basuh pinggan... malas kemas rumah...

Hahahaha....

Dah besar ni ... padan muka... semua kena buat sendiri...






Tuesday, May 26, 2015

Perancangan Laman ke Taman...

Rumah kami memang betul betul laman... laman rumah...

Kalau ikutkan, aku dah minta dari hubby, kawasan belakang skit tu reserve utk aku bercucuk tanam.  Tapi dia tanam juga nangka.  Awalnya nangka tu kecik, ok la.  Tapi lama kelamaan pokok nangka tu jadi besar.... dan menutup keseluruhan kawasan belakang dengan pokok tu.  Jadi, tak sesuai aku bertanam kat situ.  

Aku minta kawasan tepi longgokan pasir tu untuk aku letakkan rumah hijau aku, tapi dia tak bagi... katanya nanti semak...

TENGOK TUUUU !!!

Itu masalah aku !

Baru jer aku berangan !

Kami ada benda ni (atap genting kot nama dia)... tak tau nak buat apa dah.  Kata tukang, nilai keseluruhan dalam RM2000 kalau beli baru.  Aku jadi sayang kalau nak buang gitu saja.

Aku kena cepat cepat clearkan kawasan ini, sebab kawasan ni luas skit dan dapat cahaya banyak.  

TAPI... atap ni sangat berat !  Gigih aku angkat skit skit tau... kalau tiap hari aku excercise angkat benda ni, mau panjang tangan aku... hahahaha... bayangkan aku pindah ke sana sini tu dengan angkat barang tangan ke bawah... mau tak panjang tangan aku ???



Kalau aku angkat dengan tangan ke atas... mau besar plak lengan aku...

HAHAHAHA...

Jadi gini kauuu !




Aku nak susun buat tempat untuk tanam pokok dan asingkan dengan rumput.  Senang hubby nak mesin rumput tak terkena pokok...

Ini pun sama... aku asingkan dengan rumput/tanah sekitar tempat yang aku letak baja/pokok yang akan beranak pinak.  Aku tak tahu cara ini akan dapat mengawal dia beranak dalam kawasan dia atau dia akan merebak juga ke luar dari kawasan ni.

Oh ya... ini kawasan untuk pokok BUNGA KANTAN.


Rumah luas gini... senang anak nak bermain...

x

Hubby nak biarkan kawasan lapang ni terus jadi lapang...

Rancangan aku, cuti sekolah ni, aku nak bercuti juga skit dan nak buat projek mengecat/varnish/polish pondok ni... serta nak tukar papan papan buruk dia.  Kiranya nak renew pondok ni disamping nak letak pokok tepi tepi dia... 

Aku tak berapa minat nak tanam bunga... jadi... bunga tu hanya ada jika ada... jika tak ada... aku tak beli.  Kalau ada orang nak bagi... aku tanam la.  Gitu la kaedahnya.

Aku akan lebih laburkan pada pokok yang boleh dimakan hasilnya...

Ok kot ?


Ruang ini, akan kekal hijau kosong gini, hubby kata, senang anak bermain... Yer la... anak kami masih kecil lagi... memang kawasan ini tempat kami bermain bola dan beriadah !


Apa pun, aku pun bukan nak guna keseluruhan laman... aku nak gunakan kawasan tepi tepi... tapi kawasan tepi tu ada pokok pokok besar... jadi... susah skit aku nak menanam.  Tapi nanti aku cuba usahan untuk tanam pokok bunga/sayur kat bawah pokok besar besar tu... mana mana pokok yang tak perlukan cahaya yang banyak.

Ok kut ?


p/s : 

kena belajar mengangkat barang dengan cara yang betul... larat ker aku nak angkat atap genting tu gini ? Huhuhuhu...



Monday, May 25, 2015

Laman kepada Taman...

Aku dalam proses buat laman aku jadi taman... tapi sedang fikirkan lagi kaedah terbaik.  Mungkin kena ada cara yang baik utk buat... sebab laman aku ada banyak pokok...

Tanah baru jer beli tambah.  RM50 untuk 10guni 20kg tanah hitam bukit.  Tak pasti tanah tu jenis baja atau tidak... rasanya aku akan cuba menyusun lagi banyak banyak lebihan atap tu utk menjadikan laman aku tu taman impian.

Aku masih memikirkan bentuk dan tanaman terbaik untuk landskap tu nanti.

Bumbung tu cantik kalau aku cat cat... kan ?

Masih berfikir fikir lagi nih...




Ini salah satu sudut aku susun kawasan dengan bumbung gini utk tanam.  Tujuannya aku nak asingkan antara rumput dan tanaman.  Rumput tu somi selalu mesin... dan banyak kali dah dia termesin sekali dengan pokok... menyebabkan pokok mati bila kulit kat pangkal dia tersayat.

Itu sebab pokok kari aku yang baru nak naik sebelum ni selamat menjadi arwah... huhuhu...

Sedih kan ?


Ini salah satu pallet yang memang tak buleh buat apa dah sebab sangat sangat low kualiti.  Jadi, aku ingat nak buat tempat menanam.  Rasanya kena beli cat banyak skit la...

Sedang fikirkan nih...

Mungkin beli dua kaler sahaja...

Kaler apa tah yang sesuai... nanti nak survey la...

update :

Dah survey tadi... lagi fening paler aku..







Ini laman rumah kami...


March 2014.... guna gugel street view.  Ini luas laman... memang luas skit... itu sebab pening nak jadikan taman... ada idea cakap la yer... eh... pada tarikh tu tahun lepas musim sangat sangat kering... rumput pun kering... jadi memang pokok sangat kurang.

Nanti petang karang kita ambil gambar lagi... alahai... tak tau la nampak laman ker tidak nanti... lagi pun tangan tak panjang... kita try pakai monopod la nanti ... hehehe...


Ini ambil pic rumah pada 25/5/2015, oleh kerana tak ada fungsi utk ambil panorama macam orang yang ada hp mahal... terpaksa la ambil dan cantum... hahahaha... tah hapa hapa jer.. esok aku pinjam hp kakak utk ambil pic panorama plak... baru dapat gambar tak putus... :)




Survey lagi :

Konsep laman dengan tanaman sayur... wah... leleh air liur... hahaha...



Aku suka konsep gini, sebab aku ada 2 buah serkup ni dari besi... cuma kena tambah skit jaring atau apa apa yang patut utk jadikan tempat panjat pokok...


Cuma... masalah aku sekarang... samada aku buat sorang... atau buat sendiri.

Kalau aku nak minta tolong hubby... aku takut aku kecewa...

Dan kalau aku buat sendiri... dan dia tak puas hati... dia akan marah aku... dan aku juga kecewa nanti...

Itu masalah aku...

Dan aku tak tahu macam mana nak buat dengan masalah ini...

Hmmm...

Kena bincang la nampaknya...


Lama tak selfie...


Lama sangat tak selfie... terasa diri uduh dah... so... kena la amik gambar pokok jer...

Hahaha...

Sabor jer la...

Tak apa la yer... sapa rasa macam nyampah... sabor jugak yer...

Indah Water datang rumah sewa tadi, sebab aku minta dia sedut kumbahan... tapi ada masalah plak.  Lubang tempat dia nak sedut tu ditutup dengan tile... alahai... kena la bukak/ketuk/pecahkan tile.

Siapa yang ada rumah yang ada lubang tutup dengan besi tu, jangan tutup dengan tile... kalau tak nanti susah...

Itu saja nasihat aku...

Hehehe...


DIY - Tampal tiub basikal

Sedang berkira kira untuk buat sendiri tampal basikal anak.  Tampal basikal ni kena buat sebab selalu bocor dan kalau hantar kedai, dia tukar tiub saja.

Kena try cari bahan bahan dia terutamanya benda kat bawah ni :



Nanti nak suruh anak belajar dan buat sendiri.  Mereka patut berdikari skit... usah bergantung pada orang atau kedai.  Biar jadi orang yang kreatif...

Hehehe... zaman yang harga duit dah beratus kali ganda ni, kita terpaksa banyak buat DIY...

Nanti kalau kami berjaya tampal sendiri, kami share kat sini.  First aku kena beli dulu barang barang kat atas tu... dan aku tak tahu nak cari kat mana lagi terutamanya penampal tu...  Kedai basikal ada kot ?

Refer :

http://cikgufida88.blogspot.com/2012/09/cara-cara-tampal-tayar-basikal.html

http://kelolo.blogspot.com/2012/11/tampal-tiub-satu-seni-yang-semakin.html


Masa nak bagi duit sekolah pada mereka tadi, aku bersembang dengan mereka.

"Dulu masa mama kecik, mama belanja dengan duit 20 sen sahaja."

"Mama beli apa dengan duit 20 sen tu ?" , Amalia bertanya heran.

Aku terdiam... sebab aku terlupa berapa harga barang barang tu...  tapi waktu tu duit satu sen pun masih digunakan.

Aku kenyang makan dengan duit 20 sen.  Bihun goreng dan air sirap... atau nasi lemak.  Wah semua tu dengan harga 20 sen.

Now ? RM2 la...  RM1 air dan RM1 nasi berlaukkan telur.

Kalau kakak pula RM4.00 ... Nasi RM3... air mungkin RM1 juga.  Entah la...

Biasanya aku beri lebih sebab bimbang mereka dahaga dan lapar balik sekolah dan aku lambat ambil.
30 tahun lagi... entah entah bawak ke sekolah dengan RM100 ringgit

100 tahun lagi... entah bawa kad kredit tidak pun bawak seguni duit... hahahaha...



Sunday, May 24, 2015

DIY - Baja


Ada macam macam cara nak buat baja.
Ada orang bakar daun daun... jadi baja.  Ada orang biarkan rumput mereput pun jadi baja... jika tak ada tanah utk membakar atau rumput utk diperam sampai reput... boleh cuba cara ini.


Cara membuat MOL (Mikro Organisma Lokal)



Ambil benda ni... ini bekas terpakai nih.  Dah tak berapa nak praktikal pakai sebab tak lawa dah... lagi pun dah ada yang baru... hahahaha...

Kalau tak ada benda ni, boleh pakai apa saja botol yang boleh tutup, tetapi mesti besar mulut dia... senang nak masukkan barang buangan dapur tu.

Aku pakai benda kat atas tu sebab senang nak kutip hasil nanti... pakai jer paip air tu...




Kalau rajin, boleh buat baja mengikut jenis dia...

1. Sekilo hirisan bawang atau Ikan (sisa eg kepala / perut )  atau  Buahan atau Sayuran.  Semua tu kita ambil sisa saja pun boleh.
2. Sekilo gula merah.

Masukkan dalam bekas dan peram sampai 3 bulan di tempat gelap... tutup tu kena bukak skit atau kena tutup dengan kain dan ikat dengan getah kot... kalau tak, nanti meletup... kalau rasa macam nak guna, guna la skit skit campur dengan air dan sembur dalam seminggu atau dua minggu sekali sebagai baja.


Tapi, sebab aku malas nak fikir.... segala benda tu aku masukkan dalam bekas tu, kalau ada sisa dapur.  Campur semuanya dan buat lapisan sisa, gula merah, sisa, gula merah, sampai penuh... lepas tu simpan.  Nanti ambil air dia, lepas tu tambah lagi... dan lagi dan lagi... geli skit sebab ada ulat... abai jer la.  Aku tak gaul la... geli... tapi ada orang yang tak geli dia gaul... eeeeeeee....  

Aku letak la skit skit kat tanaman aku kalau aku malas nak sembur... hehehe... tak tau la jadi atau tidak... kita tunggu lepas ni yer...  


Rujuk : 


Kesum : 23052015

Nak buat log skit perkembangan kesum kali ini.

Ini kali entah berapa puluh kali dah try menyemai kesum.  Tak give up ?  Hahahaha... bukan hal besar... cucuk dan tunggu jer dia subur.... tak subur ... cabut !


Ini cara terbaru aku cuba menyemai nih.  Utk mengelakkan air bertakung banyak macam kat bawah tu, tebuk lubang kat tepi... tanah letak sampai paras atas skit dari lubang.  Jadi, tanah sentiasa perlu basah.

Sebelum ni buat gini... hidup juga... tapi tak berapa nak subur lagi.  Sebab skit sangat kot pokok yang aku letak... panjang plak tu... hehehe...

Yang atas tu cucuk pendek pendek sebab tanah nampak... senang kan ?

Ikut suka mana yang sesuai.  Yang kat bawah tu ada potensi utk menternak anak nyamuk... hahahaha...




Progress Ulam Cekur..



Rujuk http://norizawani.blogspot.com/2015/04/ulam-cekur.html


Sebelum (4/4/2015)
 

Selepas  (24/5/2015)


Cekur ni sekejap jer membesar penuh polibeg...  nak kena tanam banyak banyak sebab hubby suka makan...

Tak ada la niat nak jual... hehehe...

Sebelum (baru pindah : 4/4/2015)


Selepas (24/5/2015)

Buat ladang cekur best jugak nih... hehehe...




Tuesday, May 19, 2015

Citer korea : Glorious Day

Citer Korea...




Glorious Day


Aku ikuti citer ni lepas baca IRFA tengok ending dia best... hahaha... now aku dok tengok episod 8... sedih banget.  Ini cerita mengenai kekeluargaan... dan aku suka tema gini. Aku suka cerita cerita keluarga yang saling sayang menyayangi.  Aku tak suka cerita keluarga yang dengki dengki.  Sakit jer jiwa aku tengok citer pasal PHD tu...


http://www.dramabay.com/glorious-day-episode-8/

Sinopsis

Han Song Jung is a novel writer. She is also a single mother who has raised three daughters: Da Ae, Da Jung and Da In. She struggles to let her three daughters to marry good men. Meanwhile, Seo Jae Woo is the eldest grandson of the family next door, who earns steady income as a corporate drone. Although he’s inherited his grandfather’s brusque and conservative nature, he’s also received kind-heart qualities from his father, and is intrinsically a good man.


So, waktu terluang dok melekat kat laptop tengok citer ni pulak.  Harap aku dapat cepat habiskan... kalau tak, tertangguh lagi la projek projek lain...


Next citer : miracle in cell no.7 dan harmony... lom survey lagi... buat satu satu

Monday, May 18, 2015

Sayur cabai ?


Hahaha... marin hubby tak beli sayur, dan dia memang jarang beli sayur, katanya dah macam macam pokok sayur kat belakang rumah, jadi tak payah beli...

Aku pun petik la buah apa yang ada kat belakang tu... bendi dua biji jer... hahaha... dan capsicum serta lada besar.  Masuk dalam kuali semua... tadaaaa... jadi sayur cabai...


Huhuhuhu... sikit pun tak pedas semua cabai tu.

Next time kena masukkan lada hitam skit... lupa plak.  Aku ingatkan halia tak ada... bukak bukak peti ais, elok jer dia dok tercongok situ ... lepas aku makan baru nampak... hahaha...

Yang sedihnya, masa aku petik tu, aku tengok dua tiga biji buah capsicum aku dok kat bawah.  Aku tak tahu la kalau dia luruh sendiri... huhuhu... tak apa la... itu sebab capsicum yang dipesiang tu kecik kecik... sebabnya ambil yang luruh (atau dipetik budak !)


Tak apa la... sabor jer la.. kan ?

At least, aku buktikan aku berjaya tanam...  dan toksu yang tak pernah tengok cabai ni dipokok dan ditanam kat kawasan biasa ni pun, dah la pernah nampak...

Masa mula nak mencampur tanah, toksu pertikaikan apa yang aku buat... aku campur tanah tanah tu... 4 jenis medium aku campur... tanah hitam... top soil... pasir... dan cocopeat...  

Memang masih ada kelemahan sana dan sini sebab cabai ni payah skit jaga terutamanya cabai yang manja...

Next time kena cari cabai yang tak manja sangat.... dah dapat pun benihnya... cili burung atau cili padi... biar pedas ternganga gitu...

Hehehe... sabor jer la...

Ehhhh... ada pokok pokok dari kampung aku bawa balik... 

Nanti kita citer citer lagi pasal pokok dari kampung...


Resepi sebenar sila ambil kat sini...  BISMILLAH.... JEMPUT MAKAN


RESEPI CILI HIJAU GORENG KICAP

Bawang besar sebiji - dimayang
Bawang putih 3 ulas - dimayang
Halia sedikit - dihiris memanjang
10 biji cili hijau - belah dua n rendam air kapur sekejap selepas itu cuci supaya tiada bekas kapur di cili
Ikan bilis sedikit
Kicap manis n masin
cuka
Minyak

Panaskan minyak, masukkan bawang, halia n bwg putih kacau hingga layu, masukkan ikan bilis dan kacau hingga sedikit garing, masukkan cili kemudian cuka dan kicap. Rasa utk sesuaikan masam, manis n masinnya.


Kak Sya... jangan marah yer... hehehe...

Petang karang nak petik ulam raja dan dan pucuk ubi... pucuk ubi nak goreng saja la... dan ulam raja nak cicah sambal belacan... kena pakai cili yang beli la nampaknya .... nak kasi pedas... hehehe...



Sunday, May 17, 2015

Malas melipat ?

Malas melipat baju ? Tak ada pembantu ? Selesaikan sendiri...  hahahaha...



Tak suka tengok kain macam ni ???  Bercinta pada hujung minggu atau tengah malam masa anak nak tidor ???  Pening paler sebab tengok bilik melipat sepah ?


Tidak lagi... Sila beli hanger banyak banyak...


Sangkut masa jemur tu lagi.  Senang skit.  Kering jer, terus angkat masuk almari...
Lipat hanya tuala, kain batik serta benda benda kakas dalaman tu jer...  

Masa menyidai tu memang ada sedikit lambat... tak apa... sekali kerja jer... jangan rajin rajin pi kalih kalih baju kasi terbaik.  Bagi dia sidai elok elok terus... kalau boleh letak siap siap kain baju tu asing mengikut owner / almari nanti... hehehe... sekali ambil jer... masuk terus almari.  Paling malas pun, suruh jer anak anak kutip baju mereka sendiri dan simpan dalam almari masing masing...

Kan ???

Malam tadi, terus pegi kat penyidai, angkat baju, terus bawa masuk letak dalam almari.  Best betul.  Tak ada dah susah susah nak cari dalam bakul lagi... ekekeke...


Tudung pula...

Boleh hanger siap siap tudung...

Satu hanger boleh sangkut 4 tudung. 

Kalau ada tudung jenis awning, kena beli sepit sepit tu... dan aku tak berapa gemor sangat sebab ianya kurang ok dengan muka aku nih...

Beli benda ni (ehsan gugel) 


kepit

atau buat sendiri... dengan hanger biasa... tali ikat... kepit.. 


Itu saja sharing untuk hari ini...












Thursday, May 14, 2015

Perkembangan cili capsicum


Ari tu gambar kecik kan ? Ini dah besar skit dah... ada la gaya macam yang beli kat pasar tu kan ?


Suka suka suka... menjadi...


Hehehe...


Sapa yang terasa jeles... jom buat juga yer...  Tanam tanam...

Ini dari 3 pokok yang berbeza... memang sedang galak berbuah...





Ada dua lagi pokok yang baru berbuah kecik kecik... dan baru nak belajar berbunga.   Agaknya sebab pindah lambat... katanya kalau pindah lambat... pokok terbantut !